BAB 1

Romance Completed 3510

Hidup aku ibarat lautan ada ketikanya tenang tanpa sebarang masalah. Dan ada ketikanya ibarat badai melanda tepian pantai bertubi-tubi. Masalah hadir tanpa sebarang amaran dan tanpa sempat aku siaga. Dan kini aku di tepi pantai menghadap lautan luas atau lebih tepat lagi Selat Melaka, menangisi masalah yang hadir dalam hidupku.

Deruan ombak yang memecah pantai mencuit hatiku yang kosong. Aku tak mampu menipu diriku sendiri. Aku bersedih kerana seorang lelaki. Buat kali pertama air mata aku hadir kerana seorang lelaki. Dia yang bernama kekasih. Sungguh aku gila. Menangisi lelaki tak guna yang menyakiti hatiku.

“Aku benci kau Faruqi … aku benci kau.” Aku tunduk kesedihan di pinggir pantai. Membiarkan ombak memukul lembut kakiku. Sungguh aku sukar untuk melupakan dia. Aku rindukan dia. Aku bencikan dia. Aku campakkan anak patung beruang kecil pemberian Faruqi padaku. Patung kunci sebenarnya. Hanya itu sahaja pemberian Faruqi padaku. Biar anak patung itu pergi di bawa ombak.

“Tindakan saudari membuang patung tu ke lautan ibarat membunuh lautan itu sendiri. Jika berpuluh-puluh atau beratus-ratus manusia seperti saudari alamtnya keindahan pantai dan lautan akan hilang dek sifat manusia yang suka membuang sampah merata-rata. Bukankah elok saudari buang saja patung tu dalam tong sampah. Atau sedekahkan saja pada kanak-kanak yang sedang bermain di sana…”

Aku terkesima. Pemuda itukah yang berkata-kata padaku sebentar tadi. Aku kesat air mataku. Aku jadi malu. Bukan kerana aku terkesan atau terasa hati dengan kata-kata dia. Dia sangat seiras dengan wajah pelakon Twilight yang aku minati, Edward Cullen atau nama sebenarnya Robert Pattinson. Kenapa mesti aku melihat seraut wajah itu saat aku terluka. Biar aku simpan wajahnya baik-baik di ingatan. Buat bekal untuk aku lupakan Faruqi yang paling aku benci.

“Terima kasih saudara… harap kita tak berjumpa lagi.” Aku menundukkan kepala sedikit tanda hormat. Hormat pada dia yang teramat peka dengan alam sekitar. Aku kutip patung kecil yang aku campak tadi. Aku harap aku tak berjumpa dia lagi. Bukan kerana aku segan atau malu. Aku takut bermimpi indah jika aku bertemunya lagi. Siapalah aku untuk bermimpi indah. Aku campakkan patung kecil tadi ke dalam tong sampah. Jagalah kebersihan pantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience