BAB 7

Romance Completed 3510

Aku berdiri menghadap laut. Bukan lautan yang sama tempat aku menghamburkan kesedihan dahulu. Sekarang bayang-bayang kesedihan sudahpun lenyap. Bunga-bunga bahagia sedang terhampar dalam hidupku. Aku biarkan kakiku basah dipukul ombak yang semakin lemah. Angin senja menampar lembut pipiku. Senyuman aku lemparkan buat sang laut yang banyak berjasa padaku. Laut manapun asalnya tetap satu laut. Bersambung menjadi satu.

Sepasang tangan tiba-tiba melingkari pinggangku. Aku tersenyum sendiri. Pasti si dia. Dapat kurasa desahan nafasnya ditelingaku. Aku ditarik ke belakang rapat dengannya. Sebuah pelukan erat dihadiahkan oleh suami tersayang. Aku bahagia. Aku bahagia jadi isterinya.

“Seorang Rudy tak pernah boleh hidup tanpa seorang Julia Hania …I Love you.” Manisnya bicara seorang Rudy . Tutur yang dulu ibarat jarum menusuk hati bertukar semanis gula-gula kapas. Seorang Rudy yang tampak dingin dan beku menjadi suami yang paling memahami dan romantic.

Aku senyum. Memang benar sangkaku. Pasti Allah punya rencana lain dengan menghadirkan wajah tampan milik Rudy saat aku sedang terluka. Saat seorang lelaki menghancurkan sekeping hati milik aku Dia hadirkan Rudy untuk menyembuhkan lukaku. Langit tak selamanya mendung. Cuaca cerah pasti akan muncul akhirnya.

“Takkan hanya kerana nama Julia Hania seorang Rudy melamar saya.” Aku tak tau berapa kali aku tanyakan soalan itu.

“Seorang Julia Hania hadir ketika seorang Rudy berdoa agar Allah menganugerahkan jodoh terbaik buat dia. Seorang Rudy yang kecewa di kecewakan seorang wanita bernama kekasih. Hadir seorang Julia Hania sedang menangis juga sedang kecewa dikecewakan. Julia Hania yang sedang menangis tampak cantik di bawah lembayung senja.”

Sebuah ciuman singgah di pipiku. Kisah kami sama. Sama-sama kecewa dalam bercinta. Bezanya dia berdoa memohon jodoh terbaik dari Allah. Manakala aku mencampakkan patung kecil yang pernah di hadiahkan bekas kekasih. Di hadapan laut kami sama-sama mahu melupakan kenangan lalu.

“Tapi…”

“Kecantikan bagi mata lelaki berbeza-beza. Julia Hania yang cengeng, Julia Hania yang garang dan Julia Hania yang berani adalah Julia Hania yang paling sempurna buat seorang Rudy . Takkan seorang Rudy akan tolak lamaran Julia Hania yang jadi impian dia. Julia Hania yang berjaya buatkan dia jatuh cinta kali kedua.”

Aku cukup bahagia bila terkenangkan jalan hadirnya jodoh kami. Lautan menjadi saksi kecewa dua insan. Lautan juga jadi saksi jodoh pertemuan aturan tuhan. Kini lautan menjadi saksi cinta Rudy dan Julia Hania . Saksi cinta kami berdua.

Aku toleh tubuhku dan kini mata kami berdua saling tertancap. Aku menilik sepuasnya wajah tampan milik Ahmad Rudy . Ya benar, aku sudah tidak bermimpi lagi. Wajah tampan ini adalah suamiku, imamku dan kekasih halalku. Sungguh aku bersyukur kerana Rudy kini milik Julia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience