PART 36

Romance Series 23519

Ryan menatap wajah isya yang terbaring lemah diatas katil tidak menyedarkan diri.

Air matanya mengalir.

"Saya tak sangka...tsk...selama hari ini..orang yang saya cinta,orang yang saya rindu sebenarnya ada dekat dengan saya.."kata ryan perlahan.

Dia mengucup lembut dahi isya.

Mikael masuk ke dalam bilik wad isya.Dia memandang ryan yang berada disisi isya.

"Ryan.."panggil mikael.

Ryan menoleh kebelakang.

"Sini aku cakap dengan kau"kata mikael lalu duduk diatas sofa yang terletak didalam bilik ini.

Ryan pun pergi kearah mikael,lalu duduk disebelahnya.

"Apa?"tanya ryan.

"Aku mintak maaf sebab rahsiakan pasal aira masih hidup...aku pun tak sanggup nak bohong kau,tapi aku terpaksa..."pinta mikael serba salah.

"Tapi kenapa?kenapa korang buat macam ni!aku setengah gila ingat aira dah mati"kata ryan lalu mengeluh sedikit.

Mikael mengambil nafas.

"Kau tahu kan,isya pernah koma lama?"kata mikael.

Ryan menganggukkan.

"Lepas sedar dari koma,dia dah lain...dia bukan aira yang kau cinta,dan orang yang kami sayang,tapi dia seseorang yang baru"kata mikael tergantung.

"Orang baru?"tanya ryan.

"Haah,orang baru.Kau mesti fikir yang isya cuma tak ingat kau sorangkan?Kau tahu tak,waktu dia sedar dari koma...dia langsung tak ingat kitaorang semua, termasuklah papa dan mama"jelas mikael.

"Kalau waktu tu, kitaorang cakap yang dia dah kahwin dan pernah gugur...kau rasa dia boleh terima ke?aku rasa tak ryan!kau kata kau setengah gila,kalau dia..aku rasa dah gila meroyan"sambung mikael.

Ryan sebak mendengar penjelasan mikael.

"Kenapa semua ni berlaku dekat diri aku..kenapa banyak ujian yang kami dapat?"kata ryan.

Mikael mengosok perlahan bahu ryan.

"Sabar ryan...aku tahu kau rasa sakit dengan semua ni,tapi percayalah... mungkin ada hikmah disebalik semua ini, supaya kita lebih menghargai seseorang"nasihat mikael.

Tetiba suara isya kedengaran.

"Ryan!Ryan!"mengigau isya.

Ryan dan mikael meluru pergi ke katil isya.Dia melihat wajah isya dahi berkerut.

"Aira.."panggil ryan sambil mengusap wajah isya.

Dalam samar-samar cahaya,matanya perlahan terbuka.Dia melihat ryan dan abang mikael ada di sisi katil.

"Sayang oke---"kata ryan terhenti.Dia terkejut,apabila isya tetiba memeluk tubuhnya.

"Hiks...hiks..."bunyi tangisan isya.

Ryan mengosok perlahan belakang badannya.

"Kenapa ni?"tanya ryan.

"To---tolong jangan tinggalkan ss--saya...hiks...hiks..."kata isya dalam sendu.

Mikael yang memandang ryan,mengangkat sebelah kening bagi isyarat. Kenapa tu?

Dia mengangkat bahu,menandakan tidak tahu.Dia sendiri pun hairan tetiba isya kata begitu.

"Hey...saya takkan tinggalkan awak la,kenapa cakap macam tu?"pujuk ryan lalu melonggarkan pelukkan isya.Tanganya naik mengelap air mata yang mengalir keluar.

Krek~

Bunyi pintu bilik dibuka.

Mama,papa dan aycarl melangkah masuk kedalam bilik.Mereka hairan melihat isya menangis.

Mama mencuit bahu mikael.

"Kenapa dengan isya?"tanya mama.

"Tak tahu la..mika pun hairan.."jawab mikael sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Ryan yang masih memujuk isya.

"Awak tipu,awak nak tinggalkan saya...hikss..."kata isya lagi yang semakin kuat menangis.

"Ya allah sayang,takkan la saya nak tinggalkan awak..nanti tak boleh tengok perangai manja awak tu"pujuk ryan.

Isya mencubit lengan ryan.

"Hiks...hiks...manada saya mengada"kata isya sambil cebik.

Mereka yang lain mahu tergelak melihat telatah mereka berdua.

"Abang,tengoklah tu anak dengan menantu kita tu...sama-sama menjengkelkan"kata mama.

"Awak pun apa kurangnya dulu.."balas suaminya.

Mama mencubit papa.

"Sakitlah awak!"mengadu papa.

Ryan mencubit lembut pipi isya.

"Takmau menangis..jelek"pujuk ryan lagi.

"Sampai hati awak cakap saya jelek...huwarghh!!"sentap isya lalu menangis lagi.

Ni mesti pembawakan budak sebab tu asyik menangis je.Haih...tabahlah wahai ryan.Isterimu sudah menjadi seseorang sensitif.

"Alolo...mana ada awak jelek...saya gurau jelah...sayang kan cantik macam bidadari syurga"kata ryan.

"Hmm..."

Ryan mengelap air mata isya.

"Jangan menangis dah,kesian dekat baby dalam perut ni,dengar mama dia asyik menangis je...nanti dia ingat papa yang dera mama"kata ryan sambil mengusap perut isya.

Mereka yang lain mendengar kata-kata ryan,tercengang.

"HAH!!MENGANDUNG!!"terkejut mereka.

Ryan dan isya menoleh kebelakang.Mereka baru tersedar daripada tadi mereka ada di sini.Kantoi.

Mama pergi dekat pada isya.

"Isya mengandung ke?"tanya mama teruja.

Isya tersenyum malu,lalu mengangguk perlahan.

"Haah mama"jawab isya.

"Ehh kejap,macam mana isya boleh mengandung?"hairan aycarl.

*Dia ni bengap tahap gaban apa? pergi tanya macam tu...takkan la nak kena cerita satu persatu ryan??isya..haih..carl :)*

Ryan dengan isya sudah merah muka apabila aycarl menanyakan soalan sebegitu.

Mikael meluku kepala aycarl.

"Kau ni, tanya soalan apa haa?buat malu dorang je"marah mikael.

Aycarl mengosok kepalanya.

"Auww!Sakitlah!Apa?aku tanya betul lah soalan"mengadu aycarl lalu mencebik.

Mama mengeleng kepala melihat mereka berdua.Pening melihat macam² kerenah anaknya itu.

Papa memandang ryan lalu berkata.

"Dah berapa bulan isya mengandung?"tanya papa.

"Semalam dokter kata dalam 3 minggu lebih,jadi nak dekat 1 bulan"jawab ryan.

"Baguslah kalau macamtu,ryan jaga isya elok-elok..jangan sampai perkara lama berulang lagi"pesan papa lalu menepuk bahu ryan.

"Insyaallah papa,ryan takkan bertindak mengikut emosi lagi"balas ryan.

Isya yang berada dibelakang ryan, memanggilnya.

"Awak.."panggil isya.

Ryan berpaling semula memandang isya.

"Iya,sayang nak apa-apa ke?"tanya ryan sambil mengusap rambut isya.

"Saya nak awak---"kata isya tergendala.

"Agak-agak lah sayang,nak kat sini"kata ryan.

Isya memandang tajam ke arahnya.

"Ishh...saya tak cakap habis lagi awak dah potong"kata isya geram.

"Hehe...sorry...ingatkan awak nak ehem..ehem"balas ryan yang miang.

Otak dia memang miang keladi betul, memang nak kena hempuk ni.Sabar jela.

"Ehh..takde masa lah saya nak tu...eiuuww...geli"kata isya lagi sambil membuat reaksi geli.

"Ye--ke?Geli-geli...dalam perut tu dah ada baby...kerja sapa la tu..."mengusik ryan.

Merah mukanya yang dirasakan pada masa ini.

"Diamlah awak!"kata isya yang berasa malu.

Ryan tergelak besar.

"Haha...kenapa merah sangat muka sayang ni...malu ke..."mengusik ryan lagi.

"Mana ada..."kata isya lalu menyentuh kedua belah pipinya yang terasa bahang.

"Taknak mengaku"kata ryan.

"Ishh!dahlah awak"marah isya.

"Okey-okey...tadi sayang nak apa?"tanya ryan sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Saya nak awak papah saya pergi tandas.Saya tak tahan nak terkencing.."pinta isya.

Banyak sangat air yang dimasukkan ke dalam badanya tadi,sehingga membuatkan dia terasa mahu ke tandas.

"Okey sayang.Ready"kata ryan.

"Ehh...ready ap---"kata isya terhenti.

Belum sempat dia bercakap,ryan sudah mencepung tubuhnya.Dah la mama papa ada dekat sini,bertambah malu mukanya.

Mereka semua memandang ryan yang tetiba membawa isya.

"Ryan nak bawak isya pergi mana?"soal mama.

"Aira nak pergi tandas.Dia suruh ryan bawak dia,katanya nak sweet"kata ryan tokok tambah.

Berasap telingga isya mendengarnya.

"Amboiii..tak tahu pula isya ni mengada macam ni..."mengata aycarl.

Ryan membawa isya keluar pergi ke tandas.Sampai sahaja didepan tandas,isya mula membebel.

"Amboii...sedap awak kata saya suruh awak dokong,awak tu yang mengada dokong saya.Awak tahu tak,malu muka saya ni dengan mama papa...hish!"membebel isya lalu menumbuk dada ryan.

"Nak malu apanya,kitakan suami isteri...nak lebih dari tu pun boleh"kata ryan yang semakin menjadi² miang.

"Malaslah cakap dengan awak!Pervert!Perogol bersiri!"geram isya.

"Cakap saya perogol bersiri pulak,nak rasa kena rogol dekat sini ke sayang"kata ryan selamba.

Meneguk air liur isya apabila ryan berkata sebegitu.Dia ni bukan boleh percaya,tak pepasal...

"Dahlah,saya nak masuk bilik air"kata isya lalu cepat-cepat masuk kedalam.Seram sejuk pulak dia dengan ryan ni.Meremang bulu roma.

Ryan menahan ketawa.

"Tahu takut"gumam ryan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience