BAB 3

Romance Completed 4485

“Masuk sekarang… bos nak jumpa sekarang.” Zalikha macam tahu saja aku nak masuk lambat sikit, lantas digesa aku supaya segera bergerak ke bilik bos. Hendak tak hendak, aku bangun juga melangkah dengan malas menuju ke bilik bos. Nampak sungguh, tak ikhlas langsung.

Pintu bilik yang tertera nama Sufian Usman itu ku ketuk dahulu sebelum masuk.

“Ya bos,” sapaku sambil melangkah masuk. Bos aku yang sememangnya terkenal dengan senyuman memikatnya, tersenyum dengan lebar sekali. Aku menjungkit kening, tak faham. Dia panggil aku suruh masuk, lepas tu aci senyum gaya menang loteri. Apa cerita?

“Duduk dulu Man,” pelawa bos. Aku pun ikutkan saja. Takkan nak berdiri pula kan. Mahu lenguh kaki aku.

“Ni… nak habaq…” ucapnya membuka kata. Aku pun lupa nak habaq, bahawasanya bos aku ini adalah orang utara. Loghat utaranya memang tak dapat nak dipisahkan dah.

“Ada orang baru untuk deparment kita,” sambungnya dengan sengih gatal di wajah. Ah! Sudah aku duga… mesti Encik Sufian dah kena sampuk dengan hantu keladi, kan dah keluar habis aura miang keladinya.

“Bila lapor diri?” terus aku menyoal. Intro Encik Sufian pastinya panjang lebar dan hanya akan membuang masaku yang begitu berharga.

“Sat lagi.”

“Oh… okey. Bos nak suruh saya buat apa?”

“Macam biasa… Man kan pandai bab-bab nak mengayat ni. Nak minta khidmat nasihatlah ni.” Encik Sufian tersengih lagi. Dan lagi sekali dah aku duga, bab-bab nak menjahanamkan anak dara orang, dia mesti cari aku.

Tapi tak apa… aku pun… suka juga. Hahaha. Dah mula tumbuh tanduk dua di atas kepala. Manalah nak selamat anak-anak dara yang datang melapor diri dekat deparment ini kalau ada pekerja dan bos macam buaya tembaga. Tahunya nak NGAP saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience