BAB 2

Romance Completed 135974

"SAYANG?" Soal Shahir sambil melambai-lambai tangannya dihadapan Eryna yang sedang ralit termenung. Nasi goreng kampung telur matanya itu langsung tidak berusik sejak dari tadi.

"Ya? Kenapa you?" Tanya Eryna yang terus memandang Shahir. Tertangkapkah dengan Shahir? Dia takut hendak memberitahu berkenaan perkara pagi tadi kepada teman lelakinya itu. Shahir sangat pantang apabila dia bercakap tentang lelaki lain. Tambah-tambah lagi bekas kekasihnya.

Bibir Shahir dimuncungkan ke arah nasi goreng dihadapannya. Eryna terus tersengih-sengih. Sudu di pinggannya digunakan untuk memasukkan nasi ke dalam mulut.

"Sayang, sebenarnya pagi tadi..."

Eryna terus berhenti bercakap apabila telefon Shahir berdering. Lama Shahir pandang skrin itu sebelum lelaki itu pergi meninggalkannya sendirian di meja makan.

Kemudian telefonnya turut sama berdering. Keluhannya dilepaskan sambil memandang belakang badan Shahir. Melihat seperti pemanggil tersebut seperti tidak mahu mengakhirinya, dia terima jugalah panggilan tersebut.

"Ya, Ilman. Kan Eryn kata Eryn mampu RM500 je dulu." Kata Eryna sambil menajamkam matanya seperti Ilman sedang berada dihadapannya sekarang ini. Bukannya teruk sangat pun kemik pada pintu kereta Ilman, lelaki itu saja yang melebih-lebih.

"Wah! Wah! Dah sedap langgar... cakap macam kita pulak yang berhutang." Bidas Ilman seraya menyisir rambutnya dihadapan cermin. Dia baru saja pulang dari bengkel kereta untuk mengambil semula keretanya yang sudah siap dibetulkan. Memang genap-genap seribu. Berpeluh juga dahinya bila amaun nya tepat mengenai sasarannya.

"Ya, esok Eryn transfer lagi RM500. Tapi Ilman janji, ini last Ilman call ke mesej Eryn... boyfriend Eryn tak sukalah Eryn bercakap dengan lelaki lain." Ujar Eryna sebelum mematikan taliannya dengan Ilman.

"Hello? Hello Eryn? Eryna Faeeqah? Hello?! Ish! Biadab betul dia ni. Baru boyfriend dah berlagak, belum jadi suami lagi." Ngomel Ilman sambil merebahkan diri ke atas katil.

Matanya memandang siling di atas. "Eryna Faeeqah, lepas 7 tahun kita berpisah... tiba-tiba je kita jumpa balik? Pelik!" Katanya sambil ketawa.
"Makin cantik. Makin ada style. Dia bukan lagi Eryna yang dulu."

"Kalau Eyya taknak kahwin dengan aku, Eryna aku pinang! Ha! Bukan salah pun kahwin dengan ex sendiri,kan?" Soalnya sendiri. Bibirnya tersenyum sendiri.

Telefon didalam poket ditarik keluar semula. Nama Bahiyya dicarinya. Pelik dia dibuatnya, Bahiyya tidak pernah buat perangai begitu sejak awal mereka bercinta. Dari pagi hingga sekarang masih tidak berangkat jika ditelefon. Mesej juga tidak dibalasnya.

Telefonnya berdering dan membawa nama Bahiyya di atasnya, laju dia mengangkat panggilan itu. Jam di telefonnya dikerling.

"Eyya pergi mana? Seharian Ilman cari Eyya. Dah tak sayang Ilman ke?" Soal Ilman bernada merajuk.

Bahiyya melabuhkan punggungnya di atas kerusi, dia baru saja pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Rambutnya yang disanggul itu dileraikan sambil mendengar bebelan kekasihnya, Ilman.

"Eyya baru baliklah Ilman, sorry Eyya lupa nak bagitahu Ilman yang flight Eyya delay. Ni Eyya baru sampai rumah." Katanya sambil memejamkan mata.

"Tu lah, Ilman dah suruh Eyya berhenti jadi pramugari tak nak. Ilman mampulah nak tanggung Eyya bila kita kahwin nanti." Jawab Ilman. "Bukan takat Eyya je, anak-anak kita pun beruntung tau dapat ayah yang kerja sebagai cikgu. Cikgu Maths lagi!" Pujuk Ilman lagi agar gadis itu memahami petunjuknya.

"Mak Ilman dah tanya dah bila kita nak berlangsung. Ilman ingat bulan depan Ilman nak..."

"Ilman... tak best lah cakap pasal ni. Eyya tak puas lagi hidup bujang. Kalau kita kahwin..."

"Kalau kita kahwin, lagi best. Kemana-mana Eyya nak pergi Ilman boleh teman. Boleh pegang tangan, boleh peluk." Ilman mencelah sambil tersenyum-senyum memandang siling.

Suara keluhan Bahiyya membuatkan lelaki itu sedikit kecewa. Pada Bahiyya, Ilman seperti sedang memaksanya untuk kahwin. Dia mahu menikmati hidupnya yang sedang bebas terbang ke sana dan ke mari. Kehidupannya sebagai pramugari banyak memberi ilmu tentang pengembaraan. Dari negara Islam hinggalah negara bebas agama. Kerana itu dia sayang untuk meninggalkan dunia pekerjaannya itu.

"Ilman, Eyya penatlah baru balik Jogjakarta. Goodnight sayang, i love you. Esok Eyya call Ilman sebelum Ilman sekolah,okay?" Soal Bahiyya yang disambut dengan senyuman pahit Ilman.

"Take care sayang, goodnight. I love you." Balas Ilman. Senyuman itu sirna selepas talian dimatikan.

Semakin hari perasaan itu seakan pudar. Tiada lagi kata-kata indah yang mampu membuatkan hatinya kembali berbunga. Bahiyya tetap dengan keputusannya meskipun beribu kali sudah dia ajak untuk berkahwin.

Fikirannya mula melayang jauh apabila teringatkan kata-kata orang. Selama mana pun kita dengan dia, jika bukan jodoh tetap dihujungnya akan ada perpisahan. Tapi dia tidak mahu berpisah dengan Bahiyya. Setianya pada Bahiyya telah bersemadi sejak awal mereka bercinta. Tidak pernah kurang, bahkan mekar pada saban waktu.

Tapi mengapa gadis itu kelihatan seperti sudah berubah hati atau dia sahaja yang terlalu jauh menyimpang?

"Sayang, you boleh tolong i tak?" Soal Eryna sambil memandang mata Shahir. Bila kepala Shahir mengangguk terus dia tersenyum.

"I nak pinjam lima ratus boleh tak? I janji gaji nanti i bayar you balik. Boleh?" Soal Eryna lagi.

"Boleh. Lima ratus je, bukan lima ribu." Balas lelaki itu sambil memegang tangan Eryna.

Hati Eryna berasa sedikit lega apabila mendengarnya. Tangannya yang disentuh Shahir ditariknya. Dia tidak selesa apabila tangannya dipegang Shahir. Selama dua tahun dia mengenali Shahir, lelaki itu sentiasa berada dengannya disaat susah dan senang. Cuma masalah Shahir ialah satu, suka sangat pegang tangannya tanpa rela. Pernah dia minta Shahir untuk meminangnya, tapi lelaki itu kata mahu menghabiskan masa bersama kawan-kawannya dulu. Sampai kadang-kadang dia berfikir bahawa dia dan Shahir memang tidak akan berjodoh.

"Sayang, jom kita kahwin nak?" Tanya Eryna sambil menunjukkan wajah comelnya. Matanya dikelip-kelip pada Shahir. Tertawa lelaki itu melihat keletah Eryna.

"Sayang, relax lah. Why not kita enjoy je zaman muda kita? Kenapa? Ada orang masuk meminang you ke?" Soal Shahir seraya menyuap makanan kedalam mulutnya.

Laju kepala Eryna menggeleng sambil mencebik bibir.

"See? So... relax lah sayang. I janji tahun ni i akan enjoy puas-puas dengan kawan-kawan i lepas tu kita kahwin."

"Promise?" Eryna bertanya. Dia sudah bersemangat dan tidak sabar untuk menunggu hari itu. Hari bersejarah dirinya dengan Shahir Idzlan. Jari kelingkingnya dinaikkan pada Shahir.

"Janji." Kening Shahir terangkat saat menjawab.


Getaran nada ketukan pintu bertalu-talu ditangkap gegendang telinga Ilman hingga membuatkan lelaki itu terjaga dari lenanya.

Hajar sudah bercekak pinggan dihadapan pintu anak bujangnya itu. "Kau nak bangun pukul berapa,Ilman?! Matahari dah mencanak berdiri, engkau dah tak reti-reti nak bangun?"

"Ya, mak. Ilman dah bangunlah ni." Ilman menjawab sambil menggosok-gosok matanya. Jam di telefonnya menunjukkan pukul 11 setengah pagi tepat. Kepalanya digaru-garu sebelum dia berdiri dan mengeliat.
"Tak call pun." Ujar lelaki itu sambil berpeluk tubuh. Telefonnya mendail nombor kekasihnya. Sama seperti semalam, tidak berangkat. Geram dengan gadis itu, pintu biliknya ditarik kasar ketika hendak keluar pergi ke bilik air.

"Amboi, amboi... bangun dah lah lambat. Boleh pulak nak emosi? Haih, tak faham aku lah dengan budak-budak zaman sekarang." Ngomel Hajar yang sedang mengupas buah epal di hadapan televisyen.

Sekali lagi dia terkejut apabila pintu bilik itu menghasilkan bunyi kuat kerana dihempas oleh Ilman. Tergeleng-geleng kepalanya melihat pintu itu.

"Eh, kau ingat pintu rumah ni murah ke Ilman kau nak hempas-hempas? Meh sini aku hantukkan kepala kau kat dinding!" Katanya lagi sambil memandang pintu kamar itu.

Ilman mendengus kasar apabila panggilannya sekali lagi tidak diangkat oleh Bahiyya.

"Apa yang susah sangat nak angkat call aku hah,Eyya?" Soal Ilman seraya duduk di atas katil. Tangannya laju menaip mesej kepada gadis itu.

"Sayang, malam tadi you okay je. Kenapa pulak nak EL hari ni?" Telefon itu dilekapkan pada telinga dan bahu sambil tangannya mengacau Nescafe Caramel, kopi kegemaran Eryna Faeeqah. Cuaca yang sejuk ekoran hujan lebat membuatkan tekaknya menginginkan minuman panas itu untuk menghangatkan tubuhnya.

Terkejut dia apabila melihat fail-fail di meja Shahir sudah tersusun rapi selepas dia pulang semula ke ofis seusainya mesyuaratnya bersama klien. Dari malam tadi hingga ke pagi ini lelaki itu tampak sihat, tapi sekarang tiba-tiba pula Shahir mengambil cuti kecemasan.

"Sayang, sorry. I ingatkan i dah sihat, tapi i don't feel good. You lunch dengan Nina lah hari ni." Balas lelaki itu.

"Alah, i rindukan you." Ujar Eryna sambil menduduki kerusinya.

"Kan dah jumpa semalam? Asyik-asyik rindu je you ni, rimaslah." Jawab Shahir yang selamba.
Telefon itu ditenung seketika oleh Eryna. Terkejut dia apabila Shahir memberi jawapan begitu. "Sayang, i dah tak boleh nak rindukan you ke?"

"Bukan tak boleh, tapi jangan hari-hari, please? Rimaslah. I pun tak sihat,kan? I harap you faham." Kata Shahir.

"Yalah, sorry sayang. Janganlah cakap rimas dengan i, i cuma rindukan you je." Balas Eryna sebelum meniup kopi Nescafe Caramel nya.

"Okay, i nak rest dulu. You tu, sambung kerja. Nanti bos marah baru tahu."

"Bye, i love you." Ujar Eryna. Talian itu terus diputuskan tanpa mendapat balasan daripada Shahir.

"Nina, you rasa Shahir tak sihat ke hari ni?" Gadis itu menyoal. Hatinya tidak puas hati dengan tindakan Shahir.

"Shahir tak sihat ke? Aku dengar dia kena balik Ipoh." Balas Nina.

"Ipoh? Kenapa kena balik Ipoh?"

"Entah. Hal keluarga kot." Jawab Nina yang semakin menghampakan Eryna. Kenapa Shahir menipu dirinya? Kalau betul pun perlu balik ke rumah keluarga, cakap saja dengan jujur. Dia pasti mengerti.

Eryna tidak senang punggung sehingga jarum jam menunjukkan jam satu tengahari. Apabila melihat kawan-kawannya sudah bangun baru dia terkocoh-kocoh mengemas sebelum hendak keluar makan.

"Hari ni kami nak makan dekat Pak Li, jom join?" Ajak Nina sambil menuju ke meja Eryna.

"Kauorang pergilah, i nak pergi somewhere kejap." Balas Eryna yang menolak. Nina menganggukkan kepala sebelum pergi bersama rakam sekerja yang lain.

"Nak makan nasi campurlah hari ni." Omongnya sendirian ketika berada di hadapan pintu lif.

Keretanya memarkir di hadapan kedai makan Melayu itu. Bau ayam goreng yang wangi membuatkan perutnya berkeroncong kuat. Kedai itu sedang dibanjiri pelanggan yang ramai. Cepat-cepat dia pergi ke tempat lauk-pauk tersebut.

Nasi putih, ayam goreng, kuah masak lemak cili api dan ulam-ulaman menjadi pilihannya. Matanya melihat sekeliling mencari tempat kosong. Semua penuh. Waktu rehatlah katakan, kerana itulah semua meja dan kerusi sudah memiliki tuan.

Matanya tertancap pada sebuah meja yang menempatkan seorang lelaki berbaju kemeja merah hati, sama dengan warna bajunya. Kakinya melangkah ke arah meja itu dan mengetuk meja lelaki itu.

"Encik, do you mind kalau i duduk sini?" Tanya Eryna yang tersenyum manis.

Ilman mengangkat wajahnya memandang gadis berbaju kurung merah hati itu. Daripada tersenyum terus berubah menjadi singa muka gadis itu apabila mata mereka bertentangan.

"You lagi?" Soal mereka serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience