BAB 7

Other Completed 1423

"Tak baik Pak Dollah cakap macam tu. Penghulu Jamil sudah pun meninggal dunia. Kita tak perlu cakap pasal tu lagi. Sekarang kita kena uruskan jenazah ni." Ujar Seman.

"Pihak polis nak bawa jenazah yang hancur itu ke hospital untuk dibedah siasat. Esok atau lusa bolehlah dikebumikan." Ujar Pak Dollah dan berlalu dari situ.

Setelah dilakukan bedah siasat, jenazah Penghulu Jamil dituntut oleh keluarganya. Penghulu Jamil dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau itu.

Setelah beberapa hari, Pak Dollah yang dilantik sebagai pemangku penghulu pergi ke pusat judi itu bersama dengan penduduk kampung untuk meminta agar pusat judi itu dipindahkan. Mereka bertemu dengan tuan punya tempat itu iaitu Mr. Lim.

"Saya mana boleh roboh ini tempat. Saya boleh rugi woo. Saya sudah bili ini tanah maa." Ujar Mr. Lim apabila penduduk kampung menggesa agar pusat judi dan pusat hiburan miliknya dipindahkan.

"Tauke jangan degil. Kampung ini ada banyak masalah apabila pusat judi ini dibuka." Seman yang turut serta dalam perhimpunan itu bersuara.

"Itu saya tala tahu maa. Ini bukan urusan saya. Kamu olang boleh jumpa sama polis. Bukan sama saya." Ujar Mr. Lim dalam nada angkuh.

Walaupun pelbagai desakan dibuat, namun ternyata usaha mereka gagal. Mr. Lim tidak mahu memindahkan pusat judi dan pusat hiburan miliknya itu. Akhirnya penduduk kampung pulang dengan perasaan hampa.

Beberapa hari kemudian pusat judi itu terbakar akibat putung rokok. Habis musnah semua perniagaan yang dimiliki oleh Mr. Lim. Mr Lim menangis tidak berlagu apabila melihat perniagaan yang baru diusahakannya musnah dijilat api.

Benar kejadian itu mengundang simpati daripada penduduk kampung namun jauh di sudut hati mereka bersyukur. Doa mereka agar pusat judi itu pindah ternyata menjadi kenyataan. Bahkan dengan kuasa Allah, ia bukan pindah malah musnah ditelan bumi hanya debu dan asap yang tinggal sebagai peringatan untuk semua manusia. Rasakanlah amarah Allah itu, bila murka menjengah segala berlaku adalah satu amaran!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience