BAB 4

Romance Completed 1865

Setibanya di rumah, aku menghampaskan tubuhku di atas katil, memikirkan semula apa yang dikatakan oleh teman-temanku. Macam pelik dan mustahil saja jika Amir menyukaiku, aku akhirnya terbuai dengan pemikiran itu hingga tak sedar terlelap dengan memakai baju seragam sekolah tadi.

Senja sudah melabuhkan tirainya, dek suara mama yang mengejutkan aku dari tidur aku terjaga. Siap dengar bebelan mama lagi yang marah aku tidur masa maghrib.

Dan di senja inilah bermula kisah antara aku dan Amir, budak lelaki sekelasku yang katanya menaruh hati padaku. Tapi aku enggan untuk percaya. Dah namanya gossip kan, belum tahu hujung pangkal betulnya kata-kata itu. Lagipun aku masih sekolah, takkan nak bercintan-cintun bagai.

“Kring!! Kring!! Kring!!” bunyi dering hpku di meja meronta-ronta minta dijawab dan ternyata terdapat satu mesej masuk.

“Hah?!! Amir?Dah kenapa mamat ni mesej aku pula?

Dan sejak malam itu, hampir setiap hari aku selalu berbalas mesej dengan Amir. Pada mulanya aku sendiri tidak percaya bagaimana Bibi Syazalina Celestial Binti Van Mikael Abdullah boleh berkawan rapat dan merasa selesa berkawan dengan seorang lelaki bernama Amir yang sebelum ini dikenali dengan sikap pendiamnya.

Aku sendiri tak habis fikir, “Aku bingung memikirkan yang aku sekarang dah pandai merasa gelisah dan resah jika tidak menerima sebarang mesej daripadanya, apalagi jika tidak menatapnya sehari. Sabtu dan Ahad ku rasakan bagai berabad lamanya kerana itu bermakna aku tidak dapat melihat wajah Amir. Dah kenapa aku ni? Apakah aku dah jatuh cinta? Adakah ini yang dinamakan cinta monyet?

Saban malam kami bersembang lewat panggilan telefon atau mesej di Whatsapp, ya memang ini adalah method biasa yang dilakukan oleh mereka yang berkencan dan kisah cintaku ini normal tiada bezanya, apakan dayaku. Aku sudah termasuk dalam jerat cinta money ini hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience