SST - 4

Romance Completed 74784

Najemie melangkah masuk ke bilik. Nafas lega dilepaskan. Puas orang carik keliling rumah. Kat situ rupanya.

Dia bergerak menghampiri Hariz yang sedang duduk menghadap permandangan luar di beranda bilik sambil sibuk melakukan kerja di dalam laptop.

Najemie memeluk suaminya dari belakang. "Abang buat apa ni?" Kepala dilentokkan ke pipi Hariz.

"Kerja." Jawab Hariz pendek.

"Abang merajuk eh sebab Naj jatuh cinta dengan lelaki tadi?" Tanya Najemie buat-buat bodoh.

"Tak."

"Naj kenal suami Naj. Tulah, abang tak dengar sampai habis pon apa yang Naj nak cakap. Abang terus pergi macam tu je. Naj pon hilang selera tau bila abang takde makan sama-sama dengan Naj." Adu Najemie.

Tiada kata balas.

"Naj dah jatuh cinta dengan lelaki yang imamkan solat Naj tadi lah." Beritahu Najemie jujur. Sempat dia mencium pipi suaminya.

Hariz kaku.

"Abang ingat siapa? Laki dekat kolej tadi?" Duga Najemie.

Tiada angguk dan tiada geleng.

"Bukan, abang. Naj pon baru kenal laki tu. Tak pernah nampak muka pon sebelum ni."

"Abang nak tahu tak, sejak terlafaznya akad abang, bersaksikan abah dan keluarga, abang adalah segalanya bagi Naj. Abang kena percaya tu."

Nafas ditarik. "Naj dah berikan cinta Naj pada abang. Dan Naj sambut cinta abang dengan seikhlas hati Naj. Bila cinta adalah udara. Maka abang adalah nafasnya. Abang, abang adalah alasan Naj untuk Naj sentiasa bertahan." Bisik Najemie mengeratkan lagi pelukannya.

Hariz menutup laptopnya.

"Abang mengantuk." Dia mendadak berdiri membuatkan Najemie tersentak dari hangatnya pelukan.

Najemie mengangguk faham. Dia membontoti langkah suaminya ke arah katil. Hariz berbaring. Najemie duduk dibirai katil. Dibetulkan conforter Hariz.

Kepala didekatkan ke dahi suaminya. Rambut lelaki itu dibawa ke belakang. Satu kucupan singgah ke dahi Hariz. "Selamat malam, abang. Naj sayang abang" Dia menegakkan tubuhnya lalu berdiri untuk keluar dari bilik itu.

"Najmi nak pergi mana? Tak tidur sini?"

Najemie tersenyum manis. "Abang tidurlah dulu. Naj nak buat kerja kejap." Najemie mengenyitkan mata.

Hariz mengangguk.

Hilang sahaja bayangan sang isteri. Hariz seakan tersesak nafas. Jantungnya berdegup kencang. Tangan dibawa ke dada. Kau buat apa dekat aku ni, Najmi?

Diangkat pula tangannya ke dahi tepat dimana Najemie meninggalkan ciuman. Tanpa sedar, satu senyuman terukir dibibirnya.

......

"Najmi tidur mana malam tadi?" Mendatar sahaja.

"Hebat jugak penangan Nurul Najemie ni, sampai duduk satu rumah pon abang boleh rindu." Usik Najemie tersenyum bangga tanpa melihat kearah suami. Dia sibuk menyediakan sarapan. "Naj terlelap dekat ruang tamu atas, abang"

"Abang marah ke Naj tak tidur dengan abang? Diam je." Najemie meninjau riaksi suaminya. Manalah tahu betul.

Hariz menggeleng.

"Eyy abang ni kan. Cubalah jaga hati Naj ni sikit. Kalau abang cakap 'ye' tadi. Dah bersemangat dah Naj nak pergi kolej" Rungut Najemie tidak berpuas hati.

Lelaki itu tidak memperdulikan rungutan itu. Dicapai roti lalu dimasukkan kedalam mulut.

Najemie duduk disebelah suaminya itu. Heh! Buat tak layan konon. Tunggulah!
"Abang jangan risau, kat kolej tu ramai profesor muda."

Ohok! ohok! Hariz tersedak. Najemie mengulum senyum. "Pelajar lelaki pon ramai handsome-handsome. Naj petik jari, sepuluh sampai tau."

"Okelah. Naj pergi dulu." Najemie terus berdiri.

Hariz pantas menangkap tangan itu. Najemie berpaling. "Abang hantarkan"

Najemie sudah ketawa riang di dalam hati. "Eh takpe. Ada orang jemput. Tu dah tunggu dekat luar" Ujar Najemie sengaja menyalakan oven.

"Najmi! Abang hantarkan" Bertukar intonasi suaranya.

Kalau dah suara keras macam tu. Jangan buat gurau. "Hm. Oke"

Hariz melepaskan pegangannya. Dicapai kot yang disangkutkan di kepala kerusi tadi.

"Abang" Panggil Najemie.

Lelaki itu membalikkan tubuhnya. Kening diangkat.

"Sini Naj betulkan tie abang." Najemie menghampiri suaminya. Tali leher dikemaskan. Hariz tidak melepaskan peluang untuk menatap mata sang isteri yang sedang khusyuk memperbetulkan tali lehernya.

Najemie tersenyum senang. "Wanmei!" Terpegun Hariz melihat senyuman itu.

"Abang nak pakai kot sekarang ke atau nanti?" Barulah mata mereka saling bertatapan. Sedetik, dua, tiga. Masih tiada jawapan. Najemie tersenyum. "Abang tengah kumpul pahala eh tenung mata Naj macam tu?"

Terkebil-kebil mata Hariz. Dia berdehem malu. Kot dihulur kepada Najemie. Dibalikkan tubuh untuk memudahkan Najemie memakaikan kot untuknya.

Sambil-sambil itu, Najemie berkata, "Abang kalau nak kumpul pahala, panggil terus Naj. Conferm Naj akan datang."

Dibalikkan tubuh Hariz menghadap dirinya semula. Tangan Hariz ditarik lalu dibawa kepinggangnya. Senyuman lembut diberikan kepada lelaki itu. Tangannya pula dibawa ke dada Hariz. "Abang, Naj tak pernah mengerti apa itu cinta sebelum kita berjumpa. Abang adalah cinta pertama dan terakhir Naj selamanya."

Hariz terus melepaskan pegangannya dari terus berada di pinggang Najemie. Cepat-cepat dia mahu masuk ke dalam keretanya.

"Abang sayang Naj, tak?" Jerit Najemie. Kaki mengejar lelaki itu. Dia bergerak ke pintu sebelah pemandu. Diboloskan diri lalu tali pinggang keledar dipakai.

"Abang kalau tak sayang Naj. Naj sayang dinding je. Orang cakap Naj gila pon Naj tak kisah. Janji dinding tu pon sayang Naj. Daripada abang. Terlahir manusia, tapi tak berperasaan." Gumam Najemie.

Hariz mengerling sekilas.

Najemie menghadap lelaki yang sedang memandu itu. "Haih, bilalah Nurul Najemie ni nak jumpa senyuman Hariz Afifi? Dah lama sangat Naj tunggu ni. Naj carik-carik tak jumpa"

Dia membuang pandang ke luar tingkap. "Abang!"

Lelaki itu berpaling seketika ke arah Najemie, si isteri.

"Kalau suatu hari, Naj beli senyuman abang, abang nak jual tak?" Tanya Najemie bodoh.

Beli senyum? Ada eh macam tu?

"Boleh" Jawab Hariz melayan.

"Kalau centu, Naj nak kumpul duit lah mula dari sekarang. Mesti mahalkan senyuman abang tu!" Perli Najemie terus.

"Sold out!"

Najemie menjeling menyampah. "Eleh ingat orang nak sangat beli senyuman dia tu. Dah lah beku je muka. Kejung." Protes Najemie.

"Tak baik kutuk suami"

"Bukan kutuk. Kenyatan. Kalau tak, Naj tak cakap."

Handbreak ditarik.

"Balik pukul berapa?"

"Naj harini kelas sampai tengah hari je. Abang nak jemput ke?" Tanya Najemie memastikan.

"Boleh kalau abang takde meeting."

Najemie berfikir sejenak. "Eh takpelah. Naj balik sendiri je."

"Betul?"

"Hm betul. Abang free kan lunch hour?"

Hariz mengangguk.

"Kalau centu nanti Naj datang office abang, boleh?" Pinta Najemie.

"Untuk apa?"

"Naj hantarkan nasi ler. Buat-buat tanya pulak. Tapi make sure abang ada kat office, oke? Kalau tak, Naj mengadu dengan umi."

"Hm."

"Oke. Naj masuk dulu." Najemie keluar dari perut kereta. Belum sampai tiga langkah dia berjalan, dia tiba teringat sesuatu. "Eh abang. Kejap!" Tingkap diketuk beberapa kali.

Hariz menurunkan tingkap kereta. Kening diangkat.

"Salam." Najemie tersenyum senang. Dia membuka pintu kereta duduk kembali. Tangan dihulur.

Hariz menyambut. Baru mahu melepaskan genggaman itu, Najemie menahan. Jari telunjuk menunjuk ke dahinya.

Jelas terpancar kerutan Hariz. Lambat-lambat dia mengucup dahi isterinya. Najemie senyum puas.

"Naj sayang abang. Muah!" Bibirnya sempat singgah kebibir Hariz sebelum keluar dari kereta.

Hariz kaku.

......

"Hai Najmi." Sapa Haziq menepuk bahu Najemie dari belakang.

Najemie mendongak ingin melihat siapa yang berani-berani menyentuh bahunya tanpa izin. Sesuka hati je nak sentuh-sentuh orang. "Eh Haziq. Assalamualaikum."

Haziq tersenyum sebelum menjawab salam. "Ni nak perli ke apa?"

"Kenapa? Awak terasa ke? Saya bagi salam sebab saya orang Islam" Sindir Najemie tanpa melihat wajah Haziq. Pandangan terus dihala ke buku didepan mata.

"Ya, Waalaikumsalam. Lepas ni takde kelas. Awak free tak?" Tanya Haziq mencari idea untuk kenal rapat dengan perempuan bermata hazel ini.

"Busy."

"Awak kerja part-time ke?"

Najemie mengerut dahi pelik. "Ada kena mengena ke busy dengan part-time kerja?"

"Yelah. Awak still pelajar kan. Mesti awak ambik part-time waktu-waktu free macam ni"

"Busy tu banyak maksud. Busy belajar. Yes, busy kerja. Busy jaga family. Busy sebab nak tolak permintaan orang pon ada." Jelas Najemie.

"Oh awak nak tolak ajakan saya ke? Tapi kenapa? Saya ada buat salah? Kalau sebab kes kita berlanggaran tu. Maaflah. Saya tahu saya salah." Haziq menunduk meraih simpati.

"Naj! Naj! Tadi aku keluar dari toilet patu kan aku nampak budak baru tu Naj" Bersungguh-sungguh Amalin bercerita dengan nafas yang tercungap-cungap. Baru lepas berlari kan tambah lagi dengan dia punya teruja tu.

"Ha. Ha. Oke. Oke." Sambut Najemie malas melayan.

Amalin mengerling ke arah lelaki yang sedang bersama-sama dengan Najemie itu. Matanya terbuntang luas. Haziq mengangkat wajahnya.

"Dia?" Tanya Najemie menunjuk ke arah Haziq.

"Yes. Yes. Dia." Angguk Amalin bersungguh-sunguh. Najemie pula membuat muka selamba.

"Hai. Haziq" Haziq memperkenalkan diri.

"Hai. Amalin" Balas Amalin tersipu malu.

"Hello everyone" Sir Azman masuk ke dalam dewan. Amalin cepat-cepat mengambil tempat. Suasana menjadi diam bila Sir Azman masuk.

"Oke guys. Projek untuk kali ni, projek berpasangan sebelum projek terakhir kita pada tahun akhir kamu sebagai pelajar disini. Kamu boleh pilih pasangan kamu sendiri. Make sure dua-dua bekerjasama dalam projek ini. Saya tak nak dengar ada aduan diantara kamu yang mengatakan salah seorang daripada kamu mengambil kesempatan ke atas kawan kamu. Memang kali ini berpasangan, tapi hasil kerja yang berlainan. "

"Tempat kamu boleh pilih. Saya tak kisah antara dalam atau luar negara. Tapi saya pesan awal-awal, jika kamu memilih untuk pergi ke luar negara, tanggung risiko itu sendiri. Sebab ini pilihan kamu. Saya dah ingatkan awal-awal. Jika berlaku apa-apa, ingat! Jangan lepas tangan. Faham?" Terang Sir Azman panjang lebar.

Seni photography. Itulah bidang yang Najemie mahu ceburi. Dari kecil dia menyimpan cita-cita untuk mewujudkan gallery seni dengan mempamerkan karya-karya yang diambilnya dengan usahanya sendiri. Tidak peduli akan mulut-mulut manusia yang mengatakan bahawa menjadi photografer tiada faedahnya. Tiada pendapatan tetap. Dapat duit bila orang mahu menggunakan perkhidmatannya. Tapi dia tak kisah. Cita rasa orang lain-lain. Siapa mereka untuk berbicara tentang cara kehidupan seseorang. Jaga sahajalah dalam kain sendiri. Tak payah lah kita jadi bodoh untuk menjaga tepi kain orang lain.

Kelas masih belum habis, tapi tahu jelah bila guru dah tak mengajar atau sesi budak baik bertanya soalan dengan guru kan, biasalah bising tu macam mana. .

Najemie meneruskan pembacaan yang tergendala sebentar tadi.

"Najmi. Aku dengan Saf. Kau dengan?" Tanya Amalin. Safwan memandang ke arah Najemie juga.

Dia melepaskan keluhan. Bahu diangkat.

"Awak dengan sayalah Najmi. Boleh kan? Dah alang-alang saya pon takde partner." Haziq sudah merapati Najemie.

"Lelaki handsome macam awak ni, tipulah orang lain tak nak. Saya rasa berebut je orang nak dengan awak. Tapi awak yang mengada tolak kan" Duga Najemie. Dan sudah tentu tepat jangkaannya.

"Hah. Oke jugak tu Naj. Kita pergi sama-sama. Aku dengan Saf cadang tadi nak pergi luar negara. Dah alang-alang tu. Boleh kita holiday sekali. Dah lama kan kita tak gi holiday sama-sama." Cadang Amalin.

"Saya oke je. Awak macam mana, Najmi?" Tanya Haziq inginkan kepastian. Dia harap sangat gadis ini setuju. Bolehlah dia rapat lagi dengan gadis ini.

"Aku kena tanya mak su dulu." Yang lebih tepat Hariz, suaminya. Bagi ke Hariz? Dah lah mereka baru mendirikan rumah tangga. Apa pulak kata Hariz nanti.

"Mak su kau tu sejak akhir-akhir ni macam kongkong hidup kau je. Kenapa?" Soal Amalin kurang berpuas hati. Dah lah malam pon mereka tidak lagi lepak bersama. Habis kelas pula, Najemie harus pulang tepat waktu.

"Bukan kongkonglah. Aku je tak nak keluar. Tahun akhir. Aku kenalah fokus. Lagipon ini memang kehendak aku kan" Kata Najemie merenung tepat Amalin. Najemie berdiri. "Okelah. Aku balik dulu."

......

"Mr. Hariz. There are guests who want to meet you" Beritahu setiausaha Hariz melalui interkom.

"Hm" Balas Hariz.

Najemie mengulum senyum. Hai lah cik suami. Cuba lah panjang sikit jawab tu.

"Oke, cik boleh masuk" Suruh Najiha.

"Thanks" Senyuman nipis diberikan lalu kaki mengorak langkah ke bilik office Hariz.

Siapa ek? Setahu aku, Mr. Hariz takde ramai kawan perempuan. Girlfriend jauh sekali. Habistu perempuan tadi tu siapa? Adik? Eh aku tak buta lagi nak bezakan Cik Hazila dengan orang lain. Bisik Najiha didalam hati.

Nejemie menolak pintu perlahan. "Hello Mr. Hariz" Ejek Najemie. Mr. konon. Heh!

Hariz mengangkat wajahnya. Najemie masuk dengan menjinjing satu beg kertas. Hari ini kelihatan Najemie tidak memakai speck. Makin dekat Najemie menghampirinya makin jelas menampakkan yang Najemie memakai lens di mata. Tidak menampakkan mata hazel yang cantik itu.

Gadis itu bergerak ke belakang Hariz. Tangan diletakkan diatas bahu Hariz lalu diurut perlahan-lahan. "Abang penat?"

Badannya mengeras. Dia kemudian memejamkan mata menghayati kelembutan urutan Najemie.

"Abang dah makan? Naj ada bawakan bekal untuk abang"

"Hm." Hariz bangun dari kerusinya dan bergerak ke sofa dihadapan. Najemie membuka satu persatu penutup bekas makanan. Dihulurkan kepada sang suami.

Hariz memulakan suapan.

"Abang." Tegur Najemie.

Lelaki itu mengangkat wajahnya menatap Najemie.

"Sekarang Naj ada projek berkumpulan dengan kawan-kawan Naj."

Hariz mengangguk faham.

"Naj nak mintak izin.." Percakapannya terhenti. Liur ditelan pahit.

Hariz sudah mengangkat keningnya.

"Naj nak ke Itali"

Suapannya terus terhenti. Mata merenung tepat ke dalam mata Najemie. "Do I have a choice not to let you?"

"Abang kalau tak bagi takpe, Naj oke je. Naj tak kisah"

"Berapa lama?" Soalnya mendatar.

"Paling cepat seminggu" Jawab Najemie menunduk.

"So, the longer you're there the better? Is that so?"

Najemie menunduk.

"Abang ikut" Putus Hariz.

"Eh tak payah abang. Lagipun Naj dengan kawan-kawan Naj. Ada diorang yang bersama Naj."

"Abang tak percaya dengan your friends" Kata Hariz.

"Abang. Naj sendiri percaya dengan kawan-kawan Naj. Macam mana boleh abang tak percaya dengan diorang. Naj lebih kenal kawan Naj dari abang"

Hariz terdiam.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience