BAB 7

Family Completed 5034

SUASANA di ruang tamu rumah agam itu kelihatan begitu suram dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah suara tetamu yang hadir membacakan surah Yassin. Ada di antaranya yang termenung dan mengalirkan air mata. Di satu sudut pula, Elsalina Farisya masih merintih. Di sisinya ialah Puan Zakiah yang berusaha memujuk lara hati anaknya sedangkan hatinya sendiri turut bersedih. Namun dia harus kuat demi anaknya.

“Kak, jenazah dah sampai.”

Ujar Salwa Arisya, adik iparnya.

Puan Zakiah mengangguk kecil.

“El, jom.”

Puan Zakiah terpaksa memapah tubuh anaknya yang tampak begitu lemah itu menuju ke ruang tamu yang menempatkan jenazah suaminya. Turut dibantu ahli keluarga yang lain.

Sebaik tiba di ruang tamu, Puan Zakiah tidak dapat menahan sebak. Air matanya pantas sahaja mengalir keluar. Perlahan-lahan kakinya menapak menghampiri jenazah suaminya yang terbaring kaku itu.

“Papa..”

Elsalina bersuara sayu tatkala menatap seraut wajah yang disayanginya itu sudah tidak bergerak seperti dahulu. Dibaluti kain berwarna putih.

“El rindu papa. Kenapa papa tinggalkan El? Papa dah janji nak jaga El. Pa, bangunlah. El nak papa. El nak peluk papa.”

Rintih gadis itu bersama tangisannya.

Puan Zakiah mengusap lembut kepala anaknya. Dia berusaha menenangkan anaknya.

“El nak papa. Bangunlah pa. El rindu papa. Kenapa papa tinggalkan El.”

“Sabar sayang. Papa dah tak ada.”

“Ma, kenapa papa tak bangun? Papa tak sayang El ke? Papa tak nak jumpa El. Kenapa papa diam? El nak papa. Ma, kejut papa ma. Kenapa papa baring je? Papa tipu El. Papa dah janji tak tinggalkan El. Papa tipu El!”

Sambung Elsalina Farisya. Dia terus-terusan merintih.

“Sabar El. Mama ada.”

“El nak papa. Pa, bangunlah pa. Jomlah kita pergi taman, makan aiskrim. El janji El tak nakal. El dah pandai main piano. Papa mesti nak dengarkan? El dah pandai buat cup cake, mama ajar. Papa tak nak rasa ke cup cake El buat? Pa, bangunlah pa. Kenapa papa diam? El nak papa!”

Elsalina Farisya menggoncang tubuh kaku papanya berkali-kali.

“Pa, bangun pa.”

Puan Zakiah yang tidak mampu melihat dan mendengar rintihan tersebut terus sahaja memeluk tubuh anaknya.

Beberapa tetamu yang hadir mengalirkan air mata melihat apa yang berlaku di hadapan mereka. Sedih melihat tangisan serta rintihan daripada gadis kecil yang tidak dapat menerima kehilangan orang yang disayang.

“El nak papa.”

Buat kesekian kalinya Elsalina Farisya merintih sebelum gadis itu pengsan di dalam pelukan mamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience