BAB 1

Romance Completed 135974

ERYNA melangkah masuk ke dalam pejabatnya yang masih gelap. Dia memang antara pekerja yang tiba paling awal di dalam ofis. Sama ada dia, Nina atau Shahir iaitu teman lelakinya. Tapi pada hari ini dia datang seorang diri kerana Shahir tidak berapa sihat.

Lampu ofisnya dibuka kemudian dia berjalan ke tempatnya. Telefonnya masih menghubungkan taliannya dengan Shahir. Lelaki itu sangat manja dengannya. Kalau tidak dapat bersemuka, maka telefonlah yang menjadi medan pertemuan antara mereka berdua.

"Sayang, i dah sampai." Kata Eryna yang sedang melabuhkan punggungnya di atas kerusi. "Tengok ni, tempat you kosong." Kamera telefon itu diputarkan dan menunjukkan tempat duduk Shahir.

"Sorry sayang, esok i janji i ada untuk teman you. Mana Nina? Selalunya dia dah sampai." Soal Shahir yang berselang-seli dengan batuknya.

Eryna menjawab dengan mengangkat bahunya. Jam ditangannya dikerling, masih belum mula waktu bekerja dan perutnya sedang berkeroncong meminta makanan.

"Lapar..." Eryna mengadu. Bibirnya dicebik kepada Shahir yang berada dibalik talian.

Shahir tersenyum memandang wajah comel Eryna. Selalunya dia dan Eryna akan pergi sarapan bersama sebelum masuk ke pejabat. "You order lah dekat Food Panda, nanti claim dekat i." Balasnya.

Eryna menggelengkan kepalanya. Sudah dua hari tidak bertemu, hatinya diulit rasa rindu yang amat berat. Hatinya kalau sudah rindukan Shahir, memang tidak mahu makan. Lapar ke tidak, Shahir juga yang dia mahu.

"Tak ada you, tak seronoklah i nak makan." Ujar Eryna yang mula meletakkan kepalanya di atas meja kerjanya. Tergeleng-geleng kepala Shahir mendengarkannya.

"I dah orderkan Subway untuk you. Nanti makan tau." Kata Shahir yang kembali menerpa didalam panggilan video mereka.

Eryna masih mencebik bibir. "Thank you sayang, tapi nanti you teman i makan tau. Lama tak nak sampai?"

"Tak... sepuluh minit je. Okay i temankan you, malam nanti kita jumpa. Okay?" Terus tersenyum-senyum bibir si Eryna. Dia kalau dapat jumpa sekejap pun sudah bersyukur. Dapat duduk di kedai mamak pun sudah baik.

Ilman membetulkan tali leher berwarna birunya yang senget tergantung. Hari ini dia terpaksa datang awal kerana ada audit yang akan dilakukan pada hari esok. Segala persediaan perlu dibuat dengan rapi.

Panggilan telefonnya kepada Bahiyya Zahra, kekasih hatinya tidak berjawab. Pelik juga dia, selalunya waktu-waktu begini gadis itu sudahpun terjaga.

"Telefon siapa tu?" Soal Hajar, ibu kepada Ilman. Wanita itu sedang berdiri di hadapan kamarnya yang terbuka itu. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Ilman yang sedang berdiri dihadapan cermin untuk membetulkan tali lehernya.

"Umur dah 28 tahun, tak reti-reti nak kahwin ke Ilman? Kalau dah kahwin, nanti mesti bini tolong pakaikan Ilman tie." Ujarnya lagi. Bibir Ilman tersenyum kambing bila ditanya begitu oleh ibunya. Bukan dia yang tidak mahu, Bahiyya yang tidak mahu.

Banyak kali sudah dia mengajak Bahiyya untuk berkahwin dengannya. Alasannya mahu menikmati masa mudanya, habis dia pula bagaimana? Umur sudah 28 tahun, Bahiyya baru 24 tahun. Kalau tunggu Bahiyya menginjak 28 tahun, memang berdarahlah telinganya kerana terpaksa mendengar soalan yang sama oleh ibunya selama itu.

"Nanti Ilman tanya Eya bila dia nak kahwin. Mak nak Ilman kahwin cepat-cepat dah teringin sangat ke nak Ilman tinggalkan mak?" Ilman menyoal sambil berpaling kepada ibunya.

"Bukanlah macam tu maksud mak. Tapi, Ilman tu dah tua. Sikit hari bulan lagi beruban rambut tu. Takkan dah tua-tua baru nak kendong anak?" Ilman tidak menjawab. Dia hanya mempamer senyum kepada ibunya. Anak? Diri Bahiyya sendiri tidak terurus, inikan pula pasal anak. Tapi jika dia, dia memang sukakan budak-budak. Nafasnya dihela lagi apabila teringatkan anak-anak saudaranya. Rindu.

"Tak nak sarapan, Ilman?"

Ilman menggelengkan kepalanya dan tangannya mencapai kunci keretanya yang tergantung di dinding. "Dah lambatlah,mak. Nanti balik kita makan sama-sama." Ujarnya seraya menghidupkan enjin kereta Honda City Hatchback nya.

"Yalah." Balas Hajar sepatah. Selalu sangat Ilman berkata begitu, tapi akhirnya dia akan makan sendirian juga di meja makan nanti. Ilman pula akan terus masuk tidur.

Eryna menuruni tangga mencari motor Food Panda yang membawa roti Subway nya itu. Katanya sudah siap, tapi di mana? Telefon di tangan mendail nombor Shahir.

"Sayang, mana rider nya? I turun kat bawah ni kosong. Tak ada sesiapa pun." Katanya sambil melihat sekeliling.

"Tak ada? Kejap i tengok order." Balas Shahir yang terdiam seketika. "Allahu sayang, i terpilih untuk pick up order."

"Alah, habis tu i nak kena pergi ambil ke ni? Shah Alam ni dah lah jammed nak ke Subway." Ujar Eryna yang terus menaiki anak tangga untuk mengambil kunci keretanya. Sebal hatinya dengan kecuaian Shahir menyebabkan talian itu diputuskan olehnya.

Laju keretanya dipecut untuk pergi ke kedai Subway tersebut.

Ilman memarkirkan keretanya di kotak parkir dan berjalan masuk ke dalam kedai Subway di depan matanya. Memang sengaja pun dia tidak mahu makan sarapan pagi ibunya kerana tekaknya terlalu inginkan roti itu. Sudah lama dia tidak menikmatinya ekoran sesi mengajarnya telah diubah kepada waktu petang sesi persekolahan.

Dadanya dipegang bagi memastikan tag namanya tidak dipakai. Barisan di kaunter hanya menempat beberapa orang termasuk dirinya. Sementara menunggu gilirannya, dia mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar dan memasukkan sebelah tangannya lagi ke dalam poket seluar.

Tiada apa berita atau artikel menarik perhatiannya pada pagi ini. Aplikasi WhatsApp dibuka dan dia melihat mesejnya kepada Bahiyya yang masih meninggalkan satu tanda. 'Telefon habis bateri ke?' Soalnya dari dalam hati. Tidak pernah pula gadis itu mematikan data internet sepanjang lima tahun mereka berhubungan.

Dia melangkah ke muka hadapan kaunter dan mempamerkan senyumnya kepada pekerja perempuan yang dia anggar umurnya lebih kurang dengan umur kekasihnya itu.

"Give me a Parmesan Oregano Bread double toasted, add on Chicken Slice, Egg and Cheese. Please put on pickles, and last i want Thousand Island and Honey Mustard saurce." Katanya sambil melihat pekerja wanita itu menaip di atas skrin komputer di hadapannya.

"Ada apa-apa lagi ke encik?" Soal gadis itu.

Ilman menggelengkan kepala seraya membuat pembayaran kepadanya. Tidak lama kemudiannya roti itu terus bertukar tangan. Ilman menyambutnya dengan senyuman.

"Hello, hi, i datang nak pick up order from Food Panda atas nama Shahir Idzlan. Ada tak?" Eryna bertanya dengan nafasnya yang sedang tercungap-cungap. Dia takut jika bos nya akan tiba di pejabat dan melihat kerusinya kosong. Kerana itu dia berlari dari parkir lot hingga ke depan kaunter.

"Ada. Sekejap saya ambil." Kata gadis tadi sebelum menghilangkan diri buat seketika.

"Thank you." Ucap Eryna yang terus berjalan dengan pantas meninggalkan kedai itu. "Ish, kalau bukan sebab kau tak sihat... dah kena membebel dah dengan aku tau!" Ocehnya.

Kunci keretanya ditekan dan dia laju membuka pintu keretanya. Roti itu dia terus buka dan memakannya. Dia memang betul-betul sudah kelaparan. Selepas satu gigitan besar dia ambil terus dia menekan pedal minyak itu untuk membawa keretanya keluar dari petak parkir.

Bam!
Dahinya terkena stereng keretanya dan membuatkan dia terpaku seketika. Dia dengar dengan jelas bunyi itu. Bunyi kereta berlanggar. Mulutnya yang penuh dengan roti itu kembali mengunyah. Dia masih tertunduk ketika cermin keretanya diketuk.

Ilman mengecilkan matanya apabila gadis didalam kereta itu tidak memberi respon. Kepalanya ditoleh kembali ke arah pintu keretanya yang sedikit kemik. Remuk hatinya bila melihat keadaan pintu kereta itu, sudahlah baru saja keluar baby barunya itu.

"I takkan marah you kalau you keluar. Better you keluar dari atau i report pada polis." Kata Ilman dengan sedikit kuat agar gadis didalamnya itu dapat mendengarinya.

Eryna bukan tidak mahu keluar, tapi roti didalam mulutnya masih berbaki. Dia sedia membayar ganti rugi, cuma perlu bagi dia sedikit tempoh untuk mengunyah makanan didalam mulutnya sahaja.

"I dah offer, you tak nak. Baik, i akan laporkan pada polis." Ujar Ilman yang masih berkedudukan sama.

Pintu Myvi itu terus terbuka dan mempamerkan Eryna yang sedang melangkah keluar daripadanya.

"I mintak maaf. Boleh encik bagi nombor telefon encik untuk kita berbincang? Sekarang ni saya kena masuk ofis." Ujar Eryna yang masih menunduk memandang bawah.

"Boleh ke i nak percayakan orang macam you ni? I boleh percayakan you kalau you fransfer i seribu sekarang." Balas Illman yang cuba melihat wajah gadis yang terlalu menyorokkan wajahnya itu.

Terus Eryna mengangkat mukanya memandang Ilman. "Seribu?!"

"Eryn?!"

"Ilman?"

Terus badan masing-masing dipalingkan ke arah yang bertentangan sambil berpeluk tubuh.

'Dah kenapa kereta ex aku jugak aku nak langgar? Langgar lah kereta orang lain tapi jangan dia!' Desis hati Eryna.

'Dalam banyak-banyak orang yang nak langgar kereta aku, perlukah dia juga?' Tanya hati Ilman. 'Argh! Ex tak ex, aku tetap tuntut ganti rugi! Kalau tak... aku sumpah pelamin dia roboh masa dia kahwin nanti.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience