Bab 5

Romance Completed 3349

Walaupun cinta kita terasa jauh,
Tapi hakikatnya,jarak cinta kita tersangat,lah dekat..

"Ooh.Sebab tu je,ke?"tanya Hazira dengan riak wajah yg sememangnya dari tadi lagi masih selamba.
"Ada cara tak untuk hilang,kan?"tanya Hairin.
"Guna krim losyen."jawab Hazira laju.
"Mana akak tahu?"tanya Aisyah pula.
"Ada orang beritahu."
Aisyah dan Hairin saling berpandangan.
"Siapa?"tanya Aisyah dan Hairin serentak dengan wajah yg saspen.
"Ish!Sibuk,je nak tahu!Dah,dah!Pergi masuk bilik!"
Hazira menolak Aisyah dan Hairin ke muka pintu perlahan-lahan.Terasa ringan tangannya untuk mencampak mereka berdua ke dinding.
"Akak Hazira nak makan?"tanya Aisyah dalam nada yg ceria.
"Taknak."jawab Hazira pantas.
"Alaa..Jom,lah makan!Hairin dengan Nadhif masak hari,ni!"Hairin dengan selambanya menarik tangan Hazira menuju ke dapur.
"H..Hei!Akak cakap taknak,lah!"Hazira cuba menarik tangannya kembali.
"Ikut aje,lah kami makan sekali.."Aisyah dan Hairin bersuara serentak sambil tangan mereka memegang kuat kedua-dua tangan Hazira.
Hazira mendengus kasar. Biar,lah..Sekali sekala takpe jugak,kan?
Matanya dijeling ke arah Nadhif yg sudah memakai baju tidur itu.Bibirnya mengukirkan senyuman senget.Comel..

"Sedap,tak?"tanya Hairin dengan matanya yg bersinar-sinar.
"Tak."jawab Hazira laju.
"Tak sedap kenapa makan jugak?"tanya Hairin lagi sambil memasamkan wajahnya.
"Dah,tu korang suruh?"
Hairin menahan sabar.Nasib baik Hazira lebih tua darinya,kalau mereka sebaya sudah lama pipi
Hazira akan merah ditamparnya.
"Mengutuk dalam hati,lah tu."Hazira memandang Hairin dengab pandangan 'nak gaduh,ke?'
"Tahu takpe."Hairin menjawab dalam nada dingin.
Mereka saling membalas pandangan.Kalau sekarang mereka di dalam cerita kartun,pasti
ada petir yg keluar dari mata masing-masing.
"Sudah,sudah...Jangan gaduh!Pecah barang dalam rumah ni nanti!"Aisyah tiba-tiba menyampuk.Nadhif yg mendengar menarik nafas lega.Thumbs-up diberinya ke arah Aisyah
dari jauh.
"Dia yg cari pasal dulu!"Hairin dan Hazira menunjuk ke arah satu sama lain.
Aksi membalas jelingan mata berlaku semula dalam keadaan yg amat sengit.
"Apa?Nak gaduh,ke?"tanya Hairin dengan wajah yg mencari pasal.
"Aku on,je."Hazira juga membalas dengan muka yg mencari pasal.
"Su..Sudah,lah tu..Jangan,lah gaduh.."
"Diam!"Hairin dan Hazira bersuara serentak.
Nadhif dan Aisyah saling berpandangan.
Keluhan yg berat kemudian dilepaskan.
"Kau,lah budak yg paling teruk pernah aku jumpa.."Hazira mula melancarkan perang.
"Oh..Ya,ke?Kau,lah isteri yg paling teruk pernah aku jumpa.."Hairin pula mula memasang peluru.
"Ada,je isteri yg lagi teruk daripada aku!Kau tu,je yg tak cari!"Hazira mengetuk meja untuk melepaskan geram.Bergegar meja itu dibuatnya.
"Tak!Aku rasa kau,lah yg paling teruk!Teruk hingga mengalahkan syaitan!"giliran Hairin pula mengetuk meja.Tertumpah air yg berada di
tepinya.
"Eh!Kau tu,pun apa kurangnya!Biadap!Mulut tak
jaga!Perangai mengalahkan jin!"
Aisyah dan Nadhif sudah ternganga.
"Cakap orang,dia pun sama!Tak pernah belajar
ke dulu,isteri harus memuaskan suami!Kau
ada ke buat macam,tu?"tanya Hairin lagi.
Berdesing telinga Hazira mendengarnya.
"Apesal kau sibuk pulak pasal rumah tangga aku?"nada suara Hazira mula menjadi tinggi.
"Sebab aku anak ka...anak abang Nadhif!"nada
suara Hairin juga semakin meninggi.
"Anak dia!Bukan anak aku!"Hazira bersuara
kasar.
Nadhif dan Aisyah sudah saling berpelukan.
Menakutkan apabila Hairin dan Hazira mula menjadi singa.
"Kau isteri dia jugak,kan?"Hairin berdiri di atas kerusi secara tiba-tiba.
"Ya!Tapi aku tak boleh terima!"Hazira juga berdiri dan membasuh pinggan.
"Kenapa?"Hairin meletak kaki kanannya di atas meja.
"Sebab aku tak suka dia,lah!!"jerit Hazira.
Terdiam Hairin seketika.
"So kenapa korang kahwin?"tanya Hairin yg sudah terkedu itu.
"Wasiat."jawab Hazira pendek lalu kakinya melangkah laju ke arah biliknya.
"Betul,ke?"tanya Aisyah dan Hairin serentak.
"Betul..Memang kakak Hazira tak berapa suka,pun dekat abang.."jawab Nadhif sambil tersenyum sayu.
Aisyah dan Hairin saling berpandangan.

3:00 pagi..

Hazira melangkah keluar dari biliknya.
Biasanya dia memang selalu terjaga pada pukul 3:00 pagi.Selesai membuat solat tahajud biasanya dia akan menghirup udara segar di luar.
Tapi entah kenapa,cuaca di pagi itu terlampau sejuk.
Hampir terkeluar suaranya apabila melihat susuk tubuh Nadhif yg terbaring di atas sofa.
Ingat,kan hantu mana tadi..
Hazira berdiri di hadapan Nadhif yg sedang tertidur nyenyak.Dekat sini dah,lah banyak nyamuk..
Rambut Nadhif digosoknya perlahan sebelum tangannya turun ke pipi Nadhif.
Tangannya kemudian ditarik semula.
Badan Nadhif di angkatnya perlahan.Bimbang jika kelakuannya ditangkap.
"Eh~Akak..Kenapa akak tolong angkat abang Nadhif masuk bilik?Kata tadi tak suka abang Nadhif?Ke..Semua tu tipu,je?"Hairin tersenyum mengusik apabila wajah Hazira sudah bertukar merah.
"Di..Diam,lah.."Hazira mengalihkan pandangannya ke arah Nadhif.Wajah Nadhif yg sedang tertidur nyenyak itu dipandangnya lama.
"What a tsundere..Kalau suka cakap je,lah suka..
Nanti tiba-tiba mabuk cinta.."Hairin bersuara lagi.Tapi tiba-tiba suaranya bertukar matang.
Hazira hanya membuat dengar tidak dengar.
Sudah,lah..Sebelum Nadhif bangun,baik dia hantar budak,ni masuk bilik sebelum terlambat.
Langkahnya diatur ke arah bilik Nadhif.
"Hairin kenapa tak tidur lagi?"tanya Hazira sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Nadhif.
"3:00 pagi Hairin biasanya bangun.."
"Sama."Hazira membuka pintu bilik Nadhif sedikit.
Badan Nadhif yg terlebih ringan itu diletaknya
di atas katil perlahan.
Bila melihat dekat-dekat baru dia perasan yg wajah Nadhif seperti baru sudah menangis.
Atau ianya hanya perasaannya saja?
"Owh..Sweetnya akak,ni.."Aisyah yg bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh di muka pintu
tersenyum senget memandang Hazira.
"Diam,lah."Hazira bersuara dalam nada perlahan tetapi jelas.
"Suami akak menangis semalaman semalam.."
Aisyah melangkah ke arah Hazira sambil meletupkan jarinya.
"Kenapa?"tanya Hazira sambil berjongket kening.
"Entah.Dia nampak sedih sangat semalam.."
Hairin yg tiba-tiba muncul di muka pintu membuatkan Aisyah dan Hazira tersentak.
"Dia sedih sebab itu,kot?"jawab Hairin sambil meneka.
"Sebab itu?"Hazira bersuara pelik.
"Dia,kan...Mandul?"jawab Hairin sambil tersenyum senget.
"Waktu kitorang keluar jalan-jalan hari tu,Aisyah
ada perasan dia asyik pandang pasangan suami isteri ni..Isteri dengan suami tu tengah pimpin anak diorang..Dia teringin kot nak rasa macam,tu?"Aisyah bersuara perlahan tetapi kedengaran sayu.
Hazira memandang wajah Nadhif yg sememangnya sudah putih seperti Snow White itu.Snow White versi lelaki..Hahaha!
"Abang Nadhif,ni comel,handsome,putih,baik, pandai,penyabar,sopan..Caring pulak,tu..
Kekurangan dia cuma mandul,je..Takkan kakak Hazira tak suka dia cuma sebab dia mandul?"
tanya Aisyah lalu pandangannya beralih ke
arah Hazira.
"Bukan sebab dia mandul,lah!"Hazira bersuara separa menjerit.
"Dah,tu?"tanya Hairin dan Aisyah serentak.
"Sebab akak suka orang,lain!"jawab Hazira selamba.
"Dia main kayu tiga pulak.."Hairin dan Aisyah menepuk dahi sebelum masing-masing melangkah masuk ke dalam bilik sendiri.
Hazira masih lagi memandang wajah Nadhif yg sedang nyenyak tertidur.
Pipi Nadhif diusapnya perlahan tanpa disedari. Nadhif yg tiba-tiba menggeliat membuatkan Hazira dengan pantasnya menarik tangannya kembali.
Apa yg dia buat tadi?Daripada benda yg tak diingini berlaku,baik dia pergi sekarang.
Baru sahaja dia hendak pergi,hujung bajunya ditarik.
Hazira berpusing kebelakang.
"Hazira...Awak bencikan sy sangat,ke?"tanya Nadhif dalam keadaan separuh sedar.
"Ya.Sy....Aku benci kau."Hazira menepis tangan Nadhif kasar.Mereka saling berpandangan buat seketika.
"Kenapa awak benci sy?"tanya Nadhif sambil tersenyum sayu.
"Sebab sy..Sebab aku tak suka kau..Aku suka orang lain.."jawab Hazira dengan senyuman yg sangat sinis.
"Awak rasa nak bercerai,ke dengan sy?"
Hazira tersentak buat sementara.Kemudian dia mengangguk perlahan.
"Awak..Benci sangat dekat sy rupa-rupanya..Tapi..Sy selalu cintakan awak.."
Nadhif menutup matanya semula.Menyambung tidur.
Hazira menutup pintu bilik Nadhif perlahan.
Jantungnya dari tadi berdegup kencang secara tiba-tiba.Kedua-dua pipinya ditampar perlahan.
Dia cakap dia suka kau je,kot?Jangan nak over sangat boleh,tak Hazira?
Keluhan yg berat dilepaskan sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya sendiri.
"So sweet.."bisik Hairin dan Aisyah yg dari tadi mencuri-curi dengar.

2:00 petang..

'Sy selalu cintakan awak..'
Hazira menampar pipinya sendiri sekuat-sekuat hati.
Sampai tersentak Zarif yg berada di situ.
"Kenapa dengan aku,ni?!"Hazira memicit kepalanya.
"Kenapa,ni?"tanya Zarif dalam nada yg prihatin.
Hazira termenung buat sementara.Wajah Zarif dipandangnya lama.
"Zarif.Tolong cakap 'sy selalu cintakan awak' sekarang."laju sahaja mulut Hazira bercakap.
"In your dream."jawab Zarif laju.

5:00 petang..

Nadhif mengelap meja-meja yg kelihatan sedikit kotor itu sehingga bersih.
Aisyah dan Hairin juga ikut menolong.
Melihat Nadhif yg seperti termenung,Aisyah dan Hairin saling berpandangan.
"Kenapa,ni abang?"tanya Aisyah.
"Abang mimpi benda pelik semalam."jawab Nadhif laju
"Ooh..Ya,ke?Mimpi apa,tu?"tanya Aisyah sambil tersenyum lebar.
"Erm...Tak payah,lah cerita..Aisyah takkan faham.."Nadhif menyambung kerjanya untuk mengelap meja.

5:00 petang..

"Hahh..Penatnya.."Hazira memasukkan keretanya di perkarangan rumah.

'Sy selalu cintakan awak..'

"Aaaah!!!"Hazira mengetuk kepalanya di stereng kereta berkali-kali.
Pintu keretanya kemudian dibuka lalu badannya dibawa keluar dari perut kereta.Kereta Nadhif dipandangnya lama.
Hazira menggelengkan kepalanya.Tak mungkin!
Tak mungkin!!Tak mungkin!!
Hazira melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Ah!Hazira!Balik,pun awak..Jom,makan!"Nadhif mengukirkan senyuman lebar terhadap Hazira.
Aisyah dan Hairin yg berada di belakang
Nadhif tersenyum mengusik.
"Hmm."Hazira melangkah masuk ke dalam biliknya lalu pintu biliknya ditutup rapat.
Wajah Hazira berubah merah.
"Cepat sikit mandi,ya Hazira?"Nadhif bersuara perlahan di muka pintu Hazira sebelum melangkah ke dapur.
Hairin dan Aisyah berdiri di hadapan bilik Hazira lama.
"Dub,dab..Dub,dab..Dub,dab.."Aisyah dan Hairin bersuara perlahan tetapi jelas.
Hazira yg berada di dalam mengetap bibir.
Budak-budak,ni memang sengaja betul!


Hazira meneguk air yg berada di tepinya.
Wajah Nadhif dipandangnya lama.
"Ha..Hazira?Ada..Apa-apa ke dekat muka sy?"
Tersentak Hazira dibuatnya.
"Busted!"bisik Aisyah dan Hairin yg berada di sebelah Hazira.
"Sy tak pandang awak,pun.Sy cuma termenung."jawab Hazira laju dengan muka yg merah.
"Eceh!Sy..."bisik Hairin dan Aisyah serentak.
Tak pasal-pasal mereka dapat cubitan di peha
masing-masing.
Hazira memandang Nadhif lagi.Tak mungkin,lah aku dah jatuh cinta dekat dia.Tak,tak,tak..Itu tak mungkin..
"Ha..Hazira..Kalau awak pandang sy macam,tu..
Awak buat sy..rasa takut,lah.."Nadhif menjeling
ke arah Hazira sekilas.Garfu dan sudu di tangannya dipegang erat.Rasanya boleh bengkok sudu itu akibat perbuatannya sendiri.
Jangan bengkok sudah,lah..Nanti Hazira marah..
"Awak boleh tak makan dengan senyap?"tanya Hazira dalam nada yg mula naik angin.
Nadhif terus mengunci mulutnya.Mengunyah nasi,pun bukan main perlahan.Takut Hazira kata bising..
"Oh,ya..Pukul 5:30 nanti,Aisyah dengan Hairin nak pergi rumah kawan.Boleh,tak?"tanya Aisyah
secara tiba-tiba.Cuba untuk menenangkan suasana,sebenarnya.
"Boleh..Pergi,lah.."Nadhif menjawab perlahan.
"Kitorang nak bermalam."
Nadhif yg sedang meminum air hampir-hampir
tersembur.
"B..Bermalam?Kenapa?Abang ada buat salah,ke?"tanya Nadhif dalam nada cemas.
Aisyah mengukirkan senyuman senget.
"Takde,lah..Kami saja,je..Lagipun rumah dia dekat,je..Hari,ni je..Please..Esok kitorang balik.Pukul..Dua."giliran Hairin pula yg bersuara.
"Haih..Ya,lah..Jaga diri tau?"sempat lagi Nadhif berpesan.Walaupun Aisyah dan Hairin bukan anaknya yg sebenar,tapi dia sudah menganggap Aisyah dan Hairin seperti anak kandungnya sendiri.
"Okey.."Hairin dan Aisyah menjawab serentak.
"Boleh,lah abang Nadhif dengan kakak Hazira bermesra-mesraan.."
Wajah Nadhif berubah merah manakala Hazira sudah tersembur.
"Nampak pisau,ni?"Hazira menunjuk pisau di tangannya.
"Wow..wow..Sabar kawan..Sabar..Kita main-main,je.."Hairin menjauhkan kerusinya sedikit.Bimbang jika Hazira bertindak secara
tiba-tiba.
Nadhif mengukirkan senyuman lebar.
Aisyah yg dari tadi lagi memandang Nahdif menangkap gambar.
'Comel senyuman dia..'bisik hati Aisyah perlahan sambil tersenyum.
Nombor telefon Hazira ditekannya.Tidak sia-sia dia meminta nombor telefon Hazira daripada Nadhif.
Gambar yg diambilnya tadi dihantar kepada Hazira.Senyuman puas terukir di bibirnya.
"Jom,lah Hairin.Kita pergi sekarang."Aisyah bangun dari tempat duduknya lalu pinggannya dan pinggan adiknya yg telah kosong diambil
lalu dicuci di sinki.
"Korang jaga diri tau.Kalau ada orang jahat,jerit tau?Jangan mudah terpedaya,tau?Baca doa
banyak-banyak tau?"tidak henti-henti Nadhif memberi peringatan.
Aisyah dan Hairin hanya mengangguk.Beg yg tersandar elok di depan muka pintu digalas lalu mereka melangkah keluar.
Nadhif melepaskan keluhan berat.
"Kenapa kau nampak sedih sangat?"tanya Hazira sambil mencuci pinggan.
"Bosan,lah sy nanti..Takde orang kat rumah.."
jawab Nadhif sambil membelai kucing yg bernama Hitam dan Putih itu.Kucing belaan Hairin dan Aisyah.
"Hitam dengan Putih kan ada?"
"Memang,lah..Tapi..Diorang tak boleh bercakap.."
Nadhif mengangkat Putih lalu diletakkan di atas ribanya.
Hazira hanya memandang ke arah Nadhif sekilas sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

9:00 malam..

"Hah~Aisyah..Hairin..Abang rindu,lah~"Nadhif bersuara dalam nada malas.Di ruang tamu yg hanya ada dia,TV,Putih dan Hitam sahaja.Hazira?
Keluar..Macam biasa..Mungkin Hazira akan balik pagi esok.
"Putih..Putih bosan,tak?"
Nadhif meniarap di atas sofa lalu Putih yg sedang menjilat badannya sendiri dipandangnya lama.
"Hitam..Tengok Putih,ni..Dia taknak cakap,pun
dengan abang..Abang tengah bosan,ni.."Nadhif memandang ke arah Hitam pula.
Hitam yg sedang menjilat ekornya sendiri memandang Nadhif lalu mengeow.
Nadhif hanya tersenyum sayu sambil kepala Hitam digosoknya perlahan.

Sementara itu..

"Siap,pun..Terima kasih tolong sy siapkan kerja,Hazira.."Zarif tersenyum lebar.Pandangannya kemudian dialihkan ke arah Hazira yg sedang temenung.
"Kenapa,ni?"tanya Zarif prihatin.Jarang boleh
lihat Hazira termenung.Bila dengannya,biasanya Hazira akan tersenyum lebar.
"Takde apa-apa,lah.."Hazira melepaskan keluhan
berat lalu badan Zarif ditarik ke dalam dakapannya.
Zarif hanya membiarkan sahaja.
Hazira mengeratkan lagi pelukannya.
'Aku tak pernah peluk,pun dia..'bisik Hazira di dalam hati.
Pelukannya dilepaskan.Wajah Zarif dipandangnya lama.
"Sy balik dulu."Hazira mencapai beg sandangnya lalu melangkah keluar dari rumah itu.
Entah kenapa dia berasa kasihan pula membiarkan Nadhif seorang diri di rumah.

10:55 malam..

"Hah...Bosannya...Sunyinya..."Nadhif berguling di atas lantai ke kanan dan ke kiri.Perasaan bosannya telah berada di luar kawalan.Cuba untuk melelapkan mata,pun tidak boleh.
Bunyi pintu yg dibuka membuatkan dia tersentak.
Pencuri,ke?Pencuri?Ish..Tak mungkin..Rumah Hazira,ni pagar dia tinggi sampai tak nampak rumah dari luar..Tak mungkin,lah pencuri boleh
panjat..
Hazira membuka pintu rumahnya perlahan.
Salam diberinya di dalam hati.
Nadhif memandang Hazira lama.Oh,Hazira..
Ingatkan puteri mana tadi..
"Sy ingat awak akan balik esok?"tanya Nadhif.
Badan Hazira dipeluknya erat.Wah..Hangat..
"Suka hati sy,lah nak balik ke taknak!Awak sibuk sangat,ni kenapa?"tanya Hazira dalam nada kasar lalu badan Nadhif ditolak ke tepi.
Langkahnya kemudian di atur ke dalam bilik.
Nadhif hanya melepaskan keluhan berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience