Completed
5079
Pochong
Saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika saya berada di Negeri Sembilan bersama keluarga pada tahun 2010. Saya tinggal di sebuah banglo selama tiga hari. Dipendekkan cerita, adik saya membuang sampah selepas habis sahaja waktu Maghrib di luar banglo itu.
Tiba-tiba saja dia bergegas masuk dalam keadaan ketakutan. Lalu saya bertanya kepada adik saya.
"Kenapa kau lari kelam-kabut? Ada apa-apa ke?"
Adik yang termengah-mengah menjawab "Kak! Saya melihat satu lembaga yang berbentuk seperti gula-gula (pochong)".
Kami sekeluarga keluar dari banglo untuk melihat, tapi tiada apa-apa pun. Tapi, di tengah malamnya semakin teruk keadaan di banglo.
Apabila semua keluarga saya lena tidur, saya seorang saja yang belum tidur. Ketika saya berada di tingkat atas, saya mendengar di bawah ada seperti satu keluarga lain yang sedang berbual-bual dan ketawa-ketawa.
Setahu saya keluarga saya semua sudah tidur di bilik masing2. Semakin lama semakin kuat mereka berbual. Saya terus mengejutkan suami saya yang sedang lena tidur untuk mendengar apa yang saya dengar itu benar atau tidak.
Suami saya pun mendengar apa yang saya dengar. Suami saya beranikan diri untuk menjenguk ke bawah tetapi tiada siapa-siapa pun di bawah tetapi masih ada suara orang berbual. Suami saya masuk ke bilik kembali dan tidur.
Keesokkan harinya, kami memanggil pemilik banglo tersebut dan keluar dari situ kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku di banglo itu.
Pemilik banglo itu pernah berkata bahawa ia memang berpuaka.
Share this novel