BAB 4

Romance Completed 135974

BERKERUT wajah Eryna yang sedang memulas kunci keretanya pada tempat pencucuh itu, enjin keretanya masih tidak mahu hidup. Di waktu-waktu genting inilah keretanya membuat karenah. Ibunya sudahlah sakit. Habis waktu kerja tadi dia pulang ke rumah dulu untuk membersihkan diri dan menunggu laluan trafik kembali lancar, tapi ini pula yang terjadi. Sungguh dia menyesal dengan pilihannya itu.

"Aduh, macammana aku nak balik Bangi ni? Nak naik Grab ke? Membazir pula, dah lah Grab mahal." Dia bingung. Kepada siapa dia mahu meminta tolong? Dia masih dengan rajuknya kepada Shahir. Lelaki itu pun tidak pula menelefonnya lagi. Pagi tadi adalah kali terakhir mereka berbual.

"Nak minta tolong siapa ni?" Soalnya sambil menghantukkan kepalanya pada stereng kereta.

"Ilman? Ish! Tak nak aku. Nanti dia ingat aku ni gila bayang pulak kat dia." Ocehnya sendirian.

"Tapi kalau bukan Ilman siapa lagi? Qila bukan ada kat sini." Matanya dirapatkan. Wajah Ilman siang tadi menjelma. Cepat-cepat dia menggeleng. "Tapi kalau bukan Ilman, nak minta tolong siapa lagi? Mak dah lah sakit."

Eryna mengambil telefon didalam beg tangannya itu. Nama Ilman dicarinya. "Mak, sebab mak lah Eryn call balik lelaki ni mak. Kalau mak lupakan Eryn, siap mak!" Bebelnya sebelum menelefon nombor itu.

Ilman melihat telefonnya yang berdering. Nama di skrin itu membuatkan bibirnya terjongket. "Apa pulak minah ni call aku? Dah break dengan boyfriend lah tu. Malas aku nak layan."

Telefon itu diterbalikkan oleh Ilman. Dia kembali fokus menanda buku sekolah itu. Pening dia melihat tulisan pelajar sekolah menengah itu. Cakar ayam. Tapi lega juga kerana jawapannya betul. Itu bagaikan titik kejayaan bagi seorang guru sepertinya, tambah-tambah lagi bagi subjek Matematik. Memang bangga bila murid-murid dapat memahami ajarannya.

Eryna resah melihat panggilan itu tidak berjawab. Dia tahan juga malunya untuk membuat panggilan kali kedua.

Ilman mendengus kasar. Panggilan itu mengganggu konsentrasinya yang sedang fokus bekerja.

"Eryn nak apa call call Ilman ni?" Soalnnya kasar. Dia memang tidak cukup masa untuk melayan luahan perasaan gadis itu.

"Eryn nak minta tolong Ilman, boleh? Mak Eryn sakit kat Bangi, tapi kereta Eryn tak boleh nak start. Ilman boleh tak tolong Eryn hantarkan Eryn pergi Bangi?"

"Tak boleh. Pergilah sendiri. Grab banyak,kan? Teksi pun ada." Jawab Ilman sambil membaca jawapan di buku itu. "Boyfriend Eryn mana? Mintalah tolong dia. Ilman busy lah, Eryn."

"Yalah, Eryn minta maaf. Kan Eryn tengah merajuk dengan boyfriend Eryn... . Tapi please Ilman, hantarkan Eryn? Nanti Eryn janji Eryn akan tolong Ilman pulak waktu Ilman susah." Pujuk Eryna sambil membuat memek muka disebalik talian.

"Ilman busy lah,Eryn." Jawab Ilman. Buku tadi sudah berganti dengan buku yang lain pula.

"Okay tak apa. Kalau Eryn mati malam ni sebab naik Grab ke teksi ke... Ilman puncanya!" Ujar Eryna sebelum memutuskan talian.

Ilmam melihat skrin telefonnya yang sudah gelap. Rambutnya yang tersisir dirosakkan. Dia mula dihujani rasa serba salah.

"Dah lah perempuan, malam-malam nak balik Bangi pulak." Rungutnya.

"Tapi betul jugak tu. Kalau dia kena culik ke? Kena bunuh ke?! Tak pasal-pasal aku kena. Dah lah dia baru call aku tadi. Ei, malasnya aku!" Sambungnya lagi. Telefonnya mendail nombor gadis itu.

Tersenyum-senyum Eryna apabila Ilman menelefonnya semula. Laju dia mengangkat panggilan.

"Ya,Ilman?"

"Bagi location, Ilman on the way. Jangan sidai Ilman pulak, Ilman banyak kerja ni." Jawab Ilman sebelum mematikan talian.

"Apa-apa je lah, janji kau tolong hantarkan aku." Ocehnya. Lokasi telefonnya dikongsikan kepada lelaki tadi.

Ilman menukar kain pelekatnya kepada seluar sukan berwarna kelabu. Rambutnya disisir rapi. Minyak wanginya disembur sedikit pada badannya untuk menghilangkan bau badannya.

"Mak, Ilman keluar jap." Kata Ilman yang mengucup tangan Hajar. Hajar mengerling jam di dinding.

"Aik, aku ingat kau nak jadi anak dara mati laki kat dalam bilik kau tu. Reti jugak ya kau keluar?"
Ilman berdeham sambil memandang ibunya. "Kereta kawan rosak, mak dia pulak sakit kat rumah mak dia. Tu yang dia mintak tolong Ilman hantarkan dia jap."

Hajar menganggukkan kepalanya. "Rumah mak dia tu kat mana? Engkau nak balik pukul berapa? Lelaki ke perempuan?"

"Kat Bangi katanya. Ilman balik as soon as possible lah, mak. Tak janji, kang kalau Abang Radzi ajak mamak. Ilman pergi mamak pulak." Balasnya.

Hajar mengangguk sekali lagi. "Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki."

"Kalau lelaki, beriya betul pakai minyak wangi."

"Mak... Ilman kalau bawak hantar kawan perempuan, silap hari bulan patah rusuk anak mak ni kena belasah dengan Eyya." Kata Ilman seraya menunjukkan rusuknya pada Hajar.

Hajar kembali memandang televisyen. "Yalah, tak apalah kalau lelaki. Jangan bawak anak dara orang pula, Man. Setiap yang berdua, pasti ada yang ketiga. Lagi-lagi malam, lagi kuat hasutan syaitan." Pesannya.

"Kalau ada yang ketiga tu, tak ada beza pun dengan Ilman ni. Syaitan juga." Sambut Ilman sambil tergelak. Dia terus terdiam apabila ibunya memandang tajam kepadanya.

"Dah lah mak, orang pergi dulu. Dah lambat." Lelaki itu melambaikan tangan sebelum keluar. Kalaulah ibunya tahu bahawa kawannya itu adalah Eryna Faeeqah, mesti dia terkejut. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja kembali bertemu tanpa sengaja.

Hampir 20 minit Eryna menanti, akhirnya kereta Ilman berada dihadapan rumah sewanya. Terus dia membawa bagasinya ke arah kereta itu.

Ilman membuka bonet keretanya untuk memasukkan beg Eryna ke dalamnya. Dia cuma berdiam sehingga mereka berdua selamat masuk ke dalam isi perut kereta.

"Eryn ni nak balik Bangi ke nak balik London? Sikit punya besarlah beg Eryn. Asal? Ada harta karun ke dalam beg tu?" Tanya Ilman.

Eryn terus berpeluk tubuh. Perkara itu pun mahu komenkah?

"Dah itu je beg yang Eryn ada. Eryn guna je lah. Lagipun memang itulah beg Eryn bawak pergi travel, balik Bangi."

"Yalah, Ilman tanya je. Yang Eryn emosi kenapa?"

"Mana ada Eryn marah! Eryn senyum ni!" Balas Eryna yang mempamerkan senyum yang dibuat-buat.

Ilman menjeling gadis disebelah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Mana girlfriend you?"

"Mana boyfriend Eryn?" Soal mereka serentak.

"Ish, tiru je." Kata gadis itu.

"Eryn yang tiru, kata Ilman pulak. Tu Ilman kata, Eryn ni stalker Ilman. Cakap je lah Eryn sebenarnya suka Ilman lagi, kan?"

Eryn terus berpeluk tubuh dan memandang semula ke hadapan. Langsung tidak percaya dengan kata-kata Ilman yang sangat perasan itu.

"Simpang. Malaikat. Empat. Puluh. Em...pat!" Jawab Eryn.

"Tak apa, kalau Ilman tak jadi kahwin dengan girlfriend Ilman... Ilman masuk meminang Eryn, ya?" Usik Ilman lagi.

"Orang kata kalau selalu gaduh, nanti kahwin." Sambungnya lagi.

"Ei, stop it Ilman! I nak setia dengan Shahir i. Dia lagi handsome dari Ilman."

"Yalah, baguslah tu. Ilman doakan jodoh Eryn memang dengan si Shahir tu. Kalau kahwin tu jemput Ilman. Kalau tak, Ilman sumpah pelamin kauorang roboh." Balas Ilman.

Eryn tidak membalas lagi kata Ilman. Dia tidak mahu dihantui dengan kata-kata Ilman. Kalau betul dia akan kahwin dengan Ilman bagaimana? Dia tidak mahu jalan ceritanya yang sudah mengimpikan hidup bahagia bersama Shahir itu musnah kerana kata-kata lelaki disebelahnya itu. 'Kalau masin mulut dia ni... siap kau Ilman!'

Setelah lama berdiam diri, Eryn kembali membuka matanya dan terkebil-kebil memandang sekeliling.

"Kita dah sampai ke you?" Tanya Eryn sambil mengeliat.

"Dah nak sampai." Jawab Ilman.

"Ingat lagi eh Ilman jalan rumah Eryn. Bagus betul." Pujinya sambil memandang ke arah tingkap untuk memastikan laluannya adalah betul.

"Entah, Ilman agak-agak je. Kalau sesat pun, kita masih di Malaysia. Apa nak takut?"

Eryn menjongket bibir. 'Poyo betul.'

Selok-belok jalan itu masih tidak mengalami sebarang perubahan dimata Ilman. Dulu dia pernah datang untuk menjemput Eryna setiap kali mereka hendak pulang ke Universiti bersama-sama.

Keretanya diberhentikan di hadapan rumah Eryna. Matanya tertumpu pada Honda City Hatchback berwarna merah yang berada dilaman rumah itu.

"Abang Ezrin ada kat sini ke?" Tanya Ilman sambil memberhentikan keretanya disebelah kereta itu.

"Taklah. Tu kereta Eryn." Balas Eryn sambil membuka pintu. Terkejut Ilman apabila mendengarkannnya. Terus dia ikut sama keluar dari kereta.

"Kan i cakap you stalker i. Sampai kereta pun tiru i?"

"Eh, dalam dunia ni Ilman sorang je ke boleh pakai kereta ni? Eryn letak sini sebab hari tu nak bawak Myvi tu pergi bengkel kat Shah Alam sebab rosak." Jawab Eryna yang membawa keluar beg nya. "Jom lah masuk, minum-minum kejap."

"Tak apalah. Ilman nak balik dulu. Esok Ilman sekolah."

"Takkanlah minum kopi secawan dah jejaskan masa cikgu Ilman,kan? Jom lah kita minum kejap." Kata gadis itu lagi.

Ilman turuti juga permintaan itu. Entah mengapa, dia langsung terlupa akan Bahiyya. Untuk malam ini dia tidak ingat akan nama itu. Kalau tidak, sekarang ini dia sudah tercari-cari atau menelefon gadis itu.

Salam diberi dan Eryna membuka kunci pintu rumahnya. Tidak lama kemudian datang ibunya yang baru kelur dari kamarnya.

"Mak... ni ingat tak budak ni? Yang tinggalkan Eryn ni dulu?" Soal Eryna seraya menyalami tangan ibunya.

"Siapa? Boyfriend Eryn banyak sangat. Sampai tak ingat mak." Balas Aniqah yang membuatkan pipi anaknya itu terasa panas. Habis terbongkar rahsia itu didepan Ilman. Ilman sudah tergelak kecil mendengarkan jawapan itu.

"So you banyak ex lah dari i kiranya? You lagi laku lah daripada i?" Bisik Ilman ke telinga Eryna.

"Diamlah." Jawab Eryna yang sedang menahan malu.

"Ni Ilman lah mak. Ilman Wafid, yang dulu selalu balik UPSI dengan Eryn dulu." Kata Eryna sambil membawa ibunya duduk di ats sofa.

Lambat-lambat Aniqah menganggukkan kepalanya yang sedang memproses data. "Ini kan yang putus dengan Eryn lepas tu Eryn nangis macam orang gagal SPM tu?"

Ilman menahan ketawa sekali lagi. Satu demi satu rahsia Eryna terbongkar. Eryna mencubit lembut tangan ibunya. Hampir meletup wajahnya kerana menahan malu bukan kepalang!

"Mak... mak ni nak bagitahu semuanya ke?" Soal Eryn yang seakan-akan berbisik pada ibunya.

"Eh, pergi buat air untuk si Ilman ni. Penat hantar dari jauh. Maaflah susahkan Ilman, kereta makcik tu memang dah lama. Adalah penyakit-penyakit kereta lama. Kereta si Eryn tu tak ada pulak dia nak guna." Kata Aniqah sambil melihat Eryna yang berlalu pergi ke dapur. "Dia tu kedekut sikit. Myvi tu jimat minyak, kereta dia tu tak jimat. Itu yang dia pakai kereta makcik tu."

"Mak... Eryn dengar mak." Sambut Eryn dari dapur. Berbakul-bakul malu yang dia dapat ketika Ilman di situ. Geram pula dia dengan ibunya yang banyak mulut walaupun sedang sakit.

Ilman ketawa sekali lagi. Sangat terhibur dengan ibu Eryna. Masih sama seperti dahulu, suka sangat bercerita.

"Saya dengar makcik jatuh bilik air. Dah okay ke makcik?" Soal Ilman sambil memandang Eryna yang kembali datang ke ruang tamu bersama air teh O panas.

"Itulah... dah tua ni, jatuh sikit pun sakitnya boleh jadi berhari-hari." Balas Aniqah yang mengurut pinggangnya.

"Eloklah si Eryn ni balik sini, boleh temankan makcik kat sini. Esok petangnya pula si Ezrin tu balik juga. Cerialah rumah ni nanti."

"Abang Ezrin dah kahwin ke makcik?" Tanya lelaki itu yang cuba untuk berborak dengan Aniqah.

"Dah kahwin dah. Dah besar dah anak dia berlari-lari sana sini. Ni si Eryn ada kat sini, memang bergaduh je lah dengan anak Ezrin tu. Kalau Ilman nak tahu, kerja Eryn kat sini kalau Ezrin balik... jaga budak. Pandai dia ni jaga budak."

Eryn berdeham ketika melabuhkan punggungnya disebelah ibunya. Riak bangganya dipamer pada Ilman. Akhirnya, ada juga kata-kata ibunya yang menyejukkan hati.

"Tapi sayang, si Eryn ni nama je ada boyfriend. Kahwinnya tidak pun kan, Eryn?" Soal ibunya. Terkebil-kebil mata si Eryna. Dia baru puji kebaikan ibunya tadi.

"Ilman ni... dah ada girlfriend ke? Kalau tak ada, bolehlah berkawan balik dengan si Eryn ni." Kata ibunya lagi. Eryn sudah memejamkan mata. Dia sudah tidak tahu dimana lagi harus dia meletakkan wajahnya didepan Ilman. Malu yang amat! "Apa Eryn nak biar tetamu hidang air sendiri? Tuangkanlah air untuk Ilman ni."

Eryna terus menuangkan air Teh O panas itu ke dalam cawan Ilman. Terketar-ketar tangan itu hendak memberi cawan kepada Ilman.

"Ilman ni ada girlfriend lah mak. Girlfriend dia nak letak mana kalau dia dengan Eryn?" Soal Eryna yang kembali duduk semula di kerusi.

Ilman tersenyum nipis sambil memandang ibu kepada gadis itu. Air dicawannya dihirup perlahan-lahan.

"Yalah, mak peliklah. Bilalah anak mak ni nak kahwin? Eryn bukan muda lagi. Dah 28 tahun tau! Nak tunggu Shahir tu tua kerepot baru nak berlangsung ke apa?"

"Mak... nanti-nantilah kita sembang pasal ni." Balas Eryna sambil memandang Ilman yang sedang meneguk air dicawan.

"Air bujang je, Ilman. Jemput minum banyak-banyak." Kata Aniqah yang memandang Ilman sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience