BAB 5

Other Completed 1423

"Aku mana boleh robohkan tempat tu. Tanah tu mereka dah beli. Mereka berhak atas tapak tu." Penghulu Jamil memberi alasan.

"Tapi tok kena faham. Sampai bila kita nak perkara ini hendak berlaku? Kita tak nak muda mudi kita rosak sebab ada benda benda macam ni." Ujar Seman. Dia cuba bersabar dengan Penghulu Jamil yang agak keras kepala itu.

"Kamu semua jangan jadi kolot. Ini bukan tahun 1913. Ini tahun 2013. Kalau kamu nak kemajuan, kamu kena terima kemajuan. Sampai bila kita nak tengok kampung kita macam ni. Cuba kita lihat pada hari ini. Dengan adanya pusat judi itu, ekonomi kampung kita semakin baik. Banyak gerai gerai yang diusahakan oleh penduduk kampung menjadi penuh hampir setiap malam." Kata Penghulu Jamil yang masih tidak mahu mengangkat bendera putih.

"Tapi kesan kesan sampingan macam jenayah sudah semakin banyak tok. Macam mana kalau anak anak kita yang terjebak dalam perkara macam tu?" Soal Azli yang masih tidak berpuas hati.

"Itu kamu jangan risau. Aku dan jumpa dengan pihak polis. Mereka akan sentiasa berkawal dalam kampung kita ini. Tidak lama lagi semua masalah ini akan selesai." Penghulu Jamil menjawab.

"Sudahlah tu. Tak guna kita cakap dengan orang tua yang degil macam ni." Pak Dollah sudah mula merengus.

"Mari kita balik saja". Ujar Pak Dollah dan terus keluar dari rumah.

"Kami balik dulu tok. Tapi saya harap tok dapat mempertimbangkan cadangan kami tu." Ujar Seman.

"Janganlah kau risau Seman. Tak ada apa yang akan berlaku." Kata Penghulu Jamil sambil tersenyum.

Seman dan Azli terus pulang bersama beberapa pemuda kampung itu. "Penghulu Jamil memang degil. Dia langsung tak nak ambil peduli tentang cadangan kita tu." Ujar Azli kepada Seman.

"Aku pun tak tahulah Azli. Itulah manusia. Akibat terlalu mengejar kebendaan akhirnya orang lain menjadi mangsa." Satu keluhan keluar dari bibir Seman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience