Rate

BAB 4

Romance Completed 248356

RUMAH banglo 2 tingkat dipandang lama. Jantung sudah memainkan irama tidak sekata.

Semalam dia mendapat panggilan telefon daripada bekas ibu mertuanya Puan Adila yang mengatakan bahawa Encik Ramli bapa kepada Umar telah jatuh sakit. Jadi kerana itulah dia ke mari. Bagi menjenguk bekas bapa mertuanya itu.

Jika diikutkan rasa sakit hatinya, dia tidak mahu lagi menjejakkan kakinya ke sini, namun apabila memikirkan soal hubungan antara anak-anaknya dan keluarga itu Ain rela untuk merendahkan egonya. Bahkan kata Puan Adila, dia dan Encik Ramli sudah mula merindui cucu-cucu mereka itu.

Ain yang sedang larut dengan kenangan lama itu tersentak saat Puan Adila menegurnya. Mata melotot memandang ke arah wanita tua itu yang sudah berdiri dihadapan bersama senyuman manis.

"Ain dah lama sampai ke?" soal Puan Adila.

"Err.. Baru je lagi ibu.." jawab Ain. Tangan tua Puan Adila disalami penuh hormat.

"Ain sihat?" soal Puan Adila prihatin.

"Alhamdullilah.. Ain sihat.. Ibu sihat?" soal Ain kembali.

"Ibu sihat.." senyuman manis diberikan.

"Ayah macam mana ibu?"

"Ayah kamu tu okay dah sikit.. Dia yang suruh ibu call kamu. Katanya dia rindu sangat dah dengan budak-budak ni," ujar Puan Adila.

"Maaf.. Ain bukan tak nak datang sini. Tapi.. Ain sibuk sikit," senyuman kelat dilorekkan.

"Takpe.. Ibu faham.. Dah lah jom kita masuk. Bawak budak-budak ni masuk," arah Puan Adila.

"Yelah... Ayra, Khalid, Khalish.. Jom masuk. Atuk dah rindu sangat dengan korang," pinta Ain.

Tanpa sahutan ketiga-tiga anaknya berlari masuk ke dalam rumah banglo itu. Menggeleng Ain melihat telatah si anak-anak.

"Esok cuti kan? Malam ni Ain tidur sini lah ya. Ibu dengan ayah dah lama tak habiskan masa dengan budak bertiga tu," ucap Puan Adila lembut.

"Ta.. Tapi..."

Belum pun Ain ingin membantah laju Puan Adila memotong bicaranya.

"Umar dah lama tak balik sini. Sejak dia bercerai dengan kamu batang hidung pun tak nampak dah. Lagi pun ayah masih marahkan dia dengan apa yang dia dah buat dekat kamu," beritahu Puan Adila.

Kelu lidah Ain saat itu. Tidak menyangka selain daripada tidak menjenguk anak-anaknya, Umar juga sudah mula mengabaikan keluarga lelaki itu sendiri. Ini semua kerana penangan seorang Suriyani.

"Kalau kamu senang-senang bawak lah anak-anak kamu tu ke sini selalu. Yang bercerai tu kamu dengan Umar. Jadi ibu harap kamu takkan putuskan ikatan kekeluargaan kita ni. Ibu tetap sayangkan kamu macam anak ibu sendiri. Walaupun Umar tu anak ibu, ibu takkan menangkan dia. Apa yang dia dah buat pada kamu memang satu kesalahan yang sangat besar. Tapi ibu harap kamu takkan simpan dendam pada dia," lembut Puan Adila berkata.

"Ain perlukan masa untuk semua ni. Jujur Ain boleh katakan, apa yang dah dia buat pada Ain tu sukar untuk Ain terima. Kepercayaan yang Ain bagi dekat dia langsung dia tak hargai. Tapi kecurangan yang dia balas. Ain harap ibu bagi Ain masa. Luka yang dia goreskan masih berdarah dalam hati Ain ni," luah Ain sayu.

"Ibu faham. Ambil lah sebanyak masa yang Ain perlu. Rawatlah hati Ain. Ibu cuma boleh doakan yang baik-baik buat Ain dan anak-anak.."

Jauh disudut hati Puan Adila dia sebenarnya masih mengharapkan penyatuan semula antara Ain dan Umar. Namun dia faham apa yang telah berlaku. Pasti sukar untuk Ain memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Umar kepada wanita itu.

Dia sebagai seorang ibu juga turut merasa kecewa dengan apa yang telah dilakukan oleh Umar kepada Ain. Serasa dia sendiri sebagai ibu telah gagal. Gagal mendidik anaknya dari mengenal yang mana dosa dan pahala.

API kuali ditutup dan mangkuk yang berada disebelah kanan diambil. Diletakkan ayam masak merah ke dalam mangkuk yang berada di tangannya.

Beberapa jenis lauk pauk juga turut selesai dimasak. Semuanya adalah permintaan Encik Ramli. Katanya lelaki itu sudah lama tidak merasa air tangan bekas menantunya itu.

Ain tersengih sendirian melihat segala masakan air tangannya yang terhidang diatas meja.

"Aku pandai masak pun still kena curang," desis Ain sendirian.

"Ain.. Dah siap ke tu?" soal Puan Adila.

Tersentak Ain seketika.

"Err.. Dah ibu..." jawab Ain lembut.

"Kalau dah siap, pegilah panggil ayah dengan budak-budak tu makan. Ibu nak masuk bilik sekejap," ujar Puan Adila.

"Ayah ada dekat belakang ke ibu?" soal Ain.

"Iya dekat belakang tu lah, taman herba dia tu," jawab Puan Adila.

"Okay. Ain pegi panggil dorang sekejap," pamit Ain.

Ain segera membuka langkah menuju ke taman herba yang berada di belakang rumah banglo itu. Manakala Puan Adila menuju ke arah tangga untuk masuk ke dalam bilik tidur wanita itu.

Tidak menunggu lama, mereka semua mula berkumpul di ruang makan untuk menikmati makan tengah hari bersama-sama. Lincah Ain melakukan tugasannya seperti biasa. Melayan kerenah anak-anaknya.

Jelas suasana riuh mengisi ruang makan rumah Encik Ramli dan Puan Adila.

Selesai mengaminkan doa makan, kedengaran salam yang diberi dari luar rumah mengamit telinga masing-masing. Ain mula memandang pelik ke arah pasangan tua itu.

"Siapa yang datang tu?" terpacul soalan itu daripada bibir Encik Ramli.

"Tak tahu lah pulak saya.." jawab Puan Adila.

"Takpe.. Ibu dengan ayah duduk makan dulu, biar Ain pegi tengok," baru sahaja punggungnya ingin diangkat laju Puan Adila menegah.

"Ain kamu duduk makan, biar ibu yang pegi tengok.." tegah Puan Adila.

"Takpe ke?" soal Ain serba salah.

"Takpe. Sekejap je tu. Lagi pun kamu tengah suap Khalish makan tu.." ujar Puan Adila.

"Hmm.. Iyalah.." akur Ain.

Sebenarnya Khalish boleh saja makan dengan sendirinya, namun ketika mereka makan diluar Ain tidak akan membiarkan anaknya itu makan dengan sendiri. Ain tidak mahu sekiranya anaknya bakal dimarahi jika membuat seberang kekotoran dimeja makan nanti.

Ain sudah faham benar dengan sikap Puan Adila yang terlalu mementingkan kekemasan dan kebersihan ketika waktu makan. Umar sendiri juga kadang kala naik pening dengan sikap Puan Adila.

Bunyi seretan kerusi menyentakkan Ain yang sedang menunduk untuk menyuapkan nasi ke dalam mulut Khalish. Tiba-tiba telinganya disapa dengan bunyi sorakan si anak. Berkerut dahinya memandang ke sebelah apabila bayang Khalish yang elok duduk disampingnya sudah tiada.

"Yeah.. Ayah dah balik," sorak Khalid dan Khalish serentak.

Membuntang mata Ain. Laju kepala ditolehkan ke arah figura lelaki yang kini sudah berdiri dihadapan meja makan itu.

"Anak-anak ayah sihat?" soal Umar bersama senyuman manis.

"Sihat.. Ayah.. Ayah pegi mana? Kenapa lama tak balik?" rengek Khalish.

"Aa.. Ayah sibuk sikit," jawab Umar perlahan.

"Apalah Khalish ni kan ibu cakap ayah kerja cari duit untuk kita," tegur Khalid.

Mendengarkan apa yang dikatakan oleh Khalid, Umar langsung memandang redup ke arah bekas isterinya itu. Segera Ain melarikan matanya apabila pandangan mata mereka mula bertembung.

"Langkah kanan kamu Umar. Dah mari duduk, makan sekali," pelawa Puan Adila.

"Wahh banyaknya ibu masak hari ni. Lama Umar tak makan masakan ibu," ujar Umar ceria.

"Bukan ibu yang masak, tapi Ain. Ayah kamu ni rindu sangat dengan masakan Ain. Tu yang disuruhnya Ain masak semua ni," beritahu Puan Adila.

Kelu lidah Umar seketika. Wajah Ain yang sedang menunduk itu dipandang penuh kasih.

"Hmm yeke.. Umar pun dah lama tak makan masakan Ain," ucap Umar.

"Tunggu apa lagi. Duduk lah makan," arah Puan Adila.

Segera Umar mendapatkan tempat dan duduk berhadapan dengan Ain. Jelas dadanya bagaikan ingin pecah kerana sarat dengan rindu kepada wanita bernama Ain Marsyitah.

Umar mengerling ke arah Encik Ramli yang hanya mendiamkan diri. Tahulah Umar bahawa bapanya itu masih marah kepadanya setelah apa yang dia lakukan kepada Ain Marsyitah.

Waktu makan tengah hari itu jelas kelihatan tegang. Masing-masing mula larut dalam lautan perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata.

"IBU minta maaf," ucap Puan Adila serba salah.

"Kenapa?" soal Ain. Tangan ligat mencuci pinggan yang telah digunakan sebentar tadi.

"Pasal Umar. Ibu tak tahu dia nak datang sini. Semalam dia call tanya keadaan ibu dan ayah. Tapi ibu tak sangka dia akan muncul dekat sini hari ni," jujur Puan Adila.

Ain mengeluh panjang sebelum membalas. Tangan masih ligat membasuh pinggan mangkuk di dalam singki.

"Ain okay je. Lagi pun ni kan rumah keluarga dia. Jadi Ain takde hak nak halang dia datang sini," jawab Ain.

"Ibu takut kamu salah sangka je dengan ibu," ucap Puan Adila.

"Ain faham.. Ibu jangan risaulah pasal Ain.."

"Hmm.. Baguslah kalau macam tu," lega Puan Adila.

"Ibu ke belakang dulu lah ya. Nak jenguk ayah kamu sekejap," pamit Puan Adila.

"Hmm.. Iyelah.." jawab Ain.

Selesai sahaja mencuci, Ain segera menoleh ke belakang. Membulat matanya apabila terpandangkan susuk tubuh Umar yang kini sudah berdiri di tepi pintu dapur sambil merenung ke arahnya. Dada yang berirama hebat cuba distabilkan sebaik mungkin.

"Ain..." sapa Umar.

"Hmm.." balas Ain malas.

"Ayra mana? Lepas je makan tadi abang tak nampak dia," luah Umar. Lelaki itu kini sudah membuka langkah menuju ke arah penapis air.

Daripada pandangan ekor mata Ain, dilihat lelaki itu sedang cuba untuk membuat susu untuk anak kecil lelaki itu yang dibawa bersama-sama ke rumah bekas keluarga mertuanya itu.

"Saya tak tahu. Dalam bilik agaknya," jawab Ain datar.

"Boleh Ain panggilkan Ayra untuk abang?" soal Umar lembut. Mata kini tunak merenung redup wajah wanita yang amat dia rindui.

"Hmm yela.." jawab Ain.

Tidak mahu terus berduaan dengan lelaki itu, Ain segera meninggalkan Umar keseorangan di dapur. Kaki dibuka menuju ke bilik yang dihuni oleh Ayra. Ain sendiri pelik dengan tingkah Ayra. Entah mengapa sejak munculnya Umar, Ayra lebih banyak berdiam diri.

Bahkan selepas sahaja makan tengah hari tadi Ayra segera menyembunyikan diri di dalam bilik tidur. Mengapa dengan anaknya itu? Hairan Ain.

TUK TUK

Pintu bilik diketuk sebelum tombol pintu dipulas. Terjengul kepala Ain memerhati segenap ruang bilik tidur itu. Matanya terpaku ke arah katil. Jelas dipandangan mata Ayra yang sedang berbungkus dengan selimut tebal diatas katil. Berlapis dahinya seketika.

Kaki dibuka merapati katil, punggung segera dilabuhkan dibirai katil.

"Ayra kenapa ni? Ayra demam ke?" soal Ain lembut. Selimut ditarik dan diletakkan tangannya ke atas dahi si anak. Merasa suhu badan gadis kecil itu.

"Tak.. Ayra okay," jawab Ayra.

"Habis tu kalau okay kenapa siang-siang hari macam ni Ayra duk berbungkus dalam selimut ni?" soal Ain pelik.

"Saja.." balas Ayra selamba.

Menggeleng kepala Ain apabila mendapat jawapan selamba daripada Ayra.

"Jom keluar, ayah nak jumpa Ayra sekejap," beritahu Ain.

"Ayra tak nak jumpa ayah. Ayra benci ayah," luah Ayra.

"Hei kenapa cakap macam tu ni? Tak baik tau," tegas Ain.

"Ayah dah tak sayangkan Ayra. Ayra tengok ayah macam tak pedulikan Ayra je. Ayah dah lupakan Ayra," luah Ayra.

Ain mengeluh panjang. Tahulah dia mengapa Ayra berdiam diri. Pasti anak gadisnya itu sudah berkecil hati dengan Umar Ali.

"Ayah sayang Ayra. Siapa cakap ayah tak sayang Ayra? Kalau betul ayah tak sayang Ayra kenapa ayah minta ibu panggilkan Ayra?" duga Ain.

Bulat mata Ayra merenung ke arah Ain. Meminta kepastian. Ain tersenyum tipis mengusap wajah si anak.

"Dahlah.. Pegi keluar jumpa ayah. Ayah dah lama tunggu nak jumpa Ayra tu," arah Ain.

Ayra bingkas bangun dan berlari menuju ke arah pintu bilik. Jelas anak itu sungguh rapat dengan Umar. Berpisah selama 6 bulan cukup menjadikan masing-masing sarat dengan rindu.

Nafas berat dihela kasar. Wajah diraup seketika. Bagaimana dia mahu berterus terang dengan anaknya tentang perceraian antara dia dan Umar. Pasti anak-anaknya bakal terluka.

Luka yang ditorehkan cukup dalam tak mampu diubati walau hanya sekadar dengan kata-kata kemaafan.

Sabtu 30.01.2021
2.24 PM

Umar dah muncul tu... Jangan lupa sepatah dua kata buat Umar..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience