Bab 1

Romance Completed 3349

Cinta akan mekar sepeti bunga,
Apabila tiba masanya..

Hazira termenung di bucu katil.Kepalanya ligat berfikir tentang kerjanya yg 'pelik' itu.
"Tengah fikir apa,tu?Dari semalam lagi sy tengok awak berfikir..Kenapa?Ada masalah,ke?"
Hazira memandang wajah lelaki di hadapannya.
"Zarif..Sy ada masalah besar!"jawab Hazira sambil memicit kepala.
"Awak mengandung?Anak siapa?"
Tidak semena-mena pipi Zarif menjadi merah akibat tamparan Hazira yg terlebih kuat.
"Nak mati,ke?Bukan yg itu,lah.."Hazira menyilangkan kakinya sambil berpeluk tubuh.
"Dah,tu?"tanya Zarif lagi sambil menggosok pipinya.
"Sy tengah fikir pasal kerja.."jawab Hazira lambat-lambat.
"Kerja awak yg mana satu?Yg pelik tu,ke?"tanya Zarif sambil membacuh teh yg baru dibuatnya tadi.
"Kerja tu tak pelik,lah!Ramai orang beli benda tu.."
Zarif menggelengkan kepalanya.
"Memang,lah ada!Tapi tetap tak boleh!Kerja,tu salah!Dan satu lagi!Kenapa awak datang sini?Siap bermalam lagi!Ingat ini rumah bapak awak ke apa?"tanya Zarif dengan riak wajah yg tidak berpuas hati.
"Suka hati sy,lah...Rumah awak,rumah sy jugak."jawab Hazira dengan selamba.
"Ada,ke anak dara datang dekat rumah anak teruna orang?Eh..Lupa.Dia dah kahwin.."Zarif bersuara dalam nada menyindir.
"Relaks,lah..Takkan ada orang syak sy buat apa-apa pun kat sini..Sy,kan baik?"Hazira mengibas-ngibas tudungnya.
"Baik,lah sangat...Kesian suami awak kat rumah..Awak balik 3 jam sehari..Kesian sy kena jaga makan,minum awak..Suami awak tu terlebih baik.."Zarif melabuhkan punggungnya di tepi Hazira.
"Bila awak nak balik?"tanya Zarif sambil berpeluk tubuh.
"Minggu depan."jawab Hazira jujur.
"Awak gila!Pergi balik sekarang!Awak ada suami,kan?"jerit Zarif lalu menarik tangan Hazira supaya bangun.
"Taknak,lah...Nak buat apa tengok muka dia lama-lama?Buang masa aje.."Hazira menarik tangan Zarif kasar lalu badan Zarif dipeluknya erat.
"Takde!Pergi balik!Kali,ni awak kena balik!Nanti mak sy nak datang!Sekarang jugak!Balik!!!!"jerit Zarif lagi sebelum mulutnya ditekup.
"Bising,lah awak ni.."Hazira memandang Zarif tajam.
Zarif membalasnya kembali dengan pandangan yg 2× ganda lagi tajam.
Tangan Hazira ditepisnya.
"Awak pulak mengacau hidup sy!"Zarif bersuara lagi.
"Hahh...Awak,ni baik sangat,lah...Jadi,lah jahat sikit...Ramai lelaki kat luar sana nak badan sy tau?Sy bagi dekat awak free awak taknak pulak?"
Wajah Zarif berubah merah.
"Sy tak sama dengan lelaki kat luar sana!Sudah!
KELUAR DARI RUMAH SY!!!!!!"

Nadhif menongkat dagu sambil memandang jam di dinding.Udara di waktu pagi amat segar.Nikmatnya..
Sedang dia leka memandang pemandangan dari luar tingkap telinganya tertangkap pada bunyi kereta dan pagar yg dibuka.
"Dia dah balik?Awalnya?Dia dah balik?Yeay!Takde,lah aku sorang-sorang dekat sini!"serta-merta pintu biliknya dibuka lalu langkahnya menuju ke arah ruang tamu.
Pintu rumah itu ditarik lalu dibuka sedikit.Beratnya pintu,ni..Macam mana Hazira boleh tarik dan tolak macam biasa?
"Hazira!Awalnya awak balik?Seronok,ke jalan-jalan semalam?"tanya Nadhif dengan wajah yg bersinar-sinar.Maklum,lah..Bukan senang nak jumpa dengan Hazira walaupun isteri sendiri..
Hazira hanya balik apabila tiba waktu makan tengah hari sahaja.Lepastu?Keluar balik...

"Tak."jawab Hazira acuh tak acuh lalu badan Nadhif ditolak ke tepi.
"Awak dah makan ke belum?"tanya Nadhif lagi.
"Belum."jawab Hazira.
"Nak makan apa-apa tak?"
Langkah Hazira tiba-tiba berhenti.Pandangannya dialihkan ke arah Nadhif yg 10 cm lebih pendek daripadanya.
"Kau boleh,tak jangan kacau aku?Nak makan pergi,lah makan.Kenapa kau sibuk jaga tepi kain aku pulak,ni?"tanya Hazira kasar.Dahi suaminya itu ditonyeh kasar.Langkahnya kemudian semakin laju melangkah ke arah biliknya lalu pintu biliknya dihempas kasar.
Nadhif hanya menunduk sambil tersenyum sayu.
"Maaf..Salah sy.."bisik Nadhif sebelum dia melangkah ke arah biliknya lalu pintu biliknya ditutup perlahan.
Badannya dihempas kasar di atas katil.
"Dia balik awal hari,ni..Hehe...Walaupun dia tak layan aku kira okey,lah jugak,kan?"Nadhif tersenyum seorang diri sambil memeluk bantal peluknya dengan erat.
"Takde,lah sunyi sangat dekat sini hari,ni..Hehe!Seronoknya!"Nadhif berguling ke sana dan ke sini dengan senyuman yg tidak lekang dari bibir.
"Apa patut aku masak hari,ni ya?Erm..."Nadhif kemudian duduk bersila sambil membuat gaya berfikir.
"Ah!Tapi barang masak dah habis!"Nadhif melangkah keluar dari biliknya lalu berlalu ke dapur.Peti sejuk dibuka.Hmm..Banyak barang yg dah habis..Kalau aku mintak dia tolong beli,kan nanti mesti dia...

"Kau nak keluar?Oh,boleh..Tapi bagi aku suntik ubat yg aku baru buat,ni dekat badan kau dulu.."

Meremang bulu roma Nadhif.Mukanya menjadi pucat tiba-tiba.Seram...
Tapi macam mana nak masak kalau macam,ni?Nanti mesti dia mengamuk kalau aku tak masak..
Kalau dia mengamuk lagi seram..
Nadhif mengeluh perlahan.Dengan hati yg tidak rela,kakinya melangkah ke arah bilik Hazira.Nafas yg panjang ditarik lalu dihembus.
Pintu bilik Hazira diketuk perlahan.
Hazira yg berada di dalam mula naik angin.Apehal budak,ni?Aku tengah sibuk,ni!Dengan langkah yg berat,Hazira turun dari katilnya.Kertas yg dipegangnya diletakkan ke tepi.
"Nak apa?"tanya Hazira sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.
"Erm...Apa tadi?Erm...Ha!Barang masak dah habis..Boleh sy pergi be.."
"Tak boleh!"potong Hazira.
"Dah,tu kita nak makan apa hari,ni?"tanya Nadhif perlahan.Padahal dalam hati sudah mula naik geram.Mahu sahaja dia berkata 'suka hati sy,lah!Sy suami awak!Sy boleh keluar bila-bila masa sy nak!'.Tapi...Itu mustahil walaupun dalam mimpi..
"Order je,lah makanan kat luar!Aku sibuk ni!Jangan kacau!"jawab Hazira lalu pintu biliknya dihempas kasar.
Nadhif mengeluh perlahan.Biar,lah..Sekurang-kurangnya aku selamat..

Nadhif menyuakan burger yg berada ditangannya ke arah mulutnya.Sedapnya...
"Agaknya bila Hazira free,ya?Dia asyik sibuk,aje.."Nadhif mengalihkan pandangannya ke arah kereta Hazira yg keluar dari perkarangan rumah.
"Dia asyik keluar,je sejak kebelakangan,ni...Tapi kenapa dia tak bagi aku keluar jugak?Tak adil."Nadhif bersuara perlahan dengan wajahnya yg suram.Sewaktu hari ke-5 dia berkahwin dengan Hazira,dia ada keluar tanpa pengetahuan Hazira dan sejak dari itu,lah dia tahu rupa Hazira yg sebenar.Habis lebam lengannya akibat suntikan yg terlalu banyak.Pergi hospital?Tak,pun..Hazira sendiri yg mengupah doktor agar merawatnya..
Seteruk-teruk Hazira,pun..Dia ada kebaikan juga.
"Hmm...Harap dia dapat balik dengan selamat.."bisik Nadhif di dalam hati.

Aisyah memandang rumah yg terletak tidak jauh dari kedudukannya.Besarnya...
"Hitam...Besar,kan rumah tu?"Aisyah menudingkan jarinya ke arah rumah yg tersegam indah tadi.
"Meow~"kucing di tangan Aisyah juga ikut memandang.Perutnya sudah kenyang apabila menikmati juadah 'tikus mentah' yg dijumpainya tadi.

Kriukk~

Aisyah memandang perutnya.
"Hahh..Jom,Hitam..Teman aku pergi cari makanan.."Aisya mengangkat tubuh Hitam lalu melangkah pergi dari tempat di mana dia telah jadikan rumah.

Keesokkan harinya...

Nadhif teragak-agak mahu mengetuk pintu.Jantungnya dari tadi lagi berdegup kencang.Baju kerjanya masih belum diganti.
Pintu bilik itu diketuk perlahan.
"Apa?"tanya Hazira sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.
"Erm..Sy nak ke.."
"Tak boleh!"potong Hazira.
"Tolong,lah!Sy cuma nak pergi beli barang masak!Please..."Nadhif menunduk 90°.
Hazira menjeling ke atas.
"Tak payah!Order je,lah!"jerit Hazira lagi.
Boleh pecah semua barang kaca di dalam rumah itu disebabkan tempikan Hazira yg terlampau dahsyat.
"Tolong,lah..Sy merayu sangat...Boleh,lah.."Nadhif menayang muka simpatinya.
"Tsk!Ya,lah!Pergi,lah cepat!"
Nadhif mengangkat muka.Biar betul?Dia bagi?Ini bukan mimpi,kan?
"Awak pun nak ikut,ke?"tanya Nadhif dengan wajah yg bersinar-sinar.
"Takde masa!Aku ada banyak kerja,ni!Dah,dah!Pergi sana!"Hazira membuat gaya menghalau sebelum pintu biliknya ditutup rapat.
"Yeay!Boleh keluar!"jerit Nadhif keriangan.
"Balik sebelum pukul 7:00!"sempat lagi Hazira berpesan dari dalam.
"Okey!"Nadhif memandang jam tangannya sekilas.Sudah pukul 5:30 petang..Hmm..Ada banyak barang yg perlu dibeli.Mungkin sempat,kot?Insyaallah sempat!

Nadhif berlari dengan nafas yg tercungap-cungap.Mati,lah dia...kena marah dengan Hazira nanti!
Dia terlebih leka membeli belah sampai tidak sedar sudah pukul 7:00 petang!Tamat,lah riwayatnya kali ini.
Hujan yg turun semakin lebat menyebabkan langkahnya menjadi perlahan.Payung ditangannya masih lagi erat dipegang.Tidak semena-mena pandangannya tiba-tiba tertancap pada sekujur tubuh yg basah lencun kerana terkena air hujan.Di sebelahnya ada kotak dan ada kucing yg berteduh di dalamnya.
Entah kenapa,hatinya berdetik untuk menyapa gadis kecil itu.Langkahnya dituju ke arah perempuan itu perlahan.Nampak seperti masih kecil?Mungkin umurnya 9 atau 10 tahun.
"Erm...Adik..Kenapa duduk dekat sini?"tanya Nadhif dengan senyuman.
Aisya yg tidak perasan tentang kehadiran pemuda itu terus mengangkat muka.Dia terdiam seketika.Macam wajah arwah ayah kandungnya.
"Bukan masalah kau,kan?Yg kau sibuk kenapa?"tanya Aisya dalam nada kasar.Memang dia tidak percaya mana-mana lelaki.Semua lelaki sama sahaja.Man are trash!
"Memang,lah abang tak boleh tolong,tapi mungkin abang boleh ringankan beban adik?"tanya Nadhif lagi dengan sopan.Budak dihadapannya ini seperti trauma dengan sesuatu.
Aisya terdiam seketika.
"Aku lari dari rumah."jawab Aisyah sambil mengalihkan pandangannya.
Mata Nadhif membulat.Dia lari dari rumah?Budak yg sekecil ini?
"Kenapa?"tanya Nadhif lagi.
"Ayah tiri aku nak buat benda pelik-pelik dekat aku.."jawab Aisyah lagi dengan mata yg berkaca.Tapi matanya dilap kasar sebelum air matanya jatuh.Air mata perempuan amat mahal!Jangan menangis kerana benda yg sia-sia!
"Kalau macam,tu..Apa kata adik duduk dengan abang?"cadang Nadhif.Lagipun dia sudah lama menginginkan anak perempuan.
"Apehal kau,ni tiba-tiba ajak aku duduk dekat rumah kau?Ni mesti ada sebab,kan?Aku pandai bersilat jadi baik kau fikir masak-masak dulu!"Aisya bersuara kasar.Makhluk yg bernama lelaki tidak boleh dipercayai sangat.Bahaya..
"Hehehe..Adik,ni lawak,lah..Abang dah fikir masak-masak!Jangan risau..abang takde niat jahat pun dekat adik..Okey?Adik ikut abang,ya?"Nadhif bersuara dengan senyuman.
"Taknak."Aisya mengalihkan pandangannya.
Nadhif mengeluh perlahan.
"Kalau taknak takpe,lah..Abang dengar kawasan ni ramai budak-budak kena culik...Mungkin khabar angin je,kot?Haih..Okey,lah bye.."belum sempat Nadhif melangkah ke depan bajunya sudah dipegang.
"Fine!Aku ikut aku!Puas hati?"
Nadhif tersenyum kemudian mengangguk.Payung di tangannya diserahkan kepada Aisyah yg memegang seekor kucing.
"Wah..Kucing..Gebunya..."Nadhif dengan selambanya mengambil Hitam dari tangan Aisyah.Berkerut dahi gadis kecil itu.
Aik?Bukan biasanya Hitam tak bagi orang sentuh dia,ke?Aisyah mula berfikir.
Nadhif mengerling jam di tangannya sekilas kemudian wajahnya berubah pucat.Sudah pukul 7:15 p.m.Dia pasti akan dikurung selama 715 jam!Tidak!!
"Dah,lah..Jom!"
Aisyah hanya mengikut Nadhif dari belakang.Tubuh dia macam perempuan.Lagi-lagi kaki dia..
Pandangan Aisyah tertancap pada bahagian belakang Nadhif.Macam perempuan,lah...
Agaknya rumah dia nanti macam mana,ya?

"Kau tak boleh keluar selama 715 jam!"
Nadhif tersentak.
"Kenapa?!"tanya Nadhif dalam nada yg tinggi.Melihat pandangan Hazira yg mencerlungnya tajam,Nadhif membetulkan suaranya.
"Ke..Kenapa?"tanya Nadhif perlahan.
"Kenapa?Kau tanya kenapa?Ada 3 sebab!"marah Hazira lagi sambil bercekak pinggang.
Nadhif masih lagi kekal menunduk.
"Yg pertama!Aku suruh kau balik SEBELUM pukul 7:00!Bukannya SELEPAS pukul tujuh!"
Aisyah hanya memandang dari jauh.Aik?Kenapa Si isteri marah Si Suami pulak,ni?
"Yg kedua!Ada aku suruh kau beli barang banyak-banyak,ke?Boros mengalahkan perempuan!"jerit Hazira lagi.
Nadhif yg mendengar sudah mahu menangis.Mahu sahaja dia berkata 'Peti sejuk kita kosong,lah!Licin!Takde apa-apa pun dalam,tu kecuali ais batu!!'
"Yg ketiga!Kau bawak balik anak siapa,ni ha?Jangan cakap sebelum kau kahwin dengan aku,kau ada..."Hazira menggantungkan ayatnya.
"Ya Allah..Mana ada!Sy terjumpa dia tepi jalan..Basah kuyup..Sy kesian dekat dia..Boleh,tak kita.."Nadhif melagakan kedua-dua
jari telunjuknya.
"Tak boleh."jawab Hazira pantas.
"Alaa..Boleh,lah..Sy dah lama nak anak perempuan.."Nadhif bersuara perlahan.Ada nada yg jarang didengari oleh Hazira pada perkataan
'anak perempuan'.
Hazira memandang wajah Aisyah lama.
Aisyah dengan pantasnya mengalihkan pandangan.Hitam dipeluknya erat.
"Sy balik lambat tadi sebab beli baju untuk dia..
Sy janji sy yg akan bertanggungjawab terhadap
makan,minum dia!Please!"Nadhif siap menunduk lagi.Hazira hanya mengeluh kasar.
"Fine!Tapi makan,minum,pakaian dia..Jangan nak libatkan aku!"
Nadhif mengangguk laju dengan mata yg bersinar-sinar.
"Dah,lah..Kau jaga,lah dia..Sakit kepala aku layan karenah kau."belum sempat Hazira melangkah masuk ke biliknya,badannya tiba-tiba dipeluk dari
belakang.
"Terima kasih,Hazira.."Nadhif bersuara perlahan sebelum tangannya ditepis kasar.
Hazira melangkah masuk ke dalam biliknya,lalu pintu biliknya ditutup dan dikunci rapat.

Nadhif memandang ke arah Aisyah pula.
"Sekarang!Jom mandi!Nak mandi sama-sama,ke?"tanya Nadhif.
"Pergi mampus.Aku lagi suka mandi sorang-sorang.."jawab Aisyah dalam nada dingin.
"Ya,lah..Aisyah pergi mandi...Biar abang mandikan Hitam!"Nadhif mengambil Hitam daripada Aisyah lalu memeluknya erat.
"Tuala ada dekat dalam almari,tau?"sempat lagi Nadhif bersuara sebelum dia melangkah ke arah bilik airnya.
Aisya melangkah masuk ke dalam biliknya.Ada 3 ayat yg dia mahu sebut.Bilik itu besar.
Aisyah membuka pintu tandas.Ada 6 ayat yg dia mahu sebut.Tandas itu besar,wangi dan cantik.
"Dia anak raja,ke apa?Tak sangka pulak rumah besar yg aku tengok tadi rumah dia.."bisik Aisyah perlahan lalu melangkah masuk ke bilik air yg luasnya 2× ganda lebih besar daripada bilik air di
rumahnya.

"Wah...Comelnya Aisyah.."Nadhif tersenyum manis melihat Aisyah yg memakai baju yg baru dibelinya tadi di shopping mall.Tak sangka pula
nampak bagus dengan Aisyah.
Aisyah yg sedar dirinya dipuji telah memandang ke arah lain.Menyorok mukanya yg sudah terasa panas.
"S..Sy..nak tanya..sesuatu..boleh,tak?"tanya Aisyah perlahan.
"Apa dia?"tanya Nadhif.Wah..Tiba-tiba saja Aisyah mahu berborak dengannya?Ini satu
keajaiban...
"Erm....Abang..tak ada anak,ke?"tanya Aisyah perlahan.
"Takde!Kenapa?"tanya Nadhif pula.
"Takde,lah..Takut ada yg cemburu nanti.."jawab Aisyah.Memandangkan itu apa yg dia lalui sewaktu ibunya berkahwin dengan ayah tirinya.Dia tidak mahu melaluinya sekali lagi.
"Tak apa..Jangan risau..Rumah,ni memang takkan dengar bunyi budak-budak bermain,pun.."
jawab Nadhif lagi sebelum dia bangun lalu menuju ke arah biliknya.
Aisyah memandang Hitam lama.Kini,dia keseorangan bersama Hitam saja di ruang tamu yg bagaikan dewan peperiksaan itu.
"Apa maksud dia..Takkan dengar bunyi budak-budak bermain,pun?"fikir Aisyah lagi.
Lama-kelamaan dia memikirnya,makin sakit kepalanya.
"Jom,lah tidur Hitam.."Aisyah mendakap tubuh Hitam itu dengan erat lalu dibawanya masuk ke dalam bilik.
Tubuhnya dibaringkan di atas katil selepas suis lampu biliknya ditutup.
"Hitam...Kalau ini mimpi..Aku taknak bangun.."Aisyah memeluk salah satu bantal di tepinya lalu pandangannya menjadi gelap serta-merta.

Keesokkan harinya...

Aisyah terbangun dari tidurnya yg terlebih lena.Sudah lama dia tidak tertidur nyenyak begitu.Biasanya di tepi jalan,kalau dia hendak tidur mesti ada Sang Nyamuk yg mengacau.
"Aisyah..Aisyah dah bangun?"tersentak Aisyah dengan kehadiran Nadhif yg tidak disangka-sangka itu.
"Aisyah nak makan,tak?"tanya Nadhif lagi.Sopan saja Nadhif menutur kata-katanya.Mengalahkan
perempuan!
"Erm..Nak,lah jugak..Hitam mana?"tanya Aisyah apabila sedar kucing kesayangannya tiada di sisinya.
"Ooh..Dia tengah makan kat bawah.."
Aisyah mengecilkan matanya.Wajah Nadhif dipandang dengan wajah yg curiga.
"Betul,lah..Takkan,lah abang nak goreng dia?Muka abang ni nampak macam orang jahat,ke?"
tanya Nadhif sambil berkongket kening.
"Tak pernah dengar ke ayat don't judge a book by its cover?"tanya Aisyah pula.
"Pernah...Aisyah pergi,lah mandi dulu..lepas,tu sarapan,ya?"Nadhif bersuara ceria sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.
"Macam perempuan."bisik Aisyah sebelum melangkah ke bilik air.


"Banyaknya kau makan,Hitam..."Aisyah mengusap kepala Hitam perlahan.Hitam sekarang semakin gebu.Mungkin kerana Nadhif sentiasa memberinya makanan yg mahal dan berkhasiat.
"Rumah ni lebih besar dari rumah kita,kan Hitam?"Aisyah bersuara lagi sambil memandang di sekeliling rumah itu.Suhu rumah itu bagaikan suhu di luar negara.Air conditioner berada di setiap ruang dan sentiasa dibuka.Boleh selesema Aisyah jawabnya!
"Macam mana,lah diorang boleh tahan duduk sejuk-sejuk macam,ni.."bisik Aisyah perlahan.
Nadhif yg sudah keluar dari bilik miliknya dipandangnya lama.
"Abang nak pergi mana?"tanya Aisyah tanpa sebarang riak wajah.
"Kerja!"jawab Nadhif sambil tersenyum.
"Dah,tu Aisyah dengan Hitam?Takkan nak duduk sorang-sorang dengan ahli sihir,tu.."tanya Aisyah lagi.
Hazira yg mendengarnya sudah rasa ingin menyepak kepala budak kecik itu.My patience
has a limit okay?!
"Erm...Aisyah nak ikut abang,ke?"tanya Nadhif sambil menjeling ke arah Hazira yg sedang membaca buku di penjuru ruang tamu.Dia tak
dengar,kot?Alhamdulillah...
"Abang kerja apa?Kalau dalam pejabat..Taknak."
jawab Aisyah jujur.Dia tidak suka suasana di pejabat.Tak seronok!Kerja berlambak-lambak.
Mesyuarat.Kertas.Urgh...
"Abang kerja dekat Bakeri."jawab Nadhif perlahan.
Aissh..Malunya..Ni kalau dia tahu isteri aku CEO tapi aku cuma kerja dekat bakeri,malu setahun aku!
"Nak ikut!"jawab Aisyah pantas.Hanya ada satu
yg terlintas di kepalanya.
Bakeri=Cake=Sedap=Makan.
Cake...Lama tak makan...bisik Aisyah di dalam hati.Kali terakhir dia memakan kek adalah sewaktu umurnya 7 tahun.
"Okey!Hitam pun nak bawak jugak,ke?"tanya Nadhif apabila ternampak Aisyah sudah mengangkat Hitam yg semakin berisi itu.
"Mesti,lah!Takkan nak tinggal dia dengan ahli sihir,tu?Dia kecik lagi!"jawab Aisyah dengan riak wajah yg selamba.
Hazira sudah mula naik bengang.Berambus dari rumah aku sekarang!!Dua-dua sekali!!!
Tapi kata-kata itu hanya dikatakan di dalam hati.


"Okey!Dah sampai!"Nadhif membuka pintu keretanya.Kelibat Aisyah dicarinya dari luar.
Pandangannya kemudian tertancap pada Aisyah yg sudah berjalan jauh daripadanya.
Aisyah memakai headphonenya lalu pintu bakeri itu dibuka.
"Eh?Ada pelanggan,ke?"tanya Najwa yg sedang membuat kek.
"Ya,kot?Naufal!Tolong tengok,jap!"jerit Fatin pula.
"Kenapa aku?"tanya Naufal lalu berhenti membuat kek.Pintu yg tertulis 'Staff Only' itu ditolak dari dalam.Dengan serta-merta pandangannya tertancap pada wajah Aisyah.
Naufal dengan pantasnya berlari masuk ke dalam.
"Siapa?"tanya Rafael pula yg kebetulan baru siap membuat kek.
"Perempuan!"
Rafael berjongket kening.
"Budak!Aku tak boleh!Aku lemah dalam bab bermanis muka dengan budak!"Naufal menggelengkan kepalanya laju.
Rafael menepuk dahi.Abangnya ini..Harap muka,je handsome..Tapi dalam bab layan budak?
Hampeh..
"Ooh.Kek apa,ni?"
Fatin menoleh ke arah kiri kemudian ke arah kanan.Suara siapa tadi?
"Oi.Aku tanya kek apa,ni?"tanya Aisyah lagi.
Fatin memandang ke hadapan.
Aisyah yg sudah duduk di atas meja itu dipandangnya lama.
"Eh?!Macam mana budak,ni boleh masuk?!!"tanya Fatin dalam nada terkejut.Apa yg mengejutkannya bukan Aisyah tetapi haiwan yg dipegang oleh Aisyah.Makhluk berbulu yg amat menggerunkan.
"Ah!Budak,tu lah yg aku nampak tadi."Naufal bersuara lalu menyorok di belakang Rafael.
Aisyah memandang kek di hadapannya yg sudah separuh siap.Cuma perlu letak krim dan hiasan saja lagi.
Pandangannya kemudian tertancap pada pemicit krim.Sudah lama dia tidak memicit benda itu.Kalau picit keluar krim,kan?
"Erm..Adik..Nak buat,ke?"tanya Najwa.
"Ya.Aku nak buat."jawab Aisya lalu turun dari meja itu.Peti ais dibuka lalu barang untuk membuat krim kek diambil.
Serentak dengan itu,pintu itu dibuka.
"Aisyah..Lajunya Aisyah berjalan tadi?Penat abang kejar tau,tak?"Nadhif sudah tercungap-cungap mencari nafas.
"Siapa suruh parking jauh sangat?"tanya Aisyah lalu bahan-bahan di tangannya diletakkan di atas meja.
"Eh?Budak,ni..anak,kau ke?"tanya Rafael.
Nadhif mengangguk.
"Eh?!Bukan ke kau man.."baru sahaja Naufal ingin bersuara,kakinya sudah dipijak.
"Anak angkat,ke?"tanya Rafael lagi.
"Haah!"jawab Nadhif dalam nada yg ceria.
"Oh,ya..Tadi bos ada telefon."Fatin tiba-tiba bersuara.
"Dia cakap apa?"tanya Rafael dengan wajah yg sudah 'tidak sedap hati'.
"Dia cakap ada orang tempah tiga buah kek,esok nak."jawab Fatin.
"Apa?!Gila,ke?!!Bos..Kenapa?!Kalau buat kek,tu dalam 1 hari macam mana nak buat kek lain?"
tanya Rafael dan Naufal serentak.
"Dia kata..'Korang,kan cekap dalam buat kerja?Nanti sy tambah gaji.'"jawab Fatin lagi.
"Hahh..Kena kerja sampai malam,ni?"Najwa bersuara lemah.Fatin dan yg lain hanya mengangguk.
"Oh,ya.Lupa.Kek,tu dia nak 2 tingkat."
Terlopong Naufal dan Rafael mendengarnya.
"Beritahu bos,dia kena naik,kan gaji kita 2× ganda
sebab menyeksa kita."Nadhif memberi cadangan
sambil membuat thumbs-up.
"Setuju!Majoriti pekerja!"Najwa bersuara dalam nada bersemangat.
"Siap."
Nadhif yg lain-lain berpaling serentak.
"Wah...Cantiknya corak dia..Macam dekat galaksi,lah..Macam mana adik buat?"tanya Najwa
yg sudah terpukau dengan kecantikan corak
yg dibuat oleh Aisyah di atas kek tadi.
"Guna otak."jawab Aisyah pendek.Memang kena
guna otak pun,kan kalau nak buat benda macam,ni?Jadi betul,lah kan jawapan dia?
"Budak,ni pandai buat corak kek,lah.."Fatin bersuara dalam nada terkejut sambil memandang
wajah Aisyah yg sedang memakan kek.
"Eh?Mana dia dapat kek,tu?"tanya Rafael.
"Aku buat."jawab Aisyah selamba.
"Dia reti buat kek?!!"tanya Fatin dan Najwa serentak.
"Tak sangka pulak Aisyah reti buat kek?Siapa ajar?"tanya Nadhif.
"Papa."jawah Aisyah pendek.
"Ehhhh........"Rafael berfikir sejenak.
"Kalau macam,tu..boleh adik tolong kitorang buat kek,tak?"tanya Najwa dengan wajah meraih simpati.
"Bayar.1 kek,10 ringgit."Aisyah menadah tangan kanannya.
"Eh?...Alaa,adik..Free,lah.."Najwa bersuara lagi.
Aisyah menggeleng.
"Ya,lah.Kami bayar.Beritahu bos dia kena bayar 3× ganda sebab habis,kan duit kita."Najwa menyerahkan 20 ringgit ke arah Aisyah.
"Kau nak suruh aku buat dua,ke?"tanya Aisyah sambil memandang duit di tangan Najwa.
Najwa mengangguk.
"Bagi upah.5 ringgit."Aisyah menadah tangannya lagi
"Eh?!!Kenapa?!!"tanya Najwa.
"GST."jawab Aisyah.
"Dia main GST pulak,dah...Perdana Menteri,kan dah tukar..Kenapa ada GST lagi,ni?!"jerit Najwa lalu menambah
lagi lima ringgit di duitnya itu.
"Okey.Corak apa?Perisa apa?"tanya Aisyah.
"Dua Vanilla.Satu Chocolate!"jawab Fatin ceria.
Aisyah menulis nama-nama perisa tadi di atas kertas.Tangannya tiba-tiba berhenti.

'Mama suka sangat kek perisa Vanilla dengan Chocolate!Papa selalu buat dulu..'

Aisyah termenung buat seketika.Kemudian tangannya bergerak kembali.
Kenapa dia tiba-tiba teringat ayat,tu pulak?
Sakit hati,lah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience