Amirul keluar dari perut kereta. Dia sempat juga mengerling ke arah rumah Nayla yang tertutup rapat. Laju kakinya melangkah ke depan pintu rumah Nayla. Baru saja nak buka mulut bagi salam, namanya dipanggil. Terus Amirul berpaling.
“Amirul, kau buat apa kat rumah Ila tu? Mari masuk! Kau jangan sibuk-sibuk nak ke rumah dia.” Marah Puan Aisyah pada Amirul. Sekarang hati tuanya mula bimbang jika Amirul tahu Nayla sudah bercerai, cinta lama akan berputik kembali.
Amirul akur, rumah Nayla hanya berhadapan dengan rumah ibu bapa Amirul. Sebelum ni, Nayla hanya tinggal di belakang rumahnya saja. Selepas Nayla menjual tanah pusaka keluarganya, Nayla menyewa di perumahan milik ibu Amirul.
Amirul mengimbau kembali di mana dia datang ke rumah Nayla menggunakan basikal tua milik ayahnya. Sampai saja di rumah Nayla, Amirul turun dari basikal tua itu lalu menongkatnya. Berdebar jantung Amirul. Takut tak boleh control. Sebenarnya, Amirul masih frust menonggeng lagi sebab Nayla kahwin dengan orang lain. Sudah lama tak bersemuka.
“Assalamualaikum, Ila oh Ila! Mana pula perempuan gila ni.” Amirul memanjangkan lehernya melihat kelibat Nayla.
“Waalaikumsalam, hah kau! Ingat siapa tadi. Kebetulan aku ada perkara nak tanya kau ni.” Nayla keluar lalu duduk di tangga kayu rumah pusaka milik ibunya. Amirul duduk di sebelah Nayla sambil berkerut dahi.
“Apa yang kau nak tanya? Kenapa tak call je?” tanya Amirul.
“Baru malam tadi aku bincang dengan suami aku.” Jawap Nayla.
“Bincang apa?” bertambah kerut di dahi Amirul.
“Safwan nak mula berniaga.” Jawap Nayla.
“Dah tu kenapa kalau dia nak berniaga pun? Apa kaitan dengan aku? Dia nak cari pekerja ke? Kalau nak aku carikan.” Tanya Amirul. Memandang kawan-kawan mereka baru habis SPM. Memang tengah cari kerja.
“Taklah, aku nak jual tanah ni. Buat modal Wan niaga. Itu yang aku nak tanya kau, rumah sewa mak kau tu ada yang kosong tak?” tanya Nayla.
Mendengar je apa yang Nayla sampaikan Amirul naik angin. Dia terus berdiri menghadap Nayla yang sedang duduk tadi. Mukanya merah. Rasa nak cekik-cekik aje Nayla ni. Orang lain yang nak berniaga kenapa Nayla yang kena bergolok-gadai? Lepas tu nak jual harta atuknya yang diwarisi oleh Puan Hajar untuk Nayla. Punyalah susah payah arwah atuknya berusaha berkerja untuk anak cucunya, cucunya pula nak jual tanah pusaka ni. Ini kalau Puan Aishah tahu comfirm meletup!
“Orang lain yang nak berniaga, kau yang sibuk nak bergolok-gadai ni dah kenapa? Lepas tu, nak jual pulak harta pusaka atuk kita. Banyak cantik! Kalau dia nak berniaga suruh dia usaha sendirilah! Tak payah nak jual harta orang!” Tengking Amirul pada Nayla.
Nayla terkejut. Sebenarnya, dia sudah dapat agak. Mesti ramai yang akan marah. Puan Aishah belum tahu lagi. Kalau tahu mesti lagi kecoh. Tapi dia tak dapat menolak permintaan Safwan. Safwan bersungguh-sungguh nak berniaga katanya untuk kesenangan anak-anak mereka masa akan datang.
“Wei, relex lah. Yang aku nak jual ni tanah arwah mak aku. Bukan mak kau! Yang kau tiba-tiba naik angin ni kenapa? Lagipun, Wan dah janji nak tebus tanah ni balik.” Balas Nayla
“Macam mana aku tak marah? Yang kau nak jual ni bukan harta ahli keluarga aku ke? Lagipun, betul ke dia boleh tebus balik? Kalau bisnes dia tak maju macam mana Dia nak tebus balik tanah ni? Kau tak fikir ke? Ni tanah keluarga kita tahu!” marah Amirul. Panas hatinya.
“Hei! Kau nak persoalkan harta bini aku ni apa hak kau? Ni tanah bini aku. Aku punya sukalah nak buat apa!” Safwan muncul di pintu depan. Panas hatinya mendengar percakapan Amirul tadi.
“Kau!” Amirul terus datang menerpa ke arah Safwan lalu menyekap leher Safwan. “Kau baru je masuk dalam keluarga aku tahu, kau dah sibuk nak jual harta keluarga aku! Kau ingat aku tak tahu niat kau kahwin dengan Ila?”
Nayla menolak Amirul sekuat tenaganya. “Ami! Kalau kau datang nak buat kecoh. Kau baliklah!” marah Nayla sambil menolak Amirul turun dari rumahnya.
Dalam keadaan marah Amirul mengayuh basikal tuanya. Nafasnya turun naik. Kecewa hati dia. Selama ni, aku sayang kau Nayla. Kenapa kau pilih Safwan dalam hidup kau! Sampai saja rumah Amirul terus masuk bilik tanpa menghiraukan ibunya yang membebel padanya. Amirul baring di atas katil. Matanya memandang siling putih. Perlahan air matanya menitis.
Amirul penyeluk poket seluarnya. Terbantut hajatnya ingin beritahu Nayla tentang tawaran belajar ke oversea. Tak lama lagi dia akan terbang ke negara orang. Nampaknya Nayla tak begitu pedulikan tentang dirinya. Kenapa kau tak sedar Ila yang aku sangat cintakan kau dari dulu lagi.
* * * * * * * * * * * * * * *
“Abang Ami!” Sergah Fitri dari belakang. Hampir bersilat Amirul dibuatnya. Nasib baik jantung dia sihat lagi. Kalau tak, dah jalan ke barzakh.
“Jauh menung, menung apa?” tanya adik bongsu Amirul sambil tersengih kambing. Ish, budak ni! Ada juga yang aku hantar ke alam barzakh betul-betul ni kang.
“Kau pehal senyum-senyum ni!” tanya Amirul. Macam kambing!
“Ada berita baik, abang mesti suka.” Ringkas saja jawapan Fitri. Dia tahu abang dia yang seorang ni dah lama gilakan Nayla cuma Nayla aje yang gilakan Safwan sampai tak nampak cinta abangnya yang suci ni tuihhh.
“Apa?” tanya Amirul sambil terangkat keningnya. Baru saja Fitri mahu buka mulut. Puan Aishah muncul di muka pintu bilik Amirul.
“Fitri! Kerja sekolah dah buat belum?” tanya Puan Aishah
“Belum ibu.” Jawap Fitri. Bergegas dia bangun sebelum ibunya mula tazkirah panjang. Amirul hanya tersenyum.
“Ami, ikut ibu ke ruangtamu. Ibu ada perkara nak bincang dengan kamu.” Tegas saja suara Puan Aishah. Mesti ada perkara serius yang ingin dibincangkan. Amirul menurut saja. Baru saja meletakkan punggung Puan Aishah bersuara lagi.
“Kenapa lama sangat tak balik? Ibu call baru nak balik! Itu pun liat!” marah Puan Aishah.
“Ami buzy ibu. Lagipun dah nak dekat final exam ni. Ami banyak buat kelas tambahan.” Jawap Amirul dengan sopan.
“Alasan! Macam ibu tak tahu yang kamu tu sebenarnya tak nak jumpa dengan perempuan mandul tu kan!” Amarah Puan Aishah tak habis lagi pasal isu jual tanah arwah adiknya.
“Kamu ni Ecah! Jaga mulut tu sikit! Jangan kata orang suka-suka kamu je. Kalau Ila dengar kecil hati dia.” Encik Ashraff menegur Puan Aishah.
“Betul apa yang ayah cakap tu ibu. Ila tu tak mandul. Cuma belum rezeki dia je bu.” Sokong Amirul.
“Argh! Lantaklah. Kau Ami, esok bawa ibu pergi jumpa mak Fariza.” Tegas Puan Aishah.
“Eh! Kenapa ibu?” tanya Amirul kebingungan.
“Kenapa kamu tanya ibu? Kamu nak bertunang sampai bila? Kamu tu dah nak masuk tiga puluh tahun tak kahwin lagi. Nak tunggu sampai bila? Ke kau nak tunggu perempuan mandul tu!” bidas Puan Aishah pada Amirul.
“Ecah!” tengking Encik Ashraff pada Puan Aishah. Lancang saja mulut Puan Aishah mengata anak saudaranya sendiri. “Apa yang awak benci sangat dengan Ila tu sampai sanggup hina dia macam tu! Dia tu anak saudara awak. Awak sebagai mak saudara dia awak kena bagi semangat bukan menghina!”
“Memang betul pun apa yang ibu cakap tu ayah.” Bela Syuhadah yang baru muncul depan pintu rumah. “Kalau tak, takkan laki dia ceraikan dia?” sambung Syuhadah.
Amirul yang mendengar percakapan Syuhadah terus bangun dari duduknya. “What! Bercerai!” Puan Aishah mula panik. Habislah rancangan dia nak kahwinkan Amirul dengan Fariza akan hancur. Syuhadah menutup mulutnya. Terlupa dia atas pesan ibunya agar jangan bagitahu Amirul tentang penceraian Nayla kalau tak, pasti Amirul akan memutuskan petunangannya dan Fariza.
“Eh! Tak, Ada salah cakap tadi” sampuk Puan Aishah sambil menjeling ke arah Syuhadah.
Amirul terus meluru keluar. Langkah di bawa ke rumah Nayla yang berhadapan dengan rumah Puan Aishah. Dia perlukan kepastian. Panggilan Puan Aishah tidak dihiraukan. Amirul memberi salam namun tiada sahutan. Amirul melirik ke arah kereta Nayla. Ada, tapi kenapa macam tak ada orang je.
Amirul mengetuk pintu rumah Nayla sekuat hati. Sekali lagi tak ada yang buka. Amirul rasa tak sedap hati. Amirul menendang pintu rumah Nayla. Panggilan Puan Aishah memanggilnya lagi tetapi tidak di hiraukan.
Terbuka saja pintu Amirul meluru masuk. Amirul melihat sebujur tubuh terbaring lemah di lantai dengan wajah pucat lesu. Nayla tidak sedarkan diri. Amirul terus mencempung tubuh Nayla masuk kereta untuk di bawa ke hospital.
Share this novel