"Apa ni, umi? Hariz tak salah dengar, kan?"
"Tak. Hariz tak salah dengar. Umi nak satukan Hariz dengan Najmi"
Hariz meraup wajahnya tertekan. "Apa yang perempuan tu buat sampai umi nak satukan Hariz dengan dia?"
"Najmi tak buat apa-apa, Hariz. Umi yang nak Hariz kawin dengan dia."
"Tapi untuk apa? Hariz boleh hidup sendiri. Hariz tak perlukan teman hidup. Hariz tak perlukan isteri." Kata Hariz. Muka sudah merah padam.
"Kamu akan faham suatu hari nanti, Hariz. Umi buat untuk kebaikan kamu."
"No. Hariz tak setuju." Terus dialihkan pandangan. Kalau dia terus memandang ibunya, hatinya akan rapuh. Rapuh seperti kejadian yang dulu.
"Hariz satu-satunya anak lelaki umi sekarang. Sampai bila Hariz nak hidup macam ni? Sampai ke-tua Hariz nak hidup dalam kegelapan? Dalam kekesalan? Umi nampak sinar bahagia dimata Najmi tu, Hariz. Umi yakin, Najmi mampu buat Hariz tersenyum kembali. Percayalah cakap umi."
"Apa bising-bising ni?" Sampuk Dato Emer. Dia masuk ke bilik bacaan itu mendekati anak bininya.
"Abah, don't tell me, you and umi planned all this." Duga Hariz.
"Untuk kebaikan kamu." Jawab Dato Emer pendek.
"Apa ni, abah?"
"Abah percaya dengan firasat umi. Kamu akan gapai kebahagiaan kamu dengan Najmi" Potong Dato Emer.
"I believe this is not asking for my consent, this is coercion. The answer must be 'yes' right?" Hariz menatap wajah ibunya.
"I hope so." Balas Datin Zubaidah.
Hariz hilang sabar. Kaki bergerak keluar dari bilik bacaan. Keluar dari rumah lalu memboloskan diri didalam kereta. Stereng digenggam kuat sehingga menampakkan urat-uratnya.
Fikiran melayang memikirkan masa lalunya. Bahagia? Aku tak layak dapat kebahagian. Dari dulu aku bagaikan disumpah. Mana mungkin aku temui kebahagiaan aku.
......
"Tak mudah oke. Ini Najmi lah. Najmi banyak otak." Kata Najmi bangga.
"Dia cakap apa?"
Mereka bertiga masuk ke cafe.
"Dia tanyalah, sugar daddy mana aku carik ni. Cepat betul dapat duit."
"Patu?"
Meja makan dipilih. "Aku cakap, 'Prof. jangan pandang saya takde mata eh. Sebab saya laku lah..." Dia pandang ke sekeliling. Ramai yang sedang memandang ke arah mereka. "Jap asal semua macam gayat je pandang sini. Mungkin betul aku cantik, tu yang ramai insecure." Dia beralih pandang kearah Amalin dan Safwan. Mereka juga sedang memandang kearah yang sama. "Lah korang pon stunned tengok aku ke?"
"Nurul Najemie! Boleh tak sekali tu awak jangan nak perasan?" Ujar Amalin tanpa melihat wajah Najemie.
"Kalau tak perasan sekali tu, bukan aku oke!" Kata Najemie. Pandangan dialih ke arah Safwan yang masih duduk disebelah Amalin. "Eh ni yang buat aku panas ni. Kau pergilah order. Kata tadi nak belanja" Jerit Najemie tanpa segan silu. Hampir kesemua meja disekeliling mereka dengar jeritan itu.
"Diamlah, Najmi. Aku tengah pandang jodoh ni" Amalin sudah tersenyum-senyum.
"Bodoh? Mana bodoh?" Najemie terus berpaling kebelakang. Shocked!
Lelaki yang sedang duduk di meja belakang mereka tepat merenung Najemie tajam. Liur ditelan pahit. Aku ada buat salah ke? Dia menutup mukanya dengan fail ditangan. "Alin, Saf. Kejap eh, aku nak jumpa orang" Pinta Najemie.
"Pergilah" Amalin mengizinkan.
Najemie terus bergerak ke meja belakang. Amalin dan Safwan berpandangan. Terdengar riuh rendah suara yang seakan-akan tidak percaya bahawa Najemie mengenali pemuda tampan itu.
Mereka berlawan mata. "Awak buat apa dekat sini?"
"Kau cakap apa dekat umi sampai umi pon termakan dengan kata-kata kau?" Hariz menyoal dingin.
"Huh? Apa.. saya.. cakap?"
"Kau jangan nak buat-buat tak tahulah. Aku tahu perempuan jenis macam kau ni"
"Apa yang awak tahu tentang saya? Tengok dari sikap awak, orang lain pon tahu awak tak suka bergaul. Ini yang awak cakap tahu?" Balas Najemie.
"Whether willing or forced, you need to cancel your ridiculous plan."
"Saya dah seminggu tau, tak pergi rumah mak awak. Apa yang sedang awak katakan ini Mr. Ice? Rancangan apa? Saya tak fahamlah." Kata Najemie jujur. Mata bulat Najemie menyinggah ke ruang mata Hariz.
Hariz menelan liur. "Umi nak aku kawin.."
"Ha, eloklah. Pergilah kawin. Yang memekak dekat saya kenapa?" Pintas Najemie.
"Hei perempuan. Umi nak aku kawin dengan kau"
"Oh dengan saya." Najemie terangguk-angguk faham. Dia berfikir sejenak. Dengan aku? "What?!?!??? dengan saya?!??"
Hariz tergamam dengan jeritan gadis itu. Dia ni memang kerja nak menjerit je ke?
Ni mesti Siti Saodah punya kerja! Siti Saodah, awak tunggu saya bagi serangan balas! "Kejap, saya buat panggilan dengan bakal mak sedara awak ye"
Panggilan diangkat. "Hm.. Mak su ada apa-apa cerita nak dikongsikan?"
"Cerita apa? Mak su banyak kerja lah"
"Siti Saodah. Awak kenal kan saya macam mana? Awak nak saya balik kampung jemput Pak cik Ehsan?" Ugut Najemie menggeram.
Hariz dihadapan hanya membisu. Menjelajah ke seluruh wajah gadis litup bertudung itu.
"Jangan nak mengada-ngada, Najmi."
"Mak su, apa ni, mak su? Kenapa tak tanya Naj dulu? Naj belajar lagi lah. Lagipun Naj tak nak suami Naj nanti muka beku je. Macam kawin dengan dinding pulak"
Sindiran itu berjaya mengubah riak muka Hariz.
"Hah! Hah! Macam ni. Mak su carikkan batu." Cadang Najemie.
"Nak buat apa pulak dengan batu?"
"Helok lah. Sepadan. Ais dengan batu. Sama-sama takde perasaan" Gurau Najemie.
Hariz sudah menggenggam tangannya menahan kesabaran yang semakin menipis.
"Banyaklah kamu. Datin pilih Najmi, sebab dia percaya Najmi boleh bahagiakan Hariz. Datin tahu, Najmi boleh ubah Hariz. Percaya cakap mak su ni. Kamu tu makin lama bukan makin kecik. Kamu tu makin lama makin besar. Dah dewasa. Jiwa remaja tu buang ke tepi. Dah kena tahu mana baik mana buruk" Nasihat Saodah.
Najemie menguis-nguis failnya. "Mak su nak suruh Naj terima lah ni?"
"Mak su harap macam tulah. Najmi satu-satunya darah daging mak su yang mak su ada sekarang. Mak su dah anggap macam anak mak su dah. Ingat pesan ibu dangan ayah. Hidup ni perlukan pengorbanan. Pengorbanan perlukan?"
"Perjuangan." Jawab Najemie perlahan. Air matanya menitis keluar.
Hariz terkedu.
"Tapi kalau tak berjaya macam mana mak su?" Mata memandang Hariz. Air yang mengalir dilap perlahan.
"Pertahankan selagi dia milik kita. Perjuangkan selagi dia bersama kita." Balas Saodah.
Najemie mengangguk faham. Panggilan ditamatkan. Dia menundukkan kepala tidak berani memandang kearah lelaki itu. "Maafkan saya" Kalau ini takdir untuk saya, saya terima dengan hati yang terbuka. Sambungnya dalam hati.
Hariz terasa nafasnya seakan-akan tersekat. "Kau pasti dengan keputusan kau?"
"Siapa saya untuk menolak takdir"
"This is what you want, right? Fine." Lelaki itu terus bangun dari kerusi meninggalkan Najemie disitu.
* * * * *
Empat hari kemudian.
"Mana bakal menantu kau tu, kak ngah?" Tanya Raidah. Mata tercari-cari jika ada gadis yang berkemungkinan bakal isteri anak buahnya.
"Malam ni baru dia datang, lang. Budak belajar kan. Biasalah."
"Oh belajar lagi. Mesti cantik kan budaknya." Sampuk Wahidah.
"Cantik long. Tu yang Ida berkenan sangat." Balas Datin Zubaidah memuji Najemie.
"Hariz tu oke ke?"
"Kalau tak oke. Ida tak lah gembira macam ni, long oi. Susah nak bincang dengan budak tu. Manjang busy je" Adu Datin Zubaidah.
"Assalamualaikum, mak su" Kedengaran suara Najemie memanggil Saodah didapur.
"Waalaikumsalam. Najmi. Kenapa masuk ikut dapur ni? Bakal mak mertua kamu dekat depan tengah sibuk tengok orang buat pelamin tu." Beritahu Saodah.
Najemie terus memeluk Saodah dari belakang. "Nantilah. Naj rindu mak su. Nanti dah tak dapat nak gurau dengan mak su dah selalu."
"Ada-ada je la budak bertuah ni. Macam mana solat kamu? Dah dapat jawapan?" Tanya Saodah. Memang itu permintaan Najemie. Dia meminta supaya jangan ganggunya dalam masa tiga hari. Katanya mahu mencari petunjuk.
"Dah." Jawab Najemie. Terukir senyumannya. Dalam tiga hari ini, solat istikarahlah peneman dirinya setiap malam.
Kali ini pilihannya tidak salah. Dia harus melakukan sesuatu.
"Eh, Najmi. Kata sampai malam ni." Sapa Datin Zubaidah yang baru masuk ke dapur.
"Hm Naj takut mak su ni termimpi-mimpi Naj. Tu yang Naj datang awal tu." Gurau Najemie.
"Naj dah tengok baju dah? Kalau belum, pergilah naik atas. Baju ada dalam bilik."
"Takpelah. Naj dah tengok dah haritu. Cantik! Pandai datin pilih. Kalau nak harapkan Naj. Tak tahulah apa jadi." Seganlah. Lagipun bukannya duit aku. Nanti orang cakap aku ni mengikis pulak.
"Apa pulak panggil datin. Panggil umi. Praktis. Okeh lah kalau macam tu. Najmi duduklah dulu ye. Najmi mesti penatkan. Yang lain biar umi buat."
Cepat Najemie menarik tangan Datin Zubaidah. "Seganlah Naj u.. um..umi, kalau Naj tak buat apa-apa. Nanti sedara-mara umi cakap apa pulak. Takpe biar Naj teman umi."
Datin Zubaidah tersenyum senang. Pandai betul ambik hati orang. "Baguslah macam tu. Boleh umi kenalkan Najmi dengan yang lain."
Najemie mengangguk setuju.
......
Kaki masuk ke bilik bacaan. Ini kalau bukan sebab umi yang suruh, aku taknak langsung tengok muka beku kau tu, kau tahu tak. Kelihatan Hariz sedang sibuk melakukan kerja di meja.
"Nah, umi suruh bagi awak." Secawan kopi diletakkan diatas meja.
"Hm" Hariz hanya mengangguk.
"Cubalah cakap terima kasih ke apa ke. Ini tak. Penat tau saya panjat tangga tu naik semata-mata nak bagi awak minum." Gumam Najemie protes.
"Aku tak suruh." Dingin Hariz menjawab. "Kalau tak ikhlas, tak payah bagi"
Eyy kecik besar kecik besar je aku tengok kau nilah. "Oke fine"
Suasana menjadi sepi. Najemie cuba mencari idea untuk membuat Hariz bersuara.
"Hm awak tak nak letak apa-apa syarat ke?"
"Aku bukan kaki novel." Ujar Hariz.
Ehhhhh nak cakap orang kaki novel pulak. Aku pelangkung sekali karang.
"Jangan harapkan sangat perkahwinan ni berjalan dengan lancar." Kata-kata Hariz itu membuatkan Najemie memandang tepat ke dalam mata Hariz.
"Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya." Ungkap Najemie dengan penuh yakin.
"Jangan yakin sangat. Nanti kau jugak yang akan merana" Pintas Hariz.
"We bet. For 365 days, I will do anything to make you fall in love with me." Cabar Najemie.
"If I still don't fall in love with you?"
"We ... we're done. You can divorce me. We make our own way. Make it look like we never knew each other." Kata Najemie perlahan.
"Okay. Deal." Setuju Hariz.
"Make sure this is not a contract marriage" Pesan Najemie.
Hariz mengangguk.
* * * * *
Hariz ke halaman belakang rumah. Disitu sahaja tempat yang tidak ramai orang. Waktu ini, dari luar masuk ke rumah dari atas sampai bawah penuh. Dengan budak kecil yang menangis-nangis, sepupu-sepupu yang bergelak ketawa. Dia tidak suka dengan suasana bising itu.
"Haih, awak ni kan. Anti-social betul. Tak dalam bilik bacaan, pindah ke tempat sunyi kat belakang ni." Sapa Najemie menghampiri buaian yang diduduki Hariz.
Hariz melepaskan keluhan. Mana-mana aku ada, kat situlah dia ada.
"Awak tahu tak awak ni handsome. Awak tak nak tunjuk ke muka awak yang handsome tu dekat sepupu-sepupu awak yang cantik tu? Rugi tau masa muda ni tak rasa disanjungi." Kata Najemie ikhlas. Najemie mengambil tempat disebelah Hariz.
"Kau tak malu ke sebagai perempuan dekat-dekat dengan aku?" Soal Hariz mendatar.
"Buat apa nak malu, bakal suami saya. Lagipun bagi saya, malu adalah penakut. Malu kenalah bertempat." Balas Najemie.
"Najmi!" Panggil Saodah. Najemie berpaling. "Sini cepat! Kalau pun dah tak sabar sangat, tunggu lah sampai esok. Sini pakai inai."
"Kejap mak su. Naj datang" Sambut Najemie. "Okelah. Saya pergi dulu. Berkemungkinan kita takkan jumpa lagi sampai esok tengah hari. Jadi awak jangan rindu saya pulak. Kalau rindu tulis surat cinta" Manis senyuman yang diberikan kepada Hariz. Najemie bangun masuk kedalam rumah. Sebelum masuk, sempat dia membuat isyarat tangan seperti sedang menulis ke arah Hariz.
Hariz menyimpan senyum.
* * * * *
"Aku terima nikah, Nurul Najemie binti Abdul Karim dengan mas kawinnya rm1000 tunai."
Setelah memastikan perkataan sah dari semua saksi, maka bermula buku baru dalam kehidupan Hariz Afifi dan Nurul Najemie. Semua kata selamat diterima. Doa dibaca.
Habis membaca doa, Najemie memeluk erat Saodah sambil mengalirkan air mata. "Mak su, halalkan makan minum Naj selama mak su jaga Naj ye, mak su. Naj mintak maaf kalau ada terkasar bahasa yang buat mak su terasa hati dengan Naj. Doakan rumah tangga Naj ye, mak su."
Semua yang berada disitu turut mengalirkan air mata.
"Sekarang Najmi dah jadi isteri orang. Besar tanggungjawab Najmi sekarang. Jaga hati suami. Dengar cakap suami. Syurga Naj ada bawah tapak kaki suami tau. Jangan ingkar cakap suami. Maafkan mak su jika mak su tak jaga Najmi betul-betul. Mak su tak penuhi permintaan Najmi." Ucap Saodah.
Najemie teranggguk-angguk menerima segala nasihat. "Doakan Najmi ye mak su"
"Mak su sentiasa doakan kesejahteraan kamu, Najmi" Balas Saodah lembut.
"Dah, salam suami kamu." Suruh Saodah setelah Hariz mendekati mereka.
Pelukan perlahan-lahan dilepaskan. Dia duduk menghadap Hariz. Hariz menyarung cincin ke jari manisnya. Senyuman nipis terukis dibibir. Dia turut menyarungkan cincin ke jari manis Hariz.
Kemudian, tangan dihulur untuk bersalaman dengan si suami.
Hariz menyambut huluran itu. Najemie mengucup lembut tangan Hariz. Terasa titisan air mata yang jatuh ke atas tangannya.
Sesudah itu, Hariz meletakkan tangan kiri diatas ubun-ubun Najemie dan sebelah lagi menadah tangan. "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepada-Mu dari kejatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan atas dirinya."
Doa diaminkan.
"365 days we have begun. Life as a husband and wife has also begun. Assalamualaikum suamiku. Aku Nurul Najemie, aku tak pernah menyesal memilihmu sebagai pendamping hidupku. You made me fall in love for the first time in my life" Kata Najemie yang ketika itu hanya mereka berdua sahaja dapat mendengarnya.
Hariz terkedu mendengar ucapan yang tulus itu. Baru dia perasan gadis ini memiliki mata berwarna hazel apabila tidak memakai cermin mata. Tidak lepas dia dari menatap gadis yang telah sah menjadi isterinya itu.
"Hariz, lamanya pandang. Tunggulah malam ni. Tahulah isteri tu cantik. Sekarang kita ambik gambar dulu." Tegur Datin Zubaidah menepuk bahu si anak.
Najemie tersenyum nipis ke arah Hariz mengejek.
"Oke satu. dua. tiga."
......
Mereka melangkah masuk ke dalam bilik. Keluhan dilepaskan. "Penat giler" Gumam Najemie. "Kejung dah pipi aku, manjang senyum je dari pagi sampai malam"
Hariz hanya membisu mendengar bebelan sang isteri.
"Kita solat sama boleh?" Tanya Najemie menoleh ke arah Hariz yang sedang membuka jam tangan. Eyy bergaya betul laki aku ni lah.
"Hm." Hariz mengangguk.
" Oke tapi Naj mandi dulu oke. Awak mandi lepas ni. Atau lagi senang nak cepat, kita mandi sama-sama, nak?" Ajak Najemie sengaja ingin menguji.
Hariz kaku.
"Cepat.. Rugi tau.. Dapat pahala.."
Diam.
"Oke bagus tu tak nak. Orang susah-susah nak dapat pahala. Dia senang-senang je nak tolak." Usik Najemie lagi. Dia terus masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.
Hariz menelan liurnya. Dia jadi tidak percaya. Biar betul! Tangan dibawa ke dada.
.
Kali pertama solatnya diimamkan sang suami. Tenang rasanya hati bila mendengar alunan ayat suci yang dibacakan suami. Selesai mengaminkan doa, Hariz menoleh ke belakang.
Hariz menghulurkan tangan dan disambut lembut si isteri. "Terima kasih, abang. Sudi terima Naj sebagai isteri abang. Naj terima abang seikhlas hati Naj. Tegurlah Naj kalau Naj ada melakukan kesilapan. Hukumlah Naj jika Naj ingkar arahan. Maafkanlah Naj jika abang memaafkan. Assalamualaikum suamiku. Naj sayang abang"
Hariz mengusap kepala Najemie beberapa kali sebelum dia membuka telekung wanita itu. Dilipat telekung dan sejadah buat si isteri.
"Abang sayang Naj tak?"
Tiada jawapan. "Turun. Makan. Nanti umi bising." Hariz terus keluar dari bilik untuk menyertai sanak saudara untuk makan malam.
Najemie menggigit bibirnya. Soalan senang pon tak boleh nak jawab. Heh! Sombong!
.
.
Share this novel