Bab 3

Romance Completed 3349

Cinta akan sentiasa mepercayai kita,
Jika kita mempercayainya.

Nadhif masih lagi kekal menunduk.Wajah Hazira
yg seperti marah tahap 4 itu tidak berani
dipandangnya.
"Aku suruh balik sebelum pukul berapa tadi?"tanya Hazira
sambil berpeluk tubuh.
"Sebelum pukul tujuh.."jawab Nadhif perlahan.
"Sekarang pukul berapa?"
Nadhif diam membisu.Jam yg tergantung di dinding di pandangnya sekilas.
"Aku tanya,ni..Sekarang pukul berapa?"Hazira
bersuara lagi.
"Se...Sepuluh.."
Hazira menonyeh dahi Nadhif perlahan.
"Aku cakap suruh balik sebelum pukul tujuh,tapi
kau balik SELEPAS pukul tujuh?Lewat malam pulak,tu..Pulak,tu bukan tu,je..Budak lelaki,ni
siapa pulak?"tanya Hazira lalu memandang Hairin tajam.
Hairin yg sudah ketakutan menyorok di belakang Aisyah.
"Dia...Adik Aisyah..Sy jumpa dia tadi.."jawab Nadhif jujur.
"Jadi...Jangan cakap kau nak.."
Nadhif menyatukan kedua-dua jari telunjuknya.
"Boleh,lah Hazira!Bagi,lah sy jaga dia!!"jerit Nadhif lalu badan Hazira dipeluk erat.
Hazira seperti absent-minded buat beberapa saat.Badan Nadhif ditolak kasar agar menjauhinya.
"Fine!Tapi sy taknak ambil kisah!"
Hazira mengalihkan mukanya yg sudah mula terasa panas.
"Okey!Terima kasih,Hazira!"sekali lagi Nadhif memeluk tubuh Hazira yg lebih tinggi
daripadanya dengan erat.
Aisyah yg melihat sudah tersenyum mengusik.
Hazira yg perasan pandangan Aisyah itu terus
menjauhkan dirinya daripada Nadhif lalu melangkah ke arah biliknya.Pandangan
Aisyah seperti mengatakan 'Uuu....Tak suka,ya?'.
Oh!Sungguh menyakitkan hati!!
"Jadi..Hairin nak tidur sorang-sorang atau nak
tidur dengan Aisyah?"tanya Nadhif sambil
tersenyum lebar memandang Hairin.
"Sorang-sorang."jawab Hairin selamba.
"Okey,lah kalau macam,tu!Aisyah,tolong pilih bilik untuk dia!"
Aisyah membuat thumbs-up lalu tangan adiknya
ditarik menaiki tangga.

"Hairin sure nak bilik,ni?"tanya Aisyah lalu
memandang bilik yg dipilih oleh adiknya.
"Sure.Apa salahnya?Bilik kita depan-depan,je.."
jawab Hairin selamba.Bilik itu adalah bilik yg
paling kecil di dalam rumah itu.Tapi
sebenarnya boleh tahan besar juga..
"Okey,lah.."
Baru saja Aisyah ingin melangkah masuk ke
dalam biliknya,tangannya ditarik.
"Isteri abang Nadhif,tu....Tsundere,lah.."bisik
Hairin perlahan.
"Kan?Akak pun rasa macam,tu!"bisik Aisyah pula.
"Apa dia yg rasa macam,tu?"tanya Hazira yg tiba-tiba muncul di antara mereka.
"Takde apa-apa,lah...Aku cuma rasa rumah,ni
besar macam istana,je.."jawab Aisyah lalu badan Hairin ditolak masuk ke dalam biliknya sebelum
pintu bilik Hairin ditutup rapat lalu langkahnya
dituju ke arah biliknya.
"T..sun..dere?"dahi Hazira berkerut seribu.Apa
makdud t..sun..dere..tu?

"Pfft!Ahahaha!Takkan,lah itu,pun tak
tahu?"Haura menepuk-nepuk belakang Hazira
sambil ketawa berdekah-dekah.
"Aku memang tak tahu..Serius.."Hazira bersuara
dalam nada malas.
"Aku pun tak tahu sebenarnya.."jawab Haura
selamba.
"Kalau kau tak tahu kenapa kau gelakkan aku?!"
jerit Hazira.
Huwainaa menepuk dahi.Dua-dua...Sama-sama
gila..
"Tsundere,tu maksudnya dekat luar kasar,tapi dekat dalam baik!"Hairiqa yg sedang menggoyangkan kakinya di udara itu tiba-tiba mencelah.
"Ooo........So..Diorang nak kata aku,ni...Ish!Mana
ada!!"Hazira tiba-tiba menjerit dengan muka yg merah.
"Memang betul,pun kau tsundere.."Hairiqa bersuara lagi sambil bergayut di tiang balkoni
menggunakan kakinya.Sudah seperti kelawar
gayanya.
"Mana ada!!!"jerit Hazira lagi.
"Muka kau merah."Huwainaa tersengih.
"Panas."
"Sekarang mendung.Angin bertiup sepoi-sepoi.
Hazira sedang berfikir tentang masa hadapannya
dengan Nadhif.Adakah mereka akan bahagia?
Entah kenapa..Tiba-tiba muncul satu perasaan
yg aku pun tak tahu nak ungkapkan.Adakah ini
Cinta?Aku terjatuh cinta dekat suami aku sendiri?"
Hairiqa ketawa terbahak-bahak mendengar
'ayat' novel yg baru sahaja dibuat oleh Haura.
"Haura.Kau ulang ayat tu sekali lagi akan ada
satu penumbuk yg akan melayang dekat muka kau.."
Serentak dengan itu semua terdiam.
"Aku gurau,je..Relaks..."Haura menepuk-nepuk bahu Hazira bersama senyuman mengejek di bibir.
"Kau,tu!Bila nak kahwin?"
Senyuman Haura terus mati.
"Aku taknak kahwin...Biar,lah aku single sampai
mati..Lagi bagus..Semua lelaki sama,je.."Haura bersuara dalam nada dingin.
Angin yg bertiup sepoi-sepoi menerbangkan
tudungnya di bahagian belakang.
"Chewah...Macam dalam drama..."Hasyira menepuk tangan sambil tersenyum.
"Kau,pun...Bila nak kahwin?"tanya Hazira.
Hampir terjatuh Hasyira dari balkoni itu.
"Jangan,lah cari pasal.."Hasyira bersuara perlahan.
Hazira hanya tersenyum senget.
T..sun..dere..ya?

"Wah....Pandainya Hairin.."Nadhif menepuk
tangan sambil memandang hasil masakan Hairin yg boleh membuka selera sesiapa sahaja yg memandangnya.
"Biasa,lah.."Hairin berpeluk tubuh sambil
tersenyum bangga.Sudah lama dia tidak dipuji begitu.
"Eleh...Pandai masak je,pun..Buat kek tak pandai.."Aisyah bersuara dalam nada cemburu.
"Hairin tahu,lah akak cemburu sebab akak tak
pandai masak..Siapa suruh malas belajar dengan
mama dulu?"tanya Hairin dengan pandangan sinis.
"Hairin,ni!Nak gaduh,ke?!"
"Ha!Boleh,je!!"
Nadhif sudah tersenyum kekok.
"Sudah,lah tu..Jangan,lah gaduh..Nanti kakak Hazira marah.."
Aisyah dan Hairin berdecit kemudian menarik muka.
"Akak Hazira tengah buat apa?"tanya Hairin
tiba-tiba.
"Jumpa kawan,kot?Tak keluar lagi,ni.."Nadhif memandang jam tangannya sekilas.
"Jumpa kawan?Tak keluar lagi?Eh?"Hairin sudah
pelik.Aisyah yg mendengar pun sudah berkerut dahi.
"Tak faham,eh?Maksud abang...Hazira,tu ada
kawan yg...pelik sikit.."
Lagi pelik Hairin dan Aisyah dibuatnya.
"Diorang..Erm..Abang,pun tak tahu nak cakap macam mana.."Nadhif hanya melepaskan keluhan
panjang.Dia pun terkejut sewaktu terpandang
kelibat seseorang di hadapan pintu balkoni
di dalam biliknya.Rupa-rupanya..

"Eh?Salah bilik,ke?Erm..Mana satu bilik Hazira?
Rumah dia ni besar sangat,lah!Dah enam bilik sy masuk!"Haura menyengetkan kepalanya sambil
berpeluk tubuh.
"Bi..Bilik dia..Sebelah,ni je.."jawab Nadhif perlahan.
"Ooh..Thank you."
Sempat lagi Haura melambai ke arah Nadhif sebelum pergi ke balkoni seberang.
Nadhif menyengetkan kepalanya di sebalik dinding untuk melihat balkoni sebelah.
"Lambat gila,kau!"Hazira bersuara dalam nada dingin.
"Sesat."jawab Haura pendek.
"Mana Hairiqa?"
"Ini?"Hairiqa menuding jari telunjuknya ke arah
dirinya sendiri.
"Aku yg paling lambat,lah ni?"tanya Haura.
"Dah,tu?"Hairina berjongket kening.
"Aku nasihatkan kau,kecilkan sikit rumah kau,ni..
Dah macam istana dah aku tengok.."Huwainaa yg sedang menggoyangkan kakinya di udara
tiba-tiba bersuara.
"Tu,lah..Macam rumah kau sorang je ada kat sini.."giliran Hasyira pula bersuara.
"Memang rumah dia sorang pun,kan?"Ariqa memandang sekeliling.Yup!Memang rumah dia seorang yg berada di situ.Di atas bukit..yg sunyi..
Tak berpenghuni..Eh?Ada penghuninya..
Cuma..Nampak macam takde,je..
"Kenapa buat rumah kat sini?"tanya Ariqa lagi.
"Sunyi.Pemandangan dia cantik."jawab Hazira laju.
"Tu,je?"tanya Hairiqa pula.
"Okey,lah..Fine..Sebab tak bising dengan bunyi motor dan kereta yg lalu-lalang..Tempat,ni
budak-budak tak selalu masuk dan..."
Semua orang di situ berjongket kening.
"Dan?"tanya mereka semua serentak.
Wajah Hazira bertukar merah.
"Mungkin,ke..Sebab kau taknak bagi Nadhif keluar dari rumah,ni jadi kau sengaja buat rumah
dekat kawasan yg macam,ni kan?Dan mesti
sebab,kalau dekat sini senang je nak takutkan
suami kau sebab suami kau tu penakut!Jadi..
Kau memang nak kurung dia sejak mula,lah?"
teka Haura.
Melihat wajah Hazira yg sudah semakin merah,
semuanya mengukirkan senyuman mengusik
serentak.
"Ooo...Jadi..Kiranya dia buat macam,tu sebab taknak bagi Nadhif keluar,lah?"tanya Huwainaa.
Haura mengangguk.
"Sebab?"tanya Hairiqa pula.
"Sebab suami dia handsome!Aku tengok tadi
muka dia putih bersih bagaikan bidadari...Aku
nak berkenalan dengan dia!Kenalkan,lah dia kat
aku!"mata Haura mula bersinar-sinar.
"Taknak."jawab Hazira pendek.
"Eleh..Cakap je,lah sayang nak bagi dekat aku..
Takut dia 'ter'suka dekat aku pulak,kan?Hehehe..."
Haura mengubah cara duduknya.
"Tapi...Dia mandul,kan?"tanya Hairiqa.
Hazira dan Haura mengeluh perlahan.
"Mulut kau,tu..Cuba jaga sikit?Letak password
dekat situ biar tutup rapat-rapat.."Huwainaa
menggelengkan kepalanya.
"Sorry,lah..Jadi betul,lah kan?"tanya Hairiqa lagi.
"Ya..Betul..Kenapa tanya?"Hazira berpeluk tubuh
sambil berjongket kening.
"Hmm...Kau..tak layan dia teruk-teruk cuma
sebab dia mandul,kan?"dahi Hairiqa berkerut.
Ariqa yg sedang meminum air mineral tiba-tiba
tersembur.
"Serius,la?Kau layan dia teruk?Sebab mandul?
Kau layan dia teruk macam mana?"tanya Ariqa
dengan bertubi-tubi soalan.
"Aku...Guna dia buat jadi..Bahan
eksperimen...aku."jawab Hazira perlahan.
"Kau gila,ke?!!"hampir semua orang di situ menjerit kecuali Hairina.Biasa,lah orang pendiam..
"Bu..Bukan selalu..Setahun..3 kali,je.."
"3 kali?!"Haura membesarkan suaranya.
"Aku tak suntik dia dengan bahan yg bahaya,pun..
Biasa-biasa,je.."jawab Hazira lagi.
Haura mengecilkan matanya.
"You're a terrible wife.."Hairina tiba-tiba bersuara sambil tersenyum manis.
Yg lain juga ikut tersenyum manis.
"Senyuman korang macam menyindir aku,je?"
"Takde,lah..Mana ada.."jawab semua di situ serentak.Tapi sebenarnya memang betul,pun..
"Suami kau mandul sebab?"tanya Hairiqa.
"Amboi..Sibuk je nak tahu?"tanya Hazira pula.
"Biar,lah..Cepat,lah..Aku nak tahu,ni.."mata Hairiqa mula bersinar-sinar.
"Erm...Sebab..entah,lah..Tak ingat..Sebab..Tak cukup 'itu' kot?Tak,pun sebab dia terlalu stres..Salah aku,kot?"Hazira menjelingkan matanya ke atas.
"Aku dah agak dah!!Sebab muka dia putih bersih!
Kalau tak seimbang,mesti muka dia tak
sebersih itu!Hehehe..Pandainya aku meneka!"
Haura bersuara bangga.
"Tapi..Kau tak bencikan dia,kan?"tanya Hasyiqa.
Dari tadi diam,je..Rasa macam tak seronok,lah pulak..
"Tak...Aku tak bencikan dia,pun..Cuma..Aku
rasa dia tak layak untuk aku.."
Haura dan Huwainaa saling berpandangan sambil berjongket kening.
"Sebab?"tanya Hasyiqa lagi.
"Dia..Terlampau baik.."Hazira bersuara dalam nada malas sambil mukanya diraup perlahan.

Nadhif termenung buat seketika.Sejak dia
terdengar perbualan itu,lah dia rasa seperti..Hazira sebenarnya orang yg baik..Cuma
pelik sedikit..
"Abang Nadhif fikir apa,tu?"Hairin
melambai-lambaikan tangan kanannya di
hadapan muka Nadhif yg kelihatan seperti sedang termenung itu.
"Ha?Takde apa-apa.."Nadhif mengukirkan sebuah senyuman manis.
Hairin dengan Aisyah saling berpandangan.
"Jom,lah makan!"Hairin bersuara dalam nada
ceria.Suasana macam ingin menjadi kekok pula..

"Abang Nadhif dengan akak Hazira memang
macam tu,ke?"tanya Hairin.
Nadhif yg sedang menghirup air anggur tersedak.
"Maksud Hairin?"tanya Nadhif sambil berjongket
kening.
"Maksud Hairin..Hubungan korang memang macam anjing dengan kucing,ke?"tanya Hairin lagi.
"Takde,lah!Hubungan kami elok,je!Macam
merpati sejoli tau?"
Aisyah dan Hairin mengecilkan mata
masing-masing.
"Tak baik tipu budak-budak.."
"Betul,lah..Erm..Berapa umur korang?"tanya Nadhif sambil cuba menukar topik.
"10 tahun.."jawab Aisyah dan Hairin serentak.
"Korang..nak sekolah tak?"tanya Nadhif lagi
"Sekolah?"Aisyah dan Hairin saling berpandangan.Sekolah?What is sekolah?
Sekolah is school.School adalah tempat untuk
belajar.Belajar untuk pandai.Pandai untuk
masa hadapan.Masa hadapan untuk...
"Sekolah?!!"mata Hairin dan Aisyah bersinar-sinar hingga mengalahkan bintang yg berada di
langit.Akibat ibu dan ayahnya yg kekurangan
duit,jadi mereka hanya bersekolah dari tadika
hingga darjah 3 sahaja.
"Ya..Nak,tak?"tanya Nadhif lagi.
Hairin dan Aisyah mengangguk bagaikan hendak
gila.
"Okey!Petang,ni kita pergi cari barang
sekolah,ya?"Nadhif menghadiahkan senyuman
manis terhadap Hairin dan Aisyah.
"Terima kasih abang Nadhif!!"jerit Aisyah dan Hairin keriangan lalu badan Nadhif dipeluk
erat.
"Sama-sama."Nadhif menggosok kepala Hairin
dan Aisyah perlahan.Gembira betul.
Teringat pula kenangan sewaktu dia mula-mula
bersekolah dulu..Nostalgia betul bila
difikirkan semula..
"Cukup,ke duit nak beli barang sekolah diorang?
Yuran sekolah lagi.."
Nadhif kembali ke realiti apabila suara dingin
Hazira kedengaran.
"Insyaallah,cukup.."jawab Nadhif sambil
tersenyum.Walaupun sebenarnya..Dia pun tidak
pasti sama ada cukup atau tidak.Barang sekolah
Aisyah dan Hairin mesti mencecah ratusan
ringgit.Belum lagi termasuk yuran sekolah!
Rasanya dia akan jadi bapa kedana selama 2 bulan berturut-turut!!
"Kalau tak cukup cakap...Nanti sy tambah.."
Hazira bersuara sambil membuka peti ais sejuk.
Wajah Nadhif dipandang sekilas.Sudah di agak
yg Nadhif akan terkejut.
"Be..Betul,ke?"tanya Nadhif dengan wajah yg
merah.Jika dia gembira,pasti mukanya akan
berubah merah.Sudah seperti memakai blusher
di tempat yg sama sebanyak 10 kali!
"Sy cakap sekali,je."Hazira bersuara lagi.
Gelas yg berada di atas meja diambil lalu dibasuh
sebelum air strawberry soda dituangkan ke dalam gelas yg berwarna putih itu.Sudah lama
dia tidak meminum air yg berkarbonat.Biasa,lah..
Banyak kerja yg sentiasa menunggunya di pejabat dan juga di rumah!Nak berseronok pun
jadi susah!
Botol yg berisi air strawberry soda itu diletak semula di dalam peti.Ais batu diambil lalu diletak
ke dalam gelas.Perfect!Sekarang boleh,lah
aku minum dengan tenang sambil menghirup
udara segar di balkoni.
Baru sahaja gelasnya mahu diambil,terasa
seperti ada orang memeluknya erat dari belakang.
"Terima kasih,Hazira..Sy tak sangka awak nak
tolong..Awak ada nak apa-apa sebagai bayaran,ke?"tanya Nadhif lalu pelukannya dieratkan lagi.
Seperti biasa,Hazira akan menepis tangannya dengan kasar sekali.
Hazira yg sedang dalam mood baik terus berubah mood 360°.Over pulak dia,ni..
"Bayaran?Haha..Aku rasa kalau aku mintak
bayaran,sampai bila-bila pun kau tak boleh
nak langsaikan.."Hazira bersuara lalu pandangan
yg seperti mengejek dihadiahkan kepada Nadhif.
"Erm..Mungkin kalau benda lain sy boleh?"tanya
Nadhif lagi.Bukan selalu Hazira ingin menolongnya.Jadi kebaikan harus dibayar dengan kebaikan!
Hazira yg mendengar terdiam seketika.
Nadhif yg berdiri di hadapannya dipandang atas bawah.Pandangannya dengan tidak sengaja
terhenti pada bibir milik Nadhif.Lama juga
pandangannya terhenti di situ.
Nadhif berjongket kening.Kenapa dia tengok aku
macam,tu?
Hairin tiba-tiba berdehem.Buta,lah dia kalau dia
tidak nampak apa yg sedang dipandang oleh
Hazira.Nakal juga rupanya pandangan Hazira,ni..
Biasa,lah orang handsome..Siapa taknak?
Handsome,ke?Handsome ke comel?Argh..Sama,lah tu dua-dua..
Hazira yg terdengar suara Hairin berdehem dengan pantasnya mengalihkan pandangan
matanya.Ya Allah..Apa yg dipandangnya tadi?
Ini namanya zina mata!
"Erk..Tak payah,lah sibuk nak bayar balik!
Sudah,lah..Tepi!Sy nak masuk bilik!"Hazira menolak badan Nadhif ke tepi dengan kasar sambil tangannya masih erat memegang gelas yg berisi air strawberry soda di dalamnya.
Nadhif hanya tersenyum hambar.
Dingin Hazira memang takkan hilang sampai
bila-bila..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience