BAB 3

Romance Completed 3510

“Kan molek kalau bibir indah milik saudari mengucap kata-kata yang indah. Kata-kata yang indah menunjukkan peribadi kita yang mulia…”

Kenapa mesti dia lagi. Adakah Allah tak memperkenankan permintaanku untuk tidak ditemukan dengan dia lagi. Atau ada yang tersirat di sebalik semua ini. Kenapa mesti terjadi pertemuan demi pertemuan. Dia tersenyum dari dalam keretanya. Aku pasti dia anak orang kaya. Kereta BMW merah. Kereta yang pernah singgah dalam mimpiku. Semuanya hanya dalam mimpi kerana aku hanyalah anak seorang ibu tunggal. Ayahku meninggal sebelum aku dilahirkan lagi.

Aku hanya mampu tersenyum. Ya Allah perkenankan doaku. Jadikanlah pertemuan ini yang terakhir buat kami. Hati aku sembuh dah robek pada masa yang sama. Sembuh melihat senyuman dia robek mendengar kata-kata dia.

“Aku rasa nak potong pendek rambut aku ni.” aku membelek rambut ku di cermin.

“Kenapa nak potong. Takkan kecewa sebab putus cinta kot?” Soal Liyana. Jawapan aku mungkin ya.

“Taklah… dah rimas rambut panjang.” Bohong aku. Rasa bersalah menguasai diri kerana berbohong pada sahabat baikku sendiri. Mungkin aku perlu berubah angin atau bertukar imej untuk melupakan Faruqi . Alang-alang dia kata aku ganas biar aku berubah watak.

“Aku nak pergi tandas kejap…”

Aku pandang kelibat Liyana yang sudahpun keluar dari kedai. Suasana sunyi di kawasan pam minyak. Aku sempat melirik jam di dinding pukul sebelas pagi. Sebentar lagi suasana sunyi ini akan hilang.

“Rambut adalah mahkota seorang wanita… dalam islam rambut adalah aurat. Kenapa mesti memotong pendek dan menyerupai lelaki. Bukankah molek kalau saudari menutupi rambut saudari dengan hijab.”

Kenapa dia mesti hadir dengan wajah tampan tapi mulut berbisanya. Apa rencana Allah untuk aku dengan dia. Adakah hobi terbaru dia untuk menyakiti hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience