PART 41

Romance Series 23519

Umi dan Aira yang duduk berhadapan dengan papa dan mama berbicarakan perkara sebenar. Manakala Ryan, diam tidak terkata. Dia kelu, keliru.

"Jadi, kita tertukar mereka ketika di hospital pada hari kemalangan itu?" Tanya mama.

"Ye... Betul tu." Balas Datin Maziah.

Isya terdiam apabila mendengar kebenaran yang sebenar. Air matanya mengalir di pipi. Sakit.

" Isya tak percaya! Isya tak percaya! Semua orang tipu isya!" Teriak Isya sambil menutup kedua belah telinganya.

"Yana anak umi, takkan Yana langsung tak ingat umi..." Kata Datin Maziah sambil mendekatinya.

"No! Isya tak percaya! No!" Teriak Isya lagi.

Ryan yang melihat keadaan Isya sebegitu berasa simpati. Dia menarik Isya dalam dakapannya.

"Awak... Katakan semua ini tak betul... Hiks... Hiks..." Menangis sendu Isya dalam dakapan Ryan.

Dia mengosok perlahan belakang badan Isya.

"Calm down..." Kata Ryan, cuba meredakan keadaan.

Tangisan Isya semakin tidak kedengaran, dan merasakan tangan Isya yang memeluk tubuhnya jatuh.

"Isya!" Panggil Ryan.

Tiada sahutan.

"Kenapa Ryan?" Tanya mama dan Datin Maziah risau.

"Isya pengsan..." Balas Ryan pendek.

Dia mencepung badan isya lalu dibawa naik ke bilik.

"Ya Allah!" Terkejut Datin Maziah.

"Mika, call dokter peribadi kita suruh datang!" Arah mama.

"Baik ma." Balas Mikael.

Aira yang melihat segalanya, mula rasa serba salah. Disebabkan dia, Aryana pengsan.

' Maafkan saya, Aryana. Saya tahu kebenaran ini sungguh sakit bagi awak, tapi demi Allah... Saya takkan mintak hak saya sebagai isteri pada Ryan, Saya ikhlas terima awak sebagai madu saya...'katanya didalam hati.

×××××

"Dokter, macam mana keadaan anak saya?" Tanya Datin Maziah risau.

"Anak puan tak apa-apa, cuma... Jangan bagi dia terlampau stress. Lagi satu, tekanan darah dia tak stabil. Mungkin disebabkan kurang rehat, jadi banyakkan suruh dia berehat dari buat kerja. Dan alhamdulillah, bayi dalam kandungannya baik-baik sahaja" Balas Dokter Fatiha.

"Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih, Dokter" Kata Datin Maziah.

"Sama-sama, Puan. Kalau tiada apa-apa saya minta diri dulu" Pinta Dokter Fatiha.

"Baiklah" Balas Datin Maziah.

Dokter Fatiha bersalaman dengan Datin Maziah sebelum keluar bilik. Sebelum keluar, dia sempat menyerahkan resit ubat.

"Ryan, ini senarai ubat yang awak perlu ambil di hospital..." Kata Doktor Fatiha.

"Ouh... Okey" Balas Ryan.

Keluar sahaja dari bilik itu, Dokter Fatiha terserempak dengan Aira ditangga.

"Kejap! Awak siapa?" Tanya Doktor Fatiha.

Aira menoleh kebelakang apabila ada suara seseorang menegurnya.

"Err... Ye saya. Awak tanya apa tadi?" Tanya Aira balik.

Dia dalam lamunan tadi, dia tidak dengar jelas apa yang ditanya.

"Saya tanya, awak siapa? Sebab muka awak sama deng---" Katanya terhenti dipotong oleh Aira.

" Saya Aira, Isteri Ryan. Dan dia, Aryana... " Balas Aira.

Dokter Fatiha agak terkejut.

"Ouhh... Maaf sebab bertanyakan" Kata Dokter Fatiha.

"It'sokey... Saya faham" Balas Aira dengan senyuman di bibir.

"Saya minta diri dulu" pinta Dokter Fatiha.

"Okey" Balas Aira.

Seusai sahaja Dokter Fatiha pergi, Dia meneruskan langkahnya menuju ke bilik yang berada Isya.

Belum sempat sampai, dia bertembung dengan Ryan yang baru keluar dari bilik. Ryan perasan akan kehadirannya.

Dia cepat-cepat mahu berpatah semula dari berhadapan dengan Ryan. Namun, tanganya digapai cepat oleh Ryan.

"Aira..." Kata Ryan yang menyebut lembut namanya.

Matanya dipejam seketika menahan rasa sebak di dada. Dia merasakan kedua belah bahunya digenggam erat oleh Ryan.

"Look at me" Kata Ryan lagi.

Dia cuba mengambil kekuatan untuk memandang Ryan. Sejujurnya, dia tidak tahan. Hatinya bagai ditusuk beribu-ribu anak panah saat ini.

Matanya dan Ryan saling berpandangan antara satu sama lain.

"Betul , kau isteri aku?" Tanya Ryan.

"Ya, saya isteri awak. Saya Aira Alisya, girl annoying awak dan mama kepada anak kita Tengku Airyn Elfina" Kata Aira.

Cincin yang tersemat di jari manisnya, ditunjuk dihadapan muka Ryan.

"Awak ingat tak ni cincin apa?" Kata Aira lagi.

Ryan terdiam. Ya, itu cincin perkahwinan mereka.

"Cincin ni yang awak sarungkan di jari saya waktu hari perkahwinan kita. Waktu tu, dimana saya benci sangat awak disebabkan apa yang berlaku... Aw---awak ingat?" Kali ini air matanya menitis apabila menyebut satu persatu.

"Ya Allah..." Sebut Ryan.

"Maafkan saya, Aira..." Kata Ryan sambil memegang kedua belah tangan Aira.

"Tak... Awak tak salah... Mungkin Allah dah tentukan takdir kita macam ni, Saya redho dengan apa yang jadi. Dengan nama Allah, saya redho..." Kata Aira lagi sambil menangis.

Ryan mengesat air mata Aira yang mengalir.

" Saya janji, akan tebus segala kesalahan saya." Kata Ryan.

"Satu je yang saya minta awak lakukan untuk saya..." Kata Aira.

"Apa, sayang?" Tanya Ryan.

"Kahwin dengan Aryana..." Ujar Aira walaupun pahit ditelan.

"Sayang sanggup hid----" Kata Ryan dipotong oleh Aira.

"Saya sanggup. Saya terima dengan seikhlas hati saya." Balas Aira.

×××××

2 Minggu Kemudian...

Selepas sahaja daripada hari itu, Ryan dan Aryana sudah sah dinikahkan selepas selang beberapa hari. Keadaan kembali seperti sedia kala. Dan pada hari ini, Aira dan anaknya akan berpindah ke rumah Ryan. Mereka akan duduk sebumbung bersama Ryan dan Aryana.

"Papa!!" Teriak Airyn lalu berlari arah papanya.

Ryan mendukung Airyn.

"Kiss papa sikit" Kata Ryan.

?

Airyn mencium pipi papanya.

"Muah. Muah."

"Pandai anak papa ni. Mama mana?" Tanya Ryan.

"Mama tengah bawak keluar bag pakaian dari dalam kereta" Balas Airyn.

"Ouhh... Sayang duduk sekejap atas sofa, papa nak tolong mama" Kata Ryan lalu meletakkan Airyn diatas sofa.

"Oraight Papa!" Balas Airyn.

Ryan pun melangkah keluar dari rumah lalu menuju ke arah Aira di bonet kereta.

"Sayang!" Sergah Ryan lalu memeluk pinggang Aira.

"Ish...awak ni! Terkejut saya!" Marah Aira sambil muncung mulut.

"Haha... Sorry sayang" Kata Ryan.

"Mana bagnya? Meh saya tolong" Pelawa Ryan.

Bag pakaian yang dibawa keluar tadi diberi Ryan.

"Nah!" Kata Aira lalu memberikan bag pakaiannya dan Airyn pada Ryan.

"Ada apa-apa barang lagi tak?" Tanya Ryan lagi.

"Nope. Yang lain saya boleh bawak" Kata Aira.

"Okey. Saya bawak masuk bag ni dalam bilik awak" Kata Ryan.

Ryan membawa kedua biji bag besar itu masuk ke dalam bilik. Kuatkan ryan ni usung bag besar tu. Haha.

Dia mahu tergelak melihat Ryan terhuyung-hayang membawa bag besar itu.

"Berlagak kuat sangat dia tu" Kata Aira lalu menutup bonet kereta.

Mata dia terarah pada tingkat atas rumah. Dia melihat Aryana yang berada di jendela bilik sambil memandang arahnya.Tidak sampai beberapa saat, langsir tingkap itu ditutup.

Aira terus berlalu masuk kedalam rumah. Dia melihat Airyn sedang duduk diatas sofa.

"Sayang, jom naik atas" Ajak Aira.

Airyn pun berlari pada mamanya.

"Jom" Kata Airyn.

Mereka menaiki tangga naik ke tingkat atas. Sampai sahaja di tingkat atas, dia mencari bilik yang ryan berikan padanya.

"Ryan..." Panggil Aira.

"Sini, Sayang" Sahut Ryan.

Aira dan Airyn pun bergerak pergi kearah beradanya Ryan. Dia masuk kedalam bilik itu. Dia terpegun melihat bilik. Ini bilik asalnya dulu.

"Ni bilik saya?" Tanya Aira.

"Taklah, ni bilik kita" Balas Ryan lalu mengenyit mata.

"Ceh..."

"Aryana bilik mana?" Tanya Aira.

"Sebelah" Balas Ryan.

"Ouhh..."

"Awak tidur bilik mana?" Tanya Aira lagi.

"Bilik sayanglah" Balas Ryan.

Aira mencubit perut Ryan.

"Jangan mengada, Awak tidur dengan Aryana" Kata Aira.

"Bakpo pulok? Saloh ko sayo tidur dengan awok?" Tanya Ryan dengan loghat kelantan.

Nak tergelak Aira dengar.

"Pffft... Haha... Awak ni, sejak bila pandai cakap kelantan?" Tanya Aira sambil ketawa.

Pertama kali dia dengar Ryan cakap loghat kelantan. Haha. Dan agak pelat dia cakap. Adeh.

"Mama, papa cakap apa tu? Airyn tak faham" Tanya Airyn pelik.

"Sayang cuba tanya papa, dia cakap apa" Kata Aira.

Airyn pun pergi pada papanya lalu tarik baju.

"Papa... What are you talking about?" Tanya Airyn dalam nada comel.

"Papa cakap dekat mama, yang Airyn nak adik. Dan mama setuju nak bagi Airyn adik" Kata Ryan.

"Yeay! Airyn akan ada adik!" Gembira Airyn.

Berasap telingga Aira mendengarnya. Dia mencegil mata arah Ryan.

"Masabila saya kata nak bagi Airyn adik..." Kata Aira sambil menyilang tangan di dada.

"Bukan sayang ada cakap ke?" Kata Ryan lagi sengaja mahu mengacau.

"Mana ada!" Protes Aira sambil cebik.

"Ayokk! Sayang dah janji dengan Airyn nak bagi adik" Mengacau Ryan lagi.

"Awak yang pandai berjanji dengan dia, saya pulak kena!" Geram Aira.

Besar kecil, besar kecil saja dia melihat Ryan. Rasa mahu tumbuk.

"Hardworking ya sayang, bagi Airyn adik" Menyakat Ryan lagi.

Aira menarik pipi Ryan kuat-kuat. Geram.

"Eiiii!!! Gatal!!! Miang!!!!" Marah Aira.

"Arghh!!! Adeh!!! Sakitlah Sayang!!!" Mengadu Ryan.

"Werk! Padan muka!" Kata Aira lalu jelir lidah.

Disebalik kemesraan mereka berdua, ada seseorang yang cemburu melihatnya.

"Bencinya!!" Teriak Isya perlahan.

------

Don't Forget To Vote And Comments...

Share this novel

Tony Adam
2020-09-07 00:54:04 

tiada update new chapter ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience