SST - 3

Romance Completed 74784

"Abang memang nak balik rumah abang harini eh?" Soal Najemie semasa mereka sudah berada didalam bilik. Najemie baru tahu Hariz tidak menetap dirumah Dato Emer dan Datin Zubaidah semasa sarapan tadi.

"Hm."

"Maknanya, Naj kena balik rumah sewa hari ni lah kan?"

Hariz mengerutkan dahinya. "Rumah sewa?"

"Kolej Naj dekat dengan rumah sewa. Jadi nanti tak lah susah nak pergi kolej" Beritahu Najemie tanpa selindung.

"Takpayah. Najmi duduk rumah abang." Kata Hariz.

"Jauh abang. Kesian abang nanti nak kena hantar Naj tiap-tiap hari. Lagipun Naj dah tahun terakhir. Nanti Naj pergi rumah abang tiap-tiap minggu, oke?"

"Kenapa nak susahkan diri datang tiap-tiap minggu? Najmi isteri abang kan?"

Najemie terdiam. Tiada jawapan untuk itu.

"Ke Najmi tak ikhlas pon kawin dengan abang? Kalau tak ikhlas, kenapa setuju? Sama jelah hidup abang kalau ada ke takde isteri. Tak berubah pon." Duga Hariz.

"Bukan macam tu abang." Nafi Najemie.

"Kalau bukan, ikut abang balik. Lepasni kita singgah rumah sewa Najmi. Ambik barang." Arah Hariz mendatar.

Najemie mengangguk lemah.

......

"Hati-hati memandu tu angah. Jaga kakak ipar adik tu elok-elok. Jangan garang-garang sangat. Nanti bini lari baru tahu." Usik Hazila.

Hariz mengangguk sahaja.

"Angah jangan lupa oke. Jangan skip makan, faham? Ingat. Badan tu bukan sihat sangat." Datin Zubaidah pula memberi pesan.

Masih mengangguk.

"Najmi. Jaga Hariz baik-baik oke. Umi percaya Najmi boleh buat yang terbaik untuk anak umi."

"In shaa Allah, umi. Naj akan ingat pesan umi dari A sampai Z. Dari 1 sampai 100. Dari bulan capai ke bintang." Manis mulut Najemie berbicara.

Datin Zubaidah tersenyum senang. Hariz menutup tingkap lalu memandu keluar dari perkarangan rumah.

Terdengar Najemie melepaskan nafas. Hariz mengerling kearah gadis itu. "Balik nanti, abang kena check telinga Naj ni."

"Kenapa?"

"Rasa dah berbuih-buih dalam telinga ni kena dengar semua mak cik- mak cik abang bagi nasihat. Ramai tahu tak" Rungut Najemie.

Hariz tidak menjawab.

"Abang senanglah. Orang cakap sepatah. Terangguk-angguk patu geleng. Naj tak boleh. Boleh patah tau leher Naj kalau macam tu."

Masih tiada suara dari Hariz.

"Eh abang. Naj nak makan aiskrim. Abang berhenti kejap boleh? Haritu, tak puas pon makan aiskrim tu, ada orang langgar Naj. Nasib orang tu handsome." Najemie sudah panjang leher mencari 7E.

Hariz mengerling ke sebelah. "Hm" Dia terus perlahankan pemanduan.

* * * * *

"Najmi. Ada pelajar baru yang masuk ke kelas kita. Aku dengar dia baru balik dari luar negara. Balik sebab apa aku tak tahu. Orang kata dia handsome." Cerita Amalin bersungguh-sungguh.

Najemie yang sedang khusyuk membaca buku terhenti. Dia mengangkat wajahnya memandang Amalin. "Oke"

"Tu je jawapan kau? Kau ni. Excited lah siket. Budak baru kot." Marah Amalin. Penat-penat aku beria bercerita. Itu je reaction dia.

"Apa yang interesting nya dengan budak baru pon. Hish, diamlah. Aku nak belajar." Najemie meneruskan pembacaannya.

"Eh eh tang-tang tu lah nak belajar bagai. Saf mana? Dari tadi tak nampak."

"Diakan selalu dengan kau." Balas Najemie. "Eh aku nak jumpa Hairy kejap. Kau duduklah sini tunggu Saf tu. I busy. Sory."
Najemie bergerak ke meja Hairy, pelajar terbijak didalam kelas.

Sesudah mendapat jawapan dari Hairy, Najemie bangun berdiri untuk ketempatnya semula. Dah tertulis nasib malangnya, dia berlanggaran dengan seorang lelaki.

Aduhhh! Kenapalah sejak dua menjak ni aku asyik kena langgar je. Aku ni tunggul ke sampai orang tak nampak aku ni.
Dia mendongak memandang kearah lelaki itu.

"Hm sorry." Pohon lelaki itu.

Najemie tersenyum nipis. Nasib yang ni sopan sikit. "It's okay" Dia terus ketempatnya.

"Beb, malam ni aku nak lepak dengan Saf kat tempat biasa. Nak ikut?" Tanya Amalin.

"Sory Alin. Aku kena balik rumah. Su.." Najemie menggigit bibirnya. Nasib tak terlepas.

"Su apa?"

"Mak su aku lah. Dia dah tak bagi aku keluar dah sekarang ni. Dia suruh aku fokus dekat dia je lepas ni."

"Apahal pulak? Mak su kau sakit ke?"

"Bukanlah. Mak su aku elok je. Maksudnya.. aku kena selalu jenguk mak su aku lah."

"Dah kenapa tiba-tiba rajin nak lawat mak su kau ni? Bukan dulu kau jarang ke?"

Najemie melihat jam ditangan. Waktu balik. Dia cepat-cepat berkemas. "Kau ni banyak tanya lah Alin. Kau jangan risaulah. Cuma sekarang aku dah tak boleh nak keluar rumah sesuka hati. Aku dah tak duduk rumah sewa tau. Jangan sergah rumah tu pulak. Kang tak pasal-pasal kau yang kena sergah." Dia terus berlalu pergi.

"Eh Najmi.. Oi Najmi. Habis kau duduk mana?" Laung Amalin.

"Secret" Balas Najemie sambil tangan melambai-lambai tanpa menoleh.

Sambil menunggu di lobi kolej, seorang lelaki menyapa Najemie. "Hai"

Najemie menghadiahkan senyuman. "Hai. Eh awak yang tadi kan."

Lelaki itu mengangguk senang. "Maaf. Saya tak sengaja tadi. Nama awak apa?"

"Najmi." Jawab Najemie pendek.

"Saya Haziq." Kata lelaki itu perkenalkan diri menghulurkan tangan ingin bersalam.

Najemie cepat-cepat menunjuk kearah tudung yang dipakai seperti memberitahu dia tidak bersalaman dengan lelaki.

"Eh saya lupa la." Najemie mengerutkan dahi. Dia terpandang-pandang ke belakang seperti ada tertinggal sesuatu.

"Lupa apa?" Haziq turut memandang ke belakang.

"Oh saya lupa, saya tak tanya." Najemie buat-buat senyum.

"Hm saya bagitahu je. Manalah tahu awak nak kenal dengan saya."

"Oke."

"Boleh saya mintak nombor phone awak?" Minta Haziq mencuba nasib.

Beberapa detik selepas itu, sebuah kereta BMW X5 berhenti dihadapan mereka. Tak nampak pemilik kerana tingkap depan belakang bertinted kecuali cermin depan dan belakang. Tapi Najemie tahu itu siapa.

Orang yang lalu lalang disitu semua memandang gayat kearah kereta itu.

"Maaf. Saya pergi dulu." Najemie menunduk hormat. Muka ditutup dengan buku. Dia berlari masuk kedalam kereta.

Hariz mengerling kearah Najemie. Sempat dia meneliti lelaki yang berbual dengan isterinya tadi. "Seatbelt" Kata Hariz mendatar sebelum memulakan pemanduan.

"Oup." Najemie terus menarik tali pinggang keledar. "Abang tak kerja harini?" Tanya Najemie apabila melihat baju tidak formal yang sedang tersarung dibadan Hariz.

"Hm."

"Abang pergi mana tadi?"

"Kubur." Jawab Hariz ringkas.

"Oo lawat arwah along?"

"Hm" Hariz angguk.

"Hari ni abang nak makan apa-apa? Naj boleh masakkan." Speck ditanggal rimas.

"Anything is okay"

"Oke." Najemie menghadiahkan senyuman manis. Ketika itu Hariz berpaling. Dia tak tahu kenapa, dia suka menatap mata itu. Cantik! Cantik sangat. Lagi cantik bila isterinya tidak mengenakan tudung.
Dia berpaling semula.

"Abang tahu tak abang handsome sangat. Cuba abang senyum. Mesti lagi handsome" Najemie membuang pandang ke luar tingkap.

Hariz berpaling kesisi. Jelas terukir kerutan didahinya.

"Abang, Isya tu comel kan?" Tepat Najemie berpaling, Hariz menukar posisi pandangannya kehadapan semula. "Geram Naj tengok dia."

Lelaki itu mengangguk setuju.

"Abang pernah dukung dia?"

Hariz menggeleng.

"Macam mana nak ada anak kalau dukung baby pon tak nak" Rungut Najemie.

"Anak?"

"Yelah. Anak. Eh, abang jangan salah anggap pulak. Maksud Naj tu, Naj cakap je. Tak maksudkan apa-apa. Naj tak mintak pon masa abang belum sedia. Abang jangan risau. Naj oke je. Lagipon Naj kan still belajar lagi." Tersenyum Najemie sedaya upaya meyakinkan Hariz.

Suasana kembali sepi.

Besar sungguh impian gadis ini. Mampukah aku?

......

"Abang. Bangun bang. Dah nak maghrib ni." Kejut Najemie lembut. Lena Hariz tidur di sofa ruang tamu itu. Dilabuhkan punggung diruang yang sipi-sipi itu.

"Tak baik tidur masa maghrib macam ni." Bahu lelaki itu ditepuk beberapa kali.

Hariz menggeliat penat. Senyuman terukir apabila melihat sang suami yang mengalihkan posisi tidur dari mengering ke posisi terlentang.

Najemie mencuit pipi Hariz. Jelas kelihatan Hariz sedang berkerut seperti marah kerana orang mengacau tidurnya. Najemie mengulangi perbuatannya. "Asyik berkerut je" Rungut Najemie.

Hariz terus menangkap tangan isterinya dibawa ke dada. Najemie tergamam. "Abang. Bangun abang. Mandi. Kita solat sama-sama.

Mata dibuka perlahan-lahan. "Huh?" Hariz membalas pandang dengan mata yang masih layu.

"Bangun. Kita solat maghrib sama-sama." Jawab Najemie. Ditarik tangannya dan dibawa ke kepala Hariz. Rambut Hariz dibetulkan dan dibawa kebelakang. "Bangun, abang. Kita solat" Dipegang kedua belah pipi Hariz lalu perlahan dikucup dahi suaminya lembut.

Terus terbuka mata Hariz.

Najemie sudah tersenyum kemenangan. "Bangun!"

Hariz menegakkan badan dan duduk sebentar sebelum dia bergerak untuk naik ketingkat atas.

Seusai mandi dan solat maghrib dan isyak bersama-sama, seperti biasa Najemie mesti mengungkapkan kata-kata cinta. "Assalamualaikum suamiku. Naj sayang abang"

Hariz mengangguk. Seperti biasa, Hariz membuka telekung Najemie dan sejadah dilipat, disangkut ketempat pengangkut.

"Abang sayang Naj tak?"

Tiada jawapan.

Najemie mengangkat kedua bahunya tidak kisah. Sebelum dia turun untuk ke dapur, sempat dia berpesan. "Nanti abang turun, oke? Kita makan."

Hariz mengangguk.

......

Hariz sudah duduk dimeja makan. Najemie keluar dengan membawa lauk ayam masak merah lalu diletakkan diatas meja.

Gadis itu mengambil tempat di sebelah Hariz. Hariz memandang Najemie hairan.

Najemie mengangkat kening seperti bertanya 'kenapa?'

"Tak duduk depan abang?" Soal Hariz.

"Tak nak. Naj nak duduk dekat dengan abang. Lagi dekat, lagi dapat pahala." Terus senyuman yang menghiasi bibirnya.

Hariz mengalihkan pandangannya ke makanan didepan mata. Lagi lama dipandang wajah gadis itu, lagi terpukau dia dengan kecantikan perempuan yang bergelar isteri ini. Belum sampai seminggu pon perkahwinan mereka, macam-macam yang Najemie keluarkan untuk dia jatuh cinta pada isterinya.

"Abang. Kalau Naj jatuh cinta dengan seseorang, abang bagi tak?" Tanya Najemie tanpa memandang Hariz.

Pergerakan Hariz terhenti.
"Hm."

"Tadi kan, Naj jumpa seorang laki ni. Dia handsome sangat." Puji Najemie sambil tersenyum manis mengingati wajah lelaki yang dimaksudkan.

Hariz mengerling sekilas. Jelas terpancar keserian wajah isterinya apabila bercerita tentang lelaki itu.

"Lelaki tadi?" Soal Hariz dingin.

"Ha laki tadi" Jawab Najemie spontan.

Seleranya hilang. Dia bangun berdiri.

"Eh abang nak pergi mana?" Najemie menahan lengan suami supaya kembali duduk.

"Dah kenyang."

"Naj ada salah cakap? Naj tak habis cerita lagi."

"Abang nak buat kerja."

Najemie melepaskan pegangannya. Hariz terus membawa pinggannya ke sinki.

"Abang biar je pinggan kat situ. Nanti Naj basuh."

Hariz naik ke tingkat atas tanpa memandang Najemie yang sedang terkulat-kulat.

Dahi berkerut hairan. "Aku ada salah cakap ke?" Pikirnya.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience