BAB 1

Romance Completed 153546

“Aku ceraikan Nur Nayla Zulaikha Binti Sufian dengan talak satu.” Lafaz Safwan masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga. Pulang saja Nayla dari Mahkamah Syariah, air mata yang di tahan tadi mengalir deras. Tidak mampu lagi menahan duka di hati.


Nayla menolak daun pintu rumahnya. Kaki mula melangkah masuk ke rumah yang selama ini dia anggap syurga buat dia dan Safwan. Tetapi tidak di sangka jodohnya hanya bertahan hampir sembilan tahun saja.


Segalanya hancur apabila isu anak selalu dibangkitkan oleh mertua. Pada mulanya, Safwan tidak ambil kisah tentang perihal anak. Namun, isu anak selalu dibangkitkan oleh mertua dan hasutan demi hasutan saudara mara yang menjadikan Safwan tidak betah. Safwan mula berubah sikap, sering pulang lewat dan juga dingin terhadapnya. Sejak setahun ini Safwan jarang pulang. Jika ada di rumah pun tidak lama.


Tiga tahun Nayla seperti bahan cerca bekas suaminya dan mertua hanya kerana dia masih belum mengandung lagi. Akhirnya dengan kuasa Allah S.W.T, Nayla terserempak dengan Safwan bersama wanita lain yang sedang mengandung di sebuah Mall.


Saat itu tidak mampu lagi Nayla gambarkan hatinya hancur berkecai. Tidak habis di situ Safwan bawa wanita itu ke rumahnya. Dengan tiada rasa bersalah sikit pun Safwan perkenalkan wanita itu adalah isteri keduanya. Rupanya mereka hampir setahun menikah. Yang paling membuat hatinya hancur adalah perkahwinan mereka diketahui oleh mertua. Nayla menangis. Terlalu sakit untuk di terima.


“Sampai hati awak buat saya macam ini, apa salah saya sehingga awak buat saya macam ini? Hanya kerana saya tak mengandung lagi, awak buat saya begini. Mana janji awak dengan arwah ibu saya? Mana?” Soal Nayla dengan hati yang hiba.


“Kau tu mandul. Hei terimalah hakikat yang kau tu mandul. Macam mana aku nak hidup dengan kau kalau kau tak mampu bagi aku anak!.” Dengus Safwan.


Sarah yang dari tadi memerhati hanya tersenyum bahagia. Akhirnya dah tiba masanya untuk Nayla diceraikan. Aku takkan lepaskan peluang ni.


“Sayang, you ceraikan jelah perempuan mandul ni. Nak buat apa simpan dia? Buat perkasam?” Hasut Sarah sambil memaut lengan suaminya.


Nayla terkedu. Dia tidak mahu bercerai. Kalau di bagi pilihan antara bercerai atau bermadu, dia lagi sanggup bermadu kerana dia terlalu mencintai suaminya.

“Abang, Jangan ceraikan saya bang. Saya sanggup bermadu. Saya merayu pada abang. Nayla cintakan abang…” Rayu Nayla sambil menangis.


Sarah mendengus kasar. Orang dah tak suka lagi terhegeh-hegeh buat apa. Kalau Nayla sanggup bermadu pun. Dia tidak sanggup untuk bermadu lagi. Cukuplah beberapa bulan bermadu pun dia dah tak tahan walaupun Safwan hari-hari dirumahnya.


“Hei perempuan! Kau tak faham bahasa atau buat-buat tak faham. Safwan dah tak hingin nak hidup dengan perempuan mandul macam kau!” Sarah menunjal dahi Nayla berkali-kali.


Safwan meguraikan pelukan pada kakinya. Menolak Nayla dengan kasar sehingga tubuh Nayla terdorong pada meja kopi yang ada di ruangtamu rumah. Nayla mengaduh. Air mata Nayla semakin deras.


“Nur Nayla Zulaikah Binti Sufian. Aku ceraikan kau dengan talak satu.” Selepas saja lafaz cerai Safwan berlalu keluar dari rumah itu. Sarah tersenyum puas. Sarah mengekori langkah Safwan.


Nayla tersentak dari lamunannya apabila telefon pintar miliknya berdering. Nayla menghalakan telefon pintar itu ke wajahnya. Melihat nama yang tertera itu. Nayla hanya meletakkan telefon itu di meja kopi. Di biarkan saja berdering. Tidak ada rasa nak bercakap dengan sesiapa buat masa ini. Hatinya sangat sedih.


Matanya merenung keadaan sekeliling. Senyap. Sunyi menyelubungi hati wanitanya. Dah lah sebatang kara, ditinggal suami pula. Nayla mencapai bingkai gambar arwah ibunya lalu menatapnya lama.

“Ibu, Safwan dah tinggalkan Ila Ibu.” Tidak mampu lagi menahan sedih di hati Nayla menghenyakkan punggung di sofa ruangtamu rumahnya dengan tersedu-sedan, bahunya terhinjut-hinjut.


Hiba hatinya bila terkenang arwah ibunya. Sebelum ibunya pergi mengadap Ilahi, ibunya berpesan pada Safwan agar menjaga Nayla dengan baik. Dan Nayla harus menjadi isteri yang baik


“Maafkan Ila bu, Ila gagal jalankan tanggungjawap Ila. Ila gagal pertahankan rumahtangga Ila.” Nayla memeluk erat bingkai gambar arwah ibunya. Nayla melayan kesedihannya sehingga tertidur di sofa ruangtamu rumahnya.

* * * * * * * * * *


Amirul menghelah nafas. Mana pula perempuan gila ni. Selalu kalau aku call angkat je. Ini dah naik panas skrin telefon pintar milik Amirul sebab asyik dail nombor yang sama.


Amirul dail nombor yang disimpan ‘perempuan gila’ di dalam kenalannya. Masih lagi tidak dijawap. Hish, dah boleh nyanyi lagu Stacy Pakai Buang ni haha. Amirul tersenyum. Entahlah, harini dalam fikirannya ada Nayla saja. Apasal ya? Rindu ke? Hish Amirul, behave sikit. Bini orang tu. Dah lah! Tak payah call lagi. Kang laki dia yang angkat mati kau. Dalam Amirul melayan perasaan. Mejanya di ketuk sekali-kali.

“Woi! Menung apa kau!” sergah Dr.Rosli.

Amirul mendengus. Kacau je orang tengah layan perasaan ni. Ada je lalat datang menyebok. Nasib baik tak ada sakit jantung.

“Kau pehal datang bilik aku tak bagi salam, tak ketuk, main masuk je! Kau ingat ni office bapak kau ya?” marah Amirul.

“Eh! Kau jangan nak main tuduh-tuduh macam ni ya. Kau yang berangan tak ingat. Entah awek mana pula yang buat kau termenung jauh sampai aku ketuk pintu pun kau tak dengar. lepas tu, nak marah-marah pula.” Marah Dr.Rosli. Amirul tersengih sehingga menampakkan gigi putihnya.


“Okey, sorry aku marah kau tadi.” Amirul mengalah. Memang dia pun yang salah tadi. Dia yang tak dengar. Lepas tu, marah-marah pula.

“Ni pehal kau ke office aku ni?” tanya Amirul

“Cik tunang kau kat bawah. Nak ajak kau lunch.” Jawap Dr.Rosli

“Oh ya! Aku lupa pula harini aku ada date dengan dia.” Amirul menepuk dahi sambil mengerling jam tangannya.


“Tu lah. Makan semut lagi banyak-banyak.” Perli Dr.Rosli


Amirul tidak mengendahkan perlian Dr.Rosli yang penting perut yang berkeruncung perlu diisi. Segera Amirul menggapai beg laptopnya dan berlalu pergi.

* * * * * * * * * * * * * * * *


Dari jauh Fariza melihat kelibat Amirul yang sedang berlari-lari anak ke arahnya. Dah hampir 20 minit baru kelihatan. Fariza menggelengkan kepala. Tak lain ni mesti lupa janji temu hari ni. Fariza sudah terbiasa dengan sikap pelupa Amirul. Sebab tu dia menitipkan pesan pada Dr.Rosli tadi yang kebetulan nak ke pejabat.


“Lama ke tunggu?” tanya Amirul apabila sudah berdiri di depan Fariza.


“Taklah lama, tapi bolehlah habiskan semangkuk cendol kat sini.” Jawap Fariza sambil ketawa kecil.

“Perli ya?” tanya Amirul sambil tersenyum.

Fariza terus berjalan menuju ke café yang berdekatan dengan Universiti MSU Shah Alam. Amirul berjalan seiring dengan Fariza.

“So, how student you harini?” Fariza berbasi-basi saja.

“Biasa lah. Lambat hantar assignment. Assignment cincai. Bila tegur masam muka. Bila bagi markah sikit menangis pula.” Jawap Amirul. Amirul sedar menjadi seorang lecturer bukan la mudah dengan bermacam ragam. Namun itu lah cabaran.


“Afternoon Doctor!” tegur salah seorang student perempuan Amirul sambil tersenyum.


Amirul hanya mengangkat tangan tanda dia respone pelajar tadi. Sampai saja café Amirul menarik kerusi lalu meletakkan punggung. Begitu juga Fariza.


“So, macam mana first day mengajar? Okey?” tanya Amirul pada Fariza. Fariza pula seorang guru tadika. Baru saja harini mengajar di sebuah tadika di Shah Alam berdekatan dengan Universiti MSU tempat Amirul mengajar.


“Macam you lah juga. Banyak ragamnya.” Jawap Fariza sambil ketawa kecil. Harini baru mula mengajar dah terima bunga dari seorang kanak-kanak lelaki yang menyukainya.


“Dah besar nanti nak kahwin dengan Cikgu.” Kata Haikal anak murid Fariza tadi masih bermain di fikiran. Amirul mengerut dahi melihat Fariza tersenyum-senyum seorang diri.


“Fariza!” Amirul memanggil. Fariza tersentak lalu tersenyum.


“Kenapa senyum-senyum tu? Ada berita baik ke?” tanya Amirul


“Tak ada apa lah. Ami, Iza nak tanya boleh?” tanya Fariza.


“Tanya lah. Kenapa?” jawap Amirul


“Sekarang Fariza dah kerja. Fariza rasa dah tiba masanya untuk kita plan perkahwinan kita.”


Fahamlah Amirul apa yang Fariza maksudkan. Sudah 2 tahun mereka bertunang. Sebelum ni ada juga Fariza bertanya. Namun, jawapnya hanya tunggu Fariza habis belajar. Sekarang sudah kerja. Apalagi alasan yang mahu diberi.

“Nanti Ami bincang dengan ibu.” Pendek saja jawapan Amirul. Sebenarnya, dia masih lagi belum bersedia kerana dia masih lagi mengharapkan seseorang. Tapi, sampai bila?

Fariza hanya akur. Sepertinya dia juga faham situasi Amirul. Dia juga tahu dari awal lagi Amirul tidak mencintainya. Namun, cinta masih boleh di pupukan?

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2022-10-31 02:46:03 

keruncung ke keroncong?

Wanie Azlieana
2022-10-27 13:14:26 

done baca bab 1. Sedihlah. tapi suka keakraban mak amirul dengan nayla. awww best.


NovelPlus Premium

The best ads free experience