Bab 15

Thriller Completed 5079

Saya bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta. Kejadian diganggu makhluk halus mungkin sudah biasa saya dengar tapi belum lagi pernah terjadi kepada diri saya sepanjang berkhidmat sebagai jururawat.

Hujung tahun lalu, saya telah berpindah dan menyertai hospital swasta ini dan seperti biasa staf baru macam saya diberikan giliran tugasan pada sebelah malam. Sudah lali dengan hal ini, saya menurut sahaja.

Wad yang perlu saya bertugas pada ketika itu adalah wad bersalin!

Ketika itu jam menunjukkan 2.30 pagi. Saya perlu ke bilik pesakit untuk memberikannya ubat mengikut laporan kesihatan yang dicatatkan. Memandangkan semuanya tidak mahu dan meminta saya sahaja yang pergi menghantarkan ubat bekenaan, saya terima.

Setelah selesai memberikan ubat kepada pesakit di biliknya, saya melalui laluan yang ada untuk ke kaunter bagi menyertai rakan-rakan yang lain.

Ketika saya melalui laluan itu, saya lihat rakan jururawat yang lain memandang saya dengan wajah ketakutan seperti ada sesuatu yang mengekori saya.

Saya tidaklah menjangkakan apa-apa. Walaupun sudah larut malam begitu, saya lihat ramai juga ibu-ibu yang keluar melalui laluan yang sedang saya lalu itu untuk ke lobi atau ke arah wad bayi walaupun keadaan ketika itu agak sunyi.

Sebagai staf baru, saya tidaklah tahu benar dengan kejadian atau gangguan yang ada di wad berkenaan. Apabila melihat reaksi rakan-rakan begitu, saya rasa lain macam.

Namun saya masih positifkan minda dan memberitahu pada diri sendiri bahawa itu semua hanya mainan. Tak mungkin ada gangguan makhluk yang kita tidak dapat lihat ini di hospital swasta yang terkenal ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience