BAB 6

Romance Completed 4485

Tak pernah aku jumpa ciptaan yang begitu indah yang berjaya menggoyahkan hati lelakiku dalam sekelip mata. Dan saat itu aku sedar, bahawa aku sudah jatuh cinta dipanah jelingan mata yang tajamnya benar-benar menusuk ke dalam jiwa.

DAN tidak akan dia lupakan pertemuan itu yang masih kekal dalam minda hingga ke saat ini. Dia juga tidak pernah lupa setiap reaksi dingin yang dipamerkan oleh Hawa tatkala dia hendak memainkan ayat pemburu cinta terhebatnya.

Namun tak pernah dia sangka, susahnya nak memikat hati Hawa yang seolah terikat dengan seseorang saja. Tapi siapa? Diari untuk suamiku menjawab segala persoalannya pada ketika itu.

Diselak lagi helaian diari yang masih setia dalam pegangannya.

30 April 2010, 2.30 p.m. Abang sayang… Hawa nak buat apa ini? Kenapa bila Hawa nak jaga hati Hawa untuk abang seorang, ada saja insan-insan yang hendak mencabuli hak itu? Mungkin dia dalam proses nak mencari bakal jodohnya, tapi kenapa dengan cara begitu.

Bukan ke Islam dah menganjurkan cara yang terbaik untuk mencari jodoh. Merisik, meminang, bertunang kemudiannya alam perkahwinan. Kenapa semua tu seolah ditolak ke tepi dan mereka mengamalkan trend begini?

Rasanya… abang pun akan buat macam itu ke? Mengejar si dia dengan sehabis daya walaupun perempuan itu dah berusaha menjauhkan diri? Kalau ya abang pernah berbuat begitu… tidak banyak, tapi pasti ada sedikit rasa kecewa di hati Hawa. Kalau Hawa boleh menjaga hak abang, pasti saja abang pun boleh menjaga hak Hawa. Tak apa, Hawa akan sentiasa doakan abang tak kira di mana abang berada. Semoga abang akan terhindar dari perkara sedemikian rupa. Salam dan sayang buat abang, Shahawadah.

Aku mengeluh kecil. Bait ayat yang tercatit walaupun sudah terakam dalam minda namun aku masih tidak jemu mengulang baca. Manakan tidak, kalau dalam setiap helaian coretan Hawa dalam buku ini adalah mengenai dia. Dia yang begitu gigih mengganggu gadis itu siang dan malam.

Tak dapat jalankan misi di pejabat, dia turun padang nak buat ‘kacau’ di rumah sewa Hawa. Tak tersangka, semua itu tercoret dalam setiap barisan ayat dalam diari ini. Memang kaki complain betul Hawa ini. Complain pada bakal suami. Namun bila difikirkan cara Hawa yang begini, nampak manja saja tingkah gadis itu… mengadu pada yang hak katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience