BAB 1

Romance Completed 1865

Tepat pukul 5.48 pagi suara Azan Subuh berkumandang memecahkan kesunyian subuh yang hening .

Aku terjaga dari tidurku sambil menguap, masih mengantuk kerana tadi aku tidur lewat dari biasa. Ku gosok kedua mataku dan bangkit dari baring. Ku lihat di luar sana ang mentari mulai menyapa malu.

Suara jeritan seorang wanita yang amat ku kenali bahkan cukup ku kenali menggelegar keras di telinga dari arah dapur rumahku, “Bibi bangun sayang! Cepat mandi dan solat subuh!”, ya itulah suara merdu yang adakalanya nyaring juga sedikit tinggi dan keras nadanya bergantung kepada situasi, pemilik suara itu adalah ibuku, seorang malaikat tak bersayap yang diturunkan oleh tuhan di muka bumi ini.

Namanya Aisyah, seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya.

“Okay, Bibi bangun, 5 minit lagi ya ma! Bibi masih mengantuk!” ujarku dari dari dalam bilik pada mama yang berada di dapur.

“Mama kena jerit berapa kali dengan kamu ni Bi, anak dara jenis apa kamu ni azan subuh tak bangun-bangun lagi ni. Jangan jadi macam budak kecil, mama tak suka. Cepat bangun kalau tak mamai naik atas dan simbah kamu dengan air,’’ bentak mama padaku.

Aku hanya tersenyum sambil membuka mataku dengan galaknya sambil di dada ada sedikit rasa cemas kalau-kalau betul mama naik atas dan simbah aku dengan air. Serta merta ku pun bergegas menuju bilik mandi.

“Iya ma, Bibi bangun!” jawabku pada mama.

Usai mandi aku bergegas menuju tempat wudhu dan bergegas menuju ruang sembahyang di tingkat bawah tempat kami sekeluarga sering solat berjemaah. Aku memohon agar segalanya dipermudahkan untuk kami sekeluarga hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience