Bab 6

Romance Completed 3349

Jika cinta itu penyapu ahli sihir,
Mesti ia boleh pergi dan kembali bila-bila masa sahaja..

Nadhif bangun dari tidurnya lalu menggeliat perlahan.Selesai menunaikan solat subuh dia turun ke dapur.Hazira biasanya akan tidur selepas Subuh.Hari,ni dia cuti..Jadi mungkin dia pergi rumah Zarif..
Zarif Aiman...Orang yg Hazira paling cintai..
Bila memikirkan tentangnya membuatkan dia berasa cemburu.Sejak dia tahu Zarif adalah orang yg Hazira cintai dia berasa bersalah.Bersalah kerana berkahwin dengan Hazira.Handphone yg diletak ditepinya tadi diambil.Nombor telefon Zarif ditekan.

Zarif yg baru siap membaca doa memandang telefonnya yg berbunyi.Nama yg tertera di skrin telefonnya membuatkan dia tersentak.Hampir terlepas telefon itu dari tangannya.Panggilan tersebut di jawab dengan pantas.

'Assalamualaikum..Hello.'-Nadhif

'Waalaikumussalam..Nadhif...Rindunya aku dekat kau!Kenapa kau langsung tak call aku atau meseg aku?Kau rasa bersalah dekat aku,ke?Jangan,lah risau!Aku dah move on,lah!Cakap lah dengan aku balik!Aku rindu suara kau!'-Zarif

Nadhif memandang skrin handphonenya sekilas.
Senyuman gembira terukir di bibirnya.

'Maaf..Aku..Tengah melapangkan minda..'-Nadhif

'Lapangkan minda selama bertahun-tahun?Hampeh!Aku taknak dengar alasan kau!
Kau kena datang sini petang,ni!'-Zarif

'Mana boleh!'-Nadhif

'Apesal pulak?'-Zarif

'Hazira tak bagi!'-Nadhif

'Keluar je,lah senyap-senyap!'-Zarif

'Tak boleh!Nanti dia marah!'-Nadhif

'Sekarang,ni dia yg suami ke,kau yg suami?'-Zarif

'Aku..Tapi aku ni macam seorang isteri dan dia pulak macam seorang suami..Gaji dia lagi banyak daripada aku,dia lagi matang daripada aku dan dia..Lagi garang daripada aku..'-Nadhif

'Hah...Mintak,lah kebenaran dia dulu..'-Zarif

'Okey..Aku cuba..'-Nadhif

'Nadhif..'-Zarif

'Ya?'-Nadhif

'Terima kasih..Sebab telefon aku semula..'-Zarif

'Sama-sama..'-Nadhif

Nadhif tersenyum lebar lalu panggilan itu dimatikan.
"How annoying."
Suara yg datang dari belakangnya membuatkan dia hampir serentak.
"Ha..Hazira..Maaf..Sy tak buat sarapan lagi.."Nadhif menunduk 90°.
"Petang,ni..Awak tak boleh keluar."Hazira bersuara dalam nada dingin.
"E..Eh?Kenapa?"tanya Nadhif.
Hazira memandang wajah Nadhif lama.
"Sy kata tak boleh,tak boleh,lah..Nak kena ajar dulu,ke baru nak dengar cakap?"nada suara Hazira mula berubah secara tiba-tiba.
Pandangan Hazira yg memandang tepat ke arahnya membuatkan bulu romanya naik.
Melihat Nadhif yg menggeleng,Hazira tersenyum senget.
"Good.Ingat,kan taknak dengar cakap tadi.."Hazira melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk yg terletak di ruang tamu.
"Masak cepat.20 minit."
Selamba saja Hazira memberi arahan.Nadhif yg berada di dapur sudah menggeleng kepala.
Hazira mengambil remote di tepinya lalu siaran televisyen ditukar satu persatu.
"Erm..Hazira..Awak nak makan apa?"tanya Nadhif dari dapur.
"Apa-apa je.."jawab Hazira.Dahinya tiba-tiba berkerut.Sejak bila pula dia dengan Nadhif suka berbual,ni?Handphonenya dibuka.Gambar
Nadhif yg sedang tersenyum diberi oleh Aisyah semalam dipandangnya lama.Dengan pantasnya dia menekan 'Delete' pada gambar itu.
Sudah!Gambar tu dah hilang!Semalam dia memandang gambar itu selama 3 jam!
Entah apa,lah yg Aisyah sihir dekat gambar,tu..
Fuh..Seram..
"Hazira..Dah siap.."
Hazira mengalihkan pandangannya ke arah meja makan.Cepatnya..
Langkahnya kemudian di atur ke dapur.
Kepalanya yg berasa pening dipicit perlahan.
"Kenapa,ni?Awak sakit,ke?Muka awak nampak merah.."Nadhif berdiri di depan Hazira dengan wajah yg risau.
"T..Tak..Sy..okey.."Hazira menghalang Nadhif daripada lebih rapat dengannya.Tiba-tiba pandangannya menjadi gelap.

Hazira terpisat-pisat membuka matanya.
Pandangannya melilau ke sekeliling.
"Oh..Awak dah bangun?"Nadhif yg membuka pintu sambil sebelah tangannya memegang pinggan yg berisi nasi goreng dipandangnya lama.
"Awak pengsan..Badan awak panas sangat..
Awak rehat,lah dulu..Ni sy ada bawak makanan."
Nadhif menyuakan pinggan di tangannya ke arah Hazira.
Hazira mengalihkan pandangannya.
Dahi Nadhif berkerut sedikit.Ish,budak ni!Tengah demam,pun nak buat-buat degil jugak,ke?
"Awak makan,ya?Sy suap..Buka mulut..Aaaaa.."
Nadhif mencedok nasi di dalam pinggan menggunakan sudu di tangannya.
Pandangan Hazira yg sedang memandangnya tajam tidak dipedulikan.Apa yg penting sekarang,Hazira kena makan sesuatu!
"Buka,lah mulut,tu..."Nadhif bersuara dalam nada memujuk.Macam budak-budak,lah dia,ni..
"Please..Awak tak makan apa-apa lagi,ni.."
Hazira memandang wajah Nadhif lama.Mulutnya dibuka perlahan lalu nasi goreng yg disuakan ke arahnya dikunyah perlahan.Sedap..
"Sedap?"tanya Nadhif dengan mata yg bersinar-sinar.Ini kali kedua Hazira makan masakannya.Kali pertama sewaktu Hairin dan Aisyah yg berani memaksa Hazira agar makan bersama dan ini kali yg kedua.
"Erm...Tak.Masin."jawab Hazira selamba.
"Eh?Y..Ya,ke?"Nadhif merasa sedikit nasi goreng di dalam pinggan yg dipegangnya.Okey,je?
Wajah Hazira tiba-tiba berubah merah. Indirect Kiss..Kenapa dia guna sudu yg sama?
Dia ni memang sengaja cari masalah!
"Okey,je?"Nadhif memandang Hazira sambil berjongket kening.
"Lidah awak rosak,kot?Pergi masak yg lain!"Hazira bersuara dalam nada separuh menjerit.
Nadhif yg mendengar segera meletakkan pinggan di tangannya di atas meja yg terletak bersebelahan dengan katilnya lalu berlalu ke
dapur.
Hazira memandang sekeliling.Macam,ni ke bilik Nadhif?Cantik..Bersih..
Pinggan di tepinya diambil.Nasi goreng yg dimasak oleh Nadhif tadi dicedok lalu dimakannya laju.Kisah silamnya sewaktu mula-mula berjumpa dengan Nadhif bermain di kotak pemikirannya.

Imbas kembali...

"Kenapa Hazira kena kahwin dengan dia?Kenapa tak suruh Rin?"tanya Hazira dalam nada yg meninggi.
Hasira Hasrin a.k.a adiknya hanya mendengar sahaja.
"Wasiat!Hazira faham,tak?Wasiat!"Datin Rosnah meninggikan suaranya.
"Taknak!Hazira taknak!Hazira suka Zarif!
Sanggup mummy suruh Hazira kahwin dengan orang yg Hazira tak kenal?"
"Mummy taknak dengar!Hazira nak,ke taknak..Itu bukan pilihan Hazira!"
"Kenapa pulak?Hazira ada hak untuk pilih jodoh
Hazira!Kenapa mummy pentingkan diri sendiri sangat?!"

PANGG!

Hazira memegang pipinya yg berasa kebas.Aku..
Kena tampar ke tadi?
Hasira yg dari tadi memandang sudah terlopong.
"Sudah,lah tu mummy..Biar,lah dia pilih Zarif.."
Hasira cuba untuk menenangkan suasana yg sudah menjadi tegang tahap 4 itu.
Dato' Ikmal sudah menarik tangan isterinya kebelakang.
"Fine..Hazira ikut kemahuan mummy..Tapi ingat..
Kalau rumah tangga kami tak bahagia,jangan salahkan Hazira!Dan mulai sekarang Hazira taknak duduk dekat sini lagi!"
Dato' Ikmal dan Hasira sudah terlopong mendengarnya.
"A..Akak..Akak jangan main-main,kak.."
"Akak tak main-main!Akak serius!"
Datin Rosnah berpeluk tubuh.
"Fine..Kamu taknak duduk rumah,ni pun takpe..
Pergi bersiap cepat.Kita kena jumpa diorang sekarang.."Datin Rosnah bersuara dingin.
Hazira melangkah ke arah biliknya lalu pintu biliknya dihempas kasar.Air matanya di lap perlahan sebelum dia menyarung cardigannya.

Hazira mengekalkan senyumannya yg paling manis.Oh..Sakitnya hati,ni hanya tuhan yg tahu!
Mana budak,tu?Handsome sangat ke orangnya sampai mummy pilih dia?
"Tunggu sekejap,ya?Dia ada kat atas lagi,kot?"Datin Hasnah melangkah ke arah bilik Nadhif.
Fira,Alya,Zainal dan Nazrul memandang antara satu sama lain.Cantik betul perempuan yg berada di hadapan mereka.Bagaikan bidadari..
"Hazira nak keluar jap.."Hazira tiba-tiba berdiri lalu melangkah keluar dari rumah itu.Udara segar dihirupnya perlahan.Hujan yg tadinya turun renyai-renyai menjadi semakin lebat.
Hazira berjalan di sekeliling rumah itu.Boleh tahan besar jugak..
Sedang dia seronok termenung tiba-tiba datang seseorang yg melanggarnya secara tidak sengaja.
"Ah,maaf..Nadhif tak senga.."Nadhif terkedu buat sementara.Siapa pulak perempuan,ni?
Macam bidadari,tapi mana sayap dia?
"Ha..Tu,pun Nadhif..Ajak calon isteri Nadhif
masuk sekali.."Datin Hasnah bersuara di hadapan muka pintu.
"Oooo...Eh?Calon isteri?!Mummy kata diorang datang esok?!"Nadhif dengan pantasnya melangkah masuk ke dalam rumah.
Bajunya ditukar kepada yg lebih bersih.
Langkahnya di atur ke ruang tamu.
Punggungnya dilabuhkan di atas sofa.
Hazira memandangnya atas bawah.
Patut,lah mummy pilih dia..Cara dia duduk
nampak macam dia ni seorang yg sopan.
Mereka saling bertentang mata.
Merah sedikit wajah Hazira dibuatnya.Pandangannya cepat-cepat dialihkan.
"Cantik betul,lah anak kau ni Rosnah.."Datin Hasnah memandang tepat ke arah Hazira dengan mata yg bersinar-sinar.
"Biasa,lah..Tengok,lah anak siapa..?"Datin Rosnah bersuara bangga dalam nada gurauan.
"So..Aku dah sediakan semuanya!Hebat tak aku?
Okey..Aku tau aku hebat.."giliran Datin Hasnah pula bergurau.
"Mungkin dalam sebulan..Boleh,lah kot?"Datin Hasnah bersuara lagi.
"Aku okey,je.."Datin Rosnah membuat gaya berfikir.
"Okey!Hazira setuju,ke?"tanya Datin Hasnah lalu pandangannya dialihkan ke arah Hazira.
"Setuju."jawab Hazira pendek.
"Nadhif?"tanya Datin Rosnah pula.
"Setuju!"jawab Nadhif sambil tersenyum lebar.

Sebulan kemudian..

Nadhif melangkah ke belakang.Seram bila melihat wajah Hazira yg terlebih seram.Salah dia kerana memecahkan pasu bunga milik Hazira.Tapi Hazira nampak sangat marah..
"Ma..Maafkan sy..Nanti sy ganti.."Nadhif berhenti melangkah apabila dia sudah bersandar ke dinding.
"Hahh..?Ganti?Ini hadiah daripada seseorang kau tau,tak?Dan kau dengan senangnya pecahkan..
Yg kau pecahkan tu kenapa?!"jerit Hazira.
Wajah Nadhif mula menjadi pucat.
"Sy..mintak maaf.."Nadhif menunduk 90°.
Hazira memegang lengan Nadhif lalu ditolaknya ke arah dinding dengan kasar.
"Kau boleh kembali,kan pasu ni,ke?"tanya Hazira lalu menunjuk ke arah pasunya yg pecah.Pasu itu Zarif yg hadiahkan kepadanya semasa hari lahirnya tahun lepas.Sekarang,senang-senang je budak ni pecahkan!Tak guna betul!
"Tak boleh..Tapi..Ada apa-apa yg awak nak dari sy,ke?"tanya Nadhif dalam nada perlahan.
"Kalau boleh aku nak bercerai dengan kau..Tapi kalau aku buat macam,tu nanti mummy pulak mengamuk..."Hazira memandang Nadhif atas bawah.Bibirnya mengukirkan senyuman seram.
"Ada satu benda,ni..Dah lama aku nak try..Mungkin aku boleh guna dekat kau,kot?"Hazira menarik lengan Nadhif dengan kasar.Langkahnya dituju ke arah satu bilik.
Sebaik sahaja Nadhif melangkah masuk ke dalam bilik itu dia mempunyai 1001 persoalan di dalam fikirannya.Bilik itu penuh dengan ubat yg dia pun tidak pernah melihatnya sebelum ini.
"Mana,ya?Ha..Ni dia.."Hazira mengambil jarum suntikan di dalam lacinya.
"Jadi bahan eksperimen aku sebagai ganti kau pecahkan pasu bunga aku..Boleh?"Hazira memandang Nadhif yg berdiri tegak dihadapannya.
Nadhif berfikir sejenak.
"Okey...Asalkan awak maafkan sy.."Nadhif berjalan mendekati Hazira yg berdiri 5 langkah jauh daripadanya.
"Okey..Deal!"Hazira tersenyum lalu tangan Nadhif ditarik masuk ke dalam satu bilik.

Imbas kembali tamat..

"Hahh..Sebab aku dia mandul..Teruknya aku.."Hazira memandang pinggan di tangannya yg telah kosong.Teringat pula perbualannya bersama Nadhif di dalam kereta.

Imbas kembali..

"Kau..Tak marah,ke?"tanya Hazira dengan perasaan bersalah.
Wajah Nadhif yg masih basah dengan air mata dipandangnya sekilas.
"Tak."jawab Nadhif pendek.
"Tapi..Sebab aku jugak kau mandul..Aku yg suntik kau dengan benda yg pelik-pelik.."Hazira bersuara lagi.
"Takpe..Salah sy jugak sebab pecahkan pasu bunga awak.."jawab Nadhif lagi.Air matanya semakin mengalir laju walaupun sudah di lap,nya berkali-kali.

Imbas kembali tamat..

"Teruknya aku.."Hazira mendengus kasar.Wajah Nadhif yg sedang tersenyum bermain di dalam kotak pemikirannya.
"Hazira!Cuba rasa!Sedap,tak?"
Nadhif yg tiba-tiba muncul menyuakan pinggan yg berisi nasi kepada Hazira.Pinggan kosong yg berada di atas meja dipandangnya sekilas.
Kata tak sedap?Tapi makan jugak..
Hazira mengambil pinggan yg disuakan kearahnya.
"Sedap.."Hazira meletakkan pinggan yg dipegangnya di atas meja ditepinya.
Air matanya tiba-tiba menitis satu persatu.
"E..Eh?T..Tak sedap sangat,ke?"tanya Nadhif cemas.
Hazira mengelap air matanya kasar lalu badan
Nadhif dipeluknya erat.
Wajah Nadhif berubah menjadi merah.
Kenapa dengan Hazira hari,ni?Takkan,lah sebab dia sakit,dia tiba-tiba jadi emosianal?Hmm...
Sebab dia tak sihat,kot..Ya..Mungkin sebab dia tak sihat..Eh?Tak sihat dengan sakit sama,je maksudnya!!
"Ha..Hazira?Kenapa,ni?Awak ada sakit kat
mana-mana,ke?"
Hazira menggeleng.Buat kali pertama,dia memeluk Nadhif.Muncul pelbagai rasa di dalam dirinya.Rasa gembira,rasa bahagia,rasa selesa..
Pelukannya dipereratkan lagi.
Nadhif sedang berkira sama ada patut,ke dia peluk?Kalau dia peluk lepastu Hazira benarkan takpe jugak..Tapi kalau dia tepis?
Perlahan-lahan tangan Nadhif menggosok kepala Hazira.Senyuman gembira terukir di bibirnya.
"Abang Nadhif!Kitorang dah ba.."Aisyah yg berdiri di muka pintu terlopong.Hairin pula sudah menggosok mata.Mata mereka menipu mereka,ke?
Senyuman mengusik terukir di bibir mereka.
Pandangan 'korang buat apa,tu?' dihadiahkan kepada Nadhif.
Merah wajah Nadhif buat seketika.
"Jom,Hairin.."Aisyah bersuara dalam nada berbisik lalu lengan adiknya ditarik menuju ke arah biliknya.
Hazira melepaskan pelukannya.Pandangannya dihalakan ke arah lain.
"A..Awak rehat,lah dulu ya?"Nadhif mengatur langkah ke luar biliknya.Pintu Hazira ditutup perlahan.Pipinya ditampar perlahan.
Apa tadi,tu?

3:00 petang..

"Sweet betul,lah korang,ni.."Hairin bersuara dalam nada yg 'mencari pasal'.
"Sweet,lah sangat."jawab Hazira.
"Betul,lah..Korang pernah bercium tak?"tanya Hairin lagi.
Hazira menggeleng.
"Bersetubuh?"
Hazira menggeleng lagi.
"Hairin nak bagi nasihat sikit..Jangan bercerai lagi dengan abang Nadhif kalau bercium pun akak tak pernah buat dengan dia!"Hairin bersuara tegas lalu berdiri di atas katil.Kalau itu katil Hazira,sudah lama dia ditendang hingga jatuh ke bawah.
"Kenapa pulak?"tanya Hazira pelik.Perasaan malunya dibuang jauh-jauh.
"Kenapa?Sebab takkan akak nak bagi semua tu dekat orang lain?Gila,ke kak?Badan dia,tu dahlah.."Hairin menggantungkan ayatnya di situ apabila wajah Hazira sudah berubah merah.
"Tahu-tahu je,lah kan?"Hairin menyambung
ayatnya lagi.
"Hmm."jawab Hazira pendek.
"Oh..Satu lagi.Kenapa akak peluk abang Nadhif tadi?"tanya Hairin sebelum melangkah keluar.
"Pergi sana,lah!"Hazira bersuara perlahan tetapi cukup jelas untuk didengari oleh Hairin.
Hairin menutup pintu bilik itu sehingga rapat.
Macam-macam,lah diorang,ni..Pasangan suami isteri yg paling pelik pernah aku jumpa..
Yg paling penting sekarang dia bosan..Kenapa,lah dia tak ikut Nadhif dengan
Aisyah pergi kedai,je tadi?

Sementara itu..

"Apesal Nadhif,tu?Aku tengok dah 10 minit dia lap meja yg sama.."Rafael tiba-tiba bersuara perlahan.
"Mana,lah aku tahu..Dia ada masalah dekat rumah,kot?"jawab Najwa sambil meletak icing di atas kek.Siap,pun..
Bunyi loceng yg menandakan pintu dibuka membuatkan Nadhif,Rafael,Naufal,Najwa dan Fatin memandang ke arah muka pintu.
"Oh..Alisya..Lama tak jumpa!"Nadhif menyapa
perempuan di hadapannya.
"Lama tak jumpa awak jugak..Sy sibuk sikit sejak kebelakangan,ni.."Alisya tersengih.
Aisyah yg baru siap membuat kek memandang ke arah Alisya tajam.
Melihat Alisya yg memandang ke arahnya,pandangannya diubah menjadi seperti budak-budak.
"Comelnya.."Alisya memandang ke arah Aisyah dengan wajah yg bersinar-sinar.
Rafael hanya memandang ke arah Alisya sekilas.
"Cutenya..Macam anak patung.."Alisya memandang Aisyah atas bawah.
Aisyah mengerlingkan matannya ke atas. Wajah Alisya dipandang lama.Dahinya berkerut.Perempuan,ni...nampak bahaya.

"Eh?Betul,ke?Dia mandul disebabkan akak?"tanya Hairin dengan wajah yg tidak percaya.
"Ya..Betul.."jawab Hazira perlahan.
"Insaf,lah anak muda..."Hairin menggelengkan kepalanya.
"Siapa yg kena insaf sekarang,ni?"tanya Hazira sambil berpeluk tubuh.
"Akak,lah..Itu,pun dah kira bagus dia maafkan akak..Kalau,tak..Neraka Jahanam,lah tempat,mu.."Hairin bersuara dalam nada ala-ala
seorang ustaz memberi nasihat kepada anak muridnya.
"Tapi masalahnya...Aku rasa dia tak layak untuk
aku.."Hazira bersuara perlahan.
"Cukup,kawan..Lupakan,lah Zarif,tu.."Hairin memegang kedua-dua bahu Hazira lalu digoncangnya sekuat hati.
Hazira menepis tangan Hairin perlahan.
"Bukan senang.."jawab Hazira dengan pandangan sayu.
"Haih...Nanti,lah Hairin cuba tolong apa yg patut.."
Hairin mengeluh perlahan.Rumit..Dia patut berbincang dengan Aisyah tentang hal ini nanti..

Sebelah kening Aisyah terangkat.Wajah Alisya dipandang tajam.Love rivals,ke?Ya,ke?Tapi dia boleh tahan cantik..Ayu..dan manis..Urgh!
Hazira boleh kalah kalau begini.
Bunyi telefon yg berbunyi mematikan lamunannya.Handphone di dalam poketnya diambil.Nama Hairin yg tertera di atas skrin telefon membuatkan Aisyah tertanya-tanya.

"Hello?"-Aisyah

"Aku ada berita baik!!!"-Hairin

Aisyah menutup sebelah telinganya yg berdesing.

"Apa dia?"-Aisyah

"Kau tahu,tak..Hazira kata dia rasa bersalah dekat abang Nadhif..Aku rasa dia dah slowly suka dekat abang Nadhif,lah.."-Nadhif

Naufal dan Rafael mencuri-curi dengar.Suara Aisyah yg kedengaran sangat matang membuatkan bulu roma mereka meremang..
Fatin dan Najwa juga mendekatkan telinga.

"Oh..Bagus,lah..Aku ada berita buruk,ni."-Aisyah

"Apa dia?"-Hairin

"Ada seorang perempuan,ni..Aku perasan dia pandang abang Nadhif dengan pandangan..
Ish..Ya Allah..Sakit kepala aku tengok!Urgh!"
-Aisyah

"Entah-entah dia suka dekat.."-Hairin

"Tak!Jangan cakap!Selagi aku hidup,aku takkan benarkan sesiapa sentuh dia!!"Aisyah tiba-tiba bersuara dalam nada menjerit.

Serentak dengan itu,pintu kedai itu dibuka.
Seorang perempuan yg memakai jaket masuk ke dalam kedai.Topi jaketnya dibuka ke belakang.
Terlopong Aisyah melihatnya.

"Woi,Hairin..Hazira ada kat rumah tak,tu?"-Aisyah

"Ada..Tengah tengok tv,ni..Kenapa?"-Hairin

"Aku call kau nanti.."Aisyah mematikan panggilan lalu handphonenya dimasukkan ke dalam poket.
Nadhif yg perasan kewujudan perempuan itu terus melangkah laju ke arahnya.
"Rin!Ada apa akak datang?"Nadhif bersuara ceria.
"Beli kek.Mummy,nak."jawab Hasira Hasrin pendek lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yg disediakan.
"Ooo..Macam biasa punya,ke?"tanya Nadhif lagi.
Hasira mengangguk.
Aisyah memandang Hasira lama.
"Kenapa kau pandang aku macam,tu?"tanya Hasira pelik.
"Akak..Nampak familiar..Akak ada kembar,ke?"tanya Aisyah sambil mengecilkan matanya.
"Ada."jawab Hasira pendek.Tapi nada suaranya langsung tiada.Seperti bercakap dengan..Entah,lah..Nada ceria tiada,nada sedih tiada..
"Nama dia?"tanya Aisyah lagi lalu menepuk meja.
"Hazira Hasni."jawab Hasira selamba.
"Sy dah agak,dah!!"Aisyah menepuk meja.
Nadhif meletak kotak yg berbungkus kek di sebelah Hasira.
"Semuanya RM 40.00.."
Hasira mengeluarkan duit yg berjumlah RM 100.
"Simpan baki."Hasira bersuara lagi.
"Oh,ya..Siapa budak,ni?"tanya Hasira lalu memandang wajah Aisyah lama.
"Anak sy."jawab Nadhif.
"Apa?Bukan awak mandul,ke?"tanya Alisya tiba-tiba.
"Dia..Anak ang.."belum sempat Nadhif menghabiskan ayatnya,Aisyah sudah terlebih dahulu bersuara.
"Jadi kalau dia mandul kenapa?"tanya Aisyah dalam nada geram.
Terdiam sekejap Alisya dibuatnya.
"Aisyah..Jangan cakap macam,tu.."Nadhif mengangkat badan Aisyah lalu didukungnya.
"Maaf..Dia selalunya tak macam,ni.."Nadhif bersuara perlahan.
"Takpe..Sy faham..Budak-budak biasa,lah kan?"jawab Alisya sambil tersenyum. Anak angkat..Fuh..
Dia tahu yg Nadhif belum menyentuhi mana-mana perempuan lagi termasuk isterinya sendiri..
Kalau boleh dia,pun tidak mahu Nadhif menyentuhi sesiapa..
"Akak.."Aisyah menarik lengan baju Hasira yg sudah ingin berlalu pergi itu.
"Apa?"tanya Hasira.
"Nak nombor telefon."Aisyah mengeluarkan handphonenya.
Mereka saling bertukar nombor.
"Satu lagi..Apa perisa kek yg mama Hazira suka?"tanya Aisyah.Tidak sedar dia sudah terguna ayat 'mama'.
"Vanila."
Hasira memandang Aisyah lama.Kemudian dia tersenyum lebar.
"Mesti..Suasana dekat rumah,tu ceria kan?"tanya
Hasira lalu langkahnya di atur keluar kedai.
"Dalam proses,kak.."bisik Aisyah perlahan.

5:00 petang..

"Serius?"tanya Hairin tidak percaya.
"Iya..Kakak dia.."Aisyah bersuara dalam nada yakin.Dia sudah menceritakan semuanya kepada Hairin tadi.
"Mana Hazira?"tanya Aisyah.
"Dah pergi kerja.."jawab Hairin pula.
"Hmm...Kau nak tahu sesuatu,tak?"Aisyah bersuara dalam nada saspen.
"Apa dia?"tanya Hairin pula.
"Hari,ni hari jadi mama Hazira.."Aisyah bersuara sambil tersenyum.
"Wah..Kita buat kek,nak?"tanya Hairin dalam nada ceria.
"Mesti,lah nak..Jom!Abang Nadhif dah sediakan bahan dah,tu.."Aisyah menarik lengan Hairin lalu menuju ke dapur.

Hazira meletupkan jari-jemarinya.Lehernya sudah berasa lenguh.Lagi satu jam baru dia boleh pulang..
Zarif mengurut lehernya perlahan.
Hazira menongkat dagu memandang Zarif.
"Apa?"tanya Zarif pelik.
Hazira mengukirkan senyuman lebar.
"Takde apa-apa,lah.."Hazira memandang kalendar di handphonenya.Hari ini hari jadinya..
Zarif sudah tidak ingat,ke?Kalau Zarif tidak ingat..Siapa lagi yg mahu menyambut hari jadinya?Nadhif?Masih mahukan lelaki itu menyambut hari jadinya?Sejak mereka berkahwin lagi,setiap kali hari jadinya,Nadhif akan membuat kek untuknya.Tapi kek itu sentiasa menjadi makanan tong sampah.
Hadiah?Nadhif sentiasa memberinya hadiah,yg mahal-mahal,tetapi sentiasa dijualnya kembali.
Baginya,hadiah Zarif lebih penting.

Matanya berkaca sedikit.Zarif yg perasan mata Hazira yg sudah berkaca,menggeleng kepala.Tangannya mencapai sesuatu dari dalam begnya.
"Nah!Sy tak lupa,lah hari jadi awak!"Zarif menyuakan kotak yg berbentuk segi empat tepat ke arah Hazira.
"Apa,ni?"tanya Hazira lalu mengambil kotak yg berada di tangan Zarif.
"Tengok,lah dekat rumah nanti.."Zarif tersenyum lebar lalu begnya digalas.
Hazira mengerling jam di dinding sekilas.Sudah pukul 6:00 petang..
"Terima kasih,Zarif.."Hazira memeluk erat badan
Zarif dari belakang.Zarif memandang wajah Hazira lama.Sungguh dia masih mencintai Hazira..
"Sama-sama.."Zarif memeluk erat badan Hazira.
Matanya berkaca sedikit.
"Assalamualaikum..Bye!"Zarif dengan pantasnya keluar dari pejabat Hazira.Sebelum dia menangis,
lebih baik jika dia pergi.

6:30 petang..

Hazira memasukkan keretanya di perkarangan rumah.Senyuman terukir di bibirnya tatkala melihat kotak segi empat tepat di dalam begnya.
Pintu rumahnya dibuka perlahan.
"SELAMAT HARI JADI!!"Aisyah dan Hairin
tiba-tiba bersuara ceria di belakang Hazira.
"Allahuakbar!Apehal korang,ni?"Hazira bercekak pinggang.Nasib baik melatah tersebut nama suci itu,kalau melatah tersebut BAB 1,ke macam mana?Fuh..Nauzubillah..(BAB 1=BAB1)
"Hehehe..Jom ikut kitorang!"Hairin dan Aisyah menarik lengan Hazira ke arah ruang tamu.
Lampu ruang tamu dibuka.
"Ha..Cantik,tak?Kitorang yg hias,tau?"Aisyah dan Hairin berdiri di depan Nadhif yg menunduk malu dari tadi.
Hazira masih lagi terkedu.Bila kali terkahir hari jadinya disambut seindah ini?
Aisyah menyalakan lilin yg diletak di atas kek.
"Tiup,lah akak!"Aisyah menolak Hazira agar ke depan.
Hazira meniup lilin-lilin tersebut bersama-sama
dengan linangan air mata.
"Mulai hari ni,umur mama akan menjadi...Akan menjadi..Woi,berapa tahun?"Aisyah berbisik ke arah Hairin.
"Mana,lah aku tahu..Kau tak hafal skrip,ke?"tanya Hairin sambil mengambil kertas di dalam poketnya.
"27 tahun,lah!Kau tak hafal kenapa?"Hairin bercekak pinggang.
"Skrip aku panjang berjela-jela!Mana boleh ingat panjang-panjang!"Aisyah berpeluk tubuh.
"Siapa yg buat kek,ni?"tanya Hazira sambil memandang hiasan kek yg terlebih cantik itu.
"Dia."Nadhif dan Aisyah menunjuk antara satu sama lain.
"Aisyah!Tak baik tipu!"Nadhif menggoncang bahu Aisyah perlahan.Tadi dia sudah berpesan pada Aisyah dan Hairin agar jangan memberitahu Hazira yg dia,lah yg membuat kek itu.
Aisyah mungkir janji!
"Hairin dengan Aisyah tolong sediakan bahan je,yg lain semuanya papa yg buat.."Hairin bersuara selamba.Eh?Dia sebut papa ke tadi?Perasaan dia aje,kot?
"Tak!Awak jangan dengar cakap diorang!Ini sy
yg..Ehem!Ini diorang yg buat!"Nadhif bersuara lagi dalam nada cemas.
Aisyah memotong kek menggunakan pisau lalu diletakkan di atas pinggan.
"Cuba rasa."Aisyah menyuakan pinggan yg berisi kek ke arah Hazira.
Hazira memakan kek Vanila yg diberi perlahan-lahan.
"Sedap.Pandai awak buat."Hazira memandang ke arah Nadhif yg sudah tertunduk malu itu.
"Hahaha..Malu-malu pulak.."Aisyah bersuara dalam nada mengusik.
Rumah itu kemudian dipenuhi gelak ketawa buat pertama kali.

9:00 malam..

Hazira membuka kotak yg berbentuk segi empat tepat yg diberi oleh Zarif tadi.
"Cantik.."Hazira memandang gelang emas di dalamnya.Terkejut pun ada jugak..
"Erm..Hazira.."
Suara Nadhif yg seperti dekat dengannya membuatkan dia tersentak.Pandangannya beralih ke arah muka pintu.Ah..Dia lupa hendak menutup pintu.
"Wah..Cantiknya..Siapa bagi?Mesti Zarif,kan?"pandangan Nadhif tertancap pada kotak yg dipegang oleh Hazira.
"Sibuk je nak tau.."Hazira menutup semula kotak yg dipegangnya tadi lalu diletakkan ditepinya.
"I..Ini..Untuk awak..Takde,lah cantik sangat macam yg Zarif punya..Tapi..Awak anggap,lah ini Zarif yg bagi.."Nadhif menyuakan kotak yg bersaiz sederhana ke arah Hazira.
Hazira mengambil kotak di tangan Nadhif lalu kotak itu dibuka.Pasu bunga mini dikeluarkan.
Coraknya lebih cantik daripada pasu yg Zarif pernah hadiahkan padanya dahulu.
"S..Sy cuba cari pasu yg sama tapi tak jumpa..Maaf.."Nadhif menundukkan kepalanya.
Berkaca mata Hazira dibuatnya.Badan Nadhif dipeluk erat.Air matanya menitis laju di situ.
Aisyah dan Hairin yg mencuri-curi intai tersenyum lebar.
"Terima kasih.."Hazira mempereratkan lagi pelukannya.
Wajah Nadhif berubah merah.
"Sa..Sama-sama.."Nadhif membalas pelukan Hazira sambil tersenyum pelik.Sejak bila Hazira suka memeluknya?
Hazira melepaskan pelukannya.Pandangannya tiba-tiba tertancap pada kotak segi empat sama bersaiz kecil di tangan Nadhif.
"Itu apa?"tanya Hazira sambil menunjuk ke arah kotak di tangan Nadhif.
"Erm..Ini..Tak payah,lah..Yg ni tak cantik.."Nadhif menyorok kotak tersebut di belakangnya.
Hazira menarik tangan Nadhif ke depan lalu kotak segi empat sama di tangan Nadhif diambil lalu dibuka.Kerongsang yg berbentuk rama-rama dipandangnya lama.
"Okey..Sy tahu buruk..Bagi sy balik.."Nadhif menadah tangannya.
"Cantik,lah..Terima kasih.."Hazira mengukirkan senyuman terhadap Nadhif.
"Ooo..Kalau macam,tu..A..Ambil,lah.."Nadhif mengalihkan pandangannya.
Hazira meletakkan kotak yg berisi kerongsang tadi di atas meja lalu melangkah ke arah Nadhif.
Nadhif kebelakang sedikit.Tetapi badannya yg tiba-tiba dipeluk membuatkan dia menjadi patung.
"Ke..Kenapa ni Hazira?"tanya Nadhif perlahan.
Hazira menarik nafas sedalam-dalamnya lalu bibirnya didekatkan ke arah bibir Nadhif.
Pengsan Hairin yg melihatnya.Mujur Aisyah sempat meyambutnya.
Hazira melepaskan ciumannya.Wajah Nadhif dipandangnya lama.Ah..Perasaan apakah ini?
"Erm..Sy..Pergi dulu,lah ya?"Nadhif melangkah kebelakang sebelum dia melarikan diri ke dalam bilik.
Apa yg dah jadi tadi?Apa yg dah jadi?
Tadi..Dia dengan Hazira..Aargh!!
Itu ciuman pertama aku!!!Malunya!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience