BAB 1

Family Completed 5034

“PAPA, jangan tinggalkan El!”

Suara jeritan itu memecah suasana sunyi di kawasan taman permainan itu yang masih lengang. Belum ramai pengunjung datang ke taman itu memandangkan cuaca yang masih panas pada petang itu.

“Kejar papa cepat, kalau tak papa tak belanja ais krim!”

Balas Encik Hafizi Iqmal kepada anak perempuannya yang masih berlari untuk mengejar.

Elsalina Farisya yang sudah kepenatan itu menghentikan lariannya. Gadis berusia sepuluh tahun itu terduduk di atas rumput hijau yang menghiasi taman permainan itu.

“El kenapa ni?”

Melihatkan anaknya yang sudah terduduk di atas rumput itu, Encik Hafizi Iqmal berpatah balik ke arah anaknya.

“Pa, El penatlah. El nak aiskrim.”

Rengek Elsalina Farisya dengan suara yang manja. Matanya terkebil-kebil meminta belas kasihan. Encik Hafizi Iqmal tersenyum kecil mendengar rengekan anak perempuannya itu.

“Yalah. Dah bangun, kotor seluar tu nanti. Jom makan aiskrim.”

“Angkat.”

Ujar Elsalina seraya menghulurkan tangannya ke arah si papa. Encik Hafizi Iqmal hanya melayan kehendak anaknya itu. Tangan gadis kecil itu disambut mesra.

“Jom kita..”

“Makan aiskrim!”

Jerit Elsalina Farisya girang.

“Pandai anak papa.”

Tangan Encik Hafizi Iqmal mengusap manja kepala anaknya. Mereka melangkah ke arah sebuah kedai berhampiran. Elsalina Farisya pantas bergerak ke arah peti aiskrim. Dibeleknya satu persatu aiskrim yang dijual mencari mengikut citarasanya.

“Pa, bila papa mula kerja?”

Soal Elsalina Farisya kepada papanya. Kepalanya menoleh sekilas ke arah papanya.

“Minggu depanlah sayang. Kenapa?”

“Kenapa papa nak jadi pilot? Selalu tinggalkan El dengan mama. Kami rindu bila papa kerja. Tak ada yang nak bawa El pergi taman, makan aiskrim, tengok wayang, main buaian, main piano. Tak ada siapa nak bacakan buku cerita buat El. Tak ada siapa nak nyanyi sebelum El tidur.”

Jelas Elsalina Farisya panjang lebar.

Encik Hafizi Iqmal mengukirkan senyuman ke arah anaknya.

“Papa kan kerja. Bukannya papa saje nak tinggalkan El dengan mama. Papa janji, bila waktu papa cuti papa akan luangkan masa dengan El, dengan mama. Janji okay.”

“Betul?”

“Ya. Tak percaya papa ke?”

“Percayalah. Papa kan tak pernah tipu.”

Elsalina Farisya mendakap lembut tubuh papanya.

“Pa, El nak main buai.” Pintanya manja.

“Buai? Alah, mesti papa yang kena tolak buai tu nanti.”

Seloroh Encik Hafizi Iqmal sekadar mengusik anaknya itu.

“Papa ni, tu pun nak berkira. Papa dah janjikan?”

Elsalina Farisya memuncungkan bibirnya sebagai tanda memprotes.

“Alah, papa gurau jelah. Jomlah, tak mahu merajuk. Tak comel dah anak papa ni.”

Dengan sengaja Encik Hafizi Iqmal mencubit pipi tembam Elsalina Farisya.

“Sakitlah papa!”

“Alolo comelnya anak papa. Jom, kata nak naik buai.”

Encik Hafizi Iqmal bangun dari duduk. Tangannya dihulur ke arah Elsalina Farisya.

Melihatkan senyuman yang terukir di bibir papanya, sedikit terubat rajuknya. Elsalina Farisya menyambut huluran tangan daripada papanya. Dia terus berdiri. Langkah kaki terus dibawa menuju ke arah buaian di taman permainan tersebut. Elsalina duduk di atas buaian.

“Cepat papa, tolak laju-laju!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience