BAB 2

Romance Completed 3510

‘Seorang bakal isteri seharusnya lemah lembut dan sopan bicaranya bukan kasar atau ganas’ kata-kata Faruqi tak dapat aku buang dari ingatanku. Hampir setiap saat aku tenggelam dalam lautan kesedihan. Kenapa dia menabur janji dan memungkiri. Kenapa tak dari awal lagi dia fikirkan aku yang serba kekurangan. Kenapa setelah bertemu dia isu ini timbul. Aku tiada rupa dan juga harta.

“Pekerja yang sering berkhayal atau memikirkan masalahnya semasa bekerja ibarat makan gaji buta. Adakah rezeki yang di dapati itu halal atau…”

Aku angkat kepala. Kenapa mesti dia lagi. Dan kenapa mesti dia hadir dengan kata-kata yang sangat menusuk hati. Aku sedar silapku. Bukankah molek kalau sekadar mengetuk meja atau berdehem sekurang-kurangnya. Namun aku akui itu semua salahku. Benar kata dia rezeki itu jadi kurang berkat jika aku kerja tak bersungguh-sungguh.

“Maafkan saya encik…” hanya sekadar kata maaf mampu aku lontarkan.

“Jangan berkhayal di tempat kerja. Kalau penjahat yang masuk tadi habis hilang semua barang-barang dalam kedai ni dicuri…”

Aku menangis dalam hati. Wahai pemilik wajah yang tampan kenapa tuturmu ibarat jarum menusuk ke hati. Tahukah kau pemilik wajah tampan hatiku sedang sakit tak terubati. Tak salah kau berikan senyuman manismu sebagai penawar. Biar aku bermimpi indah asal hatiku bisa sembuh.

“Tangisan dan perempuan tak dapat dipisahkan. Cengeng "

Aku harap kita tak berjumpa lagi wahai pemilik wajah tampan. Tuturmu berbisa mampu membunuh sekeping hati milik aku.

“Lain kali ada mata tu guna elok-elok. Jangan jadi celik tapi buta. Kurang ajar betul!” Aku gagal mengawal amarahku bila motorsikal kesayanganku tergesel dengan sebuah motorsikal lain. Tanpa sebarang kata maaf terus sahaja penunggang motorsikal itu berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience