Bab 10

Thriller Completed 5079

Ditumpang

Sape yang pernah tinggal kat Dungun mesti kenal dengan Bukit Bauk. Bukit yang penuh dengan keseraman dan misteri. Aku nak cerita tentang ada satu kisah mengenai seorang budak motor yang konvoi dan lalu kat situ malam-malam hari.

Cerita ini pun aku dengar dari mulut ke mulut. Tak dapat dipastikan kesahihannya. Masa tu ada la beberapa budak motor ni berkonvoi motor beramai-ramai untuk ke Kuala Terengganu.

Mereka ni mungkin pelajar-pelajar yang mahu balik bercuti. Pada masa kejadian, masa tu sudah larut malam. Lalu la mereka kat jalan berhampiran Bukit Bauk.

Dalam ramai-ramai ada seorang budak ni tiba-tiba buat hal. Asalnya keadaan motor dia okay saja tapi selepas melalui kawasan itu, tiba-tiba rasa berat amat sangat.

Kawan-kawan lain dah tinggalkan dia kat belakang. Tengah rasa berat ni, motor dia pula tiba-tiba meragam jadi semput dan akhirnya mati enjin. Kejadian mati enjin ini bertul-betul di hadapan Bukit Bauk.

mungkin dia bukan orang asal Dungun,jadi dia tak tau tentang keseraman kawasan tu.

Dia pun cuba hidupkan semula enjin sampai kepenatan. MAsih tak hidup juga. Sedang dia cuba hidupkan enjin, dia ada terperasan ada benda kat belakang dia.

Ambil kau! Sekali ada perempuan ‘cun’ duk tumpang dia dia dari belakang. Baju putih rambut panjang.

Apa lagi dia pun terus melompat lari dari motor dia. Berlari sambil menjerit2 ketakutan. Mujur ketika itu, kawan-kawan dia yang berkonvoi tadi duduk lepak dan berhenti minum kat kedai berdekatan.

Sampai sana dia beritahu la tentang dia kena ganggu. Kawan-kawan dia semua pergi sana dan masa tu benda tu dah tak ada. Yang ada motor yamaha ss yg dah terbalik. Dia ambik motor dan skali start terus jalan.

Dengarcerita mamat tu demam seminggu. Yang tu satu kejadian dan banyak lagi benda yang berlaku di kawasan tu. Kawasan tu sering berlaku kemalangan ngeri dan memang biasanya mangsa jarang selamat.

Mungkin sebab cuai atau pun memang ada gangguan yang menyebabkan terjadinya kemalangan itu.. Sekarang jalan di kawasan tu dah dilebarkan dan masih lagi berlaku kemalangan yang meragut nyawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience