Najemie melangkah keluar dari bilik Prof. Imran. Mukanya cemberut.
"Bila awak nak bayar yuran kolej awak ni, Nurul Najemie? Dah banyak kali saya mintak. Sampai sekarang awak tak bayar-bayar lagi." Prof Imran menatap wajah gadis dihadapannya.
"Prof bagi saya masa lagi. Saya tengah usaha carik duit" Tertunduk-tunduk kepalanya.
"Awak kena ingat ye Najmi, kalau awak tangguhkan lagi bayaran kolej awak ni, saya terpaksa berhentikan awak dari terus belajar disini."
"Hm prof. prof. janganlah macam tu. Saya cuba. Saya cuba. Kalau boleh saya carik sugar daddy, saya carik. ye prof. Tolong" Mulut dicembengkan, mata dikelip-kelip beberapa kali.
"Hm bagoslah tu. Janji bayar. Segera!"
Terngiang-ngiang suara Prof. Imran. Nafas berat dilepaskan.
Amalin dan Safwan datang menerjah Najemie yang sedang berjalan malas di koridor itu.
"Beb, how?"
"Nyah, macam mana ni? Aku takde duit. Prof dah memekik dah tu mintak aku bayar. Kalau tak aku diberhentikan." Adu Najemie memeluk batang leher sahabat baiknya.
"Sabar! Sabar! Selalu macam tu kan." Pujuk Amalin.
Najemie berhenti kecemasan. "Saf, kau kata haritu abang kau ada cari pekerja kan. kan kan!?"
Safwan memandang Najemie mengejek. "Sory Najmi, dah penuh. Tulah haritu aku offer kau badakkan je. Padan lah muka."
"Alahhhhhh. Takkan aku nak mintak sedekah pulak." Najemie berpeluk tubuh tanda merajuk.
"Kau cubalah tanya makcik kau yang kerja dekat rumah orang kaya tu. Mana tahu dia boleh tolong." Cadang Amalin.
"Hish malulah aku. Dah lah dulu aku yang beria tolak pertolongan dia."
"Tulah kau, orang nak tolong, senang-senang kau tolak. Nak berdikari konon" Sindir Amalin.
"Alaaa.."
......
"O mak kau mengandung!" Ha kan dah terkeluar kuasa aku.
Dia pantas mendongak memandang orang yang melanggar dirinya yang tidak berdosa itu.
"Hish apa langgar-langgar? Ingat orang takde hantaran ke?" Marah Najemie mengetap bibir. Spec yang mahu terlucut, dibetulkan semula. Habis aiskrim aku jatuh! Tak guna punya jantan. Dia mendongak kearah orang itu. Tergamam dia melihat lelaki tampan dihadapannya.
Lelaki itu merenung ke dalam mata Najemie tajam.
Melihat mata lelaki itu merenungnya, terus kedua belah tangan dibawa ke dada. "Awak jangan main-main eh dengan saya. Ss.. saya.. Saya ada tali pinggang hitam."
Terukir senyuman sinis dibibir lelaki itu. "Nonsense!"
"Eh eh.. suka hati dia je nak cakap 'nonsense' dekat kita. Awak kalau dah terdesak sangat, pergi carik yang lain. Saya takde masa"
"Lots of crazy people roaming around here .."
"Amboi sedapnya mulut cakap.."
Belom Najemie menghabiskan kata-kata, lelaki itu terus pergi dari situ.
"Oi saya belom habis cakap lagi. Hish, nasib kau handsome je tau. Kalau tak, dah lama aku terbalikkan kau dengan batang penyapu" Laung Najemie.
Telefon berdering menandakan ada panggilan masuk. "Ye mak su?"
"Najmi dekat mana tu? Dah sampai dah?"
"Belum lagi Siti Saodah. Naj tengah on the way ni. Jalan jem pulak" Tipu Najemie. Bibirnya mengulum senyum.
"Ah Najmi. Kamu tak payah nak tipu mak su. Mak su kenal anak sedara mak su macam mana."
"Taklah mak su. Ni tadi ada orang utan mana tah langgar Naj. Mak su tunggu kejap je lagi. Nanti Naj sampai. Pasang carpet merah tau. VVIP nak lalu." Gurau Najemie.
"Banyaklah. Cepat!" Marah Saodah sambil tersenyum. Ada-ada je budak ni.
......
"Assalamualaikum" Ucap Hariz.
"Waaalaikumsalam. Ha Hariz. Baru sampai?" Datin Zubaidah menyapa.
Hariz mengangguk tanpa riak. Salam dihulur.
"Abah tak balik sama?"
Hanya gelengan yang diterima sebagai jawapan. Datin Zubaidah tersenyum nipis. Bilalah Hariz nak berubah? Sejak perginya anak sulung mereka, Hariz tiba-tiba tidak seperti selalu. Dia mudah marah. Dingin dengan orang. Susah nak dengar suara. Orang tanya sepatah, begitulah. Gelengan dan anggukan yang diterima.
Beberapa detik kemudian, kedengaran kereta masuk ke perkarangan rumah. Anak perempuan dan menantunya pula tiba. "Dah pergi salam nenek"
Berlari seorang anak kecil berusia dua tahun terkedek-kedek kearah Datin Zubaidah. Lebar senyumannya apabila dapat memeluk cucu sulungnya itu. "Isya cucu nenek" Di kucup pipi Atisya beberapa kali bagi melepaskan rindu.
Di pintu belakang, Najemie menjenguk-jenguk diluar rumah. "Mak su, bahagianya family ni mak su. Mak su mesti selesa kan duduk sini. Baik-baik je semua. Ingatkan orang kaya sombong-sombong" Dicuit bahu Saodah.
"Hm tulah.. dulu mak su suruh belajar betul-betul, ponteng pergi cc. Dah terlepas kelas 'menilai orang'." Perli Saodah.
Najemie memuncungkan mulutnya. "Tanya sikit nak perli-perli"
"Eh ni, kamu elok-elok sikit perangai dekat sini. Jangan tunjukkan perangai meroyan kamu tu, Najmi. Malu mak su nanti. Mana mak su nak tutup muka mak su yang awet muda ni" Pesan Saodah.
"Perhhh awet muda siot! Tapi takleh kalah Nurul Najemie lah ye. Nurul Najemie takde kedutan di dahi" Balas Najemie.
Datin Zubaidah yang mahu masuk kedapur jadi tidak jadi bila terdengar usikan Najemie itu. Dikulum senyumnya.
"Ni, kamu baru nak ingat mak su ni kenapa?" Tanya Saodah.
"Mana ada mak su. Naj nak melawat mak sedara Naj je. Takkan mak su tak bagi."
Saodah mengerling sekilas. "Heh! Kamu ingat mak su percaya temberang kamu tu."
Najemie melepaskan tawanya. "Alaa mak su ni.. Naj baru nak acah-acah jadi anak sedara mithali."
"Mithali kedaruk kamu. Cepat cakap. Nak apa? Tak cakap, cancel!"
"Oke. Oke. Oke. Hm. Mak su~ Naj nak pinjam duit boleh tak? Yuran kolej Naj dah banyak tertunggak. Naj tak boleh tangguh lagi dah. Nanti Naj terpaksa diberhentikan." Beritahu Najemie menggesel-gesel bahu Saodah.
"Boleh, Najmi. Nanti mak su bagi, ye. Jangan risau pasal duit. Mak su sentiasa ada untuk bantu darah daging mak su" Saodah mencubit pipi Najemie.
......
Saodah menghidangkan lauk pauk di meja makan. Seorang demi seorang turun mengambil tempat. Orang terakhir yang akan turun, semestinya Hariz Afifi. Dia hanya menundukkan kepala sebelum semua memulakan makan.
"Wow! Ikan tiga rasa. Ni belom makan dah tahu sedap ni!" Puji Hazila.
Saodah dan Najemie dipaksa untuk duduk makan bersama. Najemie terpandang akan lelaki dihadapanya yang sedang menunduk. Tak nampak muka. Heh ni mesti sombong ni. Terus dia alihkan pandangannya.
Dato Emer mengetuai bacaan doa.
Najemie mencapai gelas berisi air jus tembikai. Tepat lelaki itu mengangkat wajahnya, Najemie tersedak. Nasib tak menyembur. Dia?!??
"Kenapa tu, Su? Ada orang rindu dekat anak sedara kamu ke?" Tanya Datin Zubaidah.
Saodah ketawa geli hati. "Alangkah bagosnya..." Datin Zubaidah yang tadi nampak tersenyum, terus mati senyumannya. "... kalau ada." Jawapan Saodah membuatkan dia kembali tersenyum.
Najemie mencuit peha Saodah dibawah meja. "Amboi Siti Saodah. Seronok betul eh gelak kan orang. Dia tu single sampai sekarang, orang tak bising pon."
"Ni siapa masak?" Tanya Dato Emer. Suasana terus menjadi diam.
Barulah Hariz memandang kearah gadis dihadapannya. Dahi berkerut sedikit.
Alamak! Tak sedap ke? Aku ada tertinggal letak bahan ke ek? Monolog Najemie dalam hati.
"Hm saya dato. Maafkan saya dato kalau saya masak tak sedap. Saya dah cakap dah dekat mak su, tak sedap. Tapi mak su tak percaya. Lep.. lepas.. lepas ni saya janji saya tak masak dah. Ataupun, oke takpe. Saya tak datang sini dah. Maaf sangat-sangat." Dia menunduk takut.
Dato Emer dan Datin Zubaidah tersenyum lucu. "Lajunya lah kamu cakap. Bukan tu maksud saya. Saya tanya sebab saya terkedu. Sedap sangat!"
Najemie tersipu malu. "Tulah, saya dah kata dekat mak su tadi, saya masak sedap. Mak su lah ni. Tak percaya" Dia menjeling mak su nya bangga.
Saodah menoleh tidak percaya. Balik-balik aku pulak yang kena.
Najemie mendekatkan dirinya ke Saodah. "Nampaknya Naj dah boleh ganti mak su" Gurau Najemie. Muka comel ditayangkan.
Hariz dihadapan hanya memerhati gelagat wanita itu. Annoying!
* * * * *
"Najmi nak ke kolej ke?" Tanya Datin Zubaidah apabila melihat gadis itu sedang duduk memakai kasut sneakers.
"Ye datin." Jawab Nejemie sopan.
Selang beberapa saat, Hariz turun dari tingkat atas. "Ha Hariz. Tumpangkan Najmi ke kolej."
"Eh takpe datin. Naj boleh pergi sendiri." Tolak Najemie. Sebenarnya bukan apa, janggal je. Dah la semalam dia gaduh dengan lelaki itu.
"Eh takpelah. Lagipun kolej Najmi dengan pejabat satu hala. Boleh kan Hariz?"
Hariz mengerling ke arah Najemie. "Hm" Balas Hariz setuju.
Terpancar senyuman Datin Zubaidah. Hariz terus memboloskan diri ke dalam kereta.
Najemie sudah menggigit bibirnya. Takut-takut dia masuk ke dalam kereta Hariz. Tali pinggang keledar ditarik.
Kereta Hariz terus meluncur laju keluar dari perkarangan rumah agam Dato Emer. Keluar sahaja dari kawasan perumahan itu, Hariz memberhentikan keretanya ditepi jalan.
"Eh awak berhenti kenapa? Awak jangan eh.. Saya .. Saya.."
"Keluar" Arah Hariz tanpa memandang kesisi.
"Eh tapi belom sampai lagilah." Mata memandang sekeliling. "Takde. Takde. Saya takkan keluar." Putus Najemie menggenggam erat tali pinggang keledarnya.
Hariz sudah mula naik angin. Dia menghadap kearah Najemie. "Kau nak keluar atau aku paksa kau keluar"
Najemie tidak mengendahkan ugutan itu. Dia memandang kehadapan. Tidak gentar.
Hariz menarik nafas dalam. Dia keluar dari kereta lalu bergerak ke arah sebelah pemandu. Pintu dibuka kasar. "Keluar"
Najemie berpeluk tubuh menggeleng tidak mahu. "Kalau awak paksa jugak, saya jerit"
"Do it.."
"Tolong!!! Suami saya nak pukul saya!!! Tolong!!!" Jerit Najemie kuat.
Hariz membuntangkan mata tidak percaya. Dia memandang kekiri dan kanan. Pantas sahaja menutup pintu kereta. Fine!!!
Didalam kereta, Najemie sudah tersenyum kemenangan.
Hariz masuk semula. "Fun? Okay." Handbreak ditarik, pedal minyak ditekan kuat.
Najemie sudah menelan liurnya. "Aw.. Awak.. Awak buat apa ni?"
Hariz tersenyum senget. "We're having fun"
"Tak fun langsung!!!" Jerit Najemie. "Saya nak hidop lagi lah! Saya nak kawin! Saya nak anak! Saya tak nak mati awal!!!! Saya bagitahu mak awak!!"
"Apa? Tak clear lah!" Balas Hariz. Sengaja dilajukan pemanduannya lagi.
"Awak nak mati! Mati sorang-sorang!"
"Hah!?"
"Saya tak nak kawan awakkkkkkkk!!!"
......
"Apa pendapat abang tentang Najmi, bang?" Soal Datin Zubaidah kepada suaminya yang sedang menjamu sarapan.
"Huh? Najmi? Okey. Budak tu oke je. Kenapa?"
Datin Zubaidah sudah tersipu-sipu.
"Hm adalah tuh kalau dah senyum-senyum macam tu. Ida kenal kan Hariz macam mana."
"Sebab Ida kenal lah, Ida nak satukan Hariz dengan Najmi."
Saodah yang ketika itu sedang menuangkan air kopi kedalam cawan tersentak.
"Bolehkan, Su?" Tanya Datin Zubaidah inginkan kepastian.
Saodah memandang Dato Emer dan Datin Zubaidah silih berganti. "Eh datin biar betul."
"Apa tak betulnya. Betul lah."
"Hariz mesti tak setuju, datin. Najmi tu masih belajar. Nakal lagi budaknya"
"Takpe. Pasal Hariz, biar saya uruskan. Tahulah saya nanti. Su cuma pastikan Najmi terima lamaran ni untuk anak saya. Kalau dia setuju, kita langsungkan dua minggu dari sekarang" Kata Datin Zubaidah.
"Tak terlalu cepat ke, Datin? Sempat ke?"
"Jangan risau, saya uruskan semua."
Saodah mengalih pandang pada Dato Emer. "Betul ni dato?"
"Apa yang Ida rasa terbaik, terbaiklah jugak untuk saya, Su" Jawab Dato Emer.
Share this novel