BAB 5

Romance Completed 1865

Keesokan harinya, seperti biasa aku berangkat ke sekolah. Istimewanya hari ini aku bertembung dengan Amir di gerbang sekolah, aku hanya mampu tersenyum cuba berlagak tenang.

AKu tak mahu keterujaanku dapat dihidu oleh kawan-kawan sekolah yang masih tak tahu status hubugan kami, bahkan aku sendiri pun tak tahu level mana hubungan kami ni, apakah sekadar kawan tapi mesra, kawan sekelas, kekasih tak diiktiraf atau bagaimana.

Aku sering tertanya-tanya hinggalah Amir sudah mulai menghantar kata-kata puisi dan foto beserta madah pujangga berbaur cinta kepadaku.

“Aku sangat menyayangimu” luah Amir pada satu ahri lewat mesej dalam Whatsapp. Bagai nak tersembur air bandung yang ku minum saat membaca mesej itu.

Aku kaget dan mataku terbelalak saat membaca kandungan mesej itu yang bagiku pelik dan pertama kalinya ku terima.

‘’Kau jangan bergurau Amir! Dah kenapa awak cakap macam ni?’’ balasku.

Dan tak lama kemudian mesej balas darinya ku terima. Kali ini aku jadi semakin kaget bukan main saat membaca mesej terbaru darinya.

“Aku tak tahu bagaimana menyatakannya perasaanku pada kamu, aku menyukaimu Bibil, would you like to be my girlfriend?” tanyanya

Tanpa teragak-agak aku lantas membalas, “Aku tak jawab permintaan kau sekarang, maaf ya Amir”.

Esok paginya, seperti biasa aku bertemu Amir di sekolah, namun dia hanya tersenyum tenang namun pandangannya banyak dikalihkan daripadaku, tidak seperti selalu, padangan mata kami saling tertancap dan kami akan tersipu-sipu malu. Namun hari ini aku menjawab persoalan AMir lewat sehelai memo.

Kehadapan Amir,

maafkan aku, aku tak dapat menerima lamaran kau untuk menjadi kekasih, buat masa ini aku selesa kita menjadi kawan rapat sahaja.

Aku suka dan selesa berkawan dengan kau tapi buat masa ini biarlah hubungan ini tidak lebih dari itu memandangkan aku ingin fokus pada sekolah. Aku harap kau tak berkecil hati.

Jangan risau aku akan layan kau seperti biasa dan aku taknak kau jauhkan diri dari aku.

Yang benar,
Bibi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience