BAB 3

Romance Completed 1865

Jam sudah menunjukkan pukul 6.50, aku segera bergegas menuju ke kereta, hari ini mama akan menghantarku ke sekolah.

Permulaan hari ini bermula indah, semoga indahlah hendaknya sehingga ke penghujung hari. Dari jauh lagi aku melihat senyum tawa kawan-kawan sekelas ku saat melihat aku menuju ke kelas.

Tepat jam 07.05 pagi, loceng sekolah berbunyi, tanda bahawa sesi kelas pertama akan dimulakan.

“Selamat pagi kelas! Kita mulakan kelas hari in dengan membuka muka surat 15, ada soalan latih tubi, cikgu nak kamu semua jawab soalan itu dan sebentar lagi cikgu akan buat pop kuiz ya,’’ ujar Cikgu Andriani, cikgu matematik kami.

“Baik cikgu!” jawab seisi kelas.

Tapi pelik, entah mengapa aku tiba-tiba merasa bingung dengan sikap kawan-kawan sekelas ku, mereka tiba-tiba tersenyum melihatku. Pandangan mereka agak aneh.

“Dah kenapa korang tersengih-sengih macam kambing ni? Ada yang tak kena ke dengan aku har ini?” tanyaku pada kawan-kawan sekelas ku yang seperti penasaran melihat aku.

“Kau memang tak sedar something ke Bibi? Dari tadi Amir pandang kau terus tau tak, dia suka kat kau kot,’’ jawab Lily, salah seorang teman ku.

“Hah? Seriuslah korang ni, lantaklah, dia nak tengok sampai mata juling, atau dia suka lantaklah, aku tak kuasa nak layan,’’ jawabku ego, eleh.

Mira hanya tersenyum kecil dan membisikkan sesuatu padaku, “Jangan cakap

“Eh kau ni dah kenapa Mira, kau nak aku sekeh kau ke !” ucapku.

Lily dan Mira adalah dua sahabat baikku, selain mereka berdua Delia dan Azwa juga adalah teman rapat ku di sekolah dan sudah seperti adik beradik buatku. Kami sangat rapat dan saling berkongsi pelbagai rahsia.

Loceng pulang sekolah berbunyi, aku bergegas keluar dari kelas dan menghampiri mama yang sudah menunggu di hadapan gerbang sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience