PROLOG

Romance Completed 153546

Di bawah pokok yang rendang terdengar suara riang tawa bahagia Puan Aishah dan Puan Hajar. Waktu petang begini sudah menjadi rutin dua ibu mengandung melepak di pangkin bawah pokok yang berdiri di antara rumah Puan Aishah dan juga rumah Puan Hajar. Rumah Puan Hajar terletak di belakang rumah Puan Aishah sahaja.

Tangan Puan Aishah lincah memotong mangga muda manakala Puan Hajar pula mencicah buah mangga muda itu dengan kicap bersama cili potong lalu di suap ke mulutnya. Kedengaran Puan Hajar mengunyah seperti keropok. Keriuk keriuk bunyinya.

“Woi, sabarlah. Tunggulah aku habis potong dulu baru makan. Tak sempat aku habis potong kau dah bedal dulu. Banyak cantik!” Puan Aishah yang dari tadi hanya menelan air liur melihat Puan Hajar mengunyah mangga muda itu.

“Alah.. Kau ni potong mangga pun lambat. Terliur aku tengok. Ni dah banyak dah kau potong. Nanti habis, kau potonglah lagi. Makan dululah.” Ajak Puan Hajar.

“Amboi, kau ingat aku ni kuli batak kau tolong potong buah untuk kau!” Puan Aishah mencekak pinggangnya. Bengang pula dia dengan perangai malas adiknya yang seorang ni. Puan Hajar ketawa melihat Puan Aishah yang sedang marah. Sudah terbiasa dengan sikap kakaknya yang laser ini.

“Alah.. Itu pun nak marah. Yelah nanti aku potong pulak. Suah jangan merajuk. Meh makan.” Akhirnyan Puan Hajar mengalah. Mereka ini tak boleh bergaduh lama kerana mereka sangat rapat dari kecil.

Sejak ibu mereka meninggal dunia, Puan Aishah yang banyak ambil alih tugas ibunya sehinggalah Puan Hajar dewasa. Bagi Puan Hajar, Puan Aishah sudah ibarat ibunya walaupun usia Puan Hajar muda sepuluh tahun dari Puan Aishah.

Puan Aishah juga sanggup tunggu Puan Hajar kahwin dulu walaupun Encik Ashraff sudah lama melamar dirinya menikah. Banyak pengorbanan Puan Aishah pada Puan Hajar yang membuatkan Puan Hajar begitu rapat dengan Puan Aishah.

“Janganlah perangai kau ni menurun dekat anak kau. Tak ingin aku nak buat menantu.” Leter Puan Aishah.

“Kalau perangai garang kau ni menurun kat anak kau. Aku pun tak ingin nak bermenantukan anak kau! Lagipun aku tak nak anak aku kena dera dengan mak mertua macam kau. Hahahahha.” Balas Puan Hajar dengan terbahak-bahak.

“Amboi kau. Sedap kau mengata aku ya?” Puan Aishah geram. Selamba saja Puan Hajar mengutuknya. Pap! Puan Aishah menepuk peha Puan Hajar agak kuat. Puan Hajar Mengaduh.

“Sakitlah Ecah!” Puan Hajar menggosok- gosok pehanya yang terasa panas akibat pukulan kakaknya.

“Alah.. Baru sikit. Nasib baik kau tengah memboyot. Kalau tak, lagi kuat aku tepuk.” Puan Aishah tersenyum puas.

“Ishh.. Kau ni garang betullah. Macam manalah anak aku nanti. Kena hadap mak mertua garang macam kau ni ya?” Puan Hajar menyakat lagi.

“Kalau anak kau perangai macam kau. Hari-hari aku hempuk dia pakai kawah kat belakang rumah aku tu tau.” Puan Hajar hanya ketawa dengan penyataan Puan Aishah. Dia tahu, garang-garang Puan Aishah. Puan Aishah adalah seorang yang penyayang.

“Kalau aku tak ada nanti. Aku harap kau boleh sayang dia macam anak kau sendiri.” Tiba-tiba suasana riang bertukar suram.

“Kau ni. Boleh tak jangan cakap macam tu lagi.” Puan Aishah rasa sedih. Sejak kematian suami, adiknya ini selalu bicara tentang kematian. Dia juga rasa sedih kerana anak yang bakal dilahirkan oleh Puan Hajar tidak sempat melihat bapanya.

“Kita tak tahu bila kita akan matikan. Tak salah kalau kita bersedia dari sekarangkan?” Mati selera Puan Aishah mendengar bicara Puan Hajar. Mati juga kata-katanya.

“Ecah, aku harap sangat. Anak aku bahagia dunia akhirat. Kalau aku tak ada nanti boleh tak kau sayangkan dia macam anak kau?” Hiba hati Puan Aishah. Mengalir air matanya.

“Aku janji Jar. Aku jaga anak kau macam anak aku juga. Dah, kau janganlah cakap macam ni lagi ya.” Puan Aishah mengenggam erat tangan adiknya.

“Dah aku nak gi ambil kicap kejap. Kau tunggu sini.” Puan Aishah berdiri ingin ke dapur rumahnya. Sempat juga dia berpesan pada Puan Hajar. Tiba di muka pintu dapur dia menapak ke peti sejuk. Peti sejuk dibuka. Mana pulak kicap ni. Matanya meliar mencari botol kicap.

Dalam matanya meliar mencari. Puan Aishah mendapati lantai rumahnya basah. Apasal boleh basah ni. Dia membongkok sedikit tubuhnya. Puan Aishah tersentak, kain batik yang tersarung di tubuhnya basah lencun. Air ketuban pecah! Tiba-tiba sakit yang amat dasyat di bahagian perut.

“Abang!” Pekik Puan Aishah. Dia sudah mahu melahirkan. Kelam kabut Encik Ashraff yang sedang basuh kereta di luar meluru masuk ke dalam mendengar jeritan isterinya. Puan Hajar Yang mendengar jeritan Puan Aishah juga masuk ke rumah kakaknya.

“Abang, dah nak keluar dah bang!” Bicara Puan Aishah.

“Apa yang nak keluar?” Encik Ashraff yang panik bertanya soalan bodoh level atas.

“Astaghfirullahalazim. Abang Raff, Kak Ecah nak bersalin dah ni. Cepat bawa ke hospital sekarang.” Puan Hajar menepuk dahi mendengar soalan Encik Ashraff tadi.

Encik Ashraff yang panik terus meluru keluar. Namun terhenti langkahnya apabila menyedari isterinya masih di dapur. Lagi sekali Puan Hajar menepuk dahinya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Comel betul anak kau ni Ecah.” Puan Hajar tersenyum melihat bayi dalam gendongannya.

“Mestilah. Anak aku!” Kembang kempis Puan Aishah apabila dipuji.

“Boleh tak kalau aku nak letak nama anak kau ni?” Puan Hajar meminta izin. Dia teringatkan pada arwah suaminya yang menginginkan anak lelaki. Namun, dalam kandungannya adalah anak perempuan. Tidak tercapai hasrat arwah suaminya. Namun, dia tidak kisah. Anak itu rezeki. Puan Aishah mengangguk tanda setuju.

“Boleh tapi dengan syarat.”

“Kau ni, dengan aku pun nak berkira ya?”

“Boleh ke tidak?”

“Yelah, Apa syaratnya?”

“Syaratnya senang je. Anak kau tu aku yang bagi nama. Amacam?” Puan Aishah mengangkat keningnya.

“Kau nak letak nama apa kat anak aku?” Tanya Puan Hajar.

“Adalah, yang penting maksudnya indah.”

“Okey, aku setuju.”

“Okey, kau nak letak nama anak aku apa? Kau jangan letak yang pelik-pelik pulak.” Segera Puan Aishah memberi amaran.

“Ish.. kau ni. Inikan anak saudara aku. Mestilah aku letak nama yang indah maksudnya.”

“Okey, Bagitahu cepat! Kejap lagi laki aku nak pergi daftar budak ni.”

“Muhammad Amirul Haffiz. Ini sebenarnya arwah suami aku yang nak letak pada anak kitorang tapi nak buat macam mana. Dapat anak perempuan pulak.” Puan Aishah mengangguk tanda setuju.

“Okey, anak kau pulak aku nak letak nama Nur Nayla Zulaikha. Boleh?”

Puan Hajar berfikir sejenak. Sedap jugak nama yang Puan Aishah cadangkan. Puan Hajar menggangguk tanda setuju. Tiba-tiba perutnya ditendang. Puan Hajar mengaduh. Lasak betul. Tak padan dengan perempuan. Puan Aishah ketawa. Ni mesti perut Puan Hajar ditendang oleh bayi yang masih dalam kandungan.

Mati ketawa Puan Aishah apabila kaki Puan Hajar ada darah yang mengalir. Puan Hajar masih leka dengan kecomelan anak buahnya.

“Jar, kau tak rasa sakit ke?” Berkerut dahi Puan Hajar. Tak ada rasa apa pun. Puan Aishah segera menekan tombol merah. Tidak lama selepas itu seorang jururawat datang.

“Nurse, adik saya nak bersalin ni.” Segera Puan Hajar dibawa ke Emergency Room.

* * * * * * * * * * * * * * *

10 Tahun Kemudian…..

Kecoh rumah Puan Aishah apabila berita Amirul melarikan diri daripada berkhatan tersebar dengan cepat. Orang kampung juga turut berusaha menjejaki Amirul. Satu kampung mencari kelibat Amirul. Amirul hilang tanpa jejak yang membuatkan Encik Ashraff bingung dibuatnya. Mundar mandir Encik Ashraff di ruang tamu. Pening juga Puan Aishah dibuatnya. Anak bujang sorang ni degil betul.

“Assalamualaikum. Kak Ecah, Abang Raff.” Orang kampung memberi salam dari luar. Puan Aishah dan Encik Ashraff meluru keluar. Ada orang kampung datang mesti membawa khabar keberadaan Amirul.

“Waalaikumsalam, Husin. Kau dah jumpa anak aku?” Encik Ashraaf bertanya.

“Dah jumpa dah Raff. Tapi anak kau tu degilnya nauzubillah. Puas orang kampung pujuk. Dia tak nak turun dari pokok rambutan kat kebun Wak Junub.” Kata Husin sambil menggelengkan kepalanya.

Encik Ashraff menepuk dahinya. Faham sangat dia dengan kedengilan anak sulungnya ini. Encik Ashraff mundar mandir kembali memikirkan cara memujuk anak sulungnya ini. Tiba-tiba dia mendapat satu idea bernas. Tersenyum Encik Ashraff.

“Ecah, panggil Nayla sekarang.” Puan Aishah menganggukkan kepalanya. Sepertinya, dia juga memikirkan yang sama.

* * * * * * * * * * * * * * *

“AMI, kau buat apa kat atas tu?” Nayla mendongakan kepalanya. Amirul yang diatas pokok tersengih. Malu pula dia pada pujaan hatinya.

“Aku tengah main nyorok-nyorok ni.” Tipu Amirul.

“Alah.. Kau tak payahlah nak tipu aku. Satu kampung tahu kau lari dari berkhatan.”

“Mana ada. Aku ambil angin je kat sini.” Amirul masih lagi menipu. Nayla memcebikkan bibirnya.

“Kau ingat tak, hari tu kau ada cakap kau nak jadi kuat macam Ultraman.”

“Jadi?”

“Jadi aku nak kau buktikan kat aku yang kau boleh jadi kuat macam Ultraman yang kau cakap tu. Lagi pun Ultraman tak lari dari masalah. Kau ni pengecut tau tak?” Sengaja Nayla Mencabar Amirul.

“Mana ada aku lari dari masalah? Aku cuma belum ready aje.”

“Habis tu, bila nak tunggu kau ready? Dah lah, kau janganlah buang masa. Lagi lambat kau sunat lambat tau kita kahwin.” Nayla mencekak pinggangnya. Leher dah lenguh mendongak dari tadi.

“Nak kahwin kena sunat ke?” Amirul tercengang. Lambatlah dia kahwin dengan pujaan hatinya.

“Iya. Pak long cakap kat aku tadi. Pak long cakap, lepas kau sembuh dari bersunat nanti Pak long nak kahwinkan aku dengan kau.” Sengaja Encik Ashraff berkata begitu untuk Nayla pancing Amirul. Tahu sangat Encik Ashraff kelemahan anaknya ini.

“Betul ke bapak aku cakap macam tu? Hari tu dia kata tak boleh.” Amirul berkerut dahi.

“Hari tu sebab kau belum sunat. Lepas sunat kita kahwinlah. Ishh.. kau ni nak bersunat je pun macam nak pergi bunuh diri. Kau turun sekarang! Kalau tak aku balik. Aku kahwin dengan orang lain.” Nayla mengertak. Hilang sabarnya dengan kedengilan Amirul.

“Okey. Okey. Aku turun tapi kau jangan kahwin dengan orang lain tau.”

“Ya”

“Tapi…”

“Tapi apa lagi?” Nayla meninggikan suara tanda marah.

“Tapi kau kena janji dengan aku. Kau jaga aku lepas sunat ni. Aku buat ni sebab kau tau.”

“Iya, cepat turun.” Amirul mula untuk turun dari pokok. Jejak kaki di atas tanah Amirul mengadap Nayla. Nayla memberi isyarat ‘nanti’ pada orang kampung.

“Janji tau kahwin dengan aku.” Amirul mengeluarkan jari kelinkingnya lalu Nayla menyambut dengan jari kelinkingnya dengan tersenyum. Jari mereka mengikat janji. Lain macam saja senyuman Nayla kali ni. Mati senyuman Amirul apabila ternampak kelibat orang kampung bersembunyi di sebalik semak.

“Serang!” Jerit Nayla. Semua orang kampung yang bersembunyi di sebalik semak tadi keluar untuk menangkap Amirul.

* * * * * * * * * * * * * * *

HULURAN bubur Nayla langsung tidak disambut oleh Amirul. Nayla tersenyum. Merajuk lagi anak bujang Pak Long ni.

“Makanlah bubur ni, penat aku masak tau.” Nayla masih cuba memujuk Amirul.

“Yalah tu kau yang masak? Mak aku yang masak. Nak tipu pulak. Kau dari tadi asyik tipu aku aje.” Amirul mencebikkan bibir. Sakit hatinya ditipu hidup-hidup.

Ishh.. mamat ni. Tak padan tengah sakit bersunat. Masih lagi nak merajuk. Aku sepak kang, bentan kau dua minggu desis hati Nayla.

“Yalah. Aku mengaku mak kau yang masak bubur ni. Mana ada aku menipu kau dari tadi. Ni buktinya, aku dah janji nak jaga kau kan. Sekarang aku jaga kau, kau buat perangai pulak. Aku baliklah macam ni.” Nayla mula menggangkat punggung, malas nak layan budak degil ni. Tangan Nayla ditarik Amirul.

“Okey. Sorry. Aku marah pasal kau komplot dengan orang kampung untuk tangkap aku tadi.”

Nayla duduk semula di sebelah Amirul. Dia menghelah nafasnya.

“Kalau aku tak buat macam tu, tak mustahil kau lari lagi. Aku pun tak ada niat nak buat kau macam tu. Aku minta maaf. Okey.” Nayla meluahkan rasa bersalahnya.

“Betul juga. Okey aku maafkan tapi dengan syarat. Kau kena suapkan aku makan.”

“Ishhh… kau ni mengada betullah. Tangan kau bukannya sakit pun.” Nayla menyumpah dalam hati. Namun tangannya lincah menyuap bubur ke mulut Amirul. Tanpa sedar perbuatan mereka di perhatikan oleh Puan Hajar dan Puan Aishah.

“Ecah, aku rasa kita ni boleh jadi besan.” Puan hajar ketawa. Puan Aishah menjeling saja. Jika sudah tertulis jodoh mereka Puan Aishah mendoakan yang terbaik buat anaknya.

Share this novel

Rohaya Ramli
2022-10-31 23:00:12 

ceritanya menarik tak bosan

Rohaya Ramli
2022-10-24 06:36:18 

bila nak sambung bab baru tak sabar nak baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience