BAB 1

Other Completed 1423

PANAHAN sang mentari memancar terik seakan membakar kepalanya. Bagai mendidih rasanya otak menggelegak. Dia pasti sesiapa sahaja yang berada di bawah mentari itu sudah pasti akan akan bermandi peluh. Itulah dia bumi Malaysia. Dihambat bahang panas akibat pemanasan global yang berpunca dari kerakusan manusia untuk mengejar pembangunan dan kemajuan sehingga lupa kepada kurniaan Tuhan. Jadi inilah akibat yang terpaksa ditanggung dan dihadam oleh manusia, merasalah bahana dari perbuatan mereka sendiri yang akan turut dirasai oleh keturunan mereka kelak.

Seman sekadar memandang sahaja anaknya dan anak anak jiran mereka bermain bersama sama di pusat pemindahan banjir itu. Sesekali dia menegur anak lelakinya apabila anaknya cuba berkasar ketika bermain. Dia benar benar terkejut dengan kejadian itu. Belum pernah lagi Kampung Pulau dilanda banjir sebelum ini. Dia sudah tinggal di kampung itu sejak lahir lagi. Tidak pernah musibah seburuk itu melanda kampung mereka. Semalam hujan turun dengan lebat seolah olah tidak mahu henti. Hatinya sudah mula tidak sedap pada waktu itu. Dia dapat merasakan akan ada perkara buruk akan berlaku dan ternyata telahannya tidak tersasar. Banjir melanda kampungnya.

Nasib baik pasukan Pertahanan Awam segera tiba untuk menyelamatkan dirinya, isteri dan anaknya yang berusia tiga tahun itu. Jika tidak, sudah pasti mereka sudah mati lemas di dalam air banjir yang setinggi bumbung rumah itu. Kampung Pulau sudah seperti lautan. Rumah rumah sudah tidak kelihatan akibat ditenggelami air yang sangat dalam. Nasib baik dia sempat menyelamatkan semua dokumen dokumen penting kepunyaan keluarga dan dirinya. Itu semua gerak rasa dari Allah untuk dia bersedia. Namun begitu, banyak harta bendanya musnah akibah bah itu.

"Jauh kau termenung Seman!" Azli menepuk bahu Seman sambil duduk di sebelahnya.

Namun Seman tidak terkejut. Dia cuma tersedar dari lamunannya seketika. Dia tersenyum memandang wajah Azli. Rumah Azli juga rosak teruk. Mereka sama sama terdampar di sekolah menengah yang menjadi pusat pemindahan banjir itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience