Keesokan paginya..
Isya turun ke bawah bersama dengan irfan disebelahnya.Mereka duduk dimeja makan sambil menjamu hidangan yang disediakan oleh mama.
Mama menjeling ke arah isya yang berselera makan.Dia terpikir semula apa yang dikatakan oleh aycarl semalam.
Isya yang sedang khusyuk makan,berasa seseorang memandang arahnya.Dia melihat mama memandang arahnya.
"Kenapa mama pandang isya macamtu?"tanya isya hairan.
"Takdelah mama saja je tengok isya,mama tengok isya berselera je berapa hari ni.."ujar mama lalu mengukirkan senyuman kecil.
Isya tersengeh kecil.
"Hehe..tak tahu la ma..isya pun rasa yang macam isya kuat makan.Dah naik gemuk isya ni..kan irfan?"kata isya pula lalu melentok kepala pada bahu irfan.
Mikael yang melihat tindakan isya,tersedak dibuatnya.
"UHUKK!!UHUKK!!"tersedak mikael yang sedang makan.
Aycarl memberi air kepada mikael.
"Kau ni,makan elok-eloklah..kan dah tersedak"tegur aycarl.
Mikael memberikan jelingan maut pada aycarl.
"Kau diamlah carl.."kata mikael perlahan.
Irfan yang tengah makan pun,terkaku sebentar mekihat tindakan selamba isya.
"Err—haah...kau memang dah gemuk pun.Macam panda aku tengok"balas irfan tergagap-gagap.
Isya mencebik sedikit.
"Ishh..mana ada aku gemuk macam panda.."kata isya.
Papa yang melihat tindakan isya,menegurnya.
"Isya..duduk elok-elok..irfan nak makan tu.."tegur papa.
"Yelah papa.."balas isya lalu mengalihkan kepalanya dari bahu irfan.
——————————
Selepas sahaja sarapan pagi,isya dan irfan keluar jalan-jalan di sebuah tempat shopping.
Mereka berjalan-jalan diatas tempat shopping,sambil berpengangan tangan.
"Kau nak apa-apa tak?aku belanja"tanya irfan sambil memandang kedai-kedai disitu.
"Series kau nak belanja aku!!"kata isya tidak percaya.
"Betullah sayang"balas irfan lalu menghulurkan kad kredit pada isya.
"Betul ni,tak menyesal..aku boleh shopping pape jer.."tanya isya sekali lagi.
"Ye...up to you..sayang"balas irfan.
"Sayang kau irfan!!"kata isya lalu peluk lengan irfan.
"Eee..mengada betul budak ni"mengutuk irfan lalu mengusutkan rambut isya.
Berapi isya apabila rambutnya habis tidak rapi,dibuat oleh irfan.
"Cipan!!"marah isya lalu membetulkan rambutnya.
Irfan ketawa melihat muka isya merah.
Selepas habis membetulkan rambutnya,dia memandang tajam pada irfan.
'Tunggulah kau cipan,aku tapau cukup-cukup kau..'bisik hati isya.
Isya terpandang arah kedai yang menjual pelbagai handbag tangan berjenama.Dia menarik irfan pergi ke kedai tersebut.
"Irfan,cantik kan handbag ni..."ujar isya sambil melihat koleksi handbag tangan jenama Hermes.
Irfan memandang arah handbag yang dikatakan oleh isya.Memang cantik,harga pun memang cantik.
Tapi baginya takdelah mahal mana.Orang kaya katakan.
"Cantik..kau nak ambik jelah.."balas irfan.
"Ermm..tapi ada banyak handbag yang cantik-cantik..aku tak tahu nak pilih"kata isya sambil memandang handbag lain.
Rambang mata dibuatnya melihat pelbagai jenis koleksi handbag berjenama.Limited edition pula itu.
Sudah lama dia tidak shopping,lepas balik malaysia..dia buzy dengan ryan sahaja.
"Kalau susah nak pilih,ambik jelah dedua"kata irfan lagi.
"Kau biar betul irfan,mahal kot..bukan yang jenis biasa ni...semua collections limited edition"kata isya tidak percaya.
"Ye..betul..aku series..aku tawarkan sekali je,kau nak ke taknak?"tanya irfan sambil menjongket sebelah keningnya.
"Memang tak sayang duit betul.."kutuk isya.
"Cik nak ke handbag ni?"tanya pekerja perempuan itu.
"Hmm..bagilah...lagipun,pakcik sebelah saya ni nak bayarkan.."kata isya lalu menjeling irfan.
Pekerja perempuan hampir nak tergelak mendengar apa yang isya kata.
"Amboii..aku dah belanja handbag,nak mengutuk aku pulak..ishh..geramnya aku"kata irfan lalu mencubit pipi isya.
"Sakitlah cipan.."marah isya.
"Tulah,pipi chubby sangat..pastu buat orang geram"balas irfan.
Isya menjeling irfan.
"Suami isteri ke?"tanya pekerja perempuan itu.
"Tak"kata isya.
"Ye"kata irfan.
"Aipp!!yang mana satu betul ni?"hairan pekerja perempuan itu.
"Makcik ni,wife to be i.."kata irfan lalu menarik bahu isya rapat padanya.
Pekerja tadi membalut handbag tadi lalu letak didalam kotak.Lalu diberikan kepada isya.
Irfan memberikan kad kredit pada pekerja perempuan itu.
"Terima kasih.."kata pekerja perempuan itu lalu memulangkan semula kad kredit irfan.
"Sama-sama"balas irfan.
Mereka pun melangkah keluar dari kedai itu,lalu berjalan ke tempat lain pula.
"Ni..kau nak apa pulak?"tanya irfan.
Isya meletakan dua jari pada dagunya,sambil berfikir.
"Ermm..HAH!!Kau belanja aku makanan ea.."kata isya lalu tersengeh kecil.
Irfan mencebikkan bibir sedikit.
"Kuat makan gemok ni.."kata irfan.
"Biarlah...gemok-gemok aku,sayang jugak aku.."balas isya sambil muncung mulut.
"Sapa sayang kau?"mengusik irfan.
Cemberut muka isya.
"Haa..tak sayang sudah!!"merajuk isya lalu berjalan laju meninggalkan irfan.
Nak tergelak irfan melihat isya.
"Alolo...sayang,jangan merajuk...aku gurau jelah"pujuk irfan sambil mengejar isya dibelakang.
"Sapa sayang kau?aku bukan sayang kau?"sindir isya lalu menyilangkan tangan ke dada.
"Okey..sorry...aku sayang kau..takkanlah aku tak sayang kau pulak..kaulah satu-satunya kesayangan aku,pujaan hati aku,baby boo aku...baby busyuk aku.."pujuk irfan sambil memegang lengan isya.
Isya menjeling irfan.
"Eleh..yelah tu.."kata isya lagi.
"Betul lah sayang"balas irfan.
"Okey..aku percaya"balas isya.
Ketika mereka sedang berjalan,isya tertembung dengan jiha,syafiz,elica,riduan dan .... Ryan.
"Ehh,isya!!"tegur jiha.
"Hai korang"tegur isya.
"Hai"balas mereka semua.
Riduan memandang sebelah isya.
"Isya,sapa tu?"tanya riduan.
"Ohh ya,aku lupa nak kenalkan..ni irfan sedara aku"kata isya.
Irfan menghulurkan tangan berjabat dengan royal prince.
"Nama aku Irfan hakimi,panggil aku irfan je..aku boyfriend isya.."perkenalkan irfan.
"Airief syafiz"balas syafiz.
"Airil Riduan"balas riduan.
Apabila tangan irfan tiba pada ryan,ryan memandang wajah irfan.
'So,dialah irfan..yang isya sebut'monolog ryan.
"Aryan Ezryl"balas ryan.
Apabila irfan mendengar nama lelaki dihadapanya.Wajahnya terus berubah.Jadi,dialah ryan.
"Korang buat apa dekat sini?"tanya isya sambil tersenyum.
"Kitaorang nak tengok wayang..kau nak join sekali?"ajak elica.
Isya memandang irfan.
"Irfan..jom nak join depe tengok wayang~bolehlah.."pinta isya sambil buat muka comel.
"Yelah.."balas irfan.
Ryan memerhatikan sahaja isya dengan irfan.Nampak bahagia.
'Dia bahagia dengan irfan,kau tak patut jadi orang ketiga..kau tak patut rebut cinta dengan irfan..dia milik irfan..kau sapa je?dia bukan cintakan kau pun..dia cintakan irfan'bisik hati ryan.
Air mukanya terus berubah,jelas kelihatan kecewa yang dirasainya.Apabila dia melihat isya bersama irfan,ibarat dia melihat isterinya bersama orang lain.
Tapi dia perlu sedar,kenyataan takkan berubah yang isterinya tetap sudah tiada.Yang ada dihadapannya hanya sekadar seorang gadis yang hanya berwajah sama dengan isterinya.
Adakah betul dia mencintai gadis dihadapannya? ataupun dia hanya mencintai gadis dihadapannya kerana rupanya sama seperti insan yang bertakhta dihatinya sehingga kini.
Mereka berjalan menuju ke tempat cinemas.Sampai dihadapan cinemas,mereka berhenti.Mereka melihat iklan cerita yang ada dipawagam kini.
"Tengok cerita munafik2 la"kata syafiz memberi cadangan.
"Okey jugak tu"kata mereka.
Isya yang mendengar cerita yang dicadangkan oleh syafiz,meneguk air liur.
"Ermm..cerita lain la.."kata isya.
Jiha memandang isya.
"Kenapa?kau takut ke tengok cerita seram"tanya jiha.
Isya tersengeh kecil.
"Haah..hehe.."balas isya malu.
"Ouhh..patutlah,dia sama macam aira takut cerita horror"kata riduan.
Irfan terdiam.
"Kalau kau takut,kau peluklah ryan..ryan kan ada.."mengusik syafiz.
"Ishh..kau ni syaf,dia kan ada irfan.."kata elica.
"Ohh lupa-lupa"perli syafiz.
"Cerita munafik ea.."kata syafiz.
"Ye!!"balas mereka.
Syafiz dan jiha beratur membeli tiket wayang.Manakala riduan dan elica beratur membeli popcorn dan air.Tinggal irfan,isya dan ryan disitu.Mereka bertiga diam sahaja.
Dapat merasakan aura semacam antara mereka.
"Kenapa kau tak angkat call aku semalam?"tanya ryan perlahan.
"Ada ke kau call aku?takde pun"kata isya hairan.
"Kau try check fon kau tu"kata ryan dingin lagi.
Ryan memandang jeling arah irfan.
'Mesti dia ni yang gi tolak call aku semalam..'bisik hati ryan.
Isya mengcheck semula senarai panggilan didalam handfonenya.Dia melihat,ada panggilan dari ryan semalam.
"Haah,ada..tapi kenapa panggilan tu ditolak,sapa ambik fon aku semalam.."kata isya hairan.
Irfan hanya diam.Dia melihat ryan memandang arahnya.
'Sorry ,aku takkan lepaskan isya.I will fight for him..supaya dia jadi milik aku..aku cintakan dia'bisik hati irfan.
Diorang datang kearah mereka semula.
"Okey,jom"kata syafiz.
Mereka berjalan masuk ke bilik wayang.
Mereka mencari tempat duduk mereka,lalu duduk.Jiha duduk sebelah syafiz,elica duduk sebelah riduan,sebelahnya pula ryan,isya dan irfan.
"Kalau kau takut nanti,kau peluk jelah lengan aku.."kata ryan.
"Tak takut pun"kata isya berlagak.
"Annoying"kutuk ryan.
Tayangan filem munafik2 bermula.Mereka masing-masing diam memandang depan.
Permulaan cerita pun dah mula seram.
Isya yang melihatnya,berasa takut.
"Cerita pulak seram..aku dah la takut.."gumam isya sambil menyilangkan tangan.
Semakin lama jalan ceritanya semakim menakutkan,dan banyak part mengejut.
"Arghhh!!"menjerit kecil isya apabila keluar part mengejut.
Isya yang takut,tanganya tanpa sengaja memeluk lengan ryan lalu menutup wajahnya ditepi lengan ryan.
Ryan melihat isya yang memeluk lenganya,tergelak kecil.Penakut betul.
"Haih..kata tak takut..tulah..berlagak sangat haha.."perli ryan lalu ketawa kecil.
Irfan yang melihat isya memeluk lengan ryan,berasa cemburu.
Share this novel