Rate

BAB 1

Romance Completed 248335

KAKI melangkah lemah longlai keluar daripada mahkamah. Hati yang tersiat dek luka yang ditorehkan di simpan kemas di dalam hatinya.

Ikatan sebuah perkahwinan akhirnya terlerai dengan terlafaznya talak. Ain Marsyitah kini sudah bergelar seorang janda di ketika usianya menginjak ke angka 36 tahun. Cinta dan kasih sayang yang diberikan seikhlas hati cuma dibalas dengan kecurangan.

Tidak mahu terus disakiti dan diperbodohkan cerai adalah jalan terbaik daripada terus menanggung derita yang tidak siapa pun tahu.

"Ain... Ain tunggu dulu..." Laung bekas suaminya.

Tidak mahu terus menoleh kaki semakin luas melangkah menuju ke kenderaan miliknya yang terparkir di halaman kotak parkir yang telah disediakan oleh pihak mahkamah. Bagi Ain tiada apa lagi yang harus di tunggu. Dia benci dengan lelaki itu. Lelaki bernama Umar Ali, lelaki yang tegar menduakan dia dan anak-anaknya.

Umar Ali, siapa tidak kenal dengan jejaka kacak yang berusia 36 tahun itu. Mempunyai personaliti yang menarik mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihatnya. Berdampingan dengan lelaki hebat itu cukup menjadi impian setiap wanita.

Benar kata pepatah lelaki diuji saat mempunyai segalanya, dan wanita diuji saat lelaki tidak punyai apa-apa.

15 tahun mengikat tali perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akhirnya terputus kerana khilafnya sendiri. Dia yang mencurangi isterinya sendiri. Dia kalah dengan godaan makhluk bergelar wanita.

"Ain.. Tunggu dulu, abang nak bincang sesuatu dengan Ain," Umar masih tidak berputus asa mendapatkan Ain Marsyitah yang kini sudah pun melangkah jauh meninggalkannya.

Kunci kereta ditekan laju dia mahu segera beredar daripada situ. Perasaan benci semakin membuak-buak didalam dada. Malas mahu menatap wajah lelaki yang telah memberikan luka dalam hatinya.

Baru sahaja Ain ingin membuka pintu kereta, tangan sasa Umar laju menahan pintu itu daripada terbuka. Mendegus kasar Ain.

"Tepilah," ujar Ain kasar.

"Please.. Bagi abang peluang bercakap dengan Ain sekejap," rayu Umar.

Ain menjulingkan bebola matanya ke atas. Jelas tanda dia benar-benar menyampah dengan lelaki itu.

"Nak cakap apa lagi? Dah takde apa lagi yang nak dibincangkan. Semuanya dah selesai," ujar Ain tegas.

"Abang cuma nak minta maaf dengan apa yang dah jadi," ucap Umar sesal.

"Dahlah saya tak nak dengar dah apa-apa pun daripada awak lagi. Apa yang dah jadi ni adalah ke hendak awak sendiri, bukan saya.." jelas Ain. Mata mengerling seketika ke arah Umar, si bekas suami.

Dari ekor matanya jelas kelihatan keadaan lelaki itu yang cukup kusut masai. Ain sendiri pelik melihatkan keadaan Umar. Lelaki itu seorang yang saat mementingkan kekemasan diri. Apa yang menyebabkan keadaan lelaki itu yang kelihatan sungguh teruk sekali.

"Ain.. Abang tahu abang salah, tapi abang harap Ain takkan pisahkan abang dan anak-anak. Abang harap Ain bagi peluang untuk abang bagi kasih sayang pada anak-anak," ucap Umar lirih.

Tersentak Ain seketika. Jauh lamunannya terbang pergi. Dia menoleh memandang wajah mendung Umar.

"Saya tak sekejam tu nak pisahkan awak dan anak-anak. Cuma saya tak pasti macam mana penerimaan dorang atas apa yang dah terjadi.. Bagi dorang masa untuk sesuaikan keadaan ni semua," jawab Ain.

Jika dia sendiri merasakan peritnya luka itu, pasti anak-anaknya juga akan merasai rasa yang sama. Dia sebolehnya tidak mahu anak-anaknya menjadi mangsa disebabkan penceraian ini. Anak-anaknya masih terlalu kecil untuk memahami semua ini.

"Terima kasih Ain.." ucap Umar sayu.

Ain hanya mengangguk faham. Tanpa kata laju pintu keretanya dibuka. Dia meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta. Laju pedal minyak ditekan meninggalkan Umar yang masih berdiri kaku seorang diri.

Beberapa minit memandu, Ain mula memperlahankan kenderaan miliknya. Kereta yang dipandu diberhentikan dibahu jalan. Brek tangan ditarik. Tidak menunggu lama kepala diletakkan diatas stereng kereta. Terhinjut-hinjut bahunya melepaskan tangisan yang selama ini dia tahan.

Dia kalah, kalah dengan benteng air mata yang selama ini dia tahan daripada empangannya pecah. Acap kali dia bertanya kepada dirinya sendiri, apa kekurangan dirinya sehingga membuatkan Umar tegar menduakannya bersama wanita lain.

"Sampai hati abang buat Ain macam ni. Apa salah Ain? Apa kurang Ain? Sampai sanggup abang buat Ain macam ni," lirih Ain berkata. Air mata semakin laju mengalir. Wajahnya sudah merah padam kerana tangisan pilu itu.

Dia lelah. Lelah memikirkan dimana kurangnya dia sebagai seorang wanita bergelar isteri. Terasa dirinya sudah gagal. Gagal menjadi yang terbaik sehingga suaminya sendiri sanggup mencurangi dirinya.

PINTU rumah dibuka perlahan-lahan, mata melilau ke segenap ruang mencari kelibat anak-anaknya. Nafas dihela kasar. Disebabkan fikirannya yang sarat memikirkan soal perceraiannya bersama Umar Ali, Ain bahkan lupa bahawasanya anak-anaknya sudah ditinggalkan bersama sang ibu buat sementara waktu.

Mata memandang ke segenap rumah banglo 2 tingkat itu. Rumah ini adalah rumah milik lelaki itu. Lelaki yang telah mengoreskan luka dihatinya.

Ain masih ingat saat dia dan Umar membuat keputusan untuk berkahwin, pada hal waktu itu masing-masing masih terlalu muda untuk menempuhi alam berumah tangga.

Dek kerana larut dengan perasaan cinta yang ketika itu sedang memekar harum, Umar dan Ain nekad untuk menghalalkan hubungan mereka ketika masing-masing masih berusia 21 tahun. Bahkan keluarga kedua belah pihak menyambut baik masjid yang ingin dibina oleh kedua orang anak muda itu.

Kata ayahnya Encik Amin seeloknya Umar dan Ain menghalalkan hubungan mereka berdua risau jika tersalah langkah akan terpesong ke kancah maksiat. Disebabkan itulah kedua-dua belah pihak tidak melarang akan hubungan yang ingin dibina walaupun masing-masing masih terlalu muda untuk menempuhi alam rumah tangga.

Ain masih ingat kehidupan mereka berdua saat masih baru bergelar suami isteri. Umar dan Ain sendiri waktu itu masih lagi bergelar mahasiswa di salah sebuah universiti tempatan di ibu kota Kuala Lumpur. Berkahwin semasa belajar bukanlah sesuatu yang mudah.

Umar ketika itu bahkan terpaksa membuat kerja sambilan bagi menampung kos hidup mereka berdua. Dia masih ingat dimana mereka hanya mampu menyewa sebuah bilik kecil untuk dijadikan tempat tinggal buat sementara waktu. Diawal perkahwinan mereka sememangnya cukup susah.

Tapi mereka tetap bahagia. Kerana susah dan senang sentiasa dilalui bersama. Masing-masing sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain.

Benarlah yang sering dikatakan salah satu punca rezeki itu adalah dengan berkahwin, manakan tidak masuk sahaja tahun ketiga Umar berjaya membuka perniagaan miliknya sendiri. Rezeki mereka berdua juga semakin bertambah dengan perkhabaran tentang kehamilan pertama Ain. Dengan kehadiran cahaya mata ini bahkan semakin mengeratkan hubungan mereka suami isteri.

Masih segar diingatan Ain ketika anak sulungnya Ayra Shafinaz masih berada didalam kandungannya, Umar memberikan kejutan dengan membawanya ke rumah ini. Kata Umar dia membeli rumah ini dengan hasil wang simpanan yang selama ini disimpan. Lelaki itu mahu memberikan kehidupan yang selesa buat Ain dan anak-anaknya kelak.

Ain ketika itu terkesima. Masih segar diingatannya waktu itu air mata penuh kegembiraan mengalir dipipi mulusnya. Mereka berdua bahkan berjanji akan sama-sama mencorakkan segala kenangan manis dirumah ini. Membesarkan amanah yang diberikan oleh Allah dengan penuh kasih sayang.

Dan dirumah ini juga Umar menorehkan luka dihati kecil Ain. Dunia yang penuh dengan pelangi terasa begitu gelap saat Umar pulang ke syurga mereka dengan membawa seorang bayi kecil didalam dukungannya.

Dan saat itu bermulalah detik duka didalam hidup seorang Ain Marsyitah.

Rabu 27.01.2021
1.41 PM

Nak tengok wajah Ain Marsyitah dan Umar Ali jemputlah singgah IG kak KM @kasturimadu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience