BAB 4

Other Completed 1423

"Kami tidak perlu semua itu tok. Kami sudah bahagia sekarang. Cuba tok tengok. Selama ini pusat judi itu tidak ada, belum pernah lagi saya dengar ada orang yang mati kebuluran dalam kampung ini." Ujar Seman.

"Betul!" Sahut orang kampung menyokong kata kata Seman.

"Sudah! Kalau kamu semua tidak suka, kamu semua boleh berambus dari kampung ini. Pergi! Jangan kacau aku lagi! Pergi!" Penghulu Jamil menjerit kemarahan.

"Tidak mengapa tok. Allah pasti akan membalas semua perbuatan tok." Ujar Pak Dollah.

"Sudahlah. Mari kita bersurai. Tidak guna kita bercakap dengan orang macam ini." Ujar Pak Dollah. Semua penduduk kampung yang berhimpun di hadapan rumah Penghulu Jamil tadi bersurai setelah Penghulu Jamil masuk ke dalam rumah.

"Susah kalau bercakap dengan orang yang degil dan tidak faham bahasa ini." Azli merungut sewaktu mereka berjalan beriringan menuju ke rumah masing masing.

"Sabar sahajalah Azli. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini." Ujar Seman.

Bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari dan akhirnya pusat judi dan pusat hiburan remaja itu berjaya didirikan. Ramai orang datang berkunjung ke tempat maksiat itu termasuklah beberapa muda mudi di Kampung Pulau itu. Perkara ini amat merunsingkan penduduk Kampung Pulau. Bukan itu sahaja, kegiatan jenayah seperti rogol, rompak dan sebagainya semakin membarah di kampung itu. Penduduk sudah mula takut. Kawasan kampung mereka juga sudah mula kotor dengan botol botol arak. Oleh itu, mereka berjumpa dengan Penghulu Jamil supaya merobohkan sahaja pusat judi dan pusat hiburan remaja itu.

Mereka diketuai oleh Pak Dollah sebagai antara orang yang paling tua di kampung itu. Seman dan Azli turut serta berjumpa dengan Penghulu Jamil bersama dengan beberapa pemuda kampung bagi membincangkan masalah itu. Kedatangan mereka kali ini dengan cara baik. Bukan lagi dengan cara menerjah sahaja ke rumah Penghulu Jamil itu. Harapan mereka agar Penghulu Jamil boleh mempertimbangkan cadangan dan aduan mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience