Rate

BAB 5

Romance Completed 248356

PINTU kafe ditolak perlahan-lahan. Mata melilau mencari kelibat yang ingin ditemui oleh Ain pada hari ini. Anak-anaknya sudah ditinggalkan di rumah keluarga Umar. Jadi bolehlah dia ber 'me time' bersama kawan-kawannya.

Kaki dibawa menuju ke sebuah meja apabila matanya mengangkap lambaian seseorang yang meminta menyusul ke mari. Senyuman tipis dilorekkan.

"Ain... Rindunya aku dekat kau," ujar Dayang merangkap sahabat baik kepada Ain Marsyitah. Tubuh Ain dipeluk erat.

"Aku pun rindu dekat kau," sahut Ain mesra.

"Hai Ain.." Ain menoleh memandang figura bersuara garau yang menegurnya. Siapa lagi kalau bukan Arshad. Arshad juga merupakan sahabat baiknya merangkap sahabat baik kepada Umar Ali. Senyuman tipis diberikan.

"Hai Shad.. Hai Tini," sapa Ain kepada Arshad dan isterinya Hartini yang duduk bersebelahan lelaki itu.

"Hai Ain.. Sihat?" soal Hartini lembut.

"I'm good.. Korang berdua macam mana?" ramah Ain menyoal.

"Macam kau tengok lah. Kita orang okay je," balas Arshad.

Menggangguk faham Ain. Punggung segera dilabuhkan bersebelahan Dayang.

Usai membuat pesanan, mereka berempat mula memulakan perbualan secara santai. Jika dahulu pasti Umar akan turut serta, namun sengaja Arshad dan Dayang tidak mengajak Umar. Mereka sudah pun tahu mengenai perceraian antara Umar dan Ain.

Siapa yang tidak terkejut tiada angin, tiada ribut tiba-tiba mendapat perkhabaran mengenai pasangan yang sentiasa terlihat bahagia itu sudah pun bercerai gara-gara kecurangan si suami.

"So macam mana life kau sekarang sejak bergelar single parents ni?" soal Dayang.

"Sama je, takde banyak yang berubah.. Uruskan anak-anak.. Kerja macam biasa," balas Ain.

"Anak-anak kau macam mana? Dorang okay ke?" soal Arshad prihatin.

"Hmm.. Setakat ni dorang masih tak tahu aku dengan Umar dah bercerai," keluh Ain.

"Kau tak bagi tahu dorang ke?" soal Dayang terkejut.

Ain menggelengkan kepala nya seketika.

"Aku tak tahu macam mana nak berterus terang dengan dorang. Kau pun tahu kan anak-anak aku memang rapat dengan Umar. Aku takut dorang akan terluka. Aku tak nak anak-anak aku pun akan hancur bila tahu apa yang dah jadi dengan kami," luah Ain.

"Tapi sampai bila korang nak rahsiakan benda ni daripada anak-anak korang?" soal Arshad pula.

"Aku sendiri pun tak tahu," jawab Ain.

"Ain.. Saya rasa awak dan Umar perlu duduk semeja dan berbincang soal ni. Saya rasa anak-anak awak perlu tahu apa yang jadi. Saya yakin lama kelamaan mereka akan faham dan akan belajar untuk terima keadaan awak dan Umar," ujar Hartini yang dari tadi hanya menjadi pendengar.

"Betul cakap Tini tu. Sampai bila kau nak rahsiakan perkara ni daripada anak-anak kau?" duga Dayang.

"Aku sendiri tak tahu sampai bila aku mampu untuk rahsiakan semua ni daripada anak-anak aku. Cuma apa yang aku risaukan anak-anak aku akan kecewa bila tahu hal yang sebenar. Nak-nak Ayra. Dia betul-betul rapat dengan Umar tu," ucap Ain sayu.

"Ayra tu dah besar Ain. Saya yakin dia boleh terima semua ni. Walaupun awak dan Umar dah bercerai tapi satu kenyataan yang takkan boleh ubah adalah awak dan Umar tetap adalah ibu bapa kandung dia. Mungkin pada mulanya dia akan kecewa. Tapi lama kelamaan dia akan belajar untuk menerima semuanya bila dia dah betul-betul matang," ujar Hartini.

"Aku setuju dengan apa yang Tini cakap tu," sahut Arshad.

Ain hanya mengangguk faham. Cuba mencerna apa yang barusan dikatakan oleh sahabatnya itu.

"Kami semua sentiasa ada dibelakang kau. Walaupun Umar tu kawan baik aku, apa yang dia dah buat dekat kau tetap salah. Aku harap dia belajar daripada kesilapan yang dia dah buat dekat kau selama ni," luah Arshad.

Ain hanya tersenyum hambar. Mengingatkan Umar hatinya kembali berdarah dan sakit. Nafas dihela kasar.

Tidak mahu terus menerus memikirkan lelaki itu, Ain kembali menyambung perbualan dengan topik yang lebih santai.

Hampir 2 jam meluangkan masa, kini mereka semua sudah mahu berangkat pulang ke rumah masing-masing.

"Ain..." panggil Arshad. Ain yang baru sahaja mahu melangkah segera menoleh. Dahi berkerut hairan.

Arshad merenung ke arah Hartini seketika. Dilihat Hartini yang sedang tersenyum sambil menganggukkan kepalanya membuatkan Ain semakin pelik dengan pasangan suami isteri itu.

"Kenapa ni?" soal Ain hairan.

"Aku..." gugup Arshad.

"Kenapa ni? Shad? Tini?" soal Ain.

"Aku... Aku yang suruh Umar jujur dengan kau tentang Suriyani, tentang anak dia tu," luah Arshad.

Membulat mata Ain. Serasa kaku tubuhnya apabila mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut Arshad.

MATA tajam merenung kosong ke dalam kolam renang yang berada dihadapan matanya. Fikiran jauh melayang memikirkan soal anak-anak yang semakin hari semakin kian membesar. Agaknya bagaimana penerimaan anak-anaknya jika mengetahui tentang perceraian dia dan Umar Ali.

Saat Ain larut dengan perasaannya dalam dia tidak sedar Umar sudah lama memerhatikan tingkah Ain yang duduk berseorangan di tepi kolam renang. Malam ini mereka bermalam di rumah keluarga Umar. Semuanya atas permintaan Puan Adila. Jika diikutkan rasa hati, Ain sudah tidak mahu memandang wajah Umar yang lagak seperti tiada apa yang pernah berlaku diantara mereka berdua.

Bunyi seretan kerusi membawa Ain kembali ke alam realiti, wajah ditolehkan ke sebelah. Lihat sahaja Umar yang kini sudah melabuhkan duduk disebelahnya membuatkan Ain menjulingkan matanya ke atas. Jelas dia menyampah dengan lelaki itu.

"Jauh termenung," sapa Umar.

"Hmm.." sahut Ain malas.

"Anak-anak dah tidur?" soal Umar.

"Dah," jawab Ain pendek.

Ain menghembuskan nafasnya sebelum menyambung kata. Ada hal yang harus dibincangkan bersama Umar.

"Bila awak nak bagi tahu anak-anak pasal kita," ujar Ain mendatar.

"Bagi tahu pasal kita? Kenapa dengan kita?" wajah Ain dipandang redup.

"Awak jangan buat-buat lupa Umar. Kita dah 6 bulan pun bercerai. Bila awak nak bagi tahu perkara sebenarnya dekat dorang?" soal Ain tegas.

"Perlu ke kita bagi tahu budak-budak tu?" keluh Umar.

"Perlu. Saya tak nak lepas ni dorang pelik kenapa kita dah tak duduk sebumbung. Saya tak nak dorang soal saya dengan macam-macam soalan tentang awak lagi lepas ni. Saya bosan nak menjawab," tegas Ain.

"Ain.. Ain tak kesian dekat anak-anak ke? Kalau dorang tahu kita dah bercerai pasti anak-anak akan terluka. Abang rasa buat masa ni tak sesuai untuk mereka tahu tentang ni. Mereka masih kecil," ujar Umar bersungguh.

Ain tersengih sinis. Kepala menggeleng seakan tidak percaya dengan apa yang barusan dikatakan oleh Umar.

"Kenapa? Kenapa awak takut nak berterus terang dengan dorang? Awak takut dorang tahu perangai sebenar bapak dorang macam mana? Cukuplah selama ni awak dah tipu saya Umar. Jangan jadikan anak-anak saya sebagai alasan untuk tutup aib awak tu," marah Ain.

"Bukan tu maksud abang Ain.. Abang cuma tak nak pembesaran anak-anak terganggu dengan perceraian kita," luah Umar.

"Tu semua alasan awak je Umar. Alasan untuk awak lepas dari tanggujawab yang sepatutnya awak galas," mendegus kasar Ain.

"Ain.. Memang takde ruang kemaafan ke buat abang? Sampai benci sangat Ain pada abang?" soal Umar lirih.

"Lepas apa yang dah awak buat pada saya, awak ingat senang-senang saya nak lupakan? 15 tahun saya menghambakan diri saya pada awak tapi apa awak balas? Awak ingat luka yang awak bagi ni senang-senang boleh sembuh walaupun dengan meminta maaf. Macam tu?" hambur Ain.

"Abang tahu abang salah. Abang betul-betul menyesal dengan apa yang dah jadi. Abang sedar khilaf abang," ucap Umar.

"Menyesal awak tu dah tak guna Umar. Semuanya dah terlambat. Walaupun awak menangis air mata darah sekali pun belum tentu saya dapat maafkan awak dengan mudah. Saya minta tolong. Tolong beritahu anak-anak hal yang sebenar. Pikul tanggujawab awak sebagai seorang lelaki sejati," ujar Ain.

Tidak mahu terus menerus sakit hati, dia bingkas bangun dan meninggalkan Umar terkulat-kulat sendirian. Air mata yang mahu menitis dilap kasar. Ain tidak mahu terlihat lemah dihadapan lelaki itu lagi. Cukup dia simpan rasa hati yang masih berakar jauh-jauh dilubuk hati paling dalam.

Ahad 31.01.2021
12. 08 PM

Happy reading everyone

Share this novel

Najdiah Zakaria Nadia
2021-01-31 17:21:14 

vvvvvvvv vvv


NovelPlus Premium

The best ads free experience