BAB 8

Family Completed 5034

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN

“MAMA!”

Puan Zakiah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu terkejut mendengar jeritan anaknya. Elsalina Farisya sedang berlari ke arahnya.

“Ma, baca surat ni ma.”

Ujar Elsalina Farisya begitu teruja sambal menghulurkan sepucuk surat kepada mamanya.

“Surat apa ni?”

“Mama bacalah. Cepatlah ma.” Arah Elsalina Farisya.

“Yelah. Tak menyabar langsung.”

Lambat-lambat Puan Zakiah membuka surat yang diberikan. Isi kandungan surat dibaca.

“El serius ke ni?”

Soal Puan Zakiah sambil matanya memandang tepat ke wajah anaknya yang kini sudah berusia 18 tahun.

“Ya. El nak jadi macam papa. Mama tak setuju ke?”

“El pasti El boleh buat?”

Pantas gadis itu mengangguk.

“Kalau papa boleh, kenapa El tak boleh? El boleh ma.”

“Okaylah. Terpulang pada El. Mama nak yang terbaik untuk anak mama.”

“Terima kasih ma.”

Elsalina Farisya pantas sahaja memeluk mamanya.

“El naik atas eah?”

Gadis itu bingkas bangun dan berlari kecil mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Ketika berada di dalam bilik, dia termenung seketika di meja belajarnya. Dicapainya bingkai gambar keluarganya.

“Pa, El nak jadi macam papa.” Ujarnya perlahan.

Bingkai gambar diletakkan di tempat asal. Kemudian dia beralih ke arah katil. Sebuah gitar yang tersandar di kepala katil digapainya pula. Perlahan-lahan jari jemarinya memetik gitar mengalunkan sebuah lagu.

Jika dulu, dia hanya mendengar papanya menyanyi untuknya sambal memetik gitar. Kini, dia mewarisi segala yang ada pada diri papanya. Bermain gitar, piano, membuat cup cake dan yang paling penting dia akan mewarisi kerjaya yang pernah digalas oleh papanya. Dia akan menyambung pengajian dalam bidang penerbangan dan akan menjadi seorang juruterbang seperti papanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience