BAB 3

Romance Completed 135974

TERANGKAT kening Ilman memandang Eryna yang sedang berdiri dihadapan matanya. Riak menyampahnya dipamerkan pada gadis itu. Eryna pula membalasnya dengan mengjongketkan bibir dan menjelingkan matanya.

"I tak kira, i nak jugak duduk." Kata Eryna selepas lelaki itu tidak memberi respon.

"Tak boleh." Balas Ilman seraya meletakkan tangannya pada ruang dihadapannya.

"I tak kata i nak duduk situ, i nak duduk sini." Ujar Eryna seraya menarik kerusi di sebelah tempat yang di 'cop' milik Ilman itu.

"Annoyed, dah lah bawak kereta macam orang lesen P!"

"I dah bayar kan kemik pintu kereta you tu? Apa lagi nak bising? Kecoh betul." Jawab Eryna sebelum mengambil suduh garfu ditengah meja untuk makan.

Sudu dan garfu tadi dia guna untuk mengambil nasi dipinggan. Belum sampai lagi di mulut sudah si Ilman bersuara lagi.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Eryna menjeling lelaki yang bersuara tadi. Sengaja dikuat-kuatkan suaranya pada Eryna.

"Bismillahirrahmanirrahim... . Jemput makan ya, pak ustaz?" Soal Eryna sambil tersengih-sengih di hadapan Ilman.
Ilman tidak menjawab dan sebaliknya dia kelihatan seperti dalam keresahan. 'Gaduh dengan girlfriend lah tu. Padan muka kau, Ilman! Siapa suruh kau tinggalkan aku dulu?' Bisik si Eryn.

"I nak tanya you something, you kisah tak?" Soal Ilman yang tidak memandang wajah Eryna. Dia hanya memandang kosong di pinggannya.

"Hello? Eh? Eh? Siapa tu?" Kepala Eryna bergerak memandang sekeliling. Gayanya seperti mencari kelibat seseorang.

Ilman melepaskan keluhan. Eryna memang begitu perangainya jika sudah membencikan seseorang, dia sangat kenal perangai Eryna walaupun sudah 7 tahun berlalu.

"Sini, Eryn... i yang tanya soalan tu." Ujar Ilman yang melihat Eryna dengan mata separa terbuka.

"Oh... you rupanya. Sorry, Ilman... i ingat kucing kat lantai ni dah boleh bercakap. Meow... meow..." jawab Eryna.

Ilman yang merasa jengkel menaikkan bebola matanya ke atas. Geram dengan si Eryna.

"Kalau girlfriend kita asyik tak angkat call, WhatsApp tak reply... maksudnya dia dah tak sayang kita ke, eh?" Soal Ilman dengan serius.

Perlahan-lahan Eryna melepaskan tawanya. Dia berasa sangat kelakar dengan soalan Ilman. Pelik, orang kacak seperti Ilman boleh ke teman wanita lari? Kesian... kesian... .

"Tak baiklah Eryn gelakkan Ilman. Ilman tanya baik-baik,kan?"

"Tu namanya... kifarah! Kifarah sebab dah tinggalkan i dulu. Siapa suruh you tinggalkan i? Kan sekarang you dah dapat balasannya." Balas Eryna sebelum sambung mengunyah.

Ilman terus melarikan pandangannya dari memandang Eryna. Menyesal pula dia tanya. Sudahlah malu dapat, rugi bertanya pun dapat.

Eryna menghentikan tawanya, dia kembali bermuhasabah diri. Apa bezanya dia dan Ilman? Shahir sedang menipu dirinya! Kenapa perlu bilang tidak sihat sedangkan mahu pulang ke kampung? Bukannya dia akan halang!

"Ilman..." panggil Eryna yang sedang menguis-uis nasi di pinggan. "Kalau boyfriend kita tipu kita, kenapa ya?" Soalnya sambil mempamerkan riak sedih dan hampa pada Ilman.

"Dia dah tak sayang you lah tu." Jawab Ilman selamba.

"Eh, Ilman ni. Boyfriend Eryn tu lagi sayangkan Eryn daripada Ilman sayangkan Eryn masa kita bercinta dulu tahu tak?" Eryna mengerutkan keningnya ketika menyoal Ilman.

"Manalah Ilman tahu, Ilman pun tengah ada masalah dengan girlfriend Ilman. Nak nasihat orang pulak?" Soal Ilman. Air sirap selasihnya diteguk. Rasa sejuknya mengalir keseluruh badan membuatkan dia sedikit menggigil. Sudahlah baru lepas hujan, ditambah pula minuman berais. Memang menggigil jadinya.

"Eryn nak kahwin tak?"

"Kahwin? Mestilah nak. Apa yang Ilman mengarutkan?"

"Kahwin dengan sesiapa pun Eryn tak kisah?" Soal Ilman lagi sambil menjeling gadis itu yang sedang menikmati makanannya. Gadis itu menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. "Kalau macam tu, kalau Ilman ajak kahwin... Eryn setujulah?"

Tersembur air teh panas yang diteguk Eryna selepas mendengar soalan si Ilman. Kahwin dengan bekas kekasih? Ini kerja gila!

Nasib baik Ilman sempat berganjak sebelum air teh itu terkena padanya. Tisu dimejanya diambil dan sebahagiannya diberikan pada Eryna. Sebahagian lagi dia guna untuk mengelap meja itu. Dia sudah menghadang wajahnya daripada dilihat orang sebelah.

"Pengotorlah Eryn ni!" Ngomel Ilman sambil menjongketkan bibir.

"Eh, apasal pulak i nak kena kahwin dengan you? Dulu you yang tinggalkan i. Ingat mak i akan setuju ke?" Jawab Eryna sambil mengelap bibirnya. Matanya dibuntang kepada Ilman. "Boyfriend i tu nak campak mana? Nak campak kat longkang?"

"I tanya je, Eryn. You yang menggelabah sangat dah kenapa? Ingat i nak sangat kahwin dengan you?" Tanya Ilman dengan wajah yang menjengkelkan Eryna.

"Kalau diberi pilihan i nak kahwin dengan you ke i nak kahwin dengan buaya ke? I pilih buaya dari you tau! Simpang malaikat empat puluh empat nak kahwin dengan you!" Balas Eryna sebelum berdiri. Beg tangannya dicapai, nasi di pinggan tidak dihabiskan.

Ilman terus bangun mengikuti langkah Eryna. Dia pelik kenapa hala tuju Eryna seperti sama dengan dirinya.

"You stalk i?" Soal Ilman kepada gadis itu apabila melihat kereta Myvi hitam itu berada disebelahnya.

"Mana ada i stalk you!"

"Oh, really? Kelmarin kita jumpa kat Subway, now kat kedai makan pulak? Bukan stalker ke tu?"

"Sorry morry pak ustaz, saya ni tak ada masa nak kejar lelaki lain, lagi-lagi ex gila talak saya ni." Kata Eryna sebelum memasuki keretanya.

"Gila talak?! Ish! Ingat aku nak sangat kahwin dengan dia agaknya." Jawab Ilman sambil memasuki kereta.

Jam di tangan menunjukkan pukul 1:45 petang, masa rehat sudah hampir tamat, tapi Eryna baru sahaja mahu bertolak balik ke ofisnya.

Ilman melihat jam di tangannya, sudah sepatutnya dia tiba di sekolah tapi kerana habis lari waktunya bila duduk semeja dengan Eryna. Menyesal pula dia ajak Eryna bersembang padahal nasinya sudah hampir habis ketika itu.

Telefonnya dicari, masih tiada nama Bahiyya sebagai pemanggil atau pemberi mesej. Dia rindu sangat-sangat pada Bahiyya. Sudah lama dia dan Eryna tidak bersemuka ekoran jadual kerja gadis itu yang tidak menentu.

Panggilan video yang datang daripada gadis yang ditunggu-tunggu itu terus diterima dengan pantas. Ilman tersenyum-senyum memandang gadis itu.

"Sayang, you baru bangun ke?" Soal Ilman.

"Haah, baru bangun. Ilman okay tak tu pergi sekolah?" Sambut si Bahiyya.

"Ilman tak okay, Eyya kata nak call tapi Ilman dah nak sampai sekolah baru you nak call?"

"Ngantuklah sayang, penat tau. By the way, Eyya rindu Ilman so much."

"Tu lah, Ilman suruh Eyya kahwin dengan Ilman sekarang Eyya tak nak. Kalau tak, tak adalah Eyya penat nak rindu Ilman." Balas Ilman sambil mengerling skrin telefonnya itu dengan senyuman.

"Bosanlah kahwin, Eyya tak ready lagi. Nanti nak kena mengandung, nanti Eyya dah tak cantik macammana? Lagipun kontrak Eyya still ada setahun lagi. Takkan Eyya nak langgar kontrak pulak,kan?"

"Tapi kalau Ilman nak sangat kahwin, Ilman kahwin je lah. Eyya tak kisah." Tambah Bahiyya sambil terkuap-kuap.

"Kenapa Eyya cakap macam tu? Ilman terasa tau Eyya cakap macam tu."

"Eyya nak Ilman jadi anak yang baik je. Kan mak Ilman dah tanya pasal kahwin? Ilman kahwin je lah." Balas gadis itu.

"Dah lah Ilman end dululah call ni. Tak sukalah Eyya cakap macam ni." Panggilan terus dimatikan Ilman. Dia memang tidak suka bila Bahiyya berkata begitu. Semarah mana pun dia pada gadis itu, dia tidak mahu Bahiyya memberi kata-kata seperti itu. Dia tidak mahu 5 tahunnya dengan gadis itu berakhir dengan sia-sianya.

Eryna menaiki tangga ofisnya dengan pantas. Sudah tepat jam 2 dan dia masih belum memasuki ofis.

Telefonnya berdering dibiarkan tidak berangkat. Kakinya semakin laju pergi ke tempat duduknya.

"Ini semua salah Ilman! Kenapa pulak tiba-tiba je ajak aku kahwin? Sendu sangat agaknya." Ngomelnya sendirian.

Telefonnya kembali berdering sekali lagi. Tangannya terus mengangkat panggilan tersebut.

"Ya,mak? Eryn tengah kerjalah mak." Ujar Eryn sambil membuka skrin komputernya.

"Eryn, mak tak sihatlah,nak. Semalam mak jatuh bilik air, pagi ni sakit-sakit pulak badan mak ni."

"Ya Allah mak, dah kenapa jatuh bilik air tak bagitahu Eryn?!" Soal Eryna bernada cemas.

"Tak nak susahkan Eryn lah. Eryn kan kerja," balas si ibu. Eryna kembali tidak senang punggung lagi. Tadi kerana Shahir, sekarang kerana ibunya pula. Macam-macam yang jadi pada hari ini.

"Eryn ambil cutilah esok. Alang-alang esok jumaat, cuti je lah. Petang ni Eryn balik rumah mak. Mak okay tak tu tunggu sampai Eryn balik?"

"Mak okay je. Tadi pun makcik Seha dah datang jenguk."

"Tu lah mak, lain kali sakit bagitahu. Orang kat sini, mak kat sana."

"Yalah, yalah... dah dah pergi sambung kerja. Boss Eryn tak marah ke kalau Eryn main phone masa kerja?" Tanya puan Aniqah yang sedang terbaring di atas katil.

Talian diputuskan beberapa minit kemudian. Matanya kembali fokus pada skrin komputernya.

'Si Shahir ni dia balik Ipoh tak kerja ke esok? Takkan nak balik hari?' Soal kalbunya. Geram betul kerana ditipu hidup-hidup.

'Tak apa, kita tunggu je apa nak jadi esok!' Bisik hatinya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience