Completed
5079
Selepas berpesan, Nek Jah pun menuju ke rumah anak menantunya. Pada malam itu sedang semuanya sedang tidur, kedengaran suara Tok Kiai memanggil Nek Jah. "Jah oh Jah, Jah….!" terdengar suara Tok Kiai.
Anak menantunya yang terdengar suara itu mengejutkan Nek Jah yang sedang nyenyak tidur.
"Mak oh Mak, Wak dah datang tu. Oh Mak, bangun" kata anak menantunya. Nek Jah pun bangun. Tanpa memandang ke arah jam dinding, Nek Jah pun mencapai selendangnya dan membuka pintu rumah.
Ternampak seorang lelaki yang saling tak tumpah seperti Tok Kiai berdiri agak jauh dari pintu rumah itu. Nek Jah pun berjalan mengikut lelaki yang disangkakan Tok Kiai.
Yang peliknya, kali ini Tok Kiai berjalan jauh mendahului Nek Jah tanpa berkata-kata. Dia ada memegang lampu suluh yang agak kecil.
Nek Siti yang sudah agak tua tercungap-cungap cuba berjalan sepantas Tok Kiai.
"Bang, oi Bang, tunggu. Kenapa jalan cepat sangat ?" tanya Nek Jah. Tiba-tiba lelaki yang berjalan di hadapan Nek Jah itu lenyap dari pandangan Nek Jah.
Alangkah terperanjatnya Nek Jah. Nek Jah menjadi takut dan kakinya menggeletar. Dia pun menguatkan dirinya dan berjalan pulang ke rumahnya yang berdekatan dengan tempat kejadian.
Nek Jah mengetuk pintu sekuat yang dia mampu dan berteriak memanggil suaminya Tok Kiai yang rupa-rupanya sedang nyenyak tidur di dalam rumah.
“Abang Kiai! Buka pintu ni bang”
“Abang… Buka pintu cepat.”
Rupa-rupanya jam baru pukul 3 lebih pagi dan lelaki yang menjemput Nek Jah itu bukanlah Tok Kiai.
Khabarnya, Nek Jah terus demam dan tidak dapat berniaga di sekolah selama beberapa hari.
Share this novel