Nak tak baca kisah cinta Hariz Afifi dan Nurul Najemie? Masa lalu Hariz telah mengubah hidupnya dari seorang yang banyak bicara kepada seorang yang tidak banyak cerita. Orang bertanya, hanya sepatah dua kata sahaja yang keluar dari bibir itu. Kenapa Hariz berubah secara drastik seperti itu? Kisah silam apa yang terjadi sehingga dia menjadi seorang yang berhati batu? Munculnya seorang gadis belasan tahun telah mengembalikan dirinya yang dulu secara perlahan. "Hariz tak patut rasa bahagia. Hariz tak patut biarkan Mia merana disebabkan perbuatan terkutuk Hariz dulu." -Mia "Hariz bersalah Mia." -Hariz Najemie seorang gadis yang ceria. Kehilangan orang tua disebabkan dirinya membuatkan dia merasa dia anak tidak berguna. Terlalu banyak derita dahulu membawa dia kepada tidak mahu menanggung lagi rasa sakit. Dia perlu kuat. Sikapnya yang banyak bicara telah menambat hati si bakal ibu mertua. Dengan gurauan nakalnya. Ditambah pula dengan loyar buruknya membuatkan orang sekeliling tidak kering gusi bila bersamanya. "Siapa perempuan tu sebenarnya Hariz? Adakah saya penghalang kisah cinta awak dengan dia? Adakah saya watak ketiga dalam kisah cinta ini?" -Najemie "Awak selamanya watak utama untuk kisah ini. Bagi saya masa untuk perjelaskan semua ini. Saya perlu mencari jawapan sebelum cerita kita berakhir dengan happy ending" -Hariz Apa sebenarnya sudah berlaku? Apakah kisah disebalik hubungan antara Hariz dan Najemie? Apa pula kaitan Mia Afrina dengan Hariz? Adakah terkait dengan kisah lalu mereka? "Sukalah saya, tolong!" -Najemie "Saya cintakan awak, Najmi" -Hariz "Awak dah janji nak bersama saya, Hariz" -Mia *Dengan rendah diri, sudilah baca nukilan ku ini. Harap semua suka. Enjoy!
View All Chapters (Total 56 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-05-09 1 Replies
cite ni dah habiskan
2024-05-03
Tq happy ending... marathon baca citer yg penuh dugaan buat Najmie...ko seorang yg kuat...tahniah Deejakayla...setiap jalan cerita tidak pernah mengecewakan...all the best
2023-10-20
huhuu...penuh suspen eh cite nie...layan je cite dia.. tahniah author :)