BAB 9

Romance Completed 4485

Terus saja dia bangun dan berdiri, mungkin dah berkira nak melangkah dari situ. Tapi aku lagi cepat menangkap lengannya.

“Lepaslah!!!” bentaknya. Buat pertama kali, dia marah aku guna mulut. Sebelum ini tak pernah. Tiba-tiba aku rasa macam dapat bunga saja. Parah betul tahap angau aku pada Hawa. Sampaikan dia marah pun aku rasa bahagia. Kalau beginilah rasa indahnya mendengar suaranya yang begitu mahal untuk aku… dia marah hari-hari pun aku tak kisah.

“Kenapa Hawa nak marah-marah ni? Riz nak berbaik saja dengan Hawa… salah ke?” soalku lembut. Dan secara automatik juga nama samaran aku bertukar jadi Riz. Selama ini elok saja orang lain panggil aku Man. Dengan Hawa… dan-dan aku tukar jadi Riz pula. Bunyinya agak glamour sikit dari Man. Hahaha. Sempat!

“Lepaslah!!!” itu juga yang diulang oleh Hawa. Entah apa masalah dia. Aku tak mengerti pada ketika itu. Susah sangat ke dia hendak berbicara dengan aku?

Bunyi hon yang membingitkan membuatkan aku tersentak. Kereta Nissan Murano berhenti betul-betul di hadapan bus stop itu. Aku nampak ada seorang lelaki keluar dari tempat pemandu. Aiseh… masa itu dah mula mengecut sedikit otot perut aku. Mahu aku kena belasah dekat bus stop ni, jatuh imej!

Dalam pada tengah kecut perut, hampir tersembul saja mata aku bila lelaki itu selamba saja memeluk bahu sayang aku ni. Sayang akulah… Shahawadah. Naik sakit hati aku melihatnya. Dengan aku, dia bagi penendang. Dengan lelaki itu, dia layan dengan kasih sayang. Mana adilnya penilaian Hawa?

Aku kecewa sungguh. Mentanglah orang itu datang naik Nissan, langsung tak pandang aku ni. Aku pun ada keretalah. Honda Civic lagi. Cuma tak nak tunjuk saja. Bukan apa, takut Hawa pengsan tengok aku guna Honda Civic versi 90-an. Kereta warisan tu, tak boleh nak bertukar sesuka hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience