Bab 2

Romance Completed 3349

Jika cinta itu Air Asia,
Bawa aku jauh bersamamu.

Selepas bertungkus lumus menyiapkan kek yg diminta oleh pelanggan yg tidak berhati perut,
akhirnya..Kek sudah pun siap!
Dan sekarang...Mereka telah menjadi Panda dan diletakkan di dalam zoo yg bernama Zoo Bakeri.
"Penat gila..Nasib baik esok cuti.."Naufal bersuara dalam nada penat.Semalaman mereka membuat kek yg diminta.Naufal,Rafael dan Nadhif membuat kek untuk kedai,manakala Aisyah,Najwa dan Fatin membuat kek yg ditempah.
Memang tidak disangka Aisyah boleh membuat kek.Bos bakeri itu,pun terpegun
melihat corak Aisyah yg lain daripada biasa.
Coraknya seperti orang yg sudah pakar membuat kek!
"Hah...Aisyah.Jom,balik."Nadhif bersuara perlahan lalu bangun dari kerusinya malas-malas.
"Aisyah?"Nadhif menyahut nama Aisyah sekali lagi.
"Okey.Dah siap.Jom,balik."Aisyah melangkah keluar dari dapur bersama dengan kotak kek yg bersaiz sederhana di tangannya.
"Aisyah..Yg itu.."Nadhif memandang kotak kek yg dipegang Aisyah lama.
"Aisyah buat.Untuk dibuat makan."jawab Aisyah.
"Nadhif.....Boleh tak aku nak bela dia?"tanya Rafael yg sudah sememangnya pencinta kek.
"Tak boleh.Boleh pengsan Naufal silap hari bulan.."jawab Nadhif selamba sebelum dia melangkah keluar.
"Isteri kau..Tak marah,ke kau keluar lama-lama?"
sempat lagi Najwa bertanya.
"Tak.Dia tak kisah,pun.."jawab Nadhif bersama dengan senyuman di bibir.Langkahnya di atur ke arah kereta.
"Dingin lagi nampaknya hubungan diorang.."bisik Fatin ke arah Najwa dan yg lain.
Mereka hanya mengangguk.Kasihan dengan Nadhif kerana mempunyai isteri yg begitu....
Pelik dan Misteri.Oh!Tambah lagi satu.Kasar.
Memang pada pertama kali mereka berjumpa dengan Hazira,Hazira nampak seperti innoncent
dan cantik.Tapi selepas Hazira mengeluarkan
dirinya yg sebenar..Fuh..Semua kecut perut!
Macam mana,lah Nadhif yg baik bagaikan bidadari tu boleh berkahwin dengan Hazira yg
macam...Kalau nak cakap syaitan,macam jahat pulak..Jadi baik cakap raksasa je.Takde,lah kejam sangat bunyinya.
"Oi.Hubungan abang Nadhif dengan isteri dia memang macam tu,ke?"tanya Aisyah sebelum kakinya melangkah keluar.
"Haah..Dari mula-mula kahwin lagi..Mungkin sebab Nadhif.."Najwa menggantungkan ayatnya di situ.Pandangannya dialihkan ke arah Rafael.Rafael hanya menggeleng.
"Tak boleh beritahu.Hmm.Takpe,lah.Seronok buat kek dengan korang."Aisyah mengukirkan sebuah senyuman senget.
"Erm..Berapa umur adik?"tanya Fatin.
"Sepuluh.Dan jangan panggil aku adik.Aku dah besar,lah."Aisyah melangkah keluar dari kedai bakeri itu.Pengalaman yg sangat menyeronokkan.
"Matang,kan dia tu?"tanya Rafael kepada Naufal.
Naufal hanya mengangguk.Budak-budak..Menyeramkan!!

"Hah...Penatnya..Malas,lah nak mandi bagai."Aisyah bersuara malas-malas.Seluruh urat sendinya sudah mula berasa sakit.Maklum,lah selepas semalaman membuat kek.
"Kalau malas nak mandi,pergi lah berendam dalam kolam."Nadhif bersuara lembut selepas memasukkan keretanya di perkarangan rumah.Pintu keretanya dibuka.
"Kolam?Rumah ni ada kolam?"tanya Aisyah dalam nada teruja.Tapi cuba disorokkan.
"Takkan,lah rumah yg besar macam istana,ni tak ada kolam?"tanya Nadhif selepas keluar dari kereta.
"Kalau macam,tu..Jom!Teman Aisyah mandi kolam!"Aisyah sudah mengeluarkan suara budak- budaknya.Tidak sedar agaknya yg perangai 'budak-budak'nya sudah terkeluar.
Nadhif hanya tersenyum kemudian mengangguk
perlahan.
"Kejap,ya..Abang nak ambil tuala..."Nadhif melangkah masuk ke dalam rumah yg sunyi itu.Bekas makanan Hitam yg penuh itu membuatkan dia tersenyum.Nampaknya ada
orang memberi Hitam makanan..Siapa,lah tu..

"Eh~Dia tak balik semalaman?Menggatal dengan perempuan lain,kot?"Zarif bersuara dalam nada mengusik.Melihat wajah Hazira yg seperti tidak kisah membuatkan dia mengeluh perlahan.
"Awak..Takkan tak cemburu?"tanya Zarif sambil berpeluk tubuh.
"Tak..Nadhif bukan jenis orang yg macam,tu..Lagipun..ada,ke orang yg nak lelaki
man.."
"Hazira Hasani!"
Badan Hazira menjadi tegak apabila nama penuhnya dipanggil.
"Awak,ni dah kenapa?Dia suami awak tahu,tak?!"
Zarif sudah mula naik angin.Dia betul-betul bersimpati terhadap Nadhif.Memandangkan Nadhif kawan baiknya.
"Dia suami sy depan mak sy,je.."jawab Hazira selamba.
Zarif mengeluh kasar lalu bibirnya diketap.
"Tapi dia tetap suami awak!"
Hazira mendengus kasar.Wajah Zarif dipandanya tajam.Kedudukannya yg tadi sedang duduk bersila di atas katil terus berubah 360°.Cara dia duduk sekarang seperti orang gangster pula jika dilihat lama-lama.
"Yg awak marah sangat,ni kenapa?"tanya Hazira dengan suaranya yg sudah berubah.
"S..Sy cuma..nak awak jadi isteri yg baik dekat suami awak.."jawab Zarif perlahan.Hazira yg kedua telah pun terlepas daripada kandangnya!
Bahaya!Polis?Mana polis?Cepat call 999!
"Ha?Jadi isteri yg baik?Kenapa sy rasa...Macam ada sebab lain,je?"tanya Hazira lagi.Badan Zarif disandarkannya ke dinding.
"Tak..Tak,pun..Sebab lain?Apa maksud awak?"tanya Zarif lagi.Hazira yg ini,lah yg paling dibencinya.Nadhif memang seorang yg hebat kerana masih dapat bertahan sehingga sekarang.
"Jangan nak buat-buat tak tahu,lah!Awak masih suka sy lagi,kan?"tanya Hazira dengan wajahnya yg bertukar bengis.
Zarif hanya mendiamkan diri.Perasaan takut mula menyelubungi diri.
"Maafkan sy.."Zarif bersuara perlahan.Sungguh dia tidak sangka yg Hazira akan menjadi begitu.
"Sudah,lah..Sy nak balik.."
Zarif menarik nafas lega.Bagus,lah kalau macam,tu..

"This is paradise.."Aisyah menenggelamkan badannya ke dalam air.Hahh...Lega..
"Aisyah,ni..Berendam ke..Mandi kolam?"tanya Nadhif yg sedang ikut berendam.
"Tak larat nak gerak.Biar,lah.Orang penat sangat dah,ni.."jawab Aisyah.Boleh tahan dalam jugak kolam,ni..Nasib baik ada bahagian untuk budak-budak.Rasa macam dekat water theme park pulak sekarang..
Aisyah berfikir sejenak.Patut,ke dia tanya?Tanya,lah...Malu bertanya,sesat jalan kan?
"Abang Nadhif..Dah berkahwin dengan isteri abang,tu berapa lama?"tanya Aisyah lalu menuju ke arah Nadhif yg sedang menongkat dagu di
penjuru kolam.
"3 tahun dah,kot?"jawab Nadhif sambil menjelingkan matanya ke atas.
"Dah,tu kenapa tak dapat anak lagi?"tanya Aisyah lagi tanpa berselindung.
Riak wajah Nadhif berubah muram.
"Erm...Abang..mandul sebenarnya.."jawab Nadhif sambil menenggelamkan lagi badannya.
"Eh?Ya,ke?Erk..Sorry.."
Nadhif hanya tersenyum.
"Tak apa..Abang tak terasa,pun.."
Aisyah sudah berasa bersalah.Patut,lah waktu dia kata rumah dia takkan ada dengar 'bunyi budak-budak bermain'..Agaknya waktu aku tanya dia,tu..Macam mana perasaan dia,ya?
Aisyah meraup mukanya kasar.Sudah 2 jam mereka berada di dalam kolam.
"Dah,lah..Aisyah nak pergi mandi air panas dalam bilik.."
"Sama,lah.."
Nadhif dan Aisyah keluar dari kolam yg saiznya agak besar itu.Lain daripada kolam dekat rumah orang lain..
Nadhif menyangkut tuala yg diambilnya tadi di bahu Aisyah.
"Ah!Abang lupa bawak tuala untuk abang!Aisyah tolong ambil sekejap untuk abang boleh?"tanya Nadhif.
"Boleh!Kejap."Aisyah terus menuju ke dalam biliknya.
"Meow~"
"Hitam!Kenapa,ni?Nak mandi,ke?Okey..Jom kita mandi!"Aisyah mengangkat Hitam lalu menuju ke biliknya.Dia dah lupa,ke ada orang dekat luar tengah tunggu?
"Kejap.Aku rasa macam terlupa sesuatu,lah.."Aisyah menjelingkan matanya ke atas.
"Perasaan aku je,kot?"bisik Aisyah.

Sudah menggigil Nadhif yg berada di luar.Lamanya dia ambil tuala?Ke dia sesat sepanjang perjalanan nak masuk ke bilik dia?
Eh?Takkan,lah...
Patut,ke aku main masuk,je?Tak boleh!Kalau lantai basah nanti Hazira marah..
Tapi aku sejuk ni..Dia tak balik lagi..Jadi..kalau aku masuk,lepastu lap lantai..Takde,lah kantoi kan?
Nadhif memandang di sekitar ruang tamu.Perlahan-lahan langkahnya melangkah ke arah biliknya.
"Mana tuala?"
Tegak badan Nadhif mendengar suara itu.
"I..Ini..Se..Sebenarnya..Sy..Lupa nak bawak tuala.."jawab Nadhif perlahan.
Tidak sanggup ingin memandang wajah yg berada di tepinya.Kalau mata Hazira ada laser,sudah lama dia hangus terbakar sekarang!
"Nan..Nanti sy lap.."Nadhif bersuara lagi.
"Kau tahu tak..Aku tengah bad mood sekarang,ni.."
Wajah Nadhif sudah menjadi pucat.Okey..Jadi awak nak lepaskan kemarahan awak dekat sy,ke?
Mahu saja dia berkata begitu.
"S..Sy mintak maaf.."Nadhif memandang wajah Hazira sekilas.Marah betul muka dia!This is creepy...
Badannya yg tiba ditolak ke dinding itu membuatkan jantungnya berhenti berdegup.

"Alamak!!Aku lupa nak bagi tuala dekat Nadhif!"Aisyah membuka pintu almarinya lalu mencari tuala.Terkial-kial dia menuruni anak tangga.Apesal rumah ni ada banyak sangat tangga?!
Sampai sahaja di ruang tamu langkahnya tiba-tiba berhenti.Badannya disorokkan sedikit.
"Aku tengah marah sekarang..Dan kau tambahkan lagi kemarahan aku..Kau nak aku lepaskan kemarahan aku,ni dekat kau ke?"tanya Hazira dalam nada dingin.
Nadhif memegang erat hujung bajunya.
"Ka..Kalau awak nak lepaskan dekat sy..Tolong,lah lepaskan dekat tempat lain..Sy takut Aisyah nampak kita bergaduh.."
Aisyah terkedu buat sementara.Whait.What?
Apesal isteri dia pulak yg marah dia?Oi!Ini
namanya terbalik!Terbalik!
Hazira memandang Nadhif atas bawah.Entah kenapa nafsunya tiba-tiba naik pula.Baju dia jarang sebab basah..Kaki dia putih dan menarik perhatian kalau dia pakai seluar pendek.
Hazira menggelengkan kepalanya laju.Apa benda yg dia fikir,ni?!
"Sudah,lah!Pergi tukar baju!Lepas,tu lap lantai!"Hazira bersuara kasar.Badan Nadhif ditolaknya ke depan.
Nadhif dengan pantasnya menuju ke biliknya.Buat pertama kalinya dia selamat!


"Maaf.Aisyah lupa abang ada dekat luar tadi."Aisyah bersuara dalam nada bersalah.Tapi mukanya tidak menunjukkan yg dia rasa bersalah.
"Takpe,lah...Abang tak marah,pun.."jawab Nadhif dengan senyuman.Kalau boleh,dia ingin memberikan tazkirah percuma untuk Aisyah tetapi rasa kesian pula.
"That's good then!I can finally rest in peace.."Aisya menyilangkan kakinya lalu kek di pinggannya dipotong lalu disuakan ke mulut.
"Hubungan korang memang macam tu,ke?"tanya Aisyah sambil menjilat bibir.
"Erm..Ya..Memang selalu macam tu,pun.."Nadhif bersuara perlahan.Bimbang jika Hazira tiba-tiba muncul seperti tadi.
"Eh.."Aisyah memandang sekilas ke arah Hazira yg sedang membaca buku di sofa yg terletak jauh dari tempat dia dan Nadhif duduk.Agaknya dia dengar,tak?Kalau dari sini,ke sana..Kemungkinan besar boleh dengar.Sebab rumah,ni sunyi.
Sunyi...
Selama ni,pun..Memang Nadhif duduk sorang-sorang macam,ni ke?Mesti bosan,kan?
"Erm..Tapi sebenarnya..dia orang yg baik..Dia takde,lah sejahat macam apa yg Aisya sangka,kan.."Nadhif tiba-tiba bersuara.Tidak perasan agaknya tentang kehadiran Hazira.
Hazira memandang wajah Nadhif sekilas.
"Tapi dia cederakan abang Nadhif,kan?"tanya Aisyah.Sengaja dia berkata begitu agar Hazira tahu betapa sayangnya Nadhif terhadap isterinya sendiri.
"Memang,lah!Tapi..Bagi abang..dia baik..Baik sangat.."jawab Nadhif sambil tersenyum lebar.
Aisyah tersenyum senget.
"Dia pernah buat apa-apa yg menggembirakan ke dekat abang?"tanya Aisyah lagi.Eheheh...Muka dia dah merah,lah..
"Mesti,lah ada!"Nadhif bersuara dalam nada bersemangat.Matanya sudah bersinar-sinar.
"Apa dia?"
Nadhif terdiam sebentar.
"Dia terima abang sebagai suami dia.."
Tersedak Aisyah dibuatnya.Terima?Budak dekat depan aku,ni terlalu baik..
"Aisyah ingat abang akan kata,sebab dia kaya atau..dia cantik atau..dia bagi apa yg abang nak?"
Wajah Nadhif serta-merta berubah merah.
"Ma..Mana ada macam,tu!Abang tak pandang pun harta dia.."
"Dah,tu abang pandang apa?Muka dia?"
"Abang pandang sikap dan tingkah laku dia,lah.."
"Eh..........But still.Aisyah tetap rasa dia tak baik mana,pun."
"Memang,lah..memandangkan dia kasar di depan tapi baik di belakang.."
Senyuman Aisyah semakin lebar.
"Haih..Bertuahnya Hazira dapat suami yg baik macam abang Nadhif.."Aisyah bersuara
seakan-akan menyindir.Kek yg berada di pinggan hanya tinggal lagi sedikit lalu dimakan kesemuanya sekali gus.
"Comot,lah pipi Aisyah.."Nadhif yg perasan pipi Aisyah yg comot itu mengelap pipi Aisyah menggunakan tangannya.
Aisyah terkedu buat sementara.

'Comot,lah pipi Aisyah,ni..'

"Ke..Kenapa,ni Aisyah?"
Aisyah tersentak.Eh?Eh?Apa?Hissh...Apesal aku teringat kenangan lama yg terlebih indah tu pulak?
"Kenapa apa?"tanya Aisyah lalu mengelap air matanya kasar menggunakan lengan bajunya.
"Aisyah..Takut abang buat apa-apa dekat Aisyah,ke?"tanya Nadhif dengan wajah yg rasa bersalah.
"Takde,lah..Teringat dekat papa.."jawab Aisyah lalu menuju ke dapur.
Nadhif hanya memandang dari jauh.
"Hahh......Kan bagus kalau dia memang betul-betul anak aku?"bisik Nadhif tapi kedengaran jelas di telinga Hazira.
"Tapi...Mustahil,lah kan?"Nadhif merebahkan badannya di atas sofa dan pandangannya menjadi gelap.

"Oh,well..Dia dah tidur."Aisyah memandang wajah polos Nadhif yg sudah tertidur nyenyak di atas sofa yg berwarna hijau lembut tadi.
"Kau dengar kan tadi?"tanya Aisyah lalu memandang ke arah Hazira yg sedang membaca buku.
"Kalau aku dengar,pun kenapa?"Hazira bersuara dingin.
"Are you kidding,me?Such a tsundere!"jerit Aisyah lalu menuju ke biliknya.
Hazira hanya memerhati dari ekor mata.Langkahnya kemudian di atur ke arah tempat di mana Nadhif tertidur.
"Nanti selesema pulak..Dia,ni..Nak tidur pergi,lah ambil selimut..Menyusahkan orang,je.."bisik Hazira lalu selimut yg berada di dalam almari di ambilnya dan badan Nadhif yg lebih kecil darinya diselimutkan.
Baru sahaja dia hendak masuk ke biliknya,pandangannya tertancap pada wajah Aisyah yg seakan-akan merenungnya dengan wajah yg sangat mengusik.
"Tsundere tahap ke berapa kau,ni ha?"tanya Aisyah.
"Kau..Diam,lah."
Hazira mengeluh perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam lif.Malas nak guna tangga!
"Malu-malu kucing pulak?Ini tak boleh jadi!Hitam!Kita kena rapatkan diorang!"Aisyah mengalihkan pandangan ke arah Hitam yg sedang menjilat badannya sendiri.
"Meow.."
"Okey!Kalau macam,tu!Mulai sekarang!Kita akan cuba rapatkan diorang!Hahahahahaha!!"
Hazira yg sudah berada di atas hanya menggeleng.
Dah gila agaknya budak,tu..Ketawa sorang-sorang.

"Comelnya."Hairin memandang kucing yg berwarna putih di seberang jalan.
"Meow..."
"Putih taknak pergi berkawan dengan dia,ke?"tanya Hairin dengan wajah yg tiada eksperasi.Kucing yg berwarna Putih itu dipegang erat olehnya.
"Meow!"
"Taknak?Kalau macam,tu..Jom teman Hairin pergi cari makanan."Hairin melangkah ke arah kedai yg berdekatan.Duit di dalam beg duitnya hanya tinggal sedikit lagi.Lepas ni,macam mana dia nak mencari makanan jika duit pun dah habis?


"Makanan kucing?"tanya Hazira sambil bercekak pinggang.
Nadhif mengangguk perlahan.
"Tak boleh."
"Alaa..Boleh,lah..Sy janji sy takkan pergi
mana-mana!Janji itu pasti!"
Hazira memandang wajah Nadhif sekilas.Pergi beli makanan kucing?

'Tak payah bagi dia beli!Kucing je,pun!Mampus
boleh beli baru!'-Kiri

'Tak boleh!Kucing pun makhluk Allah jugak!Haiwan kesayangan nabi pulak,tu!Bagi,lah dia beli!"-Kanan

Hazira berfikir sejenak.Patut,ke aku bagi dia pergi?Nanti kalau dia balik lambat macam mana?

'Tak payah bagi dia pergi!'-Kiri

'Bagi,lah dia pergi!Dia suami kau jugak!Dia boleh,je keluar masuk rumah,ni kalau dia nak tapi dia mintak izin kau dulu..Tak,ke baik tu?"-Kanan

Hazira mengeluh perlahan.
"Ya,lah..Pergi,lah..Balik SEBELUM pukul 7:00..Kalau tak..7 BULAN awak tak boleh keluar!"
Hazira bersuara tegas.Wah..Macam,lah dia yg
jadi suami sekarang,ni..
"Okey!Sy janji sy balik awal!"
Nadhif melangkah keluar dari rumah itu.Ehehe..
Tak sangka Hazira membenarkannya keluar.
Aisyah yg berada di dalam hanya menggeleng.
Pandangannya kemudian beralih ke wajah Hazira.
"Apa?"Hazira bersuara dingin.
"Hmm..Hehehe.."
Wajah Hazira berubah merah.Budak,ni macam ketawa sindir,je?
"Takde apa-apa...Pergi dulu.."sempat lagi Aisyah tersenyum mengejek sebelum dia menutup pintu rumah.
"Kenapa dia pandang aku macam,tu?Hitam..Kenapa dia pandang aku macam,tu?"
Hazira mendakap badan Hitam yg semakin lama
semakin gemuk.Bulunya juga semakin lebat.
"Woi,Hitam..Jangan,lah diam je.."Hazira
mengusap perlahan kepala Hitam.
Apabila tiada orang di dalam rumah,baru dia boleh sentuh Hitam.Ingin sentuh depan-depan..
Eheh!Malu pulak..


"Yg mana satu?"tanya Nadhif yg sedang memilih makanan kucing.
Aisyah yg sedang leka memandang ikan yg berada di dalam aquarium tersentak.
"Ambil yg paling mahal."jawab Aisyah selamba.
"Paling mahal?Duit siapa yg Aisyah guna,ha?"
Nadhif bercekak pinggang.Suka hati dia je mintak
aku beli makanan kucing yg paling mahal..
"Dah,tu..Biasanya paling mahal,paling berkhasiat.
Nadhif berfikir sejenak.Ya,tak,ya jugak,kan?
"Okey,lah!Kita ambil paling mahal!"Nadhif
mengeluh perlahan.
"Yeay.."Aisyah dengan pantasnya mengambil makanan kucing yg paling mahal di situ.
"Hah...Abang dah jadi 'bapa kedana' tau,tak?"
Nadhif membayar barang keperluan kucing di kaunter pembayaran.
Sedang Aisyah leka memandang kucing yg berada di situ,pandangannya tertancap pada
seorang budak lelaki yg sedang memegang
kucing yg berwarna putih.
"Ha..Hairin?"
Hairin memandang ke arah Aisyah yg sudah terkedu memandangnya.
"A..Akak?"Hairin dengan pantasnya berlari
mendapatkan Aisyah.Tubuh Aisyah dipeluknya
erat.
Nadhif yg sudah siap membayar sudah
mempunyai 1001 soalan di dalam fikirannya.
"Akak pergi mana?Puas Hairin cari akak.."
Aisyah menggosok belakang badan Hairin perlahan.
"Kenapa,ni?Bukan sepatutnya Hairin kena duduk
dengan mama,ke?"tanya Aisyah.Pelukan Hairin
masih erat memeluk tubuhnya.
"Mama dah takde..Hairin pun kena halau,lah..Apa lagi?"
Aisyah yg mendengar ayat 'mama dah takde' itu
terus memeluk erat badan Hairin.Air matanya
dibiarkan jatuh.
"Papa takde..Mama pun takde..Kenapa mama,pun tinggalkan kita akak?"tanya Hairin
bersama dengan tangisan.
"Ujian daripada Allah,Hairin..."Aisyah mengelap
air matanya perlahan.
Nadhif yg mendengar sudah mahu menangis.
Begitu besar ujian terhadap mereka.
Hairin memandang wajah Nadhif lama.
"Siapa akak,ni?"tanya Hairin lalu memandang ke
arah Nadhif dengan pandangan membunuh.
"A..Akak?"Nadhif sudah merasakan rasa kasihannya tadi sudah hilang.
"Dia lelaki,lah Hairin..."Aisyah sudah rasa ingin tergelak apabila terpandang wajah Nadhif yg sudah merah menahan marah.
"Oh..Kau lelaki,ke..Maaf..Aku ingat,kan kau perempuan sebab muka kau nampak macam
perempuan.."Hairin bersuara selamba.
Nadhif sudah menarik muka.
"Dia ayah angkat akak.."
"Apa?!Di..Dia tak buat apa-apa dekat akak,kan?"tanya Hairin dalam nada susah hati.
"Tak..."
Nadhif memandang wajah Hairin lama.
"Jom kita pergi shopping,nak?"tanya Nadhif dengan wajah yg ceria.
"Untuk apa?"tanya Aisyah.
"Beli baju untuk Hairin,lah.."jawab Nadhif sambil
tersenyum lebar.
"Maksudnya...."
Mata Aisyah sudah bersinar-sinar.
"Yup!Hairin boleh duduk dengan kita!"
Aisyah bersorak kegembiraan.Hairin sudah berjongket kening.
Nadhif dari tadi hanya tersenyum.
Bertambah lagi jumlah keluarganya sekarang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience