BAB 6

Other Completed 1423

Suatu malam ketika Seman berehat bersama isteri dan anaknya di rumah, mereka terdengar ada ketukan di pintu yang amat kuat. "Siapa pula datang malam malam ni?" Soal isteri Seman.

"Entah. Biar abang pergi tengok." Ujar Seman.

Dia menuju ke arah pintu rumah itu. Apabila dia membuka pintu, dia melihat Azli ada di situ. "Kenapa kau termengah mengah ni Azli? Kau dari mana ni?" Seman bertanya sebaik sahaja melihat keadaan Azli yang bermandi peluh dan dalam keadaan termengah mengah. Lagaknya seperti orang berlari 1200 meter sahaja.

"Penghulu Jamil dah meninggal. Dia kemalangan kat depan simpang kampung kita ni." Azli memberitahu. Hampir putus nafasnya pada waktu itu.

"Innalillahiwainnaillahirajiun. Mana kau dapat berita ni?" Seman bertanya sambil mengucap panjang. Baru dua hari lepas dia berjumpa dengan Penghulu Jamil dan sekarang Penghulu Jamil sudah meninggal dunia. Dia agak terkejut dengan berita yang baru dia terima dari Azli itu.

"Pak Dollah beritahu pada aku. Dia dan orang kampung jumpa Penghulu Jamil kemalangan semasa balik dari surau tadi." Jawab Azli.

"Mari kita tengok keadaan dia tapi sebelum tu biar aku tukar baju sekejap." Kata Seman.

"Baiklah". Azli mengangguk.

Setelah bersiap, Seman dan Azli menuju ke tempat kemalangan dengan menaiki motorsikal. Alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan jenazah Penghulu Jamil. Jenazahnya hancur akibat digelek oleh lori treler. Dia kemalangan ketika baru pulang dari kedai dengan menaiki motorsikalnya.

"Ini semua adalah balasan dari Allah sebab perbuatan dia yang bagi pusat judi tu dibina kat kampung ni." Pak Dollah berkata kepada Seman dan Azli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience