BAB 6

Romance Completed 1865

Tak cukup dengan itu, sewaktu pulang dari sekolah, aku menghampiri Amir sekali lagi menyatakan betapa rasa kesal dan bersalahnya aku rasa pada dia.

‘’Maafkan aku Amir, tak harap aku tak lukakan hati kau ya,’’ luahku dengan nada serba salah dan sedih, ya aku sedih kalau-kalau aku akan kehilangan kawan sepertinya.

“Tak mengapa Bibi, sekurang-kurangnya aku masih jadi kawan kau,’’ jawab Amir tenang.

Aku hanya bisa membalasnya dengan senyumanku yang mungkin baginya manis tapi amat pahit bagiku, boleh jadi juga manis di matanya namun sakit di hatinya. Aku beredar pergi kerana tak mahu menympan duka lebih lama takut nanti menangis di hadapannya.

Hari demi hari berlalu, tak sedr yang aku semakin rapat dengannya, entah bagaimana jadinya aku masih keliru dengan hatiku.

Keakraban kami pun bukan lagi menjadi rahsia di kalangan teman-teman rapatku, semua sudah tahu dan setiap kali mereka bertanya tentang perasaan ku terhadapnya aku akan menafikannya dan sering menjawab tidak.

Tapi jauh di sudut hatiku, aku mengatakan sebaliknya. AKu yakin bahawa aku sudah jatuh cinta sedalam-dalamnya kepada Amir.

“Ya Allah, apakah inikah yang namanya cinta? Jika ya maka ini bermakna This is my first love!!” ujarku dalam hati.

Pagi itu sedang aku asyik membaca novel aku didatangi oleh Lily dan Delia yang mengajakku ke taman sekolah. Aduh masa rehat macam nilah budak dua ekor ni kacau daun.

‘’Jom Bibi ikut kitorang ke taman,’’ ajak Lily.

‘’Alah malaslah aku tengah syok baca novel ni,’’ jawabku selamba.

‘’Alah jangan banyak cakap, ikut jelah kitorang please. Ada benda aku nak cakap kat kau, nak buat sesi curhat.’’ Jawab Delia pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience