BAB 4

Romance Completed 4485

“Beres bos!” laju saja aku setuju. Orangnya pun belum aku lihat. Mahunya kalau muka macam Mak Temah yang duk jual popia goreng dekat seberang jalan tu, mahu aku pengsan nak mengayat. Bukan pengsan tak reti reka ayat… tapi pengsan sebab aku tak lalu tengok muka dia yang sebijik macam popia goreng juga.

Dan pagi itu aku diperkenalkan dengan pegawai baru yang melaporkan diri di tingkat 18 ini. Tatiana namanya. Pada pandangan aku, bolehlah… setakat nak tolong reka ayat untuk gadis ini, rasanya semudah kacang peas saja. Tutup mata pun gerenti boleh jalan.

Sesudah menurunkan segala ayat dan petua terbaik pada bos, aku kembali bertapa di depan PC. Menyiapkan kerja-kerja yang patut aku siapkan. Haish… penat sungguh.

Mana nak kejar dateline proposal. Mana nak kejar gadis-gadis cun lagi. Semuanya hanya membuatkan aku lelah.

“Cik… tumpang tanya,” sebaik saja aku melabuhkan punggung di kerusi, ada satu suara yang begitu menarik pendengaran telinga. Halusnya.

“Tatiana, pegawai yang baru melapor diri, ada kat sini tak?” soal suara halus itu lagi.

“Yup. Ada dalam bilik bos. Cik cari dia kenapa ya?” suara Zalikha menyoal pula. Aku masih belum mengangkat wajah.

“Dia tertinggal handbag dalam kereta, itu yang saya datang nak bagi.”

“Saya boleh tolong bagi sebab cik Tatiana rasanya lama lagi dalam bilik bos tu.” Untuk jawapan Zalikha itu aku tergelak kecil. Pasti saja Tatiana tersangkut lama dalam bilik bos.

Buaya tembaga seekor itu nak mulakan sesi mengayat. Dia tak kira cun tak cun… semua dia main bedal saja. Lainlah kalau aku, pilihan aku mesti kategori yang terbaik punya.

Mungkin sebab itu aku masih belum dapat mengayat seorang gadis pun untuk diri aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience