“Aku ceraikan Nur Nayla Zulaikha Binti Sufian dengan talak satu.” – Safwan. Dunia Nayla bagaikan runtuh apabila Safwan bertindak menceraikan dirinya. Ditambah pula Nayla seorang diri. Tiada teman. Ibunya pula meninggal dunia. Namun hidup Nayla kembali bersinar apabila Amirul muncul menagih cintanya kembali. Tetapi Nayla cuba menolak rasa cinta lama yang mula hadir. “Sebab Fariza. Kalau kau kahwin dengan aku. Fariza kau nak letak kat mana?” Pertanyaan Nayla “Kalau aku putus tunang dengan Fariza. Kau nak kahwin dengan aku tak?” Muka Amirul serius. Tegas nadanya. Namun Amirul sudah pun bertunang dengan Fariza dan Puan Aishah juga membenci Nayla. Puan Aishah adalah ibu Amirul. Tetapi Amirul tidak kenal arti putus asa sehingga dia sanggup ingkar permintaan Puan Aishah. “Ibu nak kamu menikah dengan Fariza bulan ni jugak!” Arahan Puan Aishah. “Kenapa tergesa-gesa ni bu?” Tanya Amirul. “Ibu tak nak kamu sebok dengan janda depan rumah aku ni. Kalau kamu berdegil Nayla akan terima akibatnya!” Puan Aishah beri amaran. “Ibu nak buat apa? Ibu nak halau dia? Cubalah. Ami takkan teragak-agak nak putuskan tunang dengan Fariza dan kahwin dengan Nayla!” Tegas Amirul bersuara. Setelah hubungan Amirul dan Nayla mula terjalin. Ada badai yang melanda membuatkan salah faham berlaku. Dan kerana rasa cemburu dan egonya, Amirul melukakan hati Nayla yang membuatkan Nayla berjauh hati dari Amirul. Amirul mula menyesal dengan tindakannya. Dia mula merayu agar Nayla kembali padanya. Namun Nayla mula berpaling pada Tengku Norman pula. Cabaran Amirul bertambah sengit apabila Safwan bekas suami Nayla menagih cinta Nayla kembali. Bagaimana kesudahannya? Dapatkan Amirul memiliki cinta Nayla setelah 9 tahun menunggu Nayla? Amaran keras! Novel ini menyakitkan hati. Tak kuat jangan baca. Jika anda suka pada karya saya. Jangan lupa like, share, follow and komen. Terima kasih.
View All Chapters (Total 75 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-03-12 1 Replies
sebelum ini unlock..
2024-01-02 1 Replies
kenapa ye dh topup coin tapi x masuk
2023-12-07 1 Replies
x leh baca lah plk..kcwanyaaa...ta