BAB 4

Romance Completed 3510

“Rambut saya milik saya suka hati saya…” jawabku. Rasanya sabarku sudah hilang. Pemilik wajah tampan ini betul-betul membuatkan aku marah.

“Saudari milik Allah seharusnya patuh pada suruhan Allah untuk melindungi aurat saudari. Saya tak suka perempuan berambut pendek. Saya suka perempuan yang melindungi auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrimnya…”

Aku pandang dia atas bawah. Pemilik wajah yang tampan. Bolehkah aku bertukar watak menjadi makhluk ganas untuk menzahirkan marahku. Mungkin kau juga sama seperti lelaki-lelaki lain yang hanya sukakan keindahan. Wanita seperti aku hanya layak untuk disakiti.

Aku coretkan sesuatu atas kertas. Biar aku buat sesuatu yang gila demi untuk mengusir lelaki ini. Wajahnya cukup tampan dan memikat hati tapi kata-katanya cukup tajam dan menikam. Dia fikir aku siapa untuk dia sakitkan hatiku. Aku perlu lancarkan serang balas. Bukan Julia Hania namanya kalau tak melawan.

Aku sengaja mendekati dia. Memandang wajahnya sedekat yang boleh. Kulitnya putih bersih dan licin. Kalah aku seorang perempuan. Kulitku kasar dan berminyak. Matanya berwarna coklat dan cantik. Memang aku pasti pemilik wajah tampan ini pujaan ramai wanita. Termasuk aku kalau ikutkan mimpi-mimpi indah ku. Aku hanya mampu memiliki wajah ini dalam mimpiku.

“Kalau saudara tak suka saya berambut pendek, jadilah suami saya. Saya akan simpan rambut saya sepanjang mana yang saudara mahu.” Dari mana datang keberanian itu. Kenapa aku ucapkan kata-kata berbaur lamaran itu. Kemana hilang maluku.

Dia tersenyum. Bukan, dia tersengih sedikit. Menampakkan barisan giginya yang putih bersih. Bibirnya merah dan sangat menarik. Betapa kedilnya aku di sisi dia. Seharusnya aku tampar pipiku sendiri. Kenapa aku melamar dia. Lelaki yang serba sempurna. Aku ibarat sampah tak berharga.

“Adakah ini satu lamaran…” dia tesenyum lagi. Nama Faruqi mula hilang bila dia senyum.

“Bukan lamaran tapi amaran. Rambut saya hak milik saya. Tapi rambut saya juga boleh jadi hakmilik suami saya. Ini alamat rumah saya dan kalau rasa sayang nak tengok rambut saya pendek silalah nikahi saya.” Aku menyelitkan sekeping kertas di kocek jaketnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience